Wednesday, 15 October 2014

Kacang Soya & Khasiat


Kacang soya merupakan satu daripada kekacang yang paling berkhasiat dan luas penggunaannya.

Mengikut kepercayaan orang China, amalan makan hasil soya menjadikan badan berisi, wajah berseri, dapat mengelakkan sembelit, merangsang pertumbuhan badan dan dapat membantu mengurangkan beberapa masalah fizikal lain.

Kacang soya kaya dengan zat protein yang bermutu tinggi sehingga ia digelar 'daging daripada ladang'. Satu paun tepung kacang soya dikatakan mengandungi kandungan protein yang sama banyak dengan 2-5 paun daging tanpa tulang, 3 dozen telur, 7.5 quart susu atau 2 paun keju.

Selain protein ia mengandungi vitamin B kompleks, biotin, asid folik, asid pantothenic, phridoxine, vitamin E, garam galian dan tiada kolesterol. Protein kacang soya dikatakan protein yang lengkap kerana ia mengandungi kesemua asid amino perlu menjadikan ia protein terbaik yang boleh didapati untuk keperluan tubuh. Protein soya juga digunakan sebagai bahan tambahan dalam produk makanan lain seperti roti, pasta, hasilan daging dan juga rumusan makanan untuk ternakan ayam dan ikan. Kacang soya dipercayai dapat menjadi penawar kepada beberapa penyakit seperti:-

1. Kencing manis

Kandungan karbohidrat dalam kacang soya mempunyai hanya sedikit kanji atau tiada kanji langsung. Oleh itu hasil kacang soya sangat sesuai untuk pesakit kencing manis kerana karbohidratnya menghasilkan haba dan tenaga tanpa mengeluarkan gula.

2. Penyakit kulit

Protein kacang soya tidak menimbulkan masalah alahan pada kulit manakala kandungan protein daripada daging, telur dan susu kadangkala mendatangkan alahan kulit. Oleh itu kacang soya dikatakan baik untuk mereka yang mengalami ekzema dan penyakit kulit lain. Ada yang mengatakan sekiranya kacang soya dimakan secara berterusan ia dapat mengurangkan kegatalan kulit dan luka-luka ringan juga cepat sembuh.

3. Anemia

Kacang soya kaya dengan kandungan zat besi, menjadikan ia salah satu makanan yangsangat sesuai untuk pesakit anemia. Pesakit anemia biasanya mengalami keadaan sistem pencernaan yang lemah, oleh itu hasilan soya yang diambil hendaklah dalam bentuk yang mudah dihadam.

4. Tulang dan sendi

Mengikut penyelidikan saintis Jepun terhadap segolongan wanita Jepun yang telah putus haid, wanita-wanita yang banyak mengambil soya dalam diet mereka, mempunyai tulang yang lebih kuat berbanding wanita yang kurang menggunakan soya dalam diet mereka. Juga didapati penggunaan kacang soya yang tinggi dalam diet, dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit sakit sendiri. Dengan itu, mereka membuat kesimpulan, penggunaan kacang soya yang mencukupi dalam diet, ada hubungkait dengan perubahan jisim tulang pada wanita yang telah putus haid.

Selain daripada itu, dalam Upin Ipin Series bertajuk 'Rasa Sayang' Episod 2, ada menyebut tempe minda. Tahukah anda tempe ini diperbuat daripada kacang soya. Dulu semasa saya masih seorang pelajar, makanan kegemaran saya memang tempe juga.. Pantang kalau kantin ada hidang kan, tempe akan jadi pilihan, kadang masak sambal kadang goreng begitu saja. Memang favourite betul. Mudah ingat apa yang kita pelajari. Sampai kadang saya ratah saja, makan begitu jak. Sedappp... Hihi.. Cerita pasal tempe, saya ingat seorang sahabat saya berasal dari Terengganu. Dia langsung tidak suka tempe, dan tidak mahu makanlah tempe ni. Tapi sejak dia berkawan dengan saya, jadi roomate saya di kolej, dia selalu nampak saya bawa tempe goreng ke bilik asrama.. Hehe.. Lama2 dia juga join
saya ratah tempe. Haha.. Dia cakap 'nak jadi pandai macam Asda'. Hihi Lucu betul..La.. La..

Apa yang ingin saya katakan di sini, Energizing Soy Protein diperbuat daripada kacang soya. 1 tong ESP tu dihasilkan daripada 30kg kacang soya... Haaa... Banyak khasiatnya disebabkan keistimewaan yang hanya ada pada ESP ini ialah ia kacang soya yg Non-GMO. Nama panjangnya Genetic Modified Organism. Ada perkataan 'non' maksudnya tidak menjalani sebarang pengubah suaian secara genetik pada kacang soya tersebut. Haaa.... Best kan?? Kita akan dapat purely kacang soya, original punyaa...!!! Sangat istimewa bah..

Selain kaya dengan zat pemakanan dan banyak kebaikannya untuk kesihatan badan, kacang soya juga tiada kandungan laktosa dan mudah hadam. Oleh itu hasilan soya juga sesuai untuk kanak-kanak dan juga bayi. Biasanya doktor akan syorkan susu rumusan soya apabila bayi mengalami cirit-birit, tidak sesuai dengan susu rumusan berasaskan susu lembu, berpenyakit lelah dan alahan kulit seperti ekzema.

Ada pendapat mengatakan, makan hasilan soya sekurang-kurangnya sekali setiap hari dapat menolong mencegah obesiti dan baik untuk kesihatan badan. Walau bagaimanapun, untuk mendapat kebaikan dan manfaat yang sepenuhnya, hasilan soya hendaklah dimakan dengan kadar yang mencukupi. Mengikut saintis barat, 3-6 hidangan soya patut diambil setiap hari untuk mendapatkan manfaatnya pada tahap maksimum.

Kalau penggemar tegar tu, tidak rugi beli 6 percuma 1. Boleh pakat2 dengan rakan2, sangat jimat kawan2...
Apa tunggu lagi?? Orderlah ESP dari saya..
Asda 0136507465

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂