Bagi bakal ibu yang sedang mengandung anak pertama, mari kita bincangkan apakah makanan yang perlu dihindari, dielakkan dan tidak digalakkan semasa mengandung.
1. Alkohol
Alkohol mesti dijauhi dan sememangnya ia haram di sisi agama Islam. Ingat, pengambilan alkohol akan mengundang kecacatan fizikal dan mental pada bayi. Proses pembuangan alkohol akan mengambil masa yang lama.
2. Rokok
Sebenarnya di sekeliling saya sendiri ramai ibu hamil yang merokok, kadang saya terserempak di shopping mall dan juga tempat awam yang lain. Kasihan kan pada bayi dalam kandungan tu. Disebabkan sifat pentingkan diri sendiri, si ibu sanggup merokok untuk keseronokan diri sendiri. Merokok semasa mengandung selalunya dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantutu pertumbuhannya dan tidak cukup berat badan. Kes kematian mengejut pada bayi juga dikaitkan dengan keluarga perokok.
3. Minuman berkafein
Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti koko, kopi, minuman bergas, coklat juga dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal. Ini termasuk bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain daripada itu, kafein juga merosakkan kandungan kalsium tulang pada ibu mengandung. Ini akan menyebabkan si ibu hamil akan mudah diserang kekejangan otot kaki semasa tidur. Sungguh menyiksakan.
4. Pil dan ubat-ubatan
Sila rujuk doktor untuk penerangan yang lebih konkrit tentang ubat-ubatan sebelum anda mengambil nya. Ini disebabkan ada sesetengah ubat yang boleh mendatangkan mudarat kepada bayi anda.
5. Gula
Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi dalam kandungan bersaiz besar dan mungkin juga akan cenderung mendapat penyakit yang lain juga. Gestational diabetes mellitus iaitu kencing manis semasa mengandung ini boleh dikesan daripada ujian air kencing dan sampel darah semasa mengandung. Jadi berwaspadalah ya ibu-ibu semua.
6. Vitamin A
Multivitamin suplemen yang mengandungi dos Vitamin A yang tinggi adalah juga tidak digalakkan sama sekali. Ia dikatakan boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan Vitamin yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan. Adalah lebih selamat sekiranya wanita hamil mengambil beta carotene yang terdapat di dalam lobak dan sebagainya. Beta carotene ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan bila masa sahaja badan memerlukan vitamin A.
7. Raksa
Raksa ini boleh didapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan laut seperti tuna, shark-fin, mackerela dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi dalam kandungan.
8. Makanan mentah atau tidak cukup masak
Jangan makan daging mentah. Jangan makan susu mentah. Jangan makan telur mentah. Ini kerana makanan yang mentah mempunyai bakteria yang mungkin tidak sesuai untuk perkembangan si bayi dan jika diambil dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan komplikasi yang buruk. Parasit yang terdapat dalam daging mentah merebak dalam badan ibu mengandung. Penyakit ini boleh meyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada bayi. Parasit ini juga didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih.
9. Makanan segera atau makanan yang banyak melalui proses pengawetan
Bagi saya makanan segera kalau boleh elakkanlah walaupun tidak mengandung seharusnya juga kita elakkan. Sekali sekala itu boleh lah cuma tidak perlulah diambil secara kerap. Apa tidak, makanan bertin dan makan ringan kebanyakan nya sudah melalui proses pengawetan yang terlalu banyak untuk dihasilkan. Ibu yang mengandung digalakkan makan makanan yang asli contohnya pilihlah buah dan bukan biskut dan lebihkan pada sayur-sayuran.
No comments:
Post a Comment
Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.
🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂