Tuesday, 4 November 2014

Shaklee Labuan: Sharing Dalam Bas

Salam Isyak semua...
Hari ini masih lagi boleh berjalan jauh daripada pejabat saya tumpang kereta kawan untuk ke Ujana Kewangan. Saya pergi UK sebab buat penghantaran customer baru saya yang berminat dengan Herbal Blend Cream dan seorang lagi return customer saya yang selalu order Set Slimming - HerbLax dan Lecithin.

Lepas berjaya buat penghantaran tu, jam pun sudah menunjukkan 5.30ptg, terus saya laju berjalan ke stesen bas. Walau kaki rasa sakit sedikit kerana terseliuh sebab terlalu laju berjalan, saya sempat juga sampai stesen bas. Melintas bukan main payah time tu, jalan sesak dengan kenderaan. Dari jauh, saya cuma nampak bas kecil sahaja, yg bukan ke destinasi rumah saya, dengan cemas mungkin bas sudah tiada dan tamat perkhidmatan hari ini, saya berjalan ke depan sedikit, saya nampak Bas Mini No.2 yang memang kecil hanya muat 11 penumpang sahaja. Nampak macam sudah penuh, bila sudah dekat ada pula ruang untuk saya duduk. Alhamdulillah, 20 minit tangkas berjalan, dapat juga tempat di dalam bas terakhir untuk hari ini.

Di dalam bas pula, ada seorang pakcik ni duduk sebelah saya saja nampak peramah, saya sapa sekadar nya. Tidak sangka ramah dan sampai saya share dia pasal Shaklee. Terus dia bertanya tentang Set Darah Tinggi. Sembang punya sembang, pakcik tu nampak berminat dan saya bagi dia pamplet dan namecard untuk dia tengok. Saya pun bagi tahu best price saya, dia kata "waa, ok juga harga macam tu untuk makan sebulan kan.." haaa, itulah namanya sihat sambil jimat pakcik. Dia cakap dia akan call saya esok harinya kalau dia turun bandar. Pakcik tu pun bermurah hati, bayarkan saya tambang bas tu walaupun saya menolak.

Tidak sangka pula hari ini naik bas ada hikmah tersembunyi dengan perjalanan jauh berjalan kaki. Saya gagahkan juga. Syukur alhamdulillah. Berkat dugaan hari sebelumnya in shaa Allah, Allah itu Maha Adil. Semoga pakcik itu dimurahkan rezeki sepanjang umurnya dan peroleh kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya selepas memilih Shaklee. In shaa Allah.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk i
ni tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂