Wednesday, 21 June 2023

Amalan Hidup Sihat Wanita Usia 40an

Rasanya 40 tahun ni boleh kira muda lagi kah? Boleh consider tua sudah bah kan. Veteran orang bilang. Tapi ada juga tu orang yang tidak mengaku tua sudah padahal badan sakit sana sini sudah. Tambirang saja itu bilang masih muda. Kan?

Usia menginjak ke umur 40 tahun bukan lagi masa untuk kita sembarangan terjah. Khususnya cara pemakanan kita. Di usia begini, bermulanya perjalanan kita untuk berkata "tidak" dan berusaha untuk mencegah apa saja yang boleh mendatangkan impak pada badan kita.

Jadinya, umur saya pun sudah 37 tahun tidak dirasa kalau panjang umur 3 tahun lagi. Tapi bukan tunggu 3 tahun baru kita ubah amalan gaya hidup sihat kita. Saya pun baca sana situ sini untuk buat rumusan di entri kali ini.  
amalan gaya hidup sihat


Gaya Hidup Sihat = Makan Secara Sihat


Golongan wanita lebih cenderung mengalami perubahan bentuk fizikal yang lebih ketara berbanding lelaki. Beberapa faktor yang mempengaruhi terjadinya perkara ini antaranya ialah kenaikan berat badan yang mendadak selama mengandung dan proses kelahiran anak. 

Disebabkan itulah kita wanita perlu menjaga cara pemakanan. Semakin kita berumur semakin mudah kenaikan berat badan terjadi. Disebabkan perubahan hormon kadar metabolisme juga pasti akan menurun.  

Tips Pemakanan Sihat

1. Kurangkan pengambilan gula, garam dan minyak 
2. Lebihkan makan sayuran dan buah 
3. Tingkatkan pengambilan protein, kalsium dan vitamin D 
4. Tidak makan terlalu pedas
5. Pilih makanan yang mudah dikunyah dan dihadam

Sering kali dikaitkan semakin umur meningkat semakin banyak kedutan di wajah, semakin mudah berasa penat dan mengalami otot yang lemah.  

Kemungkinan besar anda yang berada di luar sana dan saya sendiri alaminya yang mana kurang mengambil protein daripada tumbuh-tumbuhan. Protein daripada sumber organik lebih selamat terutama kepada kita yang usia makin meningkat ni. 

Oleh sebab itu, saya sarankan Energizing Soy Protein (ESP) dalam diet harian anda. ESP ini bukan saja membantu dalam membina sel otot, ia juga membantu memperbaiki tisu yang rosak contoh luka kecil. 

Dengan ESP juga boleh kawal nafsu makan yang mungkin mendadak naik ketika haid. 

Selain itu, OsteNutrix juga boleh mengisi jurang nutrisi yang tidak cukup dalam diet harian kita. OsteNutrix ini bukan sahaja menjadi sumber kalsium dan vitamin D tapi juga mempunyai magnesium yang membantu kita mendapatkan tidur yang lena. 

Gaya Hidup Sihat = Tidur Yang Cukup 


Kualiti tidur  juga mempengaruhi kehidupan seseorang. Mendapatkan tidur yang cukup adalah sangat penting. Dalam usia 40 tahun, kita disarankan untuk tidur 7-9 jam dalam sehari. Tidur juga mempengaruhi proses penuaan. 

Ya! Kalau tidak cukup tidur, hati kita pun tidak cukup rehat, seterusnya badan kita akan cepat tua sebelum masanya. Scary kan. 

Setelah mengamalkan OsteNutrix sebelum tidur, saya mudah mendapatkan tidur yang lena sepanjang malam. Kita rasa puas tidur walaupun cuma beberapa jam pada malam hari. 

Apabila kita tidak mengambil kalsium secukupnya, badan akan menggunakan simpanan kalsium yang terdapat pada tulang. Ini menyebabkan kehilangan jisim tulang dan sekiranya berlanjutan, tulang kita akan menjadi semakin lemah. 
Kesimpulannya, OsteNutrix wajib untuk kita amalkan terutamanya pada mereka yang usia mula menginjak ke 40 tahun. 

Gaya Hidup Sihat = Senaman 


Kita juga perlu aktiviti fizikal supaya badan kita masih aktif walaupun sana sini rasa sakit lah lenguh lah. Itu bukan alasan untuk tidak bergerak. Sekali sekala jantung kita perlu juga mengepam laju so we feel alive. 

Senaman yang kerap 2 atau 3 kali dalam seminggu boleh menggalakan kesihatan kardiovaskular, mengekalkan berat badan yang sihat dan membantu kesihatan secara menyeluruh. 

Kadar metabolisme yang semakin rendah seiring dengan perubahan hormon akan menyebabkan kita mudah rasa malas, lemas dan lembik sekiranya kita kurang melakukan aktiviti fizikal ini. 

Selepas melakukan senaman sama ada intensiti rendah atau yang cergas dan berpeluh, kita sendiri boleh alami badan mulai terasa ringan. 

Gaya Hidup Sihat = Mental dan Emosi Sihat 


Apabila sudah mula rasa tua ini, kurangkan lah aktiviti yang membawa kita stres. Lakukanlah sesuatu perkara yang kita suka. Jadikan ia hobi supaya mood kita sentiasa rasa tenang. 

Khusus untuk stress management, saya sarankan Vita-Lize yang mempunyai 25 jenis vitamin dan mineral termasuklah vitamin B yang boleh mengawal stres. 

Stres ini akan membawa kita sering rasa sakit kepala. Kurang tidur pun akan buat kita stres. Paling teruk sekali mendapat anxiety. Kita tidak mahu itu kan. Apatah lagi di usia yang makin tua ni. 

Tidak perlulah kita fikir banyak hal. Fokus saja pada akhirat. Hal dunia itu dan ini kita serahkan pada mereka yang masih boleh handle. 

Vitamin dan Hidrasi 

Buat wanita di luar sana termasuklah saya sendiri jangan pernah mengabaikan kecantikan kulit. Oleh sebab itu, untuk mengekalkan wajah yang berseri, amalkan pengambilan 8 gelas air sehari. 

Jangan lupa juga Vitamin C untuk melindungi badan kita daripada radikal bebas. 

Amalan hidup sihat ini bukanlah untuk mereka yang berusia sahaja tapi juga golongan muda juga. Yalah, saya pasti orang muda ni susah untuk ikut amalan hidup sihat ini tambahan lagi di dunia serba serbi sibuk dan semua orang mahu cepat pantas saja kan. 

Sebab itu suplemen bukan lagi satu penambahan malah satu keperluan di zaman yang serba canggih dan moden ni. Oleh itu, ingat Shaklee ingat lah saya. Boleh hubungi saya dengan hanya klik pada nama saya di bawah dan anda boleh direct whatsapp saya. 



"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂