Monday, 5 January 2015

Cara Mendidik Anak

Mendidik anak bukan perkara yang mudah kerana ia berperingkat-peringkat dari janin, bayi, kanak-kanak sehingga remaja. Mendidik juga perlu bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak. Zaman era dunia yang serba canggih dan moden ini, cabaran sebagai ibu bapa semakin meningkat. Namun, didikan yang terbaik adalah berpandukan agama.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya 1 hingga 7 tahun. Berseronoklah dengan mereka, bergurau sehingga naik atas belakang pun tidak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Selepas 7 tahun, didik dan ajar mereka, jika salah pukul tapak kakinya sebagai pengajaran.” Pada umur 14 tahun, jadikan mereka sebagai kawan.

Kita boleh nampak dari sini bahawa anak yang berumur 1-7 tahun perlu diberi perhatian, dimanjakan dan kasih sayang secukupnya kerana pada peringkat ini anak-anak telah mula belajar sesuatu dan diikuti. Menurut pakar psikologi, anak-anak yang kurang kasih sayang pada peringkat ini yang menjadikan dia seorang yang pemarah dan pendendam bila besar.

Setelah anak meningkat 7 hingga 14 tahun. Didik mereka dengan kasih sayang dan tunjuk ajar dengan baik. Sekiranya mereka tidak menurut, maka boleh dirotan ditapak kaki. Jika mereka membuat sesuatu yang baik, bagi pujian kepada mereka. Pujian merupakan satu peneguhan dalam diri kanak-kanak supaya dia rasa seronok dan mengulangi sikap positif yang dilakukan. Pujian yang diberikan juga perlu khusus, bukannya secara am sahaja. Contonhya, “pandainya kakak” tetapi, “pandainya kakak melukis gambar pokoknya, nampak macam pokok hidup.” Tetapi biar ada kebenaran, bukannya menipu kerana kanak-kanak juga pandai menilai. Elakkan dari menipu anak-anak kerana mereka belajar daripada apa yang kita lakukan.

Anak yang meningkat umur ke 14 tahun sudah masuk ke alam remaja. Cara didikan pada peringkat umur ini perlu lagi disuaikan dengan jiwa remaja. Anak remaja biasanya dia akan cuba mencari identity dirinya. Oleh sebab itu, pada masa ini anak remaja mudah terpengaruh terutama dengan kawan-kawannya. Jika ibu bapa merupakan kawan mereka, maka ibu bapa yang akan dicontohi, dikongsi perasaan dan pengalamannya. Biasanya anak remaja suka meluahkan apa yang dia rasa, namun hanya kepada orang yang dia percaya boleh memahaminya. Jika ibu bapa tidak sedar akan keadaan ini akan menimbulkan keadaan di mana anak lebih percaya kepada kawan dan ibu bapa tidak dapat mengawal anak tersebut. Mereka perlu perhatian dan pendengar yang baik.

Diharap ia serba sedikit dapat sama-sama mmbantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Berjaya dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂