Thursday, 25 September 2014

Phytocol-ST - Pencegahan penyerapan KOLESTEROL

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol-st Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem... penghadaman badan. 

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah. 

Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato setiap hari. 

Keistimewaan Phytocol Shaklee

Dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan

Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. 

Sekarang bagaimana? Dah tahu cara nak turun kolestrol kan? Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.

Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Penyakit Membawa Maut

Punca Mati Awal...

Penyakit kardiovaskular, kanser, respiratori kronik dan diabetes adalah kumpulan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang menjadi penyumbang tertinggi kepada peningkatan kadar kematian di seluruh dunia.

Penyakit kardiovaskular, kanser, respiratori kronik dan diabetes adalah kumpulan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang menjadi penyumbang tertinggi kepada peningkatan kadar kematian di seluruh dunia....


Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 38 juta orang maut akibat menghidap NCD setiap tahun dan daripada jumlah itu hampir 16 juta orang maut secara pramatang iaitu meninggal dunia pada usia muda atau sebelum usia mencecah 70 tahun.

Angka kematian akibat NCD di seluruh dunia ini didapati meningkat sejak tahun 2000 dan paling banyak dilaporkan di Asia Tenggara dan Wilayah Pasifik Barat dengan faktor yang menjadi risiko di kalangan penduduk adalah penggunaan tembakau, pemakanan tidak seimbang, fizikal tidak aktif dan pengambilan alkohol berlebihan.

Ajal itu rahsia ALLAH... Selagi kita boleh hidup berusaha lah utk hidup.. bukan menanti saat AJAL kita...

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Cyst & Fibroid

APAKAH CYST?


Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. 

Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka.

Cyst mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal, manakala fibro...id adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor. Akibatnya, mereka juga dirujuk sebagai "ketumbuhan fibroid," "fibrolids," "myomas," atau hanya "fibroid." Pelbagai saiz daripada kira-kira 0,04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih.

APAKAH PUNCA FIBROID


Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. 

Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Gejala-gejala


Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.

Fibroid 1. Intramural, yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.

Fibroid 2. Submucosal, juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.

Fibroid 3. Subserosal, juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan

Cadangan Suplemen SHAKLEE:-

GLA Complex Shaklee - Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 24 September 2014

Shaklee Effect: Kecekalan Hati

Siapa kata senang mahu hidup senang. Di mana kita sekarang ialah bergantung pada usaha kita dahulu. Betul kan? Tapi tidak juga susah untuk hidup susah. Kecekalan hati, pengorbanan masa dan wang ringgit serta usaha itu jugak yang penting.

Buktinya, saya wanita berkerjaya tetapi penat lelah berkerja di dalam pejabat di ketepikan demi mencari rezeki lebih. Petang selepas pukul 5 kalau ada customer yang request COD, haaa bawalah partner-in-crime a.k.a dearest husband utk buat delivery. Hari ini pula lain ceritanya, apa tidak, dearest husband ada kerja lagi so dia janji 8pm utk delivery. So tunggu lah di rumah sambil bermain dengan si kecil yang celik pintar yang sungguh menghiburkan. Penat segala hilang bila melihat permataku ketawa dan tersenyum.
cod labuan

Cod Labuan

Tanpa makan, tanpa rehat, kami bergerak buat delivery selepas pukul 8 mlm. Tapi saya okey jak, saya kan berESP setiap pagi. Pasti bertenaga sepanjang hari. Bawak juga Nazran yg tengah bermain dengan kotak Shaklee. Dia pun happy sungguh bila datang stok baru. Hehe. Di bawa berjalan, tertidur pula hero saya tu, kesian dia, penat ya syg ikut ummi cari rezeki. Hari ini awal sikit habis COD sebab sikit jak pun.

Kita promote sihat untuk orang tapi syaratnya biarlah kita juga sihat. jadi kita akan ada keyakinan untuk bertemu orang/customer. Hati harus cekal. Kalau kita sikit-sikit demam, orang pun tidak yakin mahu membeli produk kesihatan kita ini.

Bestnya, hari ini 3 tong ESP sold out, sebelum apa2, saya cepat2 restock. Memang lah lambat pulang modal bila kita beli terlebih dahulu. Tapi sabar dan yakin mesti ada. Produk Shaklee pasti laris. Pada yg sudah mencubanya, pasti tahu keberkesanannya.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Fatty Liver

Fatty liver adalah satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati. Fatty Liver merupakan satu spektrum penyakit hati pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis) dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.

Sirosis boleh di definasikan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab (antaranya fatty liver) dan seterusnya memyebabkan pengurangan fungsi hati dan juga kanser hati atau hepatoma.

Pesakit yang mempunyai fatty liver telah di kenal pasti mempunyai ciri-ciri histopatologi (mikroskopik) hati seperti seorang peminum alkohol walhal mereka tidak pernah minum alkohol, atau pun pengambilan alkohol tersebut tidak signifikan.

Pesakit tipikal fatty liver adalah seseorang yang mempunyai masalah obesiti, diabetes mellitus, darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda pengidap `sindrom metabolik`. 

Walau bagaimana pun, fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.

Kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa fatty liver di kesan dalam 20 % populasi penduduk di Amerika Utara dan Eropah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kadar fatty liver di Jepun adalah sebanyak 30 % dalam tahun 2004. Lingkungan umur pesakit fatty liver adalah 40-49 tahun dan ianya kerap berlaku di kalangan kaum lelaki.

Fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.

Gejala/Tanda


Kebanyakan pesakit yang mengidap fatty liver tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun berikut adalah tanda-tanda yang boleh didapati :
  • Letih
  • Kurang selesa pada bahagian abdomen – di rusuk kanan
  • Pembesaran hati (hepatomegaly)
  • Ujian darah fungsi hati (Liver Function Test) yang tidak normal (alanine amino transaminase atau ALT dan aspartate transaminase atau AST) Kebanyakan pesakit dikesan melalui cara ini.
Hati berlemak 
Hati yg sihat

Sirosis Hati
Pada kebiasaannya pesakit yang mempunyai risiko untuk mengidap fatty liver (seperti obesiti, diabetes pada contohnya) akan di kesan mempunyai keganjilan pada ujian darah fungsi hati atau kadar ALT atau AST yang tinggi. Seterusnya ujian skan abdomen akan mengesahkan kewujudan fatty liver. Namun pada sesetengah pesakit, biopsi hati mungkin di jalankan untuk memastikan kewujudan fatty liver dan tahap penyakit tersebut.
HISTOLOGI HATI NORMAL DAN HATI BERLEMAK

Pesakit yang mengidap fatty liver pada jangka panjang boleh mendapat sirosis seperti pesakit sakit hati kronik yang lain. 

Pesakit yang mengidap sirosis boleh mendapat gejala ascites (pengumpulan cecair di bahagian abdomen), muntah darah disebabkan oleh pendarahan salur varices di salur pemakanan dan juga hepatik enkephalopathi (koma disebabkan oleh kegagalan fungsi hati). 

Pesakit yang sudah mengidap sirosis juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser hati atau hepatoma.

Pesakit yang mengidap penyakit-penyakit yang mempunyai risiko untuk fatty liver seperti diabetes, darah tinggi dan dyslipidemia hendaklah menjalani rawatan susulan yang berterusan dengan doktor masing-masing kerana fatty liver adalah penyakit yang tidak mempunyai tanda-tanda yang ketara pada peringkat awal. Pencegahan awal akan dapat mengelakkan pesakit mendapat sirosis dan seterusnya mengalami komplikasi yang disenaraikan di atas.

Rawatan


Pesakit yang mengidap fatty liver boleh mendapat sirosis pada jangka masa panjang. Atas sebab itu pesakit perlu berada pada tahap paling optimum dalam penjagaan penyakit masing-masing seperti kawalan diabetes yang baik, pengurangan pemakanan berlemak bagi menurunkan tahap kolesterol, penjagaan tahap tekanan darah yang baik dalam pesakit darah tinggi dan pengurangan berat badan pada mereka yang obes. 

Senaman dan aktiviti riadah hendaklah digalakkan kepada para pesakit dan senaman adalah berkesan untuk mengurangkan sel lemak di hati. Amalan hidup sihat hendaklah ditekankan. 

Kajian telah membuktikan bahawa pengurangan berat badan akan membantu pengurangan tahap penyakit fatty liver pada seseorang pesakit. Pelbagai jenis ubatan telah di uji namun hasilnya tidaklah begitu memberangsangkan.

Pencegahan


Pesakit yang berisiko tinggi bagi mengidap fatty liver hendaklah di kenal pasti dan di beri rawatan awal sebaik mungkin. Tabiat pemakanan yang seimbang adalah penting bagi mengelakkan masalah obesiti dan konsultasi pakar diet atau pemakanan boleh membantu. 

Seterusnya kesemua pesakit yang di syaki mempunyai fatty liver hendaklah di rujuk awal kepada pakar hepatologi bagi melancarkan lagi program rawatan fatty liver. Pakar endokrin akan membantu pesakit diabetes dalam penjagaan tahap diabetes. 

Pencegahan yang paling penting adalah mengelakkan wujudnya sindrom metabolik, pengamalan cara hidup sihat dan menjauhkan amalan makan secara berlebihan hingga menyebabkan obesiti.

Pesakit yang mengidap fatty liver boleh mendapat sirosis pada jangka masa panjang. 

Atas sebab itu pesakit perlu berada pada tahap paling optimum dalam penjagaan penyakit masing-masing seperti kawalan diabetes yang baik, pengurangan pemakanan berlemak bagi menurunkan tahap kolesterol, penjagaan tahap tekanan darah yang baik dalam pesakit darah tinggi dan pengurangan berat badan pada mereka yang obese.

Senaman dan aktiviti riadah hendaklah digalakkan kepada para pesakit dan senaman adalah berkesan untuk mengurangkan sel lemak di hati. Amalan hidup sihat hendaklah ditekankan. 

Kajian telah membuktikan bahawa pengurangan berat badan akan membantu pengurangan tahap penyakit fatty liver pada seseorang pesakit.

Vitamin Cadangan. DTX Complex mengandungi bahan seperti:

Biji ‘milk thistle’

~Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
~Merupakan bahan utama dalam DTX
~Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida

Biji schizandra chinensis

~Menghalang toksin berada dalam badan
~Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
~Mengandungi Antioksida

Cendawan Reishi

~digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida

Dandelion

~Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
~Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu

Kunyit

~Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu

Ekstrak artichoke

~Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal

Beberapa pakar perubatan mengatakan, kerosakan hati dapat dilihat dengan menggunakan CT scan. Namun, gangguan organ hati dapat dilihat dari bentuk fizikal seseorang.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 23 September 2014

Set Gout/ Artritis

Apakah Gout?

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Tanda-tanda Gout

-->Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
-->Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
-->Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
-->Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
-->Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
-->Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
-->Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Punca Gout

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Set vitamin cadangan:-

Advanced Joint Health Tablet:
>> Membantu kesihatan sendi dan tulang
>> Menguatkan ligamen tisu penghubung (siku dan lutut)
Omega Guard
>> Mengurangkan bengkak akibat gout
>> Bertindak sbg pelincir untuk mengurangkan sakit akibat keradangan sendi
Alfalfa Complex
>> Membantu menbuang kotoran/toksin dlm badan
>> Mengawal asid urik berlebihan
Performance Drink
>> Minuman hidrasi utk mbekalkan air yang cukup buat pesakit gout
>> Melancarkan pergerakan sendi

Sekiranya berminat, anda boleh klik Set Gout/Artritis untuk order.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Gentle Deep Foaming Cleanser

Saiz 1 tube pencuci muka Nutriwhite Shaklee ni 150 ml. Besar jugak kan. Dua kali ganda besar daripada pencuci muka sebelum ini. Safi Balkis. Hehe. Memang tahan lama sangat pakai sampai 9 - 10 bulan.. memang puas rasa sebab buih yg byk dengan penggunaan sbesar biji kacang hijau saja.

Bila muka dicuci dgn Nutriwhite Shaklee,betul2 rasa segar dan nyaman .Kulit pun rasa lembut dan licin. Warna tona kulit jadi lebih sekata.

Pencuci muka NutriWhite tiada haruman wangian kerana pencuci muka Nutriwhite Shaklee ni bebas dari bahan kimia dan sintetik berbahaya. Memang selamat untuk kulit muka kita. Tiada rasa pedih2 atau pengelupasan .. Ia tidak buat kulit muka jadi tipis wokeyy. Jangan risau.

Produk Nutriwhite Shaklee ini memang setanding dengan Estee Lauder dan SKII. Malah lebih baik daripada produk kecantikan di luar sana yang biasa di dengar tu. Jauh lebih murah bah. Ia dihasilkan dari sumber semulajadi yang tidak memberi kesan sampingan.

Manfaat pencuci muka ni adalah untuk:-

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan kulit
Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”