Friday 12 September 2014

Chewable Vita-C 100mg

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren. Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.


Chewable Vita-C Plus mempunyai fungsi yang sama seperti Sustained Release Vita-C Plus. Perbezaannya cuma dua iaitu pertama, ia adalah berbentuk chewable tablet dan kedua ialah dose nya adalah sedikit rendah berbanding dengan Sustained Release Vita-C Plus. Ini adalah untuk membolehkan setiap golongan terutamanya kanak-kanak dapat menikmati khasiat Vita-C Plus ini. Buat yang tidak gemar menelan pil, anda boleh memilih Chewable Vita-C Plus ini sebagai ganti, anda cuma perlu mengambil 5 tablet sehari, yang mana ia bersamaan dengan dose 1 biji Sustained Released Vita-C Plus.

Antara faedah pengambilan Chewable Vita-C Plus adalah:

· Meningkatkan sistem imunisasi

· Merangsang pembentukan kolagen

· Mempercepatkan penyembuhan luka, gusi berdarah, lebam, etc.

· Mencantikkan kulit

· Membantu penyerapan zat besi dan folic acid dengan lebih berkesan (bagus untuk wanita hamil)

· Menghapuskan radikal bebas dan memerangi kanser

· Mencegah penyakit scurvy

· Mengekalkan kolestrol yang sihat

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehebatan Vita-C Plus keluaran Shaklee, anda boleh merujuk kembali entry Sustained Release Vita-C Plus. Dapatkannya sekarang untuk kegunaan seisi keluara termasuk anak-anak anda.

Kepentingan vitamin C dalam pemakanan seharian adalah penting kerana;

· Membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas
· Mengurangkan risiko kanser anda
· Menjana semula bekalan vitamin E anda · Meningkatkan penyerapan zat besi

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah merupakan nutrien larut air yang mudah dikeluarkan dari badan manusia. Ia amat penting untuk hidupan yang hampir semua mamalia boleh menggunakan sel-sel mereka sendiri untuk menghasilkan vitamin c. Manusia, gorila, cimpanzi, kelawar, tikus babi dan burung adalah antara beberapa haiwan yang tidak boleh membuat vitamin C di dalam badan mereka sendiri.

Apakah fungsi vitamin C?

Vitamin C memainkan peranan yang penting sebagai perlindungan atau auto immune sistem kepada badan kita..Kajian membuktikan seawal 1700 masihi, vitamin C telah dirujuk sebagai "faktor antiscorbutic," kerana ia membantu mencegah penyakit yang dipanggil skurvi (Gusi Berdarah). Penyakit ini pertama kali ditemui di pelayaran British.

Bukan setakat itu, ia juga boleh melindungi daripada mendapat risiko penyakit kardiovaskular atau dikenali sebagai penyakit jantung, kanser, penyakit sendi dan katarak semua yang dikaitkan dengan kekurangan vitamin C.. Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan dan mencegah kerosakan berasaskan oksigen kepada sel-sel kita . Struktur yang mengandungi lemak (seperti molekul lipoprotein yang membawa lemak di sekeliling tubuh kita) adalah sangat bergantung kepada vitamin C untuk perlindungan.

· Gusi berdarah
· Selalu mendapat serangan selsema akibat sistem ketahanan badan yang lemah
· Sering mengalami jangkitan atau masalah pernafasan

Oleh itu vitamin c berada pada kumpulan ke tiga menunjukkan kepentingan dalam badan kita.

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂