Tuesday, 28 October 2014

Shaklee Labuan: New Distributor is ON

shaklee beaufort
Ketaksuban seorang rakan seperjuangan saya menerima Distributor Kit. Pada mulanya dia seorang pengguna Shaklee, tapi oleh kerana bulan ni Esp dan Meal Shake offer serentak dia tidak mahu lepaskan peluang, so dia register member sebab dia mahu harga jimat. Sangat jimat!!

Setelah sampai beg distributor ke tangan dia, terus dia terfikir kenapa tidak dia cuba jual pada orang lain juga. Dia pun excited study buku Shaklee business yang dia dapat bersama beg tu. Mana tahu boleh jana pendapatan, biar tidak banyak sedikit pun jadilah. Pasti tidak menyesal.. Katanya lagi, dia mahu cuba sharing di kalangan keluarga dan sepupunya.. Mencuba nasib katanya. Yalah, belum cuba belum tahu kan. Semoga maju jaya buat semua rakan seperjuangan Shaklee saya.

Kalau berminat untuk join group saya "Prevention is better than cure"
Boleh call saya Asda 013-6507465
SID 1071673

Meal Shake: Keperluan Nutrien Di Kala Sibuk

Kesibukan ibubapa zaman sekarang mencari mata pencarian terkadang menjadi kekangan bagi kita untuk menyediakan mereka makanan yang mempunyai nutrien terbaik. Apatah lagi ibu bapa yang suka travel sana sini. Masa dan tempat menjadi penghalang untuk kita sebagai ibu bapa menyediakan makanan untuk mereka. 

Meal Shake mampu membekalkan nutrien yang mencukupi buat si comel anda. Nutrien lengkap yang membantu proses tumbesaran mereka dan tambahan lagi menguatkan sistem antibodi buat mereka. Kita tahu anak-anak kecil mudah terjangkit penyakit daripada orang sekelilingnya. Oleh disebabkan itu, kita perlu prihatin terhadap pemakanan dan kesihatan mereka. Mereka adalah kurniaan Allah yang berharga daripada Allah s.w.t. 

 “Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Kenangan Saat Bertarung Nyawa

20 June 2014
Macam baru semalam ku rasakan detik mencemaskan melahirkan seorang putera dari rahimku...

18 June 2013,
8.27pg - sblum dibawa ke labor room, Doctor Nurul Ain advise makan byk2, pergi berak kencing...d suruh baring check bukaan rahim lg oleh doktor pakar O&G Ehab Helmi...kesakitan yg tertanggung rasanya ya ALLAH..

1.45ptg - menanti detik bukaan rahim dgn contraction yg tdk terasa sgt sakitnya, sehingga mampu terlena sketika..waktu ni air ketuban sudah dipecahkan..

5.30ptg - doctor baru order ubat apa tu namanya..xtau la apa...yg penting lps dpasang ubat tu, contraction yg amat sakit 4kali stiap 10mnit...ALLAHuakbar...alhamdulillah aku tdk pernah terlaung kesakitan...walau sakit mcmna sekalipun, aku tetap diam juga..sehingga dipuji oleh staff nurse..kekuatan itu dtgnya dr kurniaan ALLAH..

7.30mlm - semua org mulai risau, walaupun staff nurse cuba tdk mau aku dgr tp aku tau aku bakal dbwa ke Operation Theatre

9mlm - slesai dokumen kena sign smua, doctor bius bgtau sdkit sbyk psl inject bius..apa dia ckp pn xbrapa masuk dlm kepala otak sudah..yg pasti badan menggigil sejuk bercampur baur dgn ketakutan yg amat dlm tenangkan diri sendiri...ciuman tlekat d dahi sblum masuk ke dewan bedah tu...waah pening juga dtolak guna stretcher tu..diangkat2, smpai d dewan tu, aku d inject bius dkt2 tulang blkg...wahh SubhanALLAH..dsruh peluk bantal..

9.28mlm - dlm sedar, walau hanya perut ke kaki d bius..bersembang dgn doc bius dgn org yg btugas dlm dewan bedah tu la..puteraku bjaya dkeluarkan...masa kena keluarkan tu rasa d tekan bhgian bwh dada...terngiang2 lagi suara doc bius tu ckp "puan sabar ya, puan akn rasa tekan ckit arr, doctor sedang cuba mgeluarkan baby puan" dgn slang chinese yg fluent malay. dgr2 puteraku ngam2 dkeluarkan dia kencing depan doktor...hihi..

beberapa minit selepas tu, dtg pegawai btugas bawakan puteraku..comel sungguh...tanpa sedar mengalir air mata ketika itu..hilang semua ketakutan, kesakitan saat aku menatap mata bayi comel itu...dlm hatiku "inikah ciptaan ALLAH dkurniakan utkku"

lebih kurang pkul 10 keluar dr bilik bedah, dibawa ke satu ruang entah ruang apa tu..yg penting aku menggigil kesejukan plus gementar yg amat...lama juga disitu mau tdur tp lampu hospital silau sgt...masih monitor blood pressure n heartbeat juga time tu...hampir stgh jam la juga..

lebih kurang 10.45mlm - semasa dsorong kluar, nmpk suamiku sdg menunggu...perkataan pertama aku sebut dgn dia "abg sudah nampak baby kita" dia ckp "belum"..."hidungnya sama dgn syg" aku ckp sma dia...hehe...sebelum dia bantu nurse angkat aku pegi katil wad tu..dia bisik "terima kasih sayang..."

slps kata2 itu terucap, ini hadiah pengorbanan syg buatmu suamiku...tiada apa yg lebih bermakna selain abg menghargai setiap detik pengorbanan syg sbg seorg istri dan ibu pd ank abg...dan mengharap seratus peratus sokongan walau syg byk cacat celanya...

Doa Solat Dhuha

Aminn ya rabbal alaminnn...

Doa Buat Suami

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa2 yg telah aku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala ujianMu

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala ujianMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi dugaanMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku ingin hidup di sisinya hingga ke akhirnya
Biar ku hembus nafas terakhirku atas ribaannya
laksana Siti Khadijah AlQubra pergi diribaan Rasulullah
Atau...
Aku ingin membelainya tika ia menderita sakit
Agar kesakitannya hilang
Aku ingin berbakti sehingga hujung hayatnya
Biar diribaanku dia tinggalkan dunia
laksana Rasulullah pergi diribaan Aisyah Azzahra
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang diredhai
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hatinya

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Mengapa Sarapan Pagi Penting??

Pakar pemakanan berpendapat sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka. Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika kita tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya kita terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan. Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.

Rangsang paras glukos

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak. Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.


Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan. Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B (riboflavin dan folat) dan D, zat besi, kalsium serta zink.

Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk. Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul. Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan seperti sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.

Mulai sekarang, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya kita boleh menikmati hari cemerlang!

Pentingnya sarapan pagi!

Setiap hari sebelum pergi bekerja, kerana terburu-buru bimbang terlambat kita mungkin lupa atau tidak sempat sarapan pagi. Atau mungkin kerana satu dan lain hal memang sengaja tidak sarapan pagi. Mengapa demikian? Ada beberapa hal yang menyebabkan kita tidak sarapan pagi padahal kalau kita tahu betapa besar manfaat dari sarapan pagi. Inilah penyebab kita tidak sarapan pagi:
1. Sedang menjalani diet (ingin langsing/kurus, turun berat badan, ingin sihat).
2. Terburu-buru sehingga tidak sempat menyiapkan makanan sarapan pagi.
3. Terburu-buru sehingga tidak sempat sarapan pagi meskipun makanan telah tersedia.
4. Tidak berselera menikmati makanan.

Sebahagian besar kita makan berdasarkan keinginan mata. Atau dengan kata lain, matalah yang menentukan apakah mereka perlu makan dan makanan apa yang seharusnya dimakan. Padahal kenyataannya, Mata sama sekali tidak ada hubungannya dengan makanan. Tapi Pankreaslah yang mengatur semuanya. Pankreas adalah organ di badan kita yang memproduksi Gastric Juice dan Insulin(gula darah).

Tahukah kamu?

Badan kita terdiri dari 100 trilion sel dan memerlukan 114 macam nutrien yang berbeza-beza (Vitamin, Protein dari sayuran, Garam Mineral, Unsur-unsur Vitamin, Esensi Asam Amino, Esensi Asam Lemak, Serat Sayuran & Buah,Air Putih), dan itu harus kita penuhi setiap hari. Ketika badan kita bangun di pagi hari akan menuntut 114 macam nutrien tersebut. Dan… makanan apa yang kita berikan kepada tubuh kita di pagi hari ? Apa yang terjadi dengan tubuh kita apabila ke-114 nutrien tersebut tidak mampu kita penuhi?

Doa Saat Hendak Bersalin


“Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”


 “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.”


“Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”



“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”



Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.