Sungguh rasanya tidak percaya setelah sekian lama, kami jumpa juga sejak tahun 2002. Abang Jabal Nur ini juga yang banyak memberi kata nasihat sewaktu saya di bangku sekolah dulu. Dia banyak membantu keluarga terutamanya arwah bapa membersihkan tanah di belakang rumah dulu dan mengusahakan pokok pisang.
Sehingga sekarang ini kami tidak pernah putus dapat bekalan pisang, walaupun arwah bapa sudah lama pergi, tapi kami masih dapat memakan hasil usahanya suatu ketika dulu.
Syukur juga akhirnya dia ketemu juga jalan ke rumah walaupun sudah habis berpusing Labuan mencari rumah dan cuba mengingat kembali. Dia cakap beberapa jam juga pusing mencari jalan. Syukur jugak jumpa juga akhirnya. Yalah, sudah hampir 12 tahun tidak ke sini jadi dia memang ingat ingat lupa. Alhamdulillah.. Belanja lagi kami satu keluarga makan. Terima kasih banyak buat abang Jabal kerana masih ingat keluarga di sini. Semoga rezeki lebih diberkati selepas ini dan ketemu jodoh cepat2 ya..
No comments:
Post a Comment
Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.
🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂