Tuesday, 28 October 2014

Mengapa Sarapan Pagi Penting??

Pakar pemakanan berpendapat sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka. Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika kita tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya kita terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan. Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.

Rangsang paras glukos

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak. Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.


Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan. Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B (riboflavin dan folat) dan D, zat besi, kalsium serta zink.

Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk. Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul. Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan seperti sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.

Mulai sekarang, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya kita boleh menikmati hari cemerlang!

Pentingnya sarapan pagi!

Setiap hari sebelum pergi bekerja, kerana terburu-buru bimbang terlambat kita mungkin lupa atau tidak sempat sarapan pagi. Atau mungkin kerana satu dan lain hal memang sengaja tidak sarapan pagi. Mengapa demikian? Ada beberapa hal yang menyebabkan kita tidak sarapan pagi padahal kalau kita tahu betapa besar manfaat dari sarapan pagi. Inilah penyebab kita tidak sarapan pagi:
1. Sedang menjalani diet (ingin langsing/kurus, turun berat badan, ingin sihat).
2. Terburu-buru sehingga tidak sempat menyiapkan makanan sarapan pagi.
3. Terburu-buru sehingga tidak sempat sarapan pagi meskipun makanan telah tersedia.
4. Tidak berselera menikmati makanan.

Sebahagian besar kita makan berdasarkan keinginan mata. Atau dengan kata lain, matalah yang menentukan apakah mereka perlu makan dan makanan apa yang seharusnya dimakan. Padahal kenyataannya, Mata sama sekali tidak ada hubungannya dengan makanan. Tapi Pankreaslah yang mengatur semuanya. Pankreas adalah organ di badan kita yang memproduksi Gastric Juice dan Insulin(gula darah).

Tahukah kamu?

Badan kita terdiri dari 100 trilion sel dan memerlukan 114 macam nutrien yang berbeza-beza (Vitamin, Protein dari sayuran, Garam Mineral, Unsur-unsur Vitamin, Esensi Asam Amino, Esensi Asam Lemak, Serat Sayuran & Buah,Air Putih), dan itu harus kita penuhi setiap hari. Ketika badan kita bangun di pagi hari akan menuntut 114 macam nutrien tersebut. Dan… makanan apa yang kita berikan kepada tubuh kita di pagi hari ? Apa yang terjadi dengan tubuh kita apabila ke-114 nutrien tersebut tidak mampu kita penuhi?

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂