Friday 10 March 2023

Ramadhan Bersama Set Puasa Shaklee


Ramadhan Ya Marhaban! 

Sebenarnya teruja mahu berkongsi Set Puasa Shaklee yang mana set ini bukan sahaja memberi tenaga yang berpanjangan malahan kita juga dapat bekalan nutrisi yang cukup dan of courselah dapat tubuh badan yang sihat sepanjang hari. 

Saya mulakan dengan Energising Soy Protein. Nama sudah pun ada 'energising' yang bermaksud bertenaga. Disebabkan ESP ini minuman tinggi protein dan mempunyai kadar glisemik indeks yang sangat rendah, tenaga yang terkumpul daripada ESP yang kita minum akan terkumpul di dalam badan dengan tempoh yang lama. Maksudnya, tenaga itu maintain walaupun sudah beberapa jam meminum ESP. 

Jadi, kita tidak risau lah kalau puasa nanti baru berapa jam selepas sahur sudah terasa badan lemah longlai buat kerja pun perlahan, mahu beribadah pun rasa malas (nauzubillah). Kita tidak mahu semua itu kan? 

Bulan Ramadhan, bulan kita perlu banyakan ibadah, bulan yang mulia untuk kita berebut menghidupkan sunnah Rasulullah SAW. Demi memastikan rutin harian kita lancar, nak beribadah pun mudah, jom consume ESP. Protein pun yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan iaitu kacang soya bukan nya protein haiwan, confirm selamat dan lebih berkesan. 

Set puasa Shaklee
Seterusnya, cerita Cinch pulak. Cinch Shake ni ada 3 perisa tapi dalam Set Puasa Shaklee ini cuma chocolate flavor saja yang dipromosikan. The most favourite lah Chocolate Flavor ni jadi for sure sedap weh. Di samping ESP untuk bagi kita tenaga, kita pula ada Cinch untuk membantu kita rasa kenyang lama. 

Oleh kerana Cinch ini mengandungi protein tinggi dan lengkap dengan vitamin dan mineral yang lain, satu saja sajian Cinch sudah memadai sebagai 'meal replacement' harian kita. Maksudnya, tidak perlu makanan lain sudah sebab kita rasa kenyang. Best kan? Tidak payah susah susah masak tinggal shake-shake saja dah siap untuk diminum. 
Set Puasa ShakleeSet Puasa Shaklee
  
Popular nya Cinch ni sebab dalam dia ada 'Leucine' yang akan menyerap makanan dan bergerak terus kepada tisu otot dan juga Leucine mampu mengatur gula dalam darah kerana ia mudah dipecah dan diolah menjadi glukosa. Secara ringkasnya, Cinch sangat sesuai pada mereka yang berdiet di bulan puasa dan membantu mereka menurunkan berat badan. Sambil puasa sambil kurus, bestkan? 

Akhir sekali, Set Puasa Shaklee juga ada Performance Drink Perisa Lime Lemon. Performance ialah minuman elektrolit yang membantu badan kita supaya kekal terhidrasi. Semasa puasa memang kita haus dan kadang-kadang kita cenderung mendapat dehidrasi kerana kurang bendalir dalam tubuh badan kita. 

Jadi, perlunya Performance ini kerana ia bertindak sebagai pengganti air supaya badan kita kekal hidrasi. Ala, macam mesin basuh juga air mesti banyak untuk menampung semua kain yang dibasuh supaya basuhan kita bersih. Gitu! Tapi jangan lupa ya penting juga minum air kosong yang mencukupi. 

TAHUKAH ANDA? 70% komponen dalam badan kita ialah air. Jadi, sekiranya badan kita kekurangan air maka kita akan mudah rasa pening, loya dan paling teruk boleh pitam. Sumber air di perlukan untuk menyelaraskan suhu badan juga membekal nutrien kepada anggota tubuh badan selain dari bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen pembuang bahan toksik dan sebagai pelincir kepada sendi dan organ badan. 

Oleh demikian itu, cepat grab Set Puasa Shaklee sementara stok masih ada gais. Sayang kalau tidak grab promosi yang jarang-jarang berlaku sekali beli terus automatik jadi ahli, penghantaran pun percuma. Sangat jimat bahh! Lagi best dapat free bottle shaker Shaklee yang hijau tu. Botol ini keras so durable lah. Tidak payah lagi cari-cari shaker lagi bah satu set lengkap yang memang mampu milik. 

#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023 
#ShakleeTriumph2023

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

1 comment:

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂