Tuesday, 6 January 2015

Tidur berkualiti antara tips awet muda

Word of the day:

"Sleep is the golden chain that ties health and our bodies together"
pentingnya tidur

Di dalam kehidupan yang serba moden dan ditambah pula dengan kepadatan jadual hidup, agak sukar bagi kita untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Tambahan lagi, kalau ada orang senasib saya ni, siang kerja dan out of office hour dan malam buat part time. Kadang2 terbangun malam pun sy sempat part time. Nama juga 'part time' kan. Hehe.. Walau apa pun tidur kita kena cukup juga.

Mari kita lihat kebaikan tidur yang mencukupi:

Jantung yang sihat

Kajian menunjukkan serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi. Kurangnya tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok. 

Oleh itu, cukup tidur setiap malam diantara 7 hingga 9 jam adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat.

Mencegah kanser

Orang yang bekerja sehingga lewat malam atau bekerja secara syif khususnya sangat berisiko tinggi mendapat kanser payudara atau kanser kolon kerana mereka lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. 

Sebenarnya, terdedah kepada cahaya lampu akan menurunkan paras melatonin dalam darah. 

Hormon melatonin ialah hormon yang menyebabkan kita mengantuk dan juga berfungsi menentang kanser kerana melatonin berupaya membantutkan pertumbuhan tumor kanser. 

Oleh itu, kita digalakkan tidur malam dalam gelap bagi membolehkan badan kita mengeluarkan jumlah melatonin yang diperlukan.

Mengurangkan stres

Apabila tidak cukup tidur di waktu malam, keesokan harinya badan akan cepat terasa letih dan secara tidak langsung akan meningkatkan tekanan darah. 

Seterusnya, tekanan darah tinggi akan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan strok. 

Kesan stres pula akan menyebabkan seseorang itu sukar untuk tidur. Oleh itu, tidur yang cukup diperlukan oleh badan bagi mengurangkan stres.

Kurangkan keradangan

Peningkatan paras hormon stres akan meningkatkan proses keradangan di dalam badan yang juga merupakan salah satu faktor penyebab risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes. 

Keradangan juga mempercepatkan proses penuaan daripada sepatutnya. Alamak nampak cepat tua? 

Menyegarkan badan

Tidur malam yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih banyak tenaga, tidak mengantuk selepas bangun dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian.

Mengurangkan risiko kemurungan

Tidur malam yang cakup juga menggalakkan pengeluaran hormon serotonin, sebaliknya kurang tidur akan mengganggu pengeluaran serotonin yang menyebabkan kemurungan. 

Oleh itu, bagi mencegah kemurungan, pastikan kita cukup tidur selama 7 hingga 9 jam setiap malam.

Menguatkan memori

Mimpi semasa tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa kita sedang tidur, otak akan memproses segala pengalaman dan peristiwa yang dilalui dan mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan seseorang.

Oleh itu, mendapat tidur yang berkualiti (cukup tidur tanpa gangguan) akan menghasilkan daya ingatan yang lebih baik.

Tidur sebentar di waktu siang lebih sihat dan produktif

Tidur sebentar waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, digalakkan dalam Islam kerana ini adalah amalan sunnah Rasullulah SAW sejak 1434 tahun yang lalu, bagi mengembalikan tenaga.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.” (HR Ibnu Abbas)

Tips tidur berkualiti ~ Kalsium dan vitamin B

OsteNutrix mengandungi kalsium dan magnesium dimana elemen sangat penting untuk dapatkan tidur yang lena.

Termasuk juga B-Complex yang membekalkan 8 jenis Vitamin B yang penting untuk saraf, memperbaiki emosi dan juga menukar gula kepada tenaga. 

Lebih tenaga lebih rasa muda daripada umur sebenar. 


No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂