Sebagai seorang ibu, saya ingin tahu bagaimana
perkembangan anak saya dan mahu memastikan milestone atau perkembangan anak
saya adalah sejajar dengan umur masing-masing. Carta di bawah boleh dijadikan
sebagai panduan atau guideline untuk memerhatikan perkembangan bayi tetapi
harus diingat bahawa carta ini dibina berdasarkan pencapaian kebanyakan bayi.
Setiap bayi mempunyai perkembangan yang berbeza jadi jangan sedih jika bayi
anda agak lambat perkembangannya. Jika anda sangat risau, boleh rujuk pakar
kanak-kanak bagi pemeriksaan lanjut.
Umur
|
Peringkat perkembangan
|
1 bulan
|
o
Mengangkat kepala sambil perut
menyentuh lantai
o
Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan
o
Bertindakbalas terhadap bunyi yang
kuat
|
2 bulan
|
o
Menggerakkan mata mengikut pergerakan
objek
o
Mengulangi bunyi vokal seperti “oh”
dan “ah”
|
3 bulan
|
o
Mengangkat kepala sehingga 45°
o
Mengangkat kepala sambil perut dan
dada menyentuh lantai
o
Mengukir senyuman sosial
|
4 bulan
|
o
Mengangkat kepala sehingga 90°
o
Duduk dengan sokongan
o
Berguling (dari kedudukan meniarap ke
kedudukan menelentang)
o
Mengimbang badan menggunakan kedua-dua
kaki
|
5 bulan
|
o
Mula tumbuh gigi
|
6 bulan
|
o
Menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
o
Menggapai dan menggenggem objek
o
Duduk sendiri dengan sokongan yang
minima
o
Berguling (dari kedudukan menelentang
ke meniarap ke kedudukan menelentang semula)
|
7 bulan
|
o
Mengajuk bunyi-bunyian
o
Menyuap sendiri makanan
o
Duduk tanpa sokongan
|
8 bulan
|
o
Menghisap objek
o
Memanggil ‘ibu” atau “ayah”
o
Mula merangkak
o
Bertindakbalas terhadap nama sendiri
|
9 bulan
|
o
Mengangkat perut untuk duduk
o
Berdiri sambil berpegang kepada
sesuatu
o
Memahami keadaan kekal objek
|
10 bulan
|
o
Mengambil objek menggunakan 2 jari
o
Merangkak dengan sempurna (perut tidak
menyentuh lantai
o
Menolak badan untuk berdiri dari
kedudukan duduk
|
11 bulan
|
o
Menepuk tangan
o
Melambai
o
Berdiri dengan sendiri selama beberapa
saat
o
Memanggil dan mengenali ibu bapa
sendiri
o
Memahami maksud “tidak”
|
12 bulan
|
o
Menggeleng
o
Memahami arahan mudah
o
Berjalan dengan bantuan
|
13 bulan
|
o
Mengucapkan 2 perkataan (conton: hai
dan bye)
o
Berdiri dengan sempurna
|
14 bulan
|
o
Makan menggunakan jari
o
Melangkah beberapa langkah tanpa
bantuan luar
|
15 bulan
|
o
Gemar melihat dan menyelak buku
o
Berjalan dengan sempurna
o
Memanjat tangga
|
16 bulan
|
o
Bersedih apabila tidak mendapat
sesuatu yang diingini
|
17 bulan
|
o
Bertindakbalas terhadap arahan mudah
|
18 bulan
|
o
Mengucapkan sehingga 15-20 perkataan
o
Minum menggunakan cawan
o
Makan menggunakan sudu
|
19 bulan
|
o
Boleh menggunakan sudu dan garfu
o
Berlari dengan sempurna
|
20 bulan
|
o
Membuka pakaian sendiri tanpa bantuan
sesiapa
|
21 bulan
|
o
Berjalan menaiki tangga dengan bantuan
o
Mula mempelajari sehingga 5 perkataan
sehari
|
22 bulan
|
o
Mula mempelajari sehingga 10 perkataan
sehari
o
Memahami 2 arahan yang berturut
(contoh: Ambil anak patung kamu dan bawa ke sini)
o
Boleh mengawal pundi kencing
|
23 bulan
|
o
Menggunakan 50-70 patah perkataan
o
Menamakan gambar-gambar mudah di dalam
buku
o
Menuruni tangga dengan bantuan
|
24 bulan
|
o
Memakai dan menanggalkan pakaian
dengan sendiri
o
Sesetengah ucapannya boleh difahami
o
Membuat ayat menggunakan 3-4 patah
perkataan
|
Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”
No comments:
Post a Comment
Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.
🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂