Saturday, 1 April 2023

Tragedi 20 Mei 2009 (Part 2)

Merawat dan menjaga mama di HQE


Mama shaklee
Detik terakam beberapa tahun sebelum tragedi menimpa keluarga kami.

Kisah mama yang perlu di bawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE). 

Hari itu kami duduk di Hospital Labuan untuk menunggu mama dibawa pergi ke HQE. Saya pun pada ketika itu mengalami beberapa kecederaan kecil pada banyak bahagian muka dan badan saya. Belakang telinga saya bengkak, di pinggang saya sedikit cedera, lutut juga luka kerana serpihan cermin pecah terbenam di situ. Jadinya, kami sepakat supaya saya pula tinggal bersama dengan 3 orang adik yang lain. Mama ditemani adik lelaki saya, Azmie menaiki ambulans untuk dibawa ke sana bersama beberapa petugas kesihatan.

Sehari kemudian, adik memberi perkhabaran mama tidak boleh ditemani muhrim lelaki. Perlu juga perempuan yang bersama menjaga di wad untuk keselesaan pesakit lain juga. Jadinya pergilah saya menaiki feri ekspress masa tu direct ke pelabuhan Jesselton.  
Setibanya di sana, seseorang telah menjemput aku tapi ermm aku tidak mahu menyebut namanya di sini kerana aku tidak menganggap nya keluarga lagi setelah apa yang dia lakukan pada kami beradik ketika mama terlantar di hospital. Aku tidak mahu cerita dalam apa yang pasti perbuatan nya meninggal kan kesan parut luka di belakang adikku dan luka yang dalam di lubuk hatiku. Aku tidak mahu ingat langsung perkara itu tapi itulah kepahitan dalam untuk kami berdua ketika berada di sana. 

Apa yang pasti, beberapa hari saya di sana, mama di bawa pindah beberapa kali ke wad lain, dan perlu menjalani pembedahan pembetulan rahang. Ketika kemalangan berlaku, muka atau lebih tepat dagu mama terhentak di bahagian belakang seat hadapan. Jadinya, gigi nya banyak tercabut dan rahang gigi nya yang bahagian bawah sudah tidak betul atau boleh kata lari alignment. So terpaksa pasang besi di bahagian dalam gigi bersambung pada tulang pipi mama. 

Semasa mama dibedah, aku sendiri menunggu di luar bilik bedah, resah gelisah tiada siapa yang boleh dibawa berbicara bersama. Adikku sudah aku suruh dia pulang ke Labuan untuk menjaga adik lain yang masih sekolah masa tu. 

Dan aku pun tidak ingat macam mana kami kembali ke Labuan selepas mama betul dibenarkan pulang masa tu. Yang pasti, kami naik teksi ke pelabuhan dan terus ke Labuan menaiki Feri Ekspres. Itu sahaja. Aku tidak ingat pada ketika itu mungkin aku mencari tempat kami duduk berehat lama untuk menunggu Feri Ekspres tu tiba. Supaya mama boleh duduk berehat sementara menunggu. 

Banyak momen yang terakam cumanya semuanya sudah bercampur aduk dengan ingatan yang lain nya. Pastinya mama untuk beberapa tahun tidak dapat tidur lena dan setiap kali cuaca sejuk dan musim hujan mama rasa ngilu pada besi yang di pasang di pipinya. Mama kurus sangat pada waktu itu. Makan pun sangat susah dan boleh makan bubur saja. 

Apabila di ingat semuanya, mama yang sudah mula sihat berniat untuk mula bekerja lagi. Saya dan adik-adik semua masih belajar lagi. Dan mama kerja sapu sampah di Skuadron Tentera Udara masa tu sehinggalah saya pulang selepas tamat Ijazah. Mencari kerja dan minta mama berhenti kerja selepas itu. 

Ya Allah bersyukurnya kami sekarang tidak sesusah keadaan dulu. Alhamdulillah atas izin Allah, berkat sabar yang banyak, berkat doa mama, kami sudah mampu untuk belikan mama rumah yang lebih selesa sekarang. Pengalaman dulu sangat mengajar kami untuk selalu bersyukur. Terima kasih Allah! 


No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂