Friday, 9 June 2023

Testimoni Shaklee Saya

Kisah saya bersama produk Shaklee terlalu banyak. Yalah pengalaman jadi pengguna sudah pun hampir 10 tahun. Dari sekecil produk sehingga produk mahal. Produk rumah bersih, produk penjagaan diri, tidak ketinggalan produk kecantikan.

Dengarkan cerita saya tentang satu produk yang saya pilih untuk menjadi testimoni Shaklee saya kali ini. 
OsteNutrix Shaklee
setelah siap buat entri telan lah vitamin favourite

Nutrisi sihat- OsteNutrix


First and foremost, harus lah di kongsi cerita the one and only yang memang terus istiqamah saya ambil ialah OsteNutrix. Memang dari dulu sehingga kini hati terpaut padanya. 

Saya cakap begini bukan sebab terlalu bergantung kepada suplemen ya. Tapi sebenarnya tidak salah pun kita amalkan setiap hari hatta OsteNutrix mengisi jurang kalsium yang diperlukan oleh badan saya. 

Pernah sekali terhenti sementara bekalan kerana mengalami shortage bahan di pengilang jadinya tiada peneman tidur saya ketika itu. Tersiksa jiwa raga. 

Wanita lebih memerlukan kalsium berbanding lelaki. Yalah kita mengandung, melahirkan, menyusukan kalsium jadi badan kita tidak cukup jika hanya meminum susu segelas sehari. 

Saya percaya untuk meminum susu 4 gelas sehari bukanlah mustahil tapi memang sangat susah. Nanti cirit birit pula. Lagipun 1liter susu tinggi kalsium tentu mahal harganya kan?

Sebelum vs Selepas


OsteNutrix setiap malam sebelum tidur
Sebelum ini, saya pernah mengalami sakit pinggang beberapa bulan. Bahagian belakang pinggang. Jika berdiri terlalu lama, saya alami kesukaran untuk memusingkan badan saya. 

Tambahan lagi, sekiranya saya duduk tidak kira sekejap pun saya akan berasa sangat susah untuk bangun berdiri. Sakit yang amat di bahagian pinggan tu. 

Suami pun risau. Beberapa bulan juga saya merana kesakitan. Buat rutin harian pun sangat payah. 

Sehinggakan saya buat pemeriksaan di klinik OPD. Siap x-ray pinggang saya, jumpa doktor beberapa kali, turn out nothing. 

Doktor menyimpulkan saya tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan mungkin cuma mengalami kecedaran kecil pada otot di bahagian belakang pinggang. 

Setelah mengamalkan OsteNutrix, saya tidak lagi mengalami kesakitan pada bahagian pinggang tu. Saya sendiri tidak sedar bilakah kesakitan mula hilang dan beransur pulih. 

Saya cuma mengamalkan OsteNutrix setiap malam sebelum tidur. Wajib untuk saya makan setiap hari. 

Kalau tidak, esoknya saya bangun dari tidur akan berasa sakit pada bahagian pinggang dan paling teruk sekali saya alami kekejangan otot pada bahagian belakang kaki. Sakit gila! Memang terjeritlah bila kena tu. 

Tidur lena bersama OsteNutrix


Sukanya saya makan suplemen ini sebab sangat membantu dalam mendapatkan tidur yang lena jadinya badan kita mendapat rehat pada kadar yang optimum. 

Dengan ada nya kalsium yang cukup dengan gabungan magnesium di dalam tablet OsteNutrix, otot dan sendi dapat berehat sepanjang deep sleep dan setelah bangun tidur badan kita rasa super duper ringan.

Tidur yang lena walaupun sekejap akan membantu kita mendapatkan rehat yang cukup. Kalau kita dapat tidur dalam jangka masa lama pun tapi otot masih tidak dapat rehat susah juga kan.  

Otot pun perlu rehat tau. Bukan kita saja yang penat, otot pun penat setelah bekerja seharian bergerak sana sini dalam badan kita. 

Tanpa OsteNutrix, saya memang susah untuk lena tidur, mesti kejap-kejap terbangun. Dengan adanya OsteNutrix saya dapat kualiti tidur yang sangat mantap. 

Walaupun saya adalah orang yang paling last tidur dalam rumah ini dan insan yang paling awal lah bangun pada esoknya. Saya tetap segar dan bertenaga setiap kali bangun tidur. 

Mengelak sembelit


Sudah tentunya apabila makan OsteNutrix sebelum tidur pada malam sebelum itu, bangun saja pagi sebelum solat subuh confirm akan di panggil nature call. 

Sangat lega kita boleh membuang setiap hari tanpa rasa sembelit yang menyiksakan. Disebabkan itulah, seluruh badan kita berasa sangat selesa, ringan dan segar. 

Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata keselesaan setiap pagi yang sedang saya alami ini. 

Cuma dengan harga RM66 takkan lah tidak mampu demi mendapatkan semua ini. Lagipun RM66 bukan untuk sehari bukan untuk seminggu tapi untuk sebulan beb. 

Vitamin D dalam OsteNutrix


Ya, bukan saja kaya dengan kalsium, vitamin ini juga mempunyai kandungan Vitamin D yang tinggi setelah diformulasikan semula pada tahun lepas. Vitamin D perlu untuk melindungi daya ketahanan badan kita. 

Jadinya, pada yang sedang membaca entri ini, saya ingin menarik anda untuk rasai nikmat kesihatan dan kecantikan yang semulajadi bersama Shaklee. Boleh dapat vitamin percuma juga tau sekali sekala. Moga dapatlah hadiah vitamin percuma dari Master Norita kali ini. 

Boleh hubungi saya dengan tekan link pada nama saya di bawah ya. Semoga bahagia 😉     

#NextLevelBlogging #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023                                                

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Sunday, 4 June 2023

Vitamin Tertua Shaklee Bersemangat Baru




Vitamin paling tua dalam Shaklee yang dahulunya dikenali sebagai "multivitamin shaklee" dan kemudian diberi nama Vita Lea with Iron formula. 

Kali ini setelah berabad menggunakan nama itu, setelah di formulasi kan semula maka vitamin ini disuntik semangat baru menamakan nya "Vita-Lize".

Multivitamin dulu vs Multivitamin sekarang



Setiap kapsul multivitamin mempunyai pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh semua generasi dan golongan. 

Menariknya, vitamin ini juga terdapat asid folik iaitu "folate" yang penting untuk ibu hamil sebagai persediaan kelahiran insan baru yang sihat dan sempurna tulang belakang. 

Selain daripada itu, Vitamin D telahpun di tambah kan lagi nutrien nya daripada 200IU kepada 350IU. Asid folik juga ditambahkan daripada 200mcg kepada 300mcg. 

Walaupun di perbaharui nama dan juga isi kandungan nya multivitamin ini kaya dengan 25 jenis vitamin dan mineral. 

Manfaat Vita-Lize

Mengisi jurang nutrisi yang tidak cukup 
Meningkatkan tahap tenaga setiap hari 
Menambah mood baik 
Mengurangkan tekanan dan kebimbangan 

Golongan yang memerlukan bekalan VitaLize setiap hari

Orang dewasa yang tertekan/stres
Dewasa yang kurang berat badan 
Orang yang mengamalkan diet yang tidak seimbang
Yang terlalu sibuk dengan aktiviti harian 
Ibu hamil dan juga yang menyusukan bayi

Vita-Lize ini tidak lama lagi akan berada di pasaran. Menunggu dengan debaran sama ada harga baru atau tidak. Nantikan kemunculan nya sekiranya berminat bolehlah bertanya lanjut kepada saya ya. Boleh tekan link pada nama saya di bawah. 

#nextlevelblogging #shakleetriumph #shakleethrive2023 


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 1 June 2023

Kejayaan vs Kegagalan

Saya percaya ramai yang pernah rasa kegagalan berkali-kali dalam hidup. Saya ingat suatu ketika dulu, stok suplemen Shaklee saya yang banyak tidak habis terjual dan saya gagal mencari tuan baru setiap botol stok vitamin saya. Sempat juga saya kira rugi saya masa tu. Hampir RM500. Bagi saya jumlah itu banyak untuk saya buatkan modal. 

Tapi, disebalik rugi yang saya tanggung, saya sedekahkan beberapa vitamin dan selebihnya ada juga saya, adik dan anak-anak makan sendiri, Rugi tu mungkin saya rekod kan dalam bentuk wang, tapi apabila di ingat kembali memang ada hikmah tersembunyi. 

Kejayaan itu dinilai apabila kita mampu bangun setiap kali kita jatuh. 

Saya tahu, kejayaan yang saya cari masih belum saya kecapi. Manusia biasa seperti saya memang sering beralasan. Walaupun sebenarnya saya sangat ingin menjejakkan kaki ke dunia kejayaan. Tetapi kadang-kadang kita masih terpinga-pinga apa yang perlu kita buat untuk mengecapi kejayaan itu. Walhal kita rasa bersyukur dengan apa yang kita sudah ada sekarang.  

Kata motivasi lagi untuk semua "Tidak ada jalan pintas untuk berjaya melainkan kesungguhan, ketekunan dan kegigihan"

Ya! Sesuatu yang dibuat penuh bersungguh-sungguh, kita sanggup berkorban masa dan tenaga. Tekun iaitu konsisten dalam setiap apa yang dilakukan. Usaha dalam kegigihan perlukan hati yang kental. Ini baru berniaga sehari tak laku esok tidak mahu berniaga pulak dah. 

Teruskan saja usaha mu kalau penat kita rehat tapi jangan sekali kali berhenti

Tiga kunci yang saya pegang: Usaha, Doa dan Tawakal

Sesuatu kejayaan itu datang dengan izin Allah SWT. Jadi sebagai hambanya, kita perlu selalu berdoa minta untuk Allah kabulkan doa kita. Berdoa itu pun ada caranya tersendiri. Tawakal semestinya berganding dengan usaha yang berterusan. Selepas kita sudah cuba berusaha sehabis daya kita barulah kita boleh bertawakal dan serahkan pada kuasa Allah SWT. 

Syukurlah walaupun ada masanya saya perlukan rehat yang panjang, saya tetap tersedar dalam lena dan sering bangkit juga tidak kira walau apa pun halangan yang ada kita cuba tepis. 


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 25 May 2023

Renewal Mudah dengan Shaklee

Alamak! Tidak lama lagi birthday maknanya luputlah keahlian utk setahun ini. Tapi jangan susah hati, mudah saja untuk renew ahli Shaklee ni. Kalau tidak renew tidaklah dapat menikmati segala keselesaan hidup sihat.


Dulu kalau mahu masuk ahli RM85 tapi sah seumur hidup sekarang pula keahlian kena renew setahun sekali dengan cuma RM35. 

Tapi menariknya, bulan ini renewal mudah dengan pembelian RM99 vitamin rahmah auto ahli dapat pula ESP dan Vitamin C jadinya tidak perlu bayar RM35 untuk memperbaharui keahlian. 

Sekarang ni bermacam cara untuk kita stay keahlian kekadang tu beli 100uv iaitu dalam jumlah RM400+ dapat juga auto keahlian. Tidak perlu lagi bayar yuran ahli. 

Setiap bulan banyak promosi yang Shaklee tawarkan untuk membolehkan kita automatik renew keahlian. Mudah kan! Menarik lagi setiap kali next birthday kita juga renew membership. Senang kita boleh ingat untuk Renewal Shaklee.

Jadi apa tunggu lagi jadilah ahli Shaklee sekarang dan nikmati pelbagai promosi, membeli semua produk dengan harga jimat dan tidak lain tidak bukan boleh join bisnes bersama team besar kami. Peluang menjana pendapatan sambil amalkan gaya hidup sihat bersama Shaklee. 


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 24 May 2023

Enjoy Cash Rebate dengan Shaklee

Salah satu sebab saya setia bersama Shaklee adalah adanya cash rebate yang selalunya ditawarkan oleh super upline. Terbaik you alls dapat Master yang pemurah suka sangat berkongsi rezeki.

Baru-baru ini, Ramadhan giveaway, super upline saya terlebih mahu bersedekah siapa yang buat pembelian daripada RM200 hingga RM450, kita layak tebus Vitalea Kids dan Hero Kiddo. 

Tidak sangka saya layak dapat 3 botol Hero Kiddo dan 1 botol Vitalea Kids. Uish banyak tu. harga sebotol Hero Kiddo tu pun sudah cecah RM129. Cash rebate la tu kan. 

Disebabkan banyak juga dapat vitamin percuma, saya pun ringan rasa untuk berkongsi rezeki bersama salah seorang rakan FB yang selalu memberi tunjuk ajar dalam usaha saya menguasai pembuatan kek batik

Adik ni memang selalu respon pada pertanyaa  saya di WhatsApp. Setelah terlihat status Facebooknya yang mengatakan anaknya kesemuanya tidak sihat, saya pun tidak berlengah untuk menghubungi Super Upline saya untuk pos kan 1 botol Vitalea Kids untuk adik ni.

Dan yang lebih menggembirakan saya, anak² adik ni kesemuanya suka makan Vitalea Kids tu. Alhamdulillah. Syukur sangat dapat membantu meringankan bebannya. 









"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 13 May 2023

Tampil Yakin dengan Set Hello New You


Entri kali ini, kita cerita pasal Set Kurus Shaklee iaitu Set Hello New You  Promosi masih berlangsung lagi dengan harga kebabom best wei. Kalau biasa-biasa set ini harganya RM441 tau! Tapi sekarang beli saja set ini auto membership so boleh beli dengan harga ahli dengan cuma RM353. 

Kali ini, Set Hello New You terdiri daripada 4 jenis vitamin iaitu Cinch Shake (Vanila Flavor), Herb-Lax, Omega dan Lecithin. Dan, yang best sekali banyak free item comes together with this set. Ya! PERCUMA. Apa yang percuma? 

FREE keahlian dimana kita beli saja set ini terus masuk ahli. Tidak perlu lagi bayar RM35 untuk masuk ahli. Keahlian sah sehingga setahun ya until next birthday. Bestnya! 

FREE shaker hijau yang comel tu yang harganya RM18.75, botol ni durable iaitu agak tahan lasak, sebab body bottle ni sangat keras. Tidak mudah pecah. Senang shake saja Cinch shake menggunakan botol shaker ni then ready untuk diminum. Jimat masa kan ada botol shaker ni. 

Ha, FREE lagi 1 tong Cinch Cafe Latte bermakna kita dapat dua tong Cinch yang mana 1 canister boleh bancuh 15 servings so dapat dua ni complete lah bekalan untuk sebulan kita puasa - 30 kali hidangan. Harga 1 tong Cinch ni RM190 tau nah jimat berapa RM sudah kalau beli set ni?  

Saya pun tergoda mau beli set ni. Misi mau kuruskan badan lah katakan. 


Mari ketahui manfaat setiap item set kurus shaklee ni. Jom! 

Herb-Lax: Agen cuci usus

Kandungan di dalam Herb-Lax semua nya herba organik yang terdiri daripada daun senna, daun alfalfa, jintan hitam, jintan manis dan sebagainya yang mampu membantu kita mengeluarkan toksin dari dalam usus. Saya makan Herb-Lax memang flush habis then keluar toilet perut rasa kempis dan paling penting kita puas membuang. Lega yakmat! 

Cinch: Meal replacement 


Satu hidangan cinch sudah cukup untuk memenuhi keperluan di dalam satu full meal. Cinch ini ialah serbuk minuman yang mudah disediakan sebab kita perlu bancuh saja dengan apa2 jenis susu kegemaran, shake shake saja guna botol shaker free tadi then siap mudah dan senang di bawa ke mana2. 

Cinch mengandungi leucine yang mengekalkan otot tanpa lemak supaya badan yang mengecil atau kurus tidak akan ada flabby muscle. So kena minum Cinch supaya badan kita nampak lebih cantik semasa proses penurunan berat badan berlaku.  

Omega Guard: Mengawal kolesterol 


Kebanyakan orang yang mengalami berat badan berlebihan atau paling teruk lagi obesiti cenderung mempunyai kolesterol tinggi. Sebab itulah dalam set ini perlunya Omega Guard untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah seterusnya melindungi jantung kita. 

Omega Guard juga mengandungi Omega-3 yang menggalakkan fungsi otak. Perut lapar tidak lah juga kita lambat berfikir kan. Gitew ! 

Lecithin: Membakar lemak


Lecithin terkenal dengan agen pembakar lemak di mana ianya meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Contoh, sekiranya kadar metabolisme tinggi badan kita akan mudah berpeluh so baguslah kan buat kerja ringan-ringan pun sudah berpeluh so badan akan jadi rasa ringan. Tidak percaya? Belum cuba belum tahu beb. So kita semua wajib cuba! 

Sebenarnya set suplemen ini bukan saja semata-mata untuk kita yang berpuasa saja ya! Boleh juga yang mahu turunkan berat badan, yang mahu kasi cantik kulit, yang mahu kurus slim melim.  Nah boleh lah amalkan set ini sepanjang bulan puasa. 



Hello New You set : Suplemen Lengkap Nutrisi


Secara keseluruhannya, saya suka Set Hello New You ini sebab kita kurus dan cantik secara menyeluruh. Jantung pun sihat, penghadaman pun lancar dan membakar lemak dgn meningkatkan kadar metabolisme yang tinggi. Sama-samalah kita mengamalkan kehidupan yang sihat dengan cuaca panas yang melanda bumi Malaysia kita sekarang.
 

#NextLevelBlogging #shakleetriumph2023 #shakleelabuan  

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 12 May 2023

Meriah Open House Hari Raya

Pagi 2 Syawal, saya bangun seawal yang mungkin untuk menyiapkan tempahan kek batik yg baru saya terima malam sebelumnya. Walau tidak berapa sihat, kuat juga hati saya untuk membuat dua biji kek batik mlm tu.

Jadi pada 2 Syawal itu juga saya jemputlah bekas rakan-rakan sepejabat untuk ke rumah saya sebelum saya balik berhari raya ke kampung suami. 

Walaupun terputus bekalan air sementara pada pagi tu, sempat juga saya siapkan juadah ringkas untuk menjamu tetamu yang hadir. 

Menu saya tidak akan pernah ketinggalan semestinya ada burasa' yang memang menjadi pilihan kami sekeluarga setiap kali menyambut hari raya.

Tidak terhenti pada 2 Syawal, setelah seminggu berhari raya di kampung suami saya diziarahi lagi bekas rakan sekerja kalini memang ramai yg datang. Bukannya open house hari raya tapi more to gathering bersama-sama.


Tahun ini, dengan berbekalkan keinginan yg kuat untuk membuat biskut dan kuih raya maka terhasillah lebih 4 jenis kali ini. Itupun syukur sangat² sebab ada mama yang membantu. 


Meriahnya hari raya walaupun serba serbi kekurangan tapi kita tetap bersyukur bertemu Syawal lagi tahun ini. Aidilfitri adalah sebuah ibadah bukannya adat. Ramadhan perlu disempurnakan untuk mengecapi kemenangan di Aidilfitri. 

Walaupun cuaca yang panas melanda bumi Malaysia kita harus bersyukur dengan limpah kurniaNya kita dapat bertemu lebih ramai jiran tetangga dan sanak saudara pada tahun ini.

Covid19 melanda seluruh dunia dan kita hanya diberi izin untuk menyambut Syawal dari rumah sendiri sahaja dan tidak membenarkan aktiviti ziarah menziarahi. 

Apapun Syawal mesti dirai dengan penuh waspada dan berhemah. Jangan makan langgar saja ya sebab kita perlu perisai juga. Mengelak lebih baik daripada mengubati. 

Tidak ketinggalan saya pun sempat menziarahi beberapa keluarga rombongan cik kiah berhari raya pada hari wesak yang lalu. Lama tidak bergelak ketawa bersama mereka. Lama rasanya tidak ketawa terbahak² sedemikian rupa. 





"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”