Apa itu Berkhatan?
Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan ‘circumcision’. Menurut Mazhab Syafie, hukum berkhatan adalah wajib bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan. Dan menurutnya lagi, umat Islam disunatkan untuk mengkhatankan bayi pada hari ketujuh kelahirannya.
Dalil Berkhatan
Firman Allah SWT dalam al-Quran:
ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Al-Nahl, 16: 123
Maksudnya: Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.
Selain itu, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ بَعْدَ ثَمَانِينَ سَنَةً، وَاخْتَتَنَ بِالْقَدُومِ
Maksudnya: “Nabi Ibrahim AS berkhatan selepas berumur 80 tahun dengan menggunakan qadum (alat seperti beliung, kapak kecil).” - Riwayat al-Tirmidzi (2799)
Kemudian hadis yang disabdakan oleh baginda Nabi SAW:
الْفِطْرَةُ خَمْسٌ - أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ – الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَار،ِ وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
Maksudnya: “Fitrah (sunnah) itu ada lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencukur bulu ketiak, memotong kuku dan memendekkan misai.”
Kisah Nazran Berkhatan
Alkisah satu-satunya anak teruna ummi. Rezeki Nazran dapat juga menyertai Program Berkhatan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau United Sabah Islamic Association (USIA), Peringkat WP Labuan. Program ini terbuka secara percuma kepada 50 orang peserta.
Kisahnya, pada 25 Februari 2023, sebelum pukul 7 pagi lagi kami tiba di perkarangan Klinik Kesihatan Membedai WP Labuan. Walaupun belum pukul 7, ibubapa dan peserta sudah pun ramai yang berkumpul. Kami dapat nombor giliran ke 41 daripada 50 orang peserta. Jauhnya!
Selesai sahaja, pihak penganjur mengagihkan sarapan, peserta diminta berkumpul untuk memulakan program. Majlis dibuka dengan bacaan doa dan sedikit kata alu-aluan daripada wakil penganjur. Bomba sudah pun bersedia untuk menyiram peserta berkhatan ini. Setelah itu peserta di minta menyalin baju dan memakai kain sarung.
Menunggu giliran sehinggalah tengahari, syukur juga Nazran tidak banyak karenah, cumanya bosan saja dia menunggu. Pelbagai adegan yang saya nampak pada hari tersebut. Ada seorang budak tu berkurunglah dia di dalam tandas, ada seorang lagi menangis takut tidak mau dikhatankan dan lebih teruk lagi ramai juga peserta yang terjerit-jerit ketakutan sehinggakan ibu yang menemani anak tersebut tidak mampu sudah untuk memujuk dan akhirnya tarik diri dari dikhatankan.
Sijil penyertaan sudah pun diserahkan tapi belum berjaya dikhatankan. Tiada rezekilah disitu kan. Pihak penganjur kata, cuba lagi di Program tahun hadapan. Syukur juga teruna ummi yang seorang ini tidak macam tu.
Oleh kerana lama menunggu, ayah nya kembali ke tempat kerja pagi itu. Setelah 4 jam menunggu, ummi pun inform lah ayahnya ketika hampir giliran Nazran dipanggil dan si ayah dengan segera meninggalkan tempat kerjanya. Pengalaman untuk kami: ummi dan ayah yang tercipta sekali dalam seumur hidup. Kami berdua menemani Nazran di dalam bilik rawatan.
Ummi menyaksikan sepenuhnya Nazran dikhatankan walau bingit telinga mendengar jeritan Nazran yang sedang berselawat sepanjang proses khatan tapi alhamdulillah ummi bersyukur dikurniakan seorang anak lelaki. Syukur dengan izin ALLAH SWT ummi diberi pengalaman berharga yang mungkin tidak semua ibu/bapa dapat peluang seperti ini.
Fasa penyembuhan dari Berkhatan
Bukan mudah menjaga Nazran sepanjang tempoh selepas berkhatan. Tidak pernah dia bangun dari pembaringan melainkan kalau dia berhajat untuk ke tandas. Saya pun sebenarnya takut juga kalau ada apa-apa kesan komplikasi selepas bersunat tu kan.
Selama 2 hari tu, apa-apa yang dia mahu semua pun ummi, mahu makan minum panggil ummi, kencing panggil ummi dan selama dia baring tu bagi dia main game saja di handphone. Okey tidak apalah kan kita bagi chance lah kalini kan sebab dia pun bosan tidak dapat banyak bergerak apa lagi yang dia boleh buat, selain tu dia rehat dan tidurlah. Hari ketiga, mahu tidak mahu, saya juga yang buka balutan luka nya. Ayahnya disuruh awal lagi surrender geleng kepala. Allah! Nasiblah ummi ni cekal hati. Haha!
Pagi itu, ummi sediakan air suam dan kapas untuk buat bersihkan lukanya. Hampir ummi pekak dibuat Nazran sebab kuat jeritan nya ketakutan semasa ummi cuba tanggalkan balutan kapas tu. Mungkin sudah 2 hari jadi darah yang kering sudah pun melekat pada luka dan balutan. Mungkin memang sakitlah sebab tu Nazran rancak menangis. Kasihan anak ummi. Selepas tu saya bawa dia mandi walaupun dia jerit-jerit tidak mahu.
Bukan apa ummi mahulah tengok dia cepat sihat sebab dua hari lagi kami perlu ke seberang untuk balik ke kampung ayahnya untuk mengimarahkan majlis walimah abang sepupu Nazran. Disebabkan dia takut untuk berseluar, di dalam kereta balik ke kampung tu dia cuma memakai kain pelikat saja walaupun sebenarnya sudah pun memakai seluar dalam. Dan dengan kain pelikat itu juga dia naik ke atas feri ditemani ayahnya untuk pergi ke tandas, sempat ditegur oleh seorang uncle India, "baru bersunat ka?"
Walau apapun, belum pun seminggu Nazran sudah pun sembuh sepenuhnya. Syukur alhamdulillah! Sepanjang masa setiap kali selepas makan, saya mesti bekalkan Nazran, Vita-lea Kids (The Yummy Multivitamin for Kids) untuk mencukupkan nutrisi dalam badan dia dan mempercepatkan sembuh luka yang disokong oleh zat besi yang terkandung dalam Vita-lea Kids Shaklee ini. Selain zat besi, ia juga mengandungi kalsium, vitamin C, vitamin A dan banyak lagi yang sangat membantu tumbesaran anak-anak.
Manfaat Berkhatan
Berkhatan merupakan salah satu cara umat Islam untuk menghidupkan sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim AS. Hikmah pensyariatan khatan adalah untuk menjaga kesucian dan kebersihan secara luaran mahupun dalaman apabila memotong kulit zakar yang menutupi hasyafah (kepala zakar).
Firman Allah SWT dalam al-Quran:
إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِين
Al-Baqarah, 2: 222Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.
Tips Sebelum Berkhatan
Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak berkhatan perlulah diberi membuat persediaan awal, sebagai contoh, beritahu anak kita setiap hari seawal yang mungkin supaya anak kita tidak takut untuk berkhatan. Macam ummi juga, setiap kali cuba jelaskan apa itu berkhatan, kenapa perlu buat itu, kenapa kita mesti buat ini. Supaya anak itu sendiri lebih bersedia sebelum disunatkan.
Selain itu, anak-anak ini mungkin akan risau bila sudah kita yang ibu bapa ni setiap hari kita cakap dan jelaskan benda yang sama tentang berkhatan, jadi beli lah jiwa anak tu, tidak perlu belanja mahal pun beli jiwa anak tu janji kita sesekali kita turutkan apa yang dia mahu. Dengan syarat, mesti mahu berkhatan. Ha gitu!
Cukupkan bekalan nutrisi, ini bukan sebab apa, fokus pun lari kan di sekolah dia dengan kawan asyik bertukar cerita pasal berkhatan. Jadi mestilah anak tu cukup tidur dan cukup sihat supaya dia mudah fokus di dalam kelas. Nazran memang tidak lain tidak bukan dengan kawan rapatnya, Fayz yang sama-sama menghadiri program berkhatan ni. Menurut, ibu Fayz, Fayz siap buat carian google dan youtube lagi pasal berkhatan ni. Opps! Kita pula yang nervous dibuatnya.
Walau bagaimana cara sekalipun, semoga ibu bapa diluar sana yang bakal melalui fasa anak berkhatan pada masa akan datang boleh menghidupkan sunnah junjungan nabi kita dengan jayanya. In sha' Allah. Semoga entri ini bermanfaat buat semua ibu bapa di luar sana.
Bersama ketua pihak penganjur- USIA Bhgn WP Labuan |
En Mohd Ali Asmiran Datuk Seri Mohd Omar Bledram
Sesiapa yang berminat untuk dapatkan Vita-Lea Kids atau apa-apa vitamin kanak-kanak, boleh lah berhubung dengan saya ya. Tiada yang lebih berharga daripada seorang ibu melainkan melihat anaknya sentiasa sihat dan ceria. Betul tidak?
"Prevention is Better Than Cure"
Jom sihat dan cantik bersama saya
Asdayanty
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673
WhatsApp: Rh Aszda Yanty
YouTube: RH AszdaYanty
Facebook: Asda HealthJourney
Instagram: asda_healthjourney
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi
“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”
No comments:
Post a Comment
Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.
🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂