Sepatutnya entry ini ditulis pada Ogos tahun lalu.
Sejak saya berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa memang banyak saya habiskan masa dengan urusan anak sekolah, masak memasak, dan ada sekali sekala jadi driver hantar adik saya pergi kerja. Nikmat yang mungkin sukar untuk diperoleh ialah duduk lama atas sejadah. Ya! Berhenti kerja ialah jalan yang terbaik untuk saya buat semua ini.
Walau bagaimanapun, punca utama ialah untuk lebih kan masa bersama anak-anak tapi saya akui di rumah pun sukar saya fokus sepenuhnya dengan anak-anak. Saya mencuba sehabis baik walaupun memang tidak mampu dari segi emosi tambah lagi fizikal.
Ianya bukan mudah! Setahun duduk rumah tapi saya jarang "duduk" kebanyakan masa memang tidak cukup bagi saya. Kadang, bernafas pun tidak sempat. Actually, lebih struggle berbanding pergi bekerja di pejabat kerana expected income should be received on time tapi tidak di rumah.
It is start with my sister, she suggested I join Kelas PJJ Kek Batik. Saya pun sebenarnya memang sudah lama juga suka buat kek batik ni. Bila-bila rasa mood tu datang, saya beli lah bahan-bahan. Then, dari situ passionate dan hobbies saya pun mula berbisnes kek batik berbekalkan ilmu resepi yang dikongsi dalam Kelas PJJ sejak Ogos. Sedikit demi sedikit income saya dapat, saya kumpul menjadi modal saya untuk tahun ini. Alhamdulillah. Walaupun tidak banyak tetapi sales on January 2023 proved that I can do it. InshaALLAH !
Di samping kek batik, kedai Shaklee saya tetap berjalan walau jarang dapat close sales tapi buat masa ini ALHAMDULILLAH.
InshaALLAH next entry mahu story lebih lanjut tentang kek batik saya.
Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty
Phone: 0136507465
YouTube: RH AszdaYanty
Facebook: Cake Batique Ummi (Kek Batik Asda)
Instagram: cakebatique.ummi (Kek Batik Asda)
No comments:
Post a Comment
Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.
🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂