Monday, 15 September 2014

Set Berpuasa Shaklee


Sempena bulan Ramadhan yang kian hampir menjelma, mama ingin mengucapkan bakal menyambut selamat berpuasa dan dengan itu saya ingin menawarkan set istimewa untuk berpuasa yang dikenali sebagai Shaklee Mighty 3 Gems program. Sesuai diambil ketika sahur untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa. And jangan risau, set ini sesuai digunakan untuk ibu mengandung atau yang tengah menyusu badan (breastfeeding).

Sekiranya terjadi anda terbangun lambat untuk sahur, etc, set ini adalah sangat sesuai untuk anda. Even untuk bulan-bulan lain selain Ramadhan, set ini sesuai diamalkan untuk menggantikan sarapan pagi. Menu sarapan pagi ini boleh diamalkan oleh semua golongan, dari kanak-kanak sehingga ke warga emas. Ia membantu meningkatkan tenaga dan daya tumpuan setiap hari.

Terdapat 3 jenis produk dlam set ini - Mealshake, Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink. Mealshake dan ESP mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 amino acids yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.

Performance Drink membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. Merupakan minuman kegemaran atlit (ala-ala 100 plus tapi lagi sedap). Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP. Performance Drink merupakan produk pilihan breastfeeding mothers yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.

Untuk tenaga yang optimum ketika berpuasa, anda boleh menambah supplement B-Complex, Vita-Lea dan Vita-C dalam rutin sahur anda. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Set Berpantang/Confinement Shaklee 2

Vita-Lea (Multivitamin)

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

B Kompleks

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insyaALLAH akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik

Zink

Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim). Kekalkan kesihatan yang baik, membantu tubuh memetabolismekan karbohidrat, protein dan lemak. Di rumus khas dengan sayur-sayuran.

Haaa, banyakkan kelebihan Set Berpantang Shaklee ni..Boleh diganti dengan jamu..Amalan yang lain-lain tu boleh la diteruskan seperti berbarut, bertungku, bersalai dan sebagainya..Mungkin hasilnya lagi ummmppphhh daripada sebelum ni..Sapa tau kan?

Ibu Berpantang juga boleh mengambil Alfalfa..sebab alfalfa ini berfungsi membuang angin dalam badan dan melawaskan sistem pembuangan..Extra benefit adalah salah satu milk booster tau..Sapa tak nak susu banyak kan..

Alfalfa

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung. Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. (PERINGATAN: ALFALFA TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE)

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Set Berpantang/ Confinement Shaklee 1

Vita-Lea

* Ibu yg sdg berpantang di galakkan ambil vita lea sbb semasa dlm pantang bnyk makanan yg kita xboleh makan so tenaga kita akan berkurang.
* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,oleh itu ibu perlu ambil makanan yg seimbang dan berkhasiat bg m'gantikan semula darah yg hilang.
* Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
* Kalau nk bf baby,pengambilan zat besi adalah sgat penting.
* Vita lea xblh di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi

B Complex

* Membantu menstabilkan hormon badan kita
* Jika kurang B complex blh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..
* Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
* Menukarkan makanan kpd tenaga

Zinc Complex

* Ibu2 yg xmakan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat kpd makanan tersebut.
* Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
* Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn baik.
* Mengurangkan masalah rambut gugur
* Membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

Sustained Release Vita-C Plus

* Berkonsepkan pelepasan masa.
* Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara konsisten.
* Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
* Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin....

Energizing Soy Protein (ESP)

* Mengandungi zat besi yg sgat penting dalam pembentukan sel darah merah dan penyerapan zat besi oleh badan.
* Galian yg sgat penting dlm membantu proses pemulihan.
* Vita c sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

Ostematrix

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang…

Sekiranya berminat boleh klik Set Berpantang/Confinement Asas atau Set Berpantang/Confinement Ekslusif

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Perkembangan Bayi Mengikut Umur

Sebagai seorang ibu, saya ingin tahu bagaimana perkembangan anak saya dan mahu memastikan milestone atau perkembangan anak saya adalah sejajar dengan umur masing-masing. Carta di bawah boleh dijadikan sebagai panduan atau guideline untuk memerhatikan perkembangan bayi tetapi harus diingat bahawa carta ini dibina berdasarkan pencapaian kebanyakan bayi. Setiap bayi mempunyai perkembangan yang berbeza jadi jangan sedih jika bayi anda agak lambat perkembangannya. Jika anda sangat risau, boleh rujuk pakar kanak-kanak bagi pemeriksaan lanjut.

Umur
Peringkat perkembangan
1 bulan


o        Mengangkat kepala sambil perut menyentuh lantai
o        Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan
o        Bertindakbalas terhadap bunyi yang kuat

2 bulan

o        Menggerakkan mata mengikut pergerakan objek
o        Mengulangi bunyi vokal seperti “oh” dan “ah”
3 bulan


o        Mengangkat kepala sehingga 45°
o        Mengangkat kepala sambil perut dan dada menyentuh lantai
o        Mengukir senyuman sosial
4 bulan



o        Mengangkat kepala sehingga 90°
o        Duduk dengan sokongan
o        Berguling (dari kedudukan meniarap ke kedudukan menelentang)
o        Mengimbang badan menggunakan kedua-dua kaki
5 bulan

o        Mula tumbuh gigi
6 bulan




o        Menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
o        Menggapai dan menggenggem objek
o        Duduk sendiri dengan sokongan yang minima
o        Berguling (dari kedudukan menelentang ke meniarap ke kedudukan menelentang semula)
7 bulan


o        Mengajuk bunyi-bunyian
o        Menyuap sendiri makanan
o        Duduk tanpa sokongan
8 bulan



o        Menghisap objek
o        Memanggil ‘ibu” atau “ayah”
o        Mula merangkak
o        Bertindakbalas terhadap nama sendiri
9 bulan


o        Mengangkat perut untuk duduk
o        Berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
o        Memahami keadaan kekal objek
10 bulan


o        Mengambil objek menggunakan 2 jari
o        Merangkak dengan sempurna (perut tidak menyentuh lantai
o        Menolak badan untuk berdiri dari kedudukan duduk
11 bulan




o        Menepuk tangan
o        Melambai
o        Berdiri dengan sendiri selama beberapa saat
o        Memanggil dan mengenali ibu bapa sendiri
o        Memahami maksud “tidak”
12 bulan


o        Menggeleng
o        Memahami arahan mudah
o        Berjalan dengan bantuan
13 bulan

o        Mengucapkan 2 perkataan (conton: hai dan bye)
o        Berdiri dengan sempurna
14 bulan

o        Makan menggunakan jari
o        Melangkah beberapa langkah tanpa bantuan luar
15 bulan


o        Gemar melihat dan menyelak buku
o        Berjalan dengan sempurna
o        Memanjat tangga
16 bulan

o        Bersedih apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini
17 bulan

o        Bertindakbalas terhadap arahan mudah
18 bulan


o        Mengucapkan sehingga 15-20 perkataan
o        Minum menggunakan cawan
o        Makan menggunakan sudu
19 bulan

o        Boleh menggunakan sudu dan garfu
o        Berlari dengan sempurna
20 bulan

o        Membuka pakaian sendiri tanpa bantuan sesiapa
21 bulan

o        Berjalan menaiki tangga dengan bantuan
o        Mula mempelajari sehingga 5 perkataan sehari
22 bulan


o        Mula mempelajari sehingga 10 perkataan sehari
o        Memahami 2 arahan yang berturut (contoh: Ambil anak patung kamu dan bawa ke sini)
o        Boleh mengawal pundi kencing
23 bulan


o        Menggunakan 50-70 patah perkataan
o        Menamakan gambar-gambar mudah di dalam buku
o        Menuruni tangga dengan bantuan
24 bulan



o        Memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri
o        Sesetengah ucapannya boleh difahami
o        Membuat ayat menggunakan 3-4 patah perkataan

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 12 September 2014

Jadual Pengambilan Vitamin

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Tahukah anda kalau ambil semua sekaligus.. kesannya juga akan berbeza dengan mereka yang mengambil mengikut masa yang disyorkan.. Kenapa?... kerana ada kesan kat kadar penyerapan.. kebiasaannya saya akan memberikan jadual makan kepada customer2 saya

The basic rule are:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) :
Seeloknya diambil bersama segelas air

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) :
Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) :
Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu

*APA YANG TAK DIGALAKKAN :Elakkan pengambilan Alfafa bersama Vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan vitamin E

Berikut adalah jadual pemakanan Vitamin Shaklee yang asas:

Selepas breakfast : B Complex, Vita C, Vitalea

Morning tea break: Minum segelas ESP (Kalau tiada ESP..boleh gantikan dengan Cinch Shake/ MealShake)

Selepas Lunch : Alfalfa ( 3-4biji) * yg ni ikut badan masing..sebab ada yang mkn 2 pg,2 ptg,2mlm..ada plak yg 3 pagi..3 ptg...

Afternoon teabreak : Minum segelas ESP

Selepas Dinner : Yang jenis berkapsul~Lecitin/Omega/Vitamin E (Jika Ada)

Sebelum tidur :Ostematrix

* Jadual ni flexible saja bergantung kat individu masing2. ..cuma nasihat saya..... jangan mkn semua sekaligus...dan pastikan sehari pengambilan air putih adalah sebanyak 2liter sehari.. sebab tu saya pecah2kan ikut masa yg tertentu..

* utk pengambilan vitamin selain dari di atas.. In shaa Allah saya akan berikan jadualnya ikut keperluan anda ...


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Info Penyusuan / Breastfeeding

Sakitnya Susu Tersumbat!

Mana-mana ibu yang pernah mengalami masalah Bengkak Susu ataupun Susu Tersumbatpasti tahu betapa terseksanya rasa. Dah la susu tersumbat, sebelah lagi susu sikit pulak. Terpaksa bancuhan susu formula untuk anak…

Apa Punca Susu Boleh Tersumbat dan Menyebabkan Bengkak?

Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat. Boleh rujuk gambar di bawah untuk memahami dengan lebih jelas (Gambar dipetik dari MayoClinic).

Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:

· Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaianunderwire bra
· Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
· Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
· Jangkitan yis
· Stress
· Tak cukup tidur
· Salah cara lekapan bayi



Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

Bagaimana Cara Melegakan Susu Tersumbat?

Cara-cara berikut boleh digunakan untuk melegakan bengkak susu:

1. Susukan anak sekerap yang boleh

Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.

2. Cuba variasikan posisi penyusuan.

Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar.

Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.

3. Tuam

Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.

4. Berehat

Dapatkan rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.

5. Susukan anak yang lebih besar

Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.

6. Gunakan teknik “Pressure Massage”

Gunakan tapak tangan untuk ‘menolak’ susu yang tersumbat ke arah puting. Cara ini mungkin agak sakit, tapi sangat membantu.

Petikan daripada website Ask Dr Sears:

"To do pressure massage, start at the edge of the lumpy area closest to your chest wall. Apply pressure to that area with the heel of your hand to the point just before it becomes too painful. Hold the pressure at that level until the pain eases off. Then increase the pressure again, (without moving your hand) and hold it until the pain eases. Continue to gradually increase pressure at that same site until you are pressing as hard as you can. Then pick your hand up, move it down toward your nipple about a half inch, and repeat the pressure massage in this area. Continue moving your hand a half inch and repeating the massage until you get all the way down to the nipple.

You may see the dried milk come out from an opening in your nipple. Even if the plug doesn’t actually come out, you will at least have dislodged it and moved it toward the nipple so that when baby goes to the breast and sucks, he will remove it with his suction. Always put baby to the breast on the plugged side first, when his sucking will be the strongest.”

7. Amalkan Lecithin dalam diet harian

Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.

Cara pengambilan Lecithin yang detail boleh dibaca dalam artikel “Lecithin Treatment for Recurrent Plugged Duct“

8. Kuatkan imunisasi tubuh

Untuk mengelakkan demam, tingkatkan imunisasi badan pengambilan supplement seperti Garlic, Nutriferon dan Performance Drink.

Anda berminat untuk mendapatkan Lecithin Shaklee untuk melegakan masalah susu tersumbat anda?

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Performance Drink - Minuman Hidrasi

Performance Drink Shaklee merupakan produk yang paling meletup setiap kali bulan Ramadhan menjelma. So apa yang menarik tentang produk ini?

It is actually a sport nutrition drink, target utama Performance Drink actually adalah untuk golongan orang yang suka sports and workout (kat botol dia pun siap ade letak gambar orang berbasikal). Dehydration merupakan merupakan salah satu faktor utama penurunan prestasi atlit. Performance Drink dapat menghidrasi jauh lebih baik daripada air. Ia mengandungi lebih banyak elektrolit untuk mengembalikan tenaga dengan cepat.

Performance Drink juga direka khusus untuk para angkasawan NASA, para pengembara terkemuka dan para atlet bertaraf antarabangsa. Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb yang terdapat dalam Performance Drink dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kaliganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan energy drink yang lain, Performance Drink mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Fungsi Performance Drink:

· Memperlahankan proses kehilangan cecair dalam badan, mencegah penyahhidratan dan mengurangkan kehausan. Sesuai untuk mereka yang berpuasa.

· Meningkatkan daya ketahanan badan, memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, meningkatkan daya tahan otot, memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh dan menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal.

· Mengekalkan kadar glukosa dalam darah untuk meningkatkan stamina dan mengekalkan tenaga

· Mengandungi elektrolit lengkap termasuk calcium, potassium, sodium, phosphorus, chloride dan magnesium (yang kebanyakannya tidak terdapat dalam mana-mana jenama energy drink biasa)

· Melembabkan kulit dan vagina yang kering

· Melegakan masalah cirit-birit. Performance Drink dapat membantu mengembalikan paras pottasium yang hilang ketika cirit-birit.

· Melegakan kepeningan dan paras gula yang rendah

· Melegakan morning sickess ketika mengandung

Kesimpulannya, Performance Drink ini berfungsi seperti 100 Plus atau energy drink yang lain, tapi jauh lebih baik dan lebih selamat sehingga boleh diminum oleh wanita mengandung dan ibu yang menyusu badan (pregnant women and nursing mothers) Ia tidak mengandungi pemanis tiruan, preservatives atau bergas seperti minuman tenaga di kedai runcit. Ia juga membantu mengurangkan rasa mual di awal kehamilan.

Highly recommended untuk ibu mengandung atau menyusu yang bekerja dan berpuasa pada masa yang sama. Ibu menyusu akan banyak kehilangan cecair dalam badan, lebih-lebih lagi di bulan puasa. Anda memerlukan supplement tambahan untuk mengekal/meningkatkan tenanga anda untuk terus menyempurnakan proses penyusuan dan berpuasa tanpa halangan.

Performance Drink juga mempunyai rasa natural orange yang lazat. Produk yang perlu ada untuk mengekalkan prestasi harian anda.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”