Wednesday, 18 June 2014

Happy Birthday 1 year old Boy!

Setahun berlalu, mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan menjagamu adalah kenangan terindah buatku sebagai seorang ibu. Kau bagai kain putih tiada corak, tiada warna. Sesungguhnya aku sangat-sangat terharu kerana diberikan kurnia ini, lahir seorang putera dari rahim ku. Syukur alhamdulillah... Aku sungguh bersyukur. Banyak yang kita sudah tempuhi selama setahun bersama anakku. Ummi sayangkan Nazran sangat-sangat sehingga sanggup menggadai nyawa buatmu, sayang. 

Doa ummi buat Nazran semoga besar nanti, jadi anak yang pintar dan penyabar. Ummi akan cuba yang terbaik untuk mendidik Nazran supaya menjadi anak yang soleh.