Wednesday, 20 May 2015

Bonus Shaklee: Menyimpan Demi Masa Depan



Setiap bulan tidak akan ketinggalan untuk melabur duit untuk simpanan saya dan anak. Saya memang pentingkan simpanan sampai kadang kalau mahu membeli apa yang tidak perlu, saya fikir betul-betul dahulu. Kadang makanan yang rasa tidak perlu pun saya pertimbangkan juga. Yalah, kadang kita ikut ja nafsu membeli nanti last-last tidak di makan pula kan membazir di situ. Rugi pula kan.

Kadang-kadang saya pun terfikir kita bukan mahu seorang anak saja. Nanti bila sudah tua sudah tidak mampu untuk megandungkan, melahirkan, menyusukan dan menjaga intan permata jadi bila masih muda ini eloklah beranak sebelum tidak larat. In sha Allah mereka akan menjaga saya bila tua nanti.

Saya percaya rezeki itu rahsia Allah swt. Tapi kita juga mesti berusaha untuk mendapatkan rezeki itu tidak kiralah apa jenis rezeki sekalipun yang penting halal lah kan. Sedari kecil lagi saya didik anak saya menyimpan. Dan dia mula mempunyai tabung syiling sejak umur nya menjejak setahun. Sampai sekarang bila nampak duit syiling saja dia berlari masukkan duit syiling ke tabung nya. Lucu juga bila ingat.

Syukurlah juga dengan Shaklee menambah sedikit pendapatan bulanan saya untuk cover simpanan dan komitmen study saya dulu. Pinjaman pelajaran masih belum habis diselesaikan lagi. Mudah-mudahan saya sempat membayar sebelum ajal menjemput. In sha Allah.

Alhamdulillah, syukur ke atas nikmat ini. Aminnnn.....

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂