Tuesday, 28 October 2014

Doa melembutkan hati yang tersayang

Salam Asar semua.. Kali ini saya ingin berkongsi cara mendidik hati anak-anak & suami agar lembut seterusnya mudah menerima nasihat & hidayah.

Zikir Pelembut Hati

Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut:

Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir 

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya.

Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. 

*Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak*

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

Melembutkan hati anak

1) baca Ya-Lathiff sebanyak 7 kali sebelum anak tidur atau sedang menidurkanya, kemudian hembus di ubun-ubunya, mukanya dan dadanya. 


2) baca "Allahu Lathiffu Bi'ibadihi Yarzuqu Mai Yasyaa' Wa Huwal Qowiyyul A'ziz" sebanyak 7 kali. Lepas tu hembuskan pada anak/suami/isteri atau ketika memasak hembuskanlah ke makanan..

Semoga hati kita lembut untuk melestarikan impian membina keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂