Shaklee Labuan: Pemenang Vivix
Syukur ke hadrat Allah SWT. Saya dihadirkan insan-insan hebat dalam circle Shaklee yang menterujakan ini. Entri kali ini ialah kesinambungan entri saya minggu lepas yang merupakan thank you speech buat penaja Projek Blog Mega Shaklee, moderator projek dan juga upline saya.
Projek Blog Mega Shaklee 1.0 berlangsung selama 2 minggu di mana kita perlu menyiapkan satu entri blog setiap satu minggu. Selepas saja selesai menghadiri briefing projek untuk entri pertama yang bertajuk 'Intermittent Fasting', saya pun sebenarnya masih berlengah masa disebabkan kita perlu tunggu sparring partner siapkan entri dia dahulu then barulah kita boleh link kan dengan entri assigned sparring partner. Jadi kita bagi ruang dan masa untuk partner kita siapkan entri nya.
Pada mulanya, saya pun takut mendesak sebenarnya, tapi tidak apa, sabar dulu saya cuba tunggu sehinggalah malam tu masih lagi belum ada khabar dari sparring partner jadi saya yakin dia belum pun mula menulis entri. Aduh tidak boleh jadi ni. Dalam hati saya, dia ni mahu kah tidak join projek ni kan sebab kita perlu komited kalau betul-betul mahu join kan. Sabar lagi. Maghrib tu lepas saja siap solat, terus saya WhatsApp moderator projek, Master Salwa, dia kata terus saja link pada sparring partner loncat 3 orang atas. Dapat saja link terus saya update blog saya, terus publish, terus submit link entri tanpa berlengah. Saya punyalah siapkan pagi selepas subuh dengan rush masak tengahari orang lain boleh pula extra santai. Boleh pula tiba-tiba malam esoknya selepas submit ada pula yang tanya tiba-tiba tanya dah siap entri kah belum. Kita yang lain punyalah tunggu dia reply messenger tiada respon.
Kesimpulannya, komited itu penting. Bagi saya, entri itu hebat atau tidak yang paling utamanya kita harus mencuba sedaya upaya untuk siapkan task. Lagi satu, kita perlu kerjasama untuk kukuhkan lagi keberhasilan sesuatu yang kita usahakan. Otherwise, saya rasa memang porak peranda lah result nya. Communicate juga penting, sekiranya teamates tidak boleh teruskan, terus terang saja jangan buat partner/teamates yang lain tertunggu-tunggu.
Akhirnya, task untuk entri kedua kami mendapat good news sebab tidak perlu cari sparring partner yang sama dan kita boleh submit link awal as soon as kita siap buat entri. Then, senarai partner pula akan diberi setelah tutup entri submission. Alhamdulillah, entri kedua task nya lebih mudah dan lebih senang bekerjasama dan semua peserta hampir siap masukan link entri partner pada hari yang sama senarai nama partner dikeluarkan.
The day has come, winner announcement, punyalah debar terasa sejak last day submission second entri.
Fuh ! Syukur antara Top 15, pemenang kedua nama saya yang disebut. Peserta tunggal Shaklee Labuan yang menang Vivix. Allahuakbar !! Menang Vivix weh. EXCITED !! Dalam masa yang sama, kita rasa keseronokan berbeza daripada sebelum ini.
Fuh ! Syukur antara Top 15, pemenang kedua nama saya yang disebut. Peserta tunggal Shaklee Labuan yang menang Vivix. Allahuakbar !! Menang Vivix weh. EXCITED !! Dalam masa yang sama, kita rasa keseronokan berbeza daripada sebelum ini.
Pada Rabu yang lepas, dengar pula briefing tentang projek mega blog diteruskan lagi untuk Siri ke-2. Mari kita seru cabaran ini untuk diri sendiri. Semangat Projek Blog Mega Siri 1 pun masih lagi tersisa. Berkobar-kobar jadinya. Sebab apa mahu join lagi? Sebab saya mahu membayar titik peluh saya sendiri selama ini yang cuba berjuang supaya blog saya mendapat tempat di hati Google dan saya harap saya boleh buat yang lebih baik selepas ini.
Semoga Projek Blog Mega 2.0 ini menjadi peniup semangat saya untuk selalu menulis entri di blog saya ni. semoga juga satu hari nanti saya dapat sales daripada blog ini juga. Tahniah pada semua yang sangat komited menyiapkan task untuk projek 1.0 tempoh hari dan terima kasih pada semua yang blogwalking dan yang senang memberi kerjasama. Our Shaklee Community is always the best.
#blogmegashaklee #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023
"Prevention is Better Than Cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya
Feel free to contact me,
Your Shaklee friend, Asdayanty
Shaklee ID: 1071673
YouTube: RH AszdaYanty
Facebook: Asda HealthJourney
Instagram: asda_healthjourney
Tahniah!!!
ReplyDelete💕
DeleteAlhamdullilah tahniah
ReplyDelete💖
ReplyDelete