Anak Masih Belum Bertutur
Sebagai ibu ayah tentu kita berasa risau sekiranya anak yang sudah berusia tiga tahun dan ke atas masih belum boleh bercakap seperti anak-anak lain yang sebaya dengannya.
Kebiasaannya anak sedemikian banyak menggunakan bahasa badan untuk berkomunikasi. Sebagai ibu dan ayah, tentu kita gusar. Apa yang mesti dilakukan? Adakah anak saya tidak normal?
Ibu bapa perlu peka dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh anak. Peka dan ambil tindakan segera sekiranya ia mencerminkan perkembangannya menunjukkan sesuatu tidak sejajar dengan umur mereka. Jika anak masih belum boleh bercakap sedangkan dia sudah mula berjalan atau selewat-lewatnya dua tahun, bawa mereka untuk mendapatkan rawatan dengan segera.
Petunjuk anak lewat bertutur
3 tahun
*Tidak boleh bercakap dalam frasa pendek seperti “Saya tak nak makan” atau “Tayar trak patah”.
*Tidak boleh bertanya soalan.
*Mempunyai kosa kata yang kurang dari 200 – 300 patah perkataan.
*Tidak memahami arahan ringkas.
*Tidak boleh meniru aksi dan perkataan.
4 tahun
*Menggunakan perkataan “saya” dan “awak” secara salah.
5 tahun
*Mempunyai masalah memahami dua rahan dalam satu masa.
*Keliru dengan kedudukan seperti atas, bawah, depan, belakang dan sebagainya.
*Tidak boleh memberitahu nama sendiri atau maklumat peribadi kepada guru atau kawan-kawan.
*Tidak bercakap tentang aktiviti hariannya, mendengar cerita dengan baik dan mampu menceritakan semula.
Resources: Pa&Ma @ Karangkraf
No comments:
Post a Comment
Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.
🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂