Senaman kempiskan perut. Perut yang kempis sememangnya idaman setiap lelaki & wanita. Dah penat sapu macam-macam produk kempiskan perut, tapi tak juga berkesan. Dah penat amalkan macam-macam petua, perut tak juga berjaya dikempiskan. Sebenarnya, asas utama untuk mengempiskan perut ialah senaman. Tanpa senaman, sia-sia sahaja segala macam produk yang disapu atau dimakan. Tidak dinafikan ada produk kurus yang berkesan untuk mengempiskan perut, contohnya Set Kurus Shaklee (klik untuk baca). Tetapi kesannya mungkin lambat. Walau pun kita dah berjaya kurangkan berat badan sehingga mendapat berat ideal, kadang-kadang bumper di perut masih jelas kelihatan. Malah tak pelik kalau kita tengok orang kurus pun ada yang buncit. Terdapat 4 jenis senaman kempiskan perut yang saya nak kongsi untuk kali ini. Mudah sahaja, hanya 4 langkah, 10 minit sehari. Peralatan yang diperlukan:
· Pakaian yang sesuai
· Jam untuk mengira masa
· Kerusi
· Tikar yoga
Untuk mendapatkan senaman yang berkualiti, pastikan anda bersenam dalam keadaan rileks & santai. jangan paksa diri untuk bersenam kerana ia hanya akan menyebabkan otot kita tercedera. bersenam dalam suasana yang tenang & damai. Bagi ibu yang bersalin melalui pemdedahan, lakukan secara perlahan-lahan. Berhenti jika anda merasa sakit atau tidak selesa. Berikut adalah 4 langkah senaman untuk mengempiskan perut yang boleh anda amalkan di rumah atau pejabat :
Langkah 1: Gaya Vakum
Berlutut di atas lantai, membentuk sebuah meja. Pindahkan berat badan ke tangan & lutut. Pastikan belakang badan adalah rata, tidak melengkung. Tarik nafas dalam-dalam sehingga perut menjadi kempis. Tahan selama 3 saat. Hembuskan nafas. Tahan selama 3 saat. Ulang sehingga seminit.
Langkah 2: Gaya Papan
Meniarap. Luruskan kaki seperti gambar di atas. Angkat badan secara perlahan-lahan dengan memindahkan berat ke lkedua-dua lengan. Pastikan badan kita lurus seperti papan. Tahan selama seminit.
Perhatian: Diperingkat permulaan, mungkin anda tidak mampu untuk bertahan selama seminit. Tidak mengapa. Jangan paksa diri anda. Bila rasa badan tak mampu nak buat, berhenti. Insya Allah, lama-kelamaan anda akan mampu untuk bertahan selama seminit.
Langkah 3: Duduk Berpalang
Langkah 3: Duduk Berpalang
Kemudian, angkat lutut kanan & bawa siku kiri ke lutut kanan (bersilang). Rujuk gambar di atas. Selepas itu, angkat lutut kiri & bawa siku kanan ke lutut kiri. Ulang selama seminit.
Langkah 4: Kerusi Kapten
Tarik & hembus nafas sambil mengangkat kaki ke dada seperti gambar diatas. Tahan selama 3 saat. Ulang sehingga satu minit. Selesai. Mudah saja kan! Untuk mendapat perut yang kempis dengan lebih cepat, anda boleh mengamalkan senaman ini + mengambil Set kurus Shaklee.
Bersenam Untuk Kurus: Kardiovaskular vs Otot
Bersenam untuk kurus. Senaman baik untuk kesihatan, tak kira sama ada senaman kardiovaskular atau senaman otot. Kalau kita tak sempat nak bersenam, kita boleh lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan memberi kesan positif terhadap gaya hidup kita. Namun, apabila bercakap tentang tip kurus atau tip mengurangkan berat badan, senaman manakah yang lebih berkesan? Senaman kardiovaskular atau senaman otot? Atau adakah kedua duanya sama sahaja?
Sebelum saya terangkan lebih lanjut mengenai keberkesanan kedua-dua lsenaman tersebut, terlebih dahulu saya nak terangkan apa itu senaman kardiovaskular dan apakah pula senaman otot.
Senaman kardiovaskular (atau ringkasnya kardio)
Adalah senaman yang melibatkan peningkatan kadar denyutan jantung. Antara aktiviti yang tergolong dalam kategori ini adalah berlari, berenang, bermain bola sepak, berbasikal dan sebagainya.
Adalah senaman yang melibatkan daya tahan otot seperti mengangkat berat, tekan tubi, ‘pull up’, ‘plank’ dan sebagainya. Senaman otot yang dilakukan secara berterusan akan menambahkan sel-sel otot dan kesan jangka masa panjangnya anda akan kelihatan seperti berotot (‘muscular’)
Kedua-dua senaman ini memerlukan tenaga. Dari mana datangnya tenaga? Ia diperolehi daripada proses pembakaran makanan yang berlaku di dalam badan. Secara teori, untuk orang yang mengalami masalah obesiti dan ingin mengurangkan berat badan, selain daripada pembakaran makanan, sumber lain yang boleh membekalkan tenaga adalah lemak yang dibakar menjadi sumber tenaga. Jadi, apabila lemak-lemak yang menggeleber di sekitar perut dibakar, dapatlah kita merasa kesan ‘kurus’.
Namun, itu hanya teori sahaja. Apa yang sering berlaku, protein di dalam badan lebih mudah ditukar bentuk kepada tenaga. Jadi, bila kita bersenam, badan kita tak bakar lemak berlebihan dalam badan kita, sebaliknya membakar protein yang ada. Di manakah protein ini didapati? Kebanyakannya daripada otot. Jadi apabila protein ini ditukar kepada bentuk tenaga, sel sel otot akan hilang dan otot akan mengecil. Ini adalah satu perkara yang tidak baik kerana, protein dan otot adalah elemen yang penting dalam mengekalkan kadar metabolisme badan.
Pada peringkat awal usaha anda menurunkan berat badan menerusi senaman kardio, anda akan dapati dalam beberapa hari berat anda akan turun. Masalahnya, anda tidak tahu adakah ia disebabkan oleh kehilangan lemak, atau kehilangan otot dan juga air. Dalam kebanyakan kes, ianya adalah disebabkan oleh kehilangan otot dan juga air yang bermakna, anda ‘tertipu’ kerana kehilangan berat ini hanya bersifat sementara dan apabila anda berhenti melakukan aktiviti aktiviti senaman, percayalah, badan anda akan meningkat naik dengan cepat!
Dengan berkurangnya sel otot, maka dengan sendirinya kadar metabolisme badan akan menurun dan keupayaan untuk membakar kalori menjadi berkurang. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini akan mengakibatkan kegemukan dan akibatnya, harapan untuk melihat badan kurus akan hanya tinggal harapan sahaja.
Sebaliknya, menerusi senaman otot anda akan meningkatkan sel-sel protein yang seterusnya meningkatkan kadar metabolisme. Kadar pembakaran kalori anda akan meningkat sehingga pada satu peringkat, badan anda akan terus membakar lemak meskipun anda sedang tidur atau menonton wayang. Senaman otot juga akan mencantikkan badan dan membina tekstur tubuh yang baik untuk golongan lelaki dan wanita.
Jadi, jika anda mahu kurus, buat keputusan bijak dengan melakukan senaman otot, dan apabila anda sudah menjadikannya sesuatu rutin, bolehlah anda beralih kepada senaman kardio. Insya Allah anda akan mendapat kesan pengurangan berat yang ketara dan berpanjangan.
Anda akan dapat mengurangkan berat badan dengan lebih cepat kalau anda mengamalkan senaman + pemakanan seimbang + Set Kurus Shaklee.
Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”
No comments:
Post a Comment
Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.
🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂