Siapa kata buat Shaklee hari ini, esok akan dapat duit "SELONGGOK"?
Kadang ramai yang silap, bila dah sign up, semangat mahu dapatkan bonus cash yang banyak, berangan mahukan duit yang banyak. Tapi, usaha ciput!!
Tidak tahan kena tegur. Tidak mahu datang training. Sentiasa berikan alasan. Sehingga sales pun tidak gerak sebab tidak pernah sharing.
BOLEH BERJAYAKAH JIKA BERSIFAT BEGINI?
Saya pun buat Shaklee secara part time, saya berkerjaya dan mempunyai masa terhad untuk buat sesi penghantaran. Saya ada masa pun waktu malam sahaja selepas anak saya tidur, dimana itulah waktu rehat saya. Sabtu pula, saya akan tunggu anak saya tidur barulah saya 'part time', dimana itulah juga waktu rehat saya, waktu untuk saya memasak buat makan tengahari.
Tapi saya tidak mahu mengalah, walaupun kadang orang sekeliling saya memperkecilkan saya, walaupun mereka mengkritik saya, walaupun mereka mentertawakan saya, saya sudah tidak peduli. Saya mahu buktikan saya buat ini betul. Saya ada hak untuk buat pilihan yang terbaik untuk saya. Sehingga saya berjaya mengejar impian saya. Waktu itu, saya pasti mereka akan berterima kasih dan berbangga pada saya. In shaa Allah.
Kisah saya dan dengan rata rata kami di Shaklee adalah sama. Paling terdekat ialah master dalam group kami. Dia boleh berjaya sehingga menjadi Master Coordinator dengan 'part time' sahaja tau!!
Tapi cuba tanya berapa jam dia tidur?? Berapa jam dia berehat?? Cuba tanya dia berapa lama bertahan dalam Shaklee??
Nota: Jika tidak boleh bertahan, Shaklee tidak pernah paksa malah Shaklee sudah berikan kita bonus yang cukup hebat, susah atau senang terpulang pada diri sendiri. Jika anda kata susah, maka susahlah ia. Jika senang dan enjoy maka ia satu sifat yang murni. Disebabkan itu, sampai sekarang kami bertahan dan tidak pernah mengaku kalah. Tapi jika yang kata susah itu tolonglah jangan berikan mereka kata-kata negatif pada distributor baru. Kasihani mereka. Takut nanti menganiaya mereka.
Wallahualam bi sawab...
No comments:
Post a Comment
Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.
🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂