Saturday, 16 April 2016

Khasiat Minum Air Putih

Entri kali ini berkisarkan tentang minum air putih. Memandangkan saya sering juga haus dan sejak mengandung dan melahirkan anak kedua ini saya perasan yang saya kuat meminum air putih. Mungkin juga disebabkan saya masih fully breastfeeding anak kedua saya ini, atau juga mungkin saya mudah berpeluh. Apa yang saya perasan saya mudah haus setelah berpeluh banyak. Juga selepas meminum air saya akan berpeluh kembali. Menjadikan saya berasa tidak selesa tapi semestinya haus dan dahaga itu tidak mampu ditahan-tahan lagi kan?


Di kesempatan ini, saya ingin berkongsilah kan kebaikan meminum air putih hasil explore info minum air putih di facebook sebentar tadi. Sumber daripada Facebook Mingguan Wanita. 

Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh, malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. 

Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur. Jangan bagi alasan, anda perlu 'paksa diri' untuk minum air putih. Ini adalah sebab-sebabnya:

1. Seimbangkan sistem buah pinggang 
Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan.

2. Kulit lebih berseri 
Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan racun di dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit lebih berseri. Bahkan, ia dapat membantu membersihkan racun dalam darah.

3. Langsingkan tubuh
Cuba minum dua gelas air setiap bangun tidur. Rajin-rajinlah minum air pada pagi hari dan boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24 peratus.

4. Tambah darah
Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi. Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.

5. Membersihkan usus
Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudiannya.
Daripada artikel di atas tadi, saya dapat simpulkan bahawa pentingnya meminum air putih mengikut keperluan setiap individu. Pastikan meminum air putih secukupnya mengikut berat badan anda supaya sistem pencernaan di dalam badan kita mudah berjalan lancar secara normal. Lagipun kan, kita tahukan kalau juga mesin basuh penuh dengan kain tapi tidak cukup air dia tidak akan boleh membersih dengan sempurna dan kadang sabun serbuk pencuci baju juga tidak tergaul dengan lancar. Anda faham kan maksud saya?


Thursday, 14 April 2016

Soal Jawab: Hernia atau Angin Pasang

Bolehkah rawatan alternatif seperti mengurut membantu menyembuhkan penyakit ini? 

Masyarakat sering tersilap tanggapan dengan mengatakan rawatan alternatif seperti urutan dan sebagainya boleh menyembuhkan penyakit angin pasang. Pada hakikatnya, urutan tidak langsung akan membantu memulihkan penyakit angin pasang ini. Sebaliknya, kes hydrocoele yang kebanyakannya boleh surut sendiri dan tidak memerlukan pembedahan sering disalah tafsir sebagai kes angin pasang. Tanggapan yang salah ini yang menyebabkan masyarakat berpendapat sedemikian 

Adakah penyakit ini mempunyai risiko dan berbahaya? 

Jawapan : YA 

Selaput processus vaginalis memberi ruang kepada usus untuk sampai ke bahagian inguinal dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Pada peringkat awal proses ini, kebiasaannya kanak kanak akan mengadu tidak selesa disusuli dengan perasaan sakit pada bahagian itu. Disebabkan keadaan anatomi yang sempit pada salur inguinal, usus tersebut mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk tersumbat. Bekalan darah pada bahagian usus terbabit juga akan terjejas yang memungkinkan usus tersebut mati jika tidak dirawat. Kawasan yang sempit pada salur inguinal ketika itu juga boleh menghimpit salur darah ke testis menyebabkan organ testis mengecut dan mati. Selain bahagian usus, bahagian pundi kencing atau kilang ovary untuk anak anak perempuan boleh tersumbat dan mati. 

Apakah kaedah rawatan yang ada untuk penyakit ini? 

Kes angin pasang memerlukan pembedahan kecil untuk memisahkan dan menutup selaput processus vaginalis. Urutan atau rawatan tradisional tidak akan membantu menyembuhkan penyakit ini. 

Pembedahan tersebut boleh dilakukan melalui kaedah biasa atau pembedahan laparoskopi. 

Melalui kaedah pembedahan biasa, satu luka kecil akan dibuat pada bahagian atas inguinal dan selaput processus tersebut akan dikenal pasti, dipisahkan daripada struktur lain sebelum di tutup. 

Melalui kaedah pembedahan laparoskopi, satu luka kecil sebesar 5-7mm akan dibuat pada bahagian pusat, di sertai 2 luka kecil sebesar 3mm di bahagian kiri dan kanan pesakit. Dengan kaedah ini, kedua belah selaput processus boleh di periksa dan sekiranya perlu, pembedahan boleh terus dilakukan untuk kedua dua belah serentak. 

Bilakah masa yang sesuai untuk anak menjalani pembedahan? 

Apabila anak anda telah disahkan mengalami penyakit ini, pembedahan harus dilakukan pada waktu yang terdekat. Ini untuk mengelakkan risiko usus aau kilang ovary tersumbat dan mati. 

Bolehkah penyakit ini berulang? 

Risiko untuk penyakit ini berulang adalah sangat rendah, kurang daripada 1%. Walaubagaimanapun, peratusan kes ulangan adalah lebih tinggi sekiranya anak anda mengalami simptom angin pasang yang kronik dan disahkan tersumbat. Ketika itu, struktur dalaman kawasan inguinal membengkak dan menyebabkan pembedahan ketika kecemasan menjadi sukar. 

Adakah penyakit inguinal hernia kanak kanak sama dengan orang dewasa? 

Secara amnya, ia adalah berbeza. Majoriti penyakit inguinal hernia pada kanak kanak adalah disebabkan oleh selaput processus vaginalis yang gagal mengecut dan tertutup. Untuk orang dewasa, kebanyakannya kes disebabkan oleh otot kawasan inguinal yang sudah kendur. Cara pembedahannya juga adalah berbeza. 

Bawalah anak anda berjumpa doktor pakar untuk yang pemeriksaan yang terbaik. 

(written by Dr. Syariz Izy Sehat )

Hernia (Angin Pasang)

Salam semua…

Hernia. Sebenarnya saya baru dengar nama penyakit ini itupun daripada downline saya yang bertanyakan di dalam group whatsapp. Memandangkan saya sendiri tidak tahu menahu tentang ini jadi saya google lah kan. Alternatif lain, saya tanya juga di dalam group whatsapp besar upline saya, Master Siti Aisah dan upline saya share screenshot blog super upline saya, Master Norita yang mana beliau sendiri menghadapi masalah yang sama pada kedua anak lelakinya suatu ketika dulu selepas melahirkan. 

Antara tips yang diberi ialah:-

Basuh daun sireh dengan selawat dan layukan daun2 tersebut dengan iron. Layukan sedikit sahaja ya. Seterusnya renyukkan dengan tangan sehinggakan seperti ada basah2 di tangan dan tuamkan di tempat yang bengkak tu. Doa Nurbuah yang diamalkan. Amalkan sehingga bengkak itu surut…
Doa Nurbuah

Menurut beliau, kesembuhan nya memakan masa juga lebih kurang 2,3 bulan. Tapi syukurlah tdk perlu di operation dgn cara tradisional ini. 

Mari saya kongsikan hasil pengetahuan yang saya perolehi daripada internet dan bacaan. 

Apakah penyakit angin pasang atau inguinal hernia?

Kita kerap mendengar kes kes angin pasang berlaku pada orang dewasa dan kanak kanak. Kes angin pasang kanak kanak berlaku dengan kekerapan 3 – 5 kes dari setiap 100 kelahiran, atau bersamaan 3- 5%. Ia lebih kerap berlaku untuk anak lelaki berbanding perempuan dan 60% daripadanya berlaku pada bahagian kanan inguinal berbanding bahagian kiri. 10-15% kes melibatkan kedua dua belah (bilateral). Kes kes angin pasang lebih kerap berlaku pada anak-anak yang dilahirkan pramatang dengan kadar 40-55% disebabkan proses perkembangan bayi yang masih belum sempurna.

Apakah penyebab penyakit ini terjadi?

Sewaktu janin terbentuk, untuk bayi lelaki, testis awalnya berada pada aras yang sama dengan ginjal. Organ testis akan bergerak ke arah kantung zakar mengikut panduan struktur Gubernaculum dan di bawah pengaruh beberapa hormon. Pergerakan testis ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa abdomen dan keduanya adalah fasa inguinal. Apabila struktur gubernaculum tiba di kawasan inguinal, ia akan melalui dan menarik selaput peritoneum yang kemudiannya di kenali sebagai selaput processus vaginalis. Selaput processus Vaginalis secara amnya akan mengecut dan tertutup dengan sendiri ketika umur bayi berada pada 36-40minggu dalam kandungan. Kegagalan selaput ini untuk mengecut dan tertutup dengan menyebabkan adanya saluran yang berhubung antara kawasan abdomen dan kantung zakar. Jika lubang kepada saluran ini halus, maka hanya unsur seperti air yang boleh melaluinya. Keadaan ini dikenali sebagai hydrocoele.

Walaubagaimanapun, jika lubang pada selaput tersebut adalah besar, (keadaan angin pasang @ Inguinal Hernia) struktur seperti usus, kilang ovary dan pundi kencing mempunyai potensi untuk masuk ke dalam selaput ini dan tersumbat.

Apakah simptom simptom yang lazim untuk penyakit ini?

Simptom awal

a) kawasan ari-ari (inguinal) dan / atau kantung zakar yang bengkak
b) kawasan bengkak biasa berlaku ketika anak menangis, berlari atau meneran dan bengkak tersebut boleh kekal atau surut selepas aktiviti terbabit

Simptom kronik

a) bengkak yang tidak surut disertai dengan keadaan anak yang dalam tidak selesa dan dalam kesakitan
b) perut kembung disusuli episod muntah- muntah

Bawalah anak anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mereka mempunyai simptom tersebut.

Adakah rawatan untuk hernia dan hydrocoele berbeza?

Perlu di tekankan di sini bahawa jika anak anda telah disahkan mengalami kes angin pasang, tiada rawatan alternatif yang boleh mengubati penyakit ini melainkan pembedahan yang di panggil ‘herniotomy’

Keadaan ini berbeza sekiranya anak anda mempunyai penyakit hydrocoele. Seperti yg telah diterangkan, oleh kerana lubang pada selaput hydrocoele adalah kecil dan kandungan kawasan bengkak tersebut hanyalah air, ini tidak akan membawa risiko bahaya kepada anak anda. Kes kes hydrocoele hanya memerlukan rawatan susulan dan kebanyakannya akan surut sendiri sebelum anak anda berumur 2 tahun tanpa memerlukan pembedahan. Pembedahan hanya perlu dilakukan jika hydrocoele masih kekal selepas anak berumur lebih 2 tahun. Pembedahan untuk hydrocoele adalah sama tekniknya dengan pembedahan untuk inguinal hernia iaitu ‘herniotomy’

Pada pendapat saya, masing-masing berhak mengikhtiarkan apa cara sekalipun untuk mengatasi penyakit ini. Walaupun ramai doctor yang tidak menyarankan ubatan tradisional tapi mungkin juga dengan kuasa dan izin ALLAH swt mampu menyembuhkan. 

Mungkin juga tidak boleh diurut kerana ia mungkin akan lebih memudaratkan. Saya sarankan gunalah daun sireh seperti yang saya kongsikan pada awal entri saya ini. InshaAllah bermanfaat.

Friday, 1 April 2016

Asda Healthcare: Breastfeeding Awareness

Dulu ibu-ibu kebanyakannya duduk drumah suri rumah jadi ada alasan utk menyusukan anak secara eksklusif sepenuhnya. Skrg wanita majoriti ibu berkerjaya tidak lg menanam sifat myusukan anak.. 
TAPI, bagi saya seorang ibu yg moden itulah seharusnya lebih mgutamakan penyusuan ibu kerana dia mampu untuk membeli breastpump walaupun ada yang cakap mahal tapi bila dibandingkan dengan harga susu formula, jauh lebih jimat jika kita memutuskan untuk spend time seketika untuk ekspress breastmilk kita d tmpt kerja.

Dan bagi saya lebih-lebih menjimatkan apabila anak yang menyusu badan penghadaman mereka akan lambat, jadi kita jimat beli pampers sebab dia berak sekali seminggu.. (hehehe)

Seorang ibu yang moden juga seharusnya sudah tahu kerana kajian mbuktikan 80% drpd ibu yg tidak menyusukan anak berpotensi untuk mendapat Kanser Payudara.

Seorang ibu yang moden juga seharusnya lebih berfikiran terbuka utk mgorbankan masanya demi menyusukan anak yang ditinggal kan di nurseri/penjaga.

Seorang ibu yang moden mesti tahu dimana untuk mcari info makanan/minuman yang tidak boleh diambil sepanjang kita menyusukan anak kita.. Seorang ibu itu juga harus mahu berpantang makan demi kesihatan anak sendiri itu barulah dinamakan berkorban...

Seorang ibu juga pasti mahukan badan yg sihat & body yang ok kan...Saya alaminya sendiri sepanjang saya breastfeeding saya dapat rasakan yang berat badan saya maintain pada BMI normal.

Ya, saya akui anak pertama saya ketika itu tidak mampu menyusukan sepenuhnya bila mana saya belum ckup ilmu, tidak berpengalaman, ibu saya yang menjaga belum tahu menguruskan breastmilk, dan saya terlambat membuat persediaan sebelum balik berkerja, dan pada ketika itu supply breastmilk juga mula merudum.

Tapi seorang ibu moden juga memerlukan sokongan fizikal & rohani supaya mereka lebih berfikiran positif dan bersemangat. Suami, ibu dan semua orang sekeliling memainkan peranan yang sangat penting supaya breastfeeding mom ini berjaya menjalankan tanggungjawabnya. 

Saya berterima kasih sangat2 mempunyai insan2 yang mampu memberikan saya semangat dan banyak membantu untuk menjayakan tempoh breastfeeding eksklusif ini. Alhamdulillah...Dua bulan sahaja lagi untuk menjayakan misi breastfeeding selama 6 bulan... InshaAllah

Tuesday, 8 March 2016

Selamat Hari Wanita Sedunia!!!




Hai hai semua wanita di luar sana di seluruh dunia... Hadiahkan diri anda dengan Set Kesihatan Wanita. Mari kita ketahui kelebihan setiap produk untuk wanita

1. ESP

~ Memberi tenaga sepanjang hari

Tidak kira untuk wanita bkerjaya atau suri rumah perlu tenaga untuk melakukan kerja2 mereka terutama wanita bkerjaya yang letih bekerja dan balik rumah sambung lagi tugas sebagai isteri dan ibu.

~ Merangsang penghasilan susu ibu

Buat wanita yang sedang mengandung atau sedang menyusukan anak, pasti tidak menyesal setelah mencuba ESP ini. Ini kerana ESP memekatkan susu ibu dan mengenyangkan si comel. Jangan mengeluh jika ia mahal kerana bagi saya ianya sangat berbaloi daripada anda mengeluarkan duit untuk membeli susu formula untuk mereka.

2. Omega Guard

~ Menurunkan berat badan

Bukan sahaja mereka yang sedang hamil atau sedang menyusukan memerlukan Omega Guard ini tapi juga mereka yang masih single mingle pun perlu kan Omega untuk memecahkan lemak yang jahat di dalam badan. Mesti ramai di kalangan mereka yg masih muda2 mahukan badan yang sihat dan cantik bukan? Jadi jangan lupa Omega Guard membantu anda mengurangkan kolesterol dan lemak!!!

~ Perkembangan otak

Sebenarnya seperti saya yang sering pelupa apatah lagi sudah beranak dua ni. Sering saja lupa walaupun kadang benda tu saya sudah tulis dalam senarai saya. Rimas saya dibuatnya sebab lupa2 ni. Saya pasti ada juga yang mengalami perkara seperti ini. Jadi agen EPA dan DHA yang ada pada Omega Guard ini membantu otak kita aktif dan juga berkembang. Bonus bagi mereka yang hamil dan menyusukan anak kerana khasiat nya di kongsi bersama si comel yang di dalam perut dan juga yang sedang menyusu badan.

3. SR Vita C Plus

~ Membina kolagen & Awet muda

Amboi, amboi amboii.... saya tidak sabar untuk share kan kelebihan Vitamin C ini. Apa tidak, ianya sangat istimewa berbanding Vitamin C yang berada di pasaran luar sana. Vitamin C ini diperbuat daripada ekstrak jagung yang mampu membentuk kolagen untuk memutihkan dan mencantikkan kulit. Lagipun, ianya selamat dan tidak mempengaruhi gastrik anda kerana tidak mengandungi buah citrus. Tambahan lagi, ia juga sustained release dimana Vitamin C ini melepaskan Vitamin C secara perlahan-lahan dan tidak keluar pada air kencing kita. Jadi dia fully utilize di dalam badan. Jgn risau!!

Harganya tidak juga murah dan tidak juga mahal. Bagi saya kita tidak juga boleh beli yg terlalu murah takut kualitinya tidak memberangsangkan. Tidak juga mahu beli yang mahal-mahal sebab kita beli brand dia saja pun kadang2 kebaikan nya sama saja. Apa kata beli Shaklee yg mempunyai harga berpatutan.

4. GLA Complex

~ Sihat sistem ovari dan rahim

Seterusnya, ini adalah paling asas bagi wanita. Saya recommend nombor satu produk ini bagi mereka yang sering mengalami senggugut. Tahukah anda tidak kebanyakan wanita yang mengalami senggugut mampu mengatasi masalah ini dengan berkahwin. Tapi bagi saya GLA Complex adalah pembantu anda. Ini adalah rakan anda ketika haid. Downline saya masuk ahli hanya kerana GLA Complex membantu masalah senggugut nya. Sampai beli promo GLA waktu itu Beli 6 Percuma 1. Siapa yang belum mencuba tu dan masih belum menemui produk yang berkesan. Jangan lupa try 1 botol GLA Complex ini. Jangan biarkan kerana ianya mampu menjejaskan sistem subur kita.

5. OsteMatrix 

~ Melegakan sendi & gastrik 

Telan 4 biji OsteMatrix sebelum tidur malam anda akan mengalami kesegaran yang sangat luar biasa setiap kali bangun pagi esoknya. Ini kerana OsteMatrix membantu merehatkan otot2 dan sendi2 kita yang penat berkerja siang dan malam. 

Tahukah anda wanita cenderung mendapat Osteoporosis yang menyebabkan tulang kita mudah reput dan mempengaruhi kekuatan gigi kita. Apa tidak?? Sebab wanita yang kebanyakan nya terdiri pada mereka yang pernah mengandung, menyusukan, melahirkan yang semua ini menyebabkan kalsium dalam badan kita berkurang kerana berkongsi sumber kalsium dengan bayi dalam kandungan dan anak yang menyusu badan. Sebab itulah OsteMatrix penting dan harus ada pada setiap wanita yang ada di dunia ini. 

Fikir-fikirkanlah. Saya pasti wanita dalam dunia ini bijak memilih. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 7 March 2016

Kaitan Senggugut dan Kesuburan Wanita

Senggugut

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.

BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

- SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA

Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

-SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Contoh-contoh lain adalah :

ENDOMETRIOSIS

Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.

FIBROID
Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.

PELVIK
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.

'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'
Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.

TANDA-TANDA SENGGUGUT:

- kedatangan haid tidak teratur dan jumlah pusingan hari juga tidak tetap. Adakalanya panjang dan adakalanya pendek.Kadangkala, ia datang sehingga dua kali dalam sebulan.

- sakit tidak menentu apabila tiba masanya kedatangan haid.

- terdapatnya gumpalan di dalam darah yang keluar sebagai darah haid.

- mengalami kesakitan yang teramat dalam tempoh 24 jam pertama.

-kesakitan selalunya berlaku sebelum atau ketika kedatangan haid.

Kadangkala senggugut disertai dengan beberapa gejala iaitu:

-sakit kepala

-rasa loya

-muntah-muntah

-masalah penghadaman seperti cirit-birit atau sembelit.

-mudah pitam atau pengsan.

-simptom pra-haid seperti pembengkakan di bahagian abdomen yang boleh melanjutkan tempoh haid.

-kesakitan yang dialami hanya akan berkurangan selepas dua atau tiga hari.

UBAT TAHAN KESAKITAN

Kesakitan dengan mudah boleh dihilangkan dengan pelega kesakitan biasa atau mengamalkan makan ubat perancang keluarga yang menghalang ovulasi. Contoh ubat penawar sakit yang sesuai untuk melegakan kesakitan senggugut ialah Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain-lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon 'Norethisterone'. Namun begitu, sukar untuk melegakan kesakitan dan sakit menjadi punca berjumpa doktor. Gejala berkaitan termasuk ketidaksuburan. Kadangkala doktor hanya mengesan penyakit tersebut ketika pesakit membuat ujian untuk rawatan ketidaksuburan. Sakit senggugut yang teruk tidak bermakna penyakit penyebab juga teruk dan peluang hamil makin tipis. Ini hanya akan ditentukan selepas doktor membuat penilaian sepenuhnya. Keperluan mengambil ubat penahan sakit menunjukkan tahap seriusnya kesakitan dan keperluan mendapat cuti sakit menjadikan keadaan ini kontroversial . Kesan ubat penahan sakit terutamanya dari kategori 'non steroidal anti inflammatory' boleh mendatangkan ulser pada dinding perut.

sumber rujukan - majalah rapi 1 sept 05

Saturday, 5 March 2016

KHASIAT BUAH DELIMA


1. Khasiat Buah Delima untuk kesihatan

● Mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialahianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.

● Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
● Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
● Mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
● Sumber nutrisi Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
● Mencegah dan mengubati kanser , memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
– buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

2. Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
● sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
● Kandungan gula Buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
● Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…

3. Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
● Buah delima Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
● Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
● Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

Selamat mengamalkan buah delima yang banyak khasiatnya ini.KHASIAT BUAH DELIMA
1. Khasiat Buah delima untuk kesihatan
● Mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialahianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
● Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
● Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
● Mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
● Sumber nutrisi Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
● Mencegah dan mengubati kanser , memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
– buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

2. Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
● sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
● Kandungan gula Buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
● Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…

3. Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
● Buah delima Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
● Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
● Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

Selamat mengamalkan buah delima yang banyak khasiatnya ini.