Wednesday, 24 September 2014

Fatty Liver

Fatty liver adalah satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati. Fatty Liver merupakan satu spektrum penyakit hati pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis) dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.

Sirosis boleh di definasikan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab (antaranya fatty liver) dan seterusnya memyebabkan pengurangan fungsi hati dan juga kanser hati atau hepatoma.

Pesakit yang mempunyai fatty liver telah di kenal pasti mempunyai ciri-ciri histopatologi (mikroskopik) hati seperti seorang peminum alkohol walhal mereka tidak pernah minum alkohol, atau pun pengambilan alkohol tersebut tidak signifikan.

Pesakit tipikal fatty liver adalah seseorang yang mempunyai masalah obesiti, diabetes mellitus, darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda pengidap `sindrom metabolik`. 

Walau bagaimana pun, fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.

Kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa fatty liver di kesan dalam 20 % populasi penduduk di Amerika Utara dan Eropah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kadar fatty liver di Jepun adalah sebanyak 30 % dalam tahun 2004. Lingkungan umur pesakit fatty liver adalah 40-49 tahun dan ianya kerap berlaku di kalangan kaum lelaki.

Fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.

Gejala/Tanda


Kebanyakan pesakit yang mengidap fatty liver tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun berikut adalah tanda-tanda yang boleh didapati :
  • Letih
  • Kurang selesa pada bahagian abdomen – di rusuk kanan
  • Pembesaran hati (hepatomegaly)
  • Ujian darah fungsi hati (Liver Function Test) yang tidak normal (alanine amino transaminase atau ALT dan aspartate transaminase atau AST) Kebanyakan pesakit dikesan melalui cara ini.
Hati berlemak 
Hati yg sihat

Sirosis Hati
Pada kebiasaannya pesakit yang mempunyai risiko untuk mengidap fatty liver (seperti obesiti, diabetes pada contohnya) akan di kesan mempunyai keganjilan pada ujian darah fungsi hati atau kadar ALT atau AST yang tinggi. Seterusnya ujian skan abdomen akan mengesahkan kewujudan fatty liver. Namun pada sesetengah pesakit, biopsi hati mungkin di jalankan untuk memastikan kewujudan fatty liver dan tahap penyakit tersebut.
HISTOLOGI HATI NORMAL DAN HATI BERLEMAK

Pesakit yang mengidap fatty liver pada jangka panjang boleh mendapat sirosis seperti pesakit sakit hati kronik yang lain. 

Pesakit yang mengidap sirosis boleh mendapat gejala ascites (pengumpulan cecair di bahagian abdomen), muntah darah disebabkan oleh pendarahan salur varices di salur pemakanan dan juga hepatik enkephalopathi (koma disebabkan oleh kegagalan fungsi hati). 

Pesakit yang sudah mengidap sirosis juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser hati atau hepatoma.

Pesakit yang mengidap penyakit-penyakit yang mempunyai risiko untuk fatty liver seperti diabetes, darah tinggi dan dyslipidemia hendaklah menjalani rawatan susulan yang berterusan dengan doktor masing-masing kerana fatty liver adalah penyakit yang tidak mempunyai tanda-tanda yang ketara pada peringkat awal. Pencegahan awal akan dapat mengelakkan pesakit mendapat sirosis dan seterusnya mengalami komplikasi yang disenaraikan di atas.

Rawatan


Pesakit yang mengidap fatty liver boleh mendapat sirosis pada jangka masa panjang. Atas sebab itu pesakit perlu berada pada tahap paling optimum dalam penjagaan penyakit masing-masing seperti kawalan diabetes yang baik, pengurangan pemakanan berlemak bagi menurunkan tahap kolesterol, penjagaan tahap tekanan darah yang baik dalam pesakit darah tinggi dan pengurangan berat badan pada mereka yang obes. 

Senaman dan aktiviti riadah hendaklah digalakkan kepada para pesakit dan senaman adalah berkesan untuk mengurangkan sel lemak di hati. Amalan hidup sihat hendaklah ditekankan. 

Kajian telah membuktikan bahawa pengurangan berat badan akan membantu pengurangan tahap penyakit fatty liver pada seseorang pesakit. Pelbagai jenis ubatan telah di uji namun hasilnya tidaklah begitu memberangsangkan.

Pencegahan


Pesakit yang berisiko tinggi bagi mengidap fatty liver hendaklah di kenal pasti dan di beri rawatan awal sebaik mungkin. Tabiat pemakanan yang seimbang adalah penting bagi mengelakkan masalah obesiti dan konsultasi pakar diet atau pemakanan boleh membantu. 

Seterusnya kesemua pesakit yang di syaki mempunyai fatty liver hendaklah di rujuk awal kepada pakar hepatologi bagi melancarkan lagi program rawatan fatty liver. Pakar endokrin akan membantu pesakit diabetes dalam penjagaan tahap diabetes. 

Pencegahan yang paling penting adalah mengelakkan wujudnya sindrom metabolik, pengamalan cara hidup sihat dan menjauhkan amalan makan secara berlebihan hingga menyebabkan obesiti.

Pesakit yang mengidap fatty liver boleh mendapat sirosis pada jangka masa panjang. 

Atas sebab itu pesakit perlu berada pada tahap paling optimum dalam penjagaan penyakit masing-masing seperti kawalan diabetes yang baik, pengurangan pemakanan berlemak bagi menurunkan tahap kolesterol, penjagaan tahap tekanan darah yang baik dalam pesakit darah tinggi dan pengurangan berat badan pada mereka yang obese.

Senaman dan aktiviti riadah hendaklah digalakkan kepada para pesakit dan senaman adalah berkesan untuk mengurangkan sel lemak di hati. Amalan hidup sihat hendaklah ditekankan. 

Kajian telah membuktikan bahawa pengurangan berat badan akan membantu pengurangan tahap penyakit fatty liver pada seseorang pesakit.

Vitamin Cadangan. DTX Complex mengandungi bahan seperti:

Biji ‘milk thistle’

~Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
~Merupakan bahan utama dalam DTX
~Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida

Biji schizandra chinensis

~Menghalang toksin berada dalam badan
~Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
~Mengandungi Antioksida

Cendawan Reishi

~digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida

Dandelion

~Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
~Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu

Kunyit

~Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu

Ekstrak artichoke

~Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal

Beberapa pakar perubatan mengatakan, kerosakan hati dapat dilihat dengan menggunakan CT scan. Namun, gangguan organ hati dapat dilihat dari bentuk fizikal seseorang.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂