Saturday 11 February 2023

Intermittent Fasting (IF): Manfaat

Apabila kita amalkan diet Intermittent Fasting (IF) bukan sahaja menurunkan berat badan tapi juga badan kita akan lebih sihat dan mengelakkan kita dari terkena risiko penyakit kencing manis dan kanser. 

Oleh disebabkan cara intermittent fasting ini kita masih boleh minum air sepanjang berpuasa cuma tidak mengambil makanan berat dalam tempoh tertentu sahaja, jadi kita akan lebih cenderung untuk minum lebih banyak air. Macam saya juga, saya buat 16/8 jadi biasanya akan skip breakfast tapi saya memang akan lebih rasa haus di waktu pagi. Jadi, air dalam badan itu tadi bekerja untuk membersihkan sel kita dan membuang toksik daripada badan kita melaui air kencing.  

Tambahan lagi, sepanjang kita ber'intermittent fasting' badan kita akan mengurangkan paras insulin dan dengan itu hormon pertumbuhan (human growth hormone) akan meningkat seterusnya sel-sel dalam badan kita juga mula memproses pembaikan selular dan molekul yang penting. Best jugak kan. 

Dalam pada itu, intermittent fasting juga dikatakan berpuasa pada jangka masa yang pendek yang boleh menaikkan kadar metabolisme badan. Ini disebakan apa yang kita makan akan bertukar menjadi tenaga dan seterusnya akan membakar kalori dalam badan. 

Walau bagaimanapun, setelah berpuasa kita juga cenderung untuk makan yang tinggi kandungan gula dan berkemungkinan akan mengambil portion makanan yang banyak. Jadi berhati-hati ya. Jangan sampai Intermittent Fasting kita tu sia-sia pulak. Berpadalah dalam pemakanan sebab "kamu adalah yang kamu makan"

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda & keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
Shaklee ID 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂