Thursday, 11 September 2014

B-Complex

B- Complex terkenal sebagai supplemen anti-stress, dengan mengambilnya sebiji sehari terutama pada wanita selepas pantang dapat mengurangkan tekanan dan mengelakkan masalah depresi

Kandungan dalam vitamin B-Complex Shaklee

Vitamin B kompleks adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada: 

bcomplex shaklee
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.


Prevention is better than cure" 

Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

Alfalfa Complex: Khasiat & Kebaikan

Alfalfa Complex adalah supplement unik dan merupakan signature product keluaran Shaklee. Buat yang masih baru dengan Alfalfa, ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang sangat istimewa dan hebat. Kenapa saya katakan ianya istimewa?

Akar pokoknya tumbuh sedalam 20-60 kaki ke dasar bumi. Seperti yang semua tahu, semakin dalam ke bawah tanah, semakin banyak nutrient dan mineral yang terdapat di dalamnya. Maka, akar pokok Alfalfa dikenali sebagai "Nature's Miners" yang menyerap segala nutrient di dasar bumi dan menyimpannya di dalam daun Alfalfa. Jadi, daun Alfalfa adalah ibarat stor penyimpanan nutrient. Oleh sebab itu, Alfalfa turut dikenali sebagai Raja Tumbuhan

alfalfa
Alfalfa Complex
330 biji | 700 biji
Keistimewaan utama Alfalfa keluaran Shaklee adalah seperti berikut:

1. Hanya menggunakan Alfalfa yang telah mencapai tahap kematangan 5-7 tahun. Kebanyakan minuman klorofil di pasaran hanya menggunakan daun dari tumbuhan hijau yang masih muda dan berakar pendek yang mana kandungan nutrient-nya adalah lebih sedikit berbanding Alfalfa yang mempunyai akar yang dalam.

2. Mempunyai kadar klorofil yang tinggi. Tumbuhan hanya akan mencapai kadar klorofil yang tinggi sekiranya ia dituai setelah mencapai tahap kematangan mutlak.

3. Ditanam secara organik dan bebas dari racun serangga dan bahan bertoksik.

4. Hanya menggunakan daun Alfalfa (tidak dicampurkan bersama batang/ranting pokok). Daun Alfalfa ini akan dikeringkan dan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.

5. Diproses pada suhu rendah bagi memastikan enzyme yang terkandung di dalamnya terpelihara.

Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Antara manfaat utama Alfalfa Complex ialah:

1. Sebagai penggalak susu badan
2. Detoksifikasi - ia mencuci/menulenkan darah dan mempunyai fungsi antibiotik
3. Membantu proses penghadaman, ulser perut, gastrik, kembung, sembelit, etc
4. Melawan alahan seperti kulit dan hidung sensitif
5. Mengurangkan nafas berbau, bau badan dan tapak kaki berbau
6. Mengurangkan keputihan pada wanita
7. Memelihara saluran kencing dan fungsi buah pinggang
8. Mengurangkan tekanan darah tinggi
9. Mengawal diabetes
10. Mencegah/merawat arthritis, gout dan rheumatism
11. Menyingkirkan lemak dan kolestrol
12. Melawan tumor
13. Untuk merawat masalah kulit
14. Anti inflamasi
15. Mencegah retensi air

Alfalfa Complex merupakan salah satu supplement utama dalam Set Breastfeeding kami untuk tujuan milk booster. Tapi khasiat Alfalfa Complex adalah lebih dari itu. Ia merupakan pencuci darah, darah yang bersih dan sihat mampu mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit yang berpunca daripada pengumpulan toksin di dalam darah.

Sebarang pertanyaan Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
SID 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

Advanced Joint Health Tablet

Bila menyebut tentang supplement untuk sakit sendi, pasti ramai yang tercari-cari supplement yang tertulis Glucosamine dan Chondroitin pada label botol. Tahukah anda bahawa Chondroitin mengandungi Chondroitin Sulfate yang boleh mengurangkan kadar penyerapan glucosamin. 

Kebanyakannya diekstrak dari sumber haiwan yang mudah terdedah pada pencemaran semasa pemprosesan. Chondroitin juga mempunyai kesan sampingan seperti ketidakselesaan perut, muntah, loya, gastric, pedih hulu hati, cirit-birit, penyahhidratan, sakit perut, angin dan sakit tekak. Ia juga berinteraksi dengan warfarin, sejenis ubat penipis darah yang boleh menyebabkan leban dan pendarahan dalaman yang teruk.

Shaklee mempunyai supplement yang lebih hebat untuk mengawal masalah sendi anda. Advanced Joint Health Complex sesuai diamalkan oleh golongan yang mempunyai masalah-masalah seperti berikut:

· Leher kejang/kaku

· Sakit bahu

· Sakit lutut ketika menaiki tangga

· Sakit pada pergelangan tangan
· Sakit lutut ketika mencangkung
· Sakit sendi di waktu pagi
· Sakit pinggang


Advanced Joint Health Complex menyokong kesihatan sendi anda melalui 3 cara:

1. Meningkatkan keselesaan sendi (melalui ekstrak Boswellia)

2. Meningkatkan kesan kusyen (melalui ekstrak jagung/glucosamine)

3. Memelihara kesihatan tisu penyambung (melalui vitamin C, zink, tembaga dan mangan)


Kandungan utama Advanced Joint Health Complex adalah ekstrak Boswellia. Dalam perubatan Ayuverdic, Boswellia digunakan untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Ia merupakan agen anti-radang semulajadi yang bertindak pantas menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ekstrak jagung atau glucosamine pula merupakan komponen penting dalam pembinaan blok utama tulang rawak dan bendalir sinovial. Ia bertindak sebagai pelincit dan membekalkan kesan kusyen antara sendi-sendi. Vitamin C, Zink, Tembaga dan Mangan pula merupakan nutrien penting dalam pembinaan kolagen dan komponen tisu penyambung.

Ujian klinikal mendapati ekstrak Boswellia dalam Advanced Joint Health Complex dapat menunjukkan kesan dalam masa 5 hari. 45% mendapati sendi terasa lebih selesa dan 31% mendapati pergerakan menjadi lebih senang.

Siapa yang Perlukan Advanced Joint Health Tablet

>Lelaki dan wanita dewasa yang memerlukan produk 100% semulajadi untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan sendi mereka.

>Mereka yang sering sakit sendi tulang

>Orang muda yang mempunyai gaya hidup yang lasak dan aktif

>Orang yang sering melakukan perkerjaan mengangkat beban berat.
Dapatkan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

Ayahku dalam kenangan

Lovely daddy
Tragedi 20 May
Meninggalkan kesan tikaman hebat
Pada diriku…
Bapaku telah pergi buat selamanya
Tanpa dapatku melihat lagi wajahnya
Tidak akan lagi terdengar suaranya
Tidak dapat ku menyentuhnya…
Dia pergi meninggalkan kami
Nyawanya dirampas
Ketika dia masih dalam dakapanku…
Ketika masih lagi darahnya mengalir ke tanganku
Dia pergi buat selamanya…
Tanpa sempat dia menghantar dan menjemputku…
Tanpa sempat dia melihat ku berjaya
Memeluk ijazah..
Tidak sempat ku tunaikan hasratnya lagi…

Belum sempat ku meluang masa dengannya…
Belum puasku bermesra dengannya….
Belum puasku bergurau dengannya..
Belum sempatku bertanya
Apa yang terbuku di hatinya…
Sekelip mata ALLAH meragut nyawanya…

Tersentak….Tanpa bolehku berkata-kata…
Dan, tika dan saat ini…
Aku terasa sangat merinduinya…
Aku telah merinduinya…
Aku ingin mengadu padanya…
Aku ingin bermanja dengannya…

Di manakah dia berada sekarang??
Aku ingin bertemunya….
Menyentuh dan memeluknya…
Bahawa masih dalam diriku lagi
Aku masih tidak percaya….

Bapa…Kenapa pergi tinggalkan Along…
Kenapa pergi tingglakan kami semua….
Mama, adik-adik, saudara-mara
Mencarimu….

Bapa….belum lagi Along sempat
Berbicara sepuasnya denganmu…
Bapa….kau pergi tanpa Along merelakan…
ALLAH mencabut nyawamu di hadapanku…

Ya…ALLAH….
Semadikanlah bapaku dengan tenang…
Tempatkanlah dia di kalangan orang yang beriman…
Dan semoga dia berbahagia di sana….


2nd June 2009, 11:05am.

Wednesday, 10 September 2014

Set Penjagaan Rambut Gugur I

Rambut gugur dengan banyak? Hari-hari dok sapu lantai sebab penuh dengan rambut gugur. Bila sikat rambut, segenggam yang keluar. Scary kan? Lama2 kepala akan jadi BOTAK! Wah tu lagi scary. Jadi jangan biarkan ianya berlarutan. Anda mesti buat sesuatu!

Kenapa rambut gugur?

Punca rambut gugur dikatakan boleh terjadi disebabkan perkara2 berikut:

1. Jangka hayat: jangka hayat rambut secara purata ialah 4.5 tahun; rambut kemudian gugur dan diganti dalam tempoh 6 bulan oleh rambut baru.

2. Kebiasaan: mencuci, mengering, dan memberus rambut semua boleh menyebabkan beberapa helai gugur; kebanyakan kita lakukan nya dengan kerap.

3. Penuaan: Selepas umur 30 tahun (dan selalunya sebelum), lelaki dan wanita mulakehilangan rambut, walaupun lelaki cenderung untuk mengalaminya pada kadar yang lebih cepat.

4. Corak kebotakan dikaitkan dengan testosteron. Ini menerangkan mengapa lebih ramai lelaki pengalaman corak kebotakan.

5. Tekanan emosi yang berlebihan

6. Menghidapi penyakit tertentu

7. Perubahan hormon

8. Kehamilan,bersalin, dan penggunaan pil kawalan kelahiran

9. Kesan kemoterapi

Jangan risau..kini masalah rambut gugur boleh diatasi dengan supplement. Betul ke? Yes!! Cuba lihat punca rambut gugur. Dari punca kita cari penyelesaian. Apa vitamin untuk mengatasi masalah rambut gugur? kenapa vitamin? Kerana penggunaan Vitamin dan mineral yang betul memainkan peranan penting dalam pertumbuhan rambut. Rambut juga merupakan tisu badan dan oleh itu, ia memerlukan nutrien tertentu untuk mengekalkan kesihatan dan keupayaan untuk berfungsi dengan baik itu.

3 vitamin utama adalah:

ESP : ESP adalah serbuk protein. Kekurangan protin menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa anda makan cukup protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat.

Bcomplex: Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. Bcomplex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang. Kandungan utama vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, vitamain B6 pulak untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. kesimpulannya kelebihan bcomplex sangat banyak untuk masalah rambut gugur.

Zink: Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zink boleh memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal. Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut.

Dan shampoo untuk mengatasi masalah rambut adalah Revitilizing Shampoo. Istimewanya shampoo ni ia adalah bebas paraben, bebas SLS. PEngalaman sendiri, bila lepas guna shampoo ni rambut terasa sangat lembut dan kepala pun jadi ringan. Semasa shampoo memang selai dua je rmabut yang gugur berbanding bila guna shampoo yang lain.

Memang best!! dan terbaik!!

Dapatkan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

Friday, 20 June 2014

Wednesday, 18 June 2014

Happy Birthday 1 year old Boy!

Setahun berlalu, mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan menjagamu adalah kenangan terindah buatku sebagai seorang ibu. Kau bagai kain putih tiada corak, tiada warna. Sesungguhnya aku sangat-sangat terharu kerana diberikan kurnia ini, lahir seorang putera dari rahim ku. Syukur alhamdulillah... Aku sungguh bersyukur. Banyak yang kita sudah tempuhi selama setahun bersama anakku. Ummi sayangkan Nazran sangat-sangat sehingga sanggup menggadai nyawa buatmu, sayang. 

Doa ummi buat Nazran semoga besar nanti, jadi anak yang pintar dan penyabar. Ummi akan cuba yang terbaik untuk mendidik Nazran supaya menjadi anak yang soleh.