Tidak sedar masa berlalu dengan cepat. Sudah pun lebih setahun saya mengurus hal rumahtangga sepenuh masa: suami, anak-anak, dapur, rumah, pakaian semuanya endless story. Tipulah kalau saya kata saya tidak mahu bekerja lagi. Ramai sahabat masih lagi memberikan nasihat untuk saya kembali hidupkan karier saya.
Karier vs Ijazah
Sebenarnya ada juga niat untuk bekerja semula. Ada juga sekali dua saya menulis email untuk memohon kerja. Tapi jenuh juga saya mencari jawatan kosong yang membolehkan kita melakukan pekerjaan dari rumah sahaja. Sehinggakan semasa saya menulis surat memohon pekerjaan pun, saya terpaksa berterus terang yang saya mahukan flexible working hours dan work from home basis.
Iyalah kan ada Ijazah Perakaunan takkan mahu disia-siakan kan? Tapi entahlah, mungkin fokus tu bukan lagi ke arah itu. Bagi saya, keluarga saya ini ialah investment terbesar. Mungkin juga inilah jalan yang Allah SWT mahukan yang merupakan pilihan terbaik buat saya dan keluarga.
Shaklee dan Kek Batik
Paling tidak pernah berhenti juga saya masih teruskan bisnes Shaklee saya. Saya tidak simpan banyak stok pun. Jadi modal saya tidak besar dan paling pun saya stok yang betul-betul suplemen yang saya konsisten makan. Jadinya kumpul-kumpul order layak juga saya bonus setiap bulan.
Syukur juga April 2023 sebuah permulaan cycle yang baik buat group saya. Saya doakan downline saya semuanya terus konsisten makan Shaklee dan ada buat pembelian setiap bulan. Semoga mereka semua merasai keberkesanan Shakle tanpa dipaksa.
Selain dari Shaklee, bermulanya usaha saya dengan bisnes kek batik kerana minat yang mendalam. Saya mulakan dengan pre-order basis. Jadi sekiranya ada tempahan barulah saya buat kek tu. Saya mulakan dengan modal kecil-kecilan. Lagipun alat-alat memasak dan peralatan membuat kek sudah pun ada. Cuma tinggal kita bertindak sahaja. Syukur lah kan saya healing dengan membuat kek batik. Enjoy walaupun penat.
Bisnes Dari Rumah
Walaupun tidak banyak, sedikit sebanyak saya sudah pun merasai hasilnya. Bisnes dari rumah ini memang lebih memenatkan berbanding kita keluar bekerja. Iyalah dalam masa yang sama kena fokus banyak perkara. Nama pun buat dari rumah kan. Kalau kita pergi pejabat, kita fokus kerja yang ada saja tapi di rumah ini sangat berbeza.
Tetapi itu bukan menjadi penghalang buat saya. Walaupun memang banyak iklan dari mereka dan kadang itulah yang buat kita stres tapi sekurang-kurangnya kita boleh pantau mereka di depan mata. Saya bebas buat apa sahaja yang kita mahukan. Kita susun to do list mengikut priority barulah teratur dan kita tidak mudah serabut.
Lagipun bisnes dari rumah ni flexible. Bila-bila masa boleh buat mengikut kesesuaian dan kelapangan kita sendiri. Orang putih cakap "Mind your own business". Eh bukan maksud saya jangan campur tangan urusan orang tapi maksud saya ini ialah perniagaan kita sendiri ialah hasil dari cara fikir kita sendiri lah. Tidak sihat atau penat, rehatlah tapi jangan berhenti. Kita manage ikut akal waras kita sendiri.
Saya suka bisnes dari rumah ini pun sebab saya boleh keluarkan modal mengikut kemampuan. Perlahan-lahan kayuh. Sebab apa kita perlu buat perlahan-lahan, step by step. Supaya kita nampak hasil nya sedikit demi sedikit jadi kita tidak mudah berputus asa. Sekiranya mengejut keluarkan modal besar, kalau perkara yang kita mahukan tidak menjadi kita juga mati akal dan menyesal. Betul kan?
Jadi tunggu apa lagi? Masih ada yang ragu-ragu buat Shaklee kah tu? Bagi saya Shaklee ialah perniagaan yang mudah. Tidak perlu simpan stok yang banyak. Tidak perlu keluar modal besar. Duduk dari rumah pun boleh jana pendapatan.
Dengan mencuba vitamin Shaklee anda akan rasa sendiri keberkesanannya yang pasti hati kita jadi terpaut seterusnya kita boleh kongsi pengalaman makan Shaklee dengan keluarga dan rakan-rakan. Dari sinilah anda akan mula membina empayar sihat bersama Shaklee. Sihat tubuh badan dan sihat dari segi pendapatan. Mari sertai keluarga Shaklee kami. Klik saja pada nama saya di bawah untuk hubungi saya dengan segera.
"Prevention is Better Than Cure"
Jom sihat dan cantik bersama saya
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673
YouTube: RH AszdaYanty
Facebook: Asda HealthJourney
Instagram: asda_healthjourney
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi
“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”
No comments:
Post a Comment
Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.
🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂