Thursday, 1 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Kedengaran hingar bingar di luar jiran tetangga bukan muslim sedang meraikan tahun baru. Alhamdulillah bersyukur kami semua sudah kembali ke rumah dan tidak tergolong dengan orang2 membazir masa di luar sana..

Selesai solat magrib di rumah kami bersiap untuk menunaikan solat isyak berjemaah di Dataran Labuan. Ramai sangat sehingga tiada ruang sudah untuk duduk. Kami duduk di tepi2 tikar saja kemudian muncul muslimah yang memudahkan kami untuk menunaikan fardhu kerana dia membawa tikar. Terima kasih kerana menumpangkan tikar buat sementara dan sudi berkongsi ruang. Semoga dimurahkan rezeki Allah swt.

Selesai solat, berjumpa Majuin pula. Juga menghantar barang pesanan buat seorang rakan yang membeli. Kelam kabut punya pasal, sampai harga yg dibayar kurang RM2. Hehe. In sha Allah dihalalkan... Terima kasih sudi membeli.

Selesai begitu Nazran pula mengamuk, mahu susu sabar sajalah. Sudahlah kena marah sebab lupa bawa susu untuk Nazran tu. Amarah bukanlah penyelesaiannya. Bukan juga masa untuk menyalahi sesama kita. Cepat2 pergi KFC orderkan dia Milo suam. Selesai sesi Nazran suap menyuap ummi dan ayah, cuci tangan. Kami balik.

Semoga datangnya tahun baru ini bukanlah sebagai detik untuk kita membazir masa dan wang. Tapi masa untuk kita muhasabah kan diri kita sendiri. 2014 yang ditinggalkan pasti menyimpan seribu kenangan pahit & manis. Allah Maha Mengetahui.

Semoga Allah swt melindungi saudara kami yang berada di mana saja yang sedang berada dalam kesusahan. Lindungilah mereka ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂