Wednesday, 1 October 2014

Cuaca Panas: Nasihat & Gejala

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

~Mekeka yg terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
~Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
~Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
~Penghidap penyakit sistem pernafasan.
~Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
~Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

Gejala cuaca panas melampau adalah :

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

Anda Perlu

*Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
*Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
*Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
*Hadkan aktiviti luar
*Kerap berehat
*Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
*Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
*Pakai topi atau payung yang besar

Elakkan:

~Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi
~Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
~Bersenam dalam cuaca panas

Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

--Keluar dari kawasan yang panas
--Tanggalkan pakaian yang ketat
--Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
--Gunakan kipas untuk sejukkan badan
--Minum air setiap 15 minit
--Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Dapatkan produk Shaklee berserta konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Smoking & Heart Disease

Both smokers and non-smokers have heard these phrases many times, “Smoking is the No 1 Preventable cause of Heart Disease” and “Smoking is the No 1 cause of Premature Death.” What does this actually mean?

Smoking denotes the use of tobacco as cigarettes, cigar or pipe smoking. These forms of smoking introduce harmful chemicals or elements into our body. So if you really consider it, this is a form of committing suicide. Those harmful chemicals will slowly destroy one or many components of your body, leading to cancer, stroke or heart disease and even death..

“Preventable” refers to an outcome that can be avoided by specific actions. For example to prevent road accidents, the authorities have introduced road safety rules such as speed limits and traffic lights. In this manner, the number of accidents occurring may be reduced. Prevention on the other hand is an active word, indicating that an individual needs to perform an action. For example, the causes of heart disease are classified as preventable and non-preventable. Non-preventable causes are those that you cannot do anything about. This includes genetic susceptibility, gender of an individual and age (as the older an individual becomes – the higher the chance for that individual to have heart disease).

Preventable causes include having diabetes and/or hypertension, poor lifestyle habits, high cholesterol and smoking. What research tells us is that smoking is the No 1 cause of these preventable conditions. So the action required is to stop smoking, which will reduce your chance of having heart disease. Heart disease not only kills you, it is also very expensive. Instead of spending time with your family or visiting places, your poor health will confine you to your home or the hospital. This may not pose a problem for a rich person when health is compromised. For the poor and middle-income groups, all that money that you saved for your children or to get that dream house is now given to both the hospital and the doctor to treat your heart disease. You will look back and say to yourself, “I worked so hard all these years just to give my money to the doctor – what a waste of my life!”

Death knocks on everyone’s door. Sooner or later we will all die. However, we need not die so early in life, nor should we suffer and die. There are many things that we want to accomplish in life before we leave this world of ours. It could be completing our education, settling on a good vocation that allows us financial freedom, allowing our love life to grow into a marriage and raise a family.

However death can strike and curtail all these pleasures and this could be from smoking. I finding it interesting to see individuals who ensure that their house and their environments are safe yet allow death to lurk around in the form of smoking. Research has shown that by smoking there is a higher chance of death knocking on your door early.

In conclusion, I strongly urge you to love yourself and your family by completely giving up the use of tobacco. That decision will allow you to live long, avoid expensive and deadly heart disease and prevent you from giving all your earnings to the doctor or hospital. Enjoy life to the fullest. Stop smoking completely.

Dr. Edward Nathan is a public health specialist working in Penang. Happy World Heart Day!

"Prevention is better than cure" 
Jom sihat dan cantik dengan Shaklee

Dapatkan produk Shaklee berserta konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Sistem Kardiovaskular

Sistem peredaran darah atau sistem kardiovaskular adalah suatu sistem organ yang berfungsi memindahkan zat ke dan dari sel. Sistem ini juga menolong stabilisasi suhu dan pH tubuh (bagian dari homeostasis).

Ada dua jenis sistem peredaran darah: sistem peredaran darah terbuka, dan sistem peredaran darah tertutup. sistem peredaran darah, yang merupakan juga bagian dari kinerja jantung dan jaringan pembuluh darah (sistem kardiovaskuler) dibentuk. Sistem ini menjamin kelangsungan hidup organisme, didukung oleh metabolisme setiap sel dalam tubuh dan mempertahankan sifat kimia dan fisiologis cairan tubuh.

Pertama, darah mengangkut oksigen dari paru-paru ke sel dan karbon dioksida dalam arah yang berlawanan (lihat respirasi).

Kedua, yang diangkut dari nutrisi yang berasal pencernaan seperti lemak, gula dan protein dari saluran pencernaan dalam jaringan masing-masing untuk mengonsumsi, sesuai dengan kebutuhan mereka, diproses atau disimpan.

Metabolit yang dihasilkan atau produk limbah (seperti urea atau asam urat) yang kemudian diangkut ke jaringan lain atau organ-organ ekskresi (ginjal dan usus besar). Juga mendistribusikan darah seperti hormon, sel-sel kekebalan tubuh dan bagian-bagian dari sistem pembekuan dalam tubuh.

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Dapatkan produk Shaklee berserta konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Shaklee & Ujian Saringan

Mindset orang melayu kita ni kan kebanyakannya memang suka makan ubat kan. Yalah, mungkin dibekalkan dari hospital kerajaan kan? Jadi mereka fikir itu jalan paling murah untuk mendapat bekalan ubat. Kita sangat percaya ubat tu boleh mengurangkan sakit yg kita alami. Tapi sebenarnya ubat juga yg bakal merosakkan buah pinggang kita suatu ketika nanti. "Ubat" yg saya maksudkan ialah ubat yg mengandungi walau sedikit pun drugs (dadah) atau pain killer (penahan sakit)...

Vitamin Shaklee ini tidak mengandungi apa2 pun kandungan drugs. Semua dari alam semulajadi. Shaklee telah menjalankan 80,000 ujian klinikal setiap tahun untuk memastikan kualiti produk mereka. Juga lebih 350 ujian saringan setiap ramuan baru untuk mengesan pencemaran bahaya.

Disebabkan itu, ada sesetengah keluaran produk boleh terganggu jika Shaklee mendapati produk tersebut tidak lulus ujian saringan yg dijalankan.

Contohnya spt CarotoMax, pernah sekali selama saya bersama Shaklee, 4 bulan tidak ada pengeluaran produk ini, sebab buah yg tidak segar, atau buah itu tumbuh di musim sejuk. Apabila sudah sampai ke makmal buah itu membeku atau freezing. Jadi, Shaklee pada masa itu tidak dapat mengeluarkan CarotoMax.

Lagi? Herb-Lax. Herb-Lax mengandungi Senna Leaves yg tumbuh di bukit. Daun ini harus lah cukup lembab atau tidak terlalu kering tidak juga terlalu basah. Tapi pernah juga Shaklee tidak mampu mengeluarkan Herb-Lax, production utk produk ini terpaksa ditangguhkan sehinggalah ujian saringan Senna Leaves lulus utk digunakan dlm membuat Herb-Lax.

Banyak lagi produk Shaklee yg begitu hanya kerana Shaklee bukan mementingkan keuntungan tapi mementingkan KUALITI PRODUK mereka. Kami di Shaklee ingin membantu lebih ramai orang diluar sana supaya mampu hidup sihat tanpa bergantung dengan UBAT.

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE.

Dapatkan produk Shaklee berserta konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 30 September 2014

Jaundis

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit.Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
~Bayi lahir pra matang
~Darah ibu dan bayi yang berlainan.
~Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
~Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
~Etnik Asia
~Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Fisiologi jaundis
Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

Patologi jaundis

Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’).

G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.

Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:

Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?

Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:

~Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.

~Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.

~Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?

Bayi anda mungkin sihat jika :

*Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.

*Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.

*Bayi anda sihat dan aktif.

Walau bagaimanapun sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?

Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :

- Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
- Peningkatan kekuningan yang cepat
- Bayi anda mengalami G6PD defisiensi
- Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk
- Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
- Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat

Apakah yang doktor akan lakukan?

Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.

Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?

Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:

- Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
- Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)

Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Apakah rawatan yang diberikan?

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:

1. Rawatan foto
Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.

Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini membahayakan bayi anda.

2. Pertukaran darah.

Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

Pencegahan jaundis

Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk. Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.

Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?

Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut diklinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran.

Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.

NOTA

Senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh pengidap G6PD defisiensi:

Makanan : kacang parang
Herba cina yang tertentu
Ubat-ubatan(rujuk doktor untuk senarai yang lengkap)
Antibiotik seperti sulfamethozazol, nalidiixic acid
Bahan kimia
Ubat gegat (jangan gunakan pada pakaian.)

AMALAN SEMASA MENGANDUNG

*Makan kurma ketika umur kandungan 6 hingga 9 bulan
*Amalan makan jus pegaga
*Amalan minum susu kambing
*Jangan makan makanan segera, mee segera
*Elak minum kopi dan teh
*Jangan ambil herba
*Amalan makanan sihat
*Baca Quran dan doa semasa mengandung
*Sikap positif dan jangan stress

PETUA RAWATAN TRADISIONAL

*Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau .

*Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.

*Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotoran yang ada dalam tubuh mereka. Tapi sebaik-baiknya mereka susu ibu 2jam sekali.

*Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.

*Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan. Mandikan bayi dalam berapa hari.

*Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.

*Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing ( dlm kuantiti yg sedikit sahaja ) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan tapi ada juga yg tidak berkesan.

*Setengah orang petua bagi anggur hitam atau jus sahaja

Tips: Jika ingin mengelakkan daripada terkena jaundis boleh juga amalkan Set Hamil Shaklee.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 29 September 2014

Shaklee Labuan : Impian jadi kenyataan bersama Shaklee

Let us be strong and go beyond to know ourselves. Who I am in 10 years? Will I reach my dreams come true? Speechless. Still I don't know what to write and speak out. I want to achieved success in my life. Not I want to, but I need to.

Saya mahu buktikan pada suami, anak saya, keluarga saya dan pada semua orang, saya boleh buat. Saya boleh berjaya. Saya tahu saya perlu sabar dalam berusaha. Banyak yang saya dapat selepas menghadiri Shaklee 'New Distibutor Training' semalam.

Albert Einstein "Jika kita melakukan perkara yg sama berulang kali dan selepas itu kita mengharapkan sesuatu yg lebih bagus dan lebih baik itu adalah satu kerja gila"

Ya. Saya sedang berusaha untuk mencapai impian saya. Saya mengaku kita pernah juga rasa berputus asa walau sedetik dalam berjuang tapi jangan layankan sangat perasaan itu. Kita mesti bangkit lagi. Berusaha, usaha, dan usaha lagi. Mereka yg sudah berjaya jadi master tu, bukan baru setahun dua dalam Shaklee, tapi ada jugak yang hampir 17 tahun buat bisnes Shaklee. "Nothing is impossible".

Jom kita GO FOR IT.

Saya harap yang hadir ke training kelmarin dapat sesuatu yg berharga, jadikan ilmu itu bekalan kita dalam berusaha utk memajukan bisnes dan organisasi kita.

Dapat lagi satu sijil dari Shaklee. Pengiktirafan yg bukan sia-sia



With Speaker 'Shaklee New Distributor Training'
Olivia Fernandez
Jika kita mahu berjaya, kita juga harus korbankan masa dan wang ringgit. Masa untuk rehat, masa tidur, masa untuk bersama keluarga. Kita mestilah sanggup berkorban. Pengorbanan kita sekarang pasti akan berbayar pada masa akan datang. "What you give, you will get back" even more. Still true, selama berada di Shaklee hampir setahun, saya sudah rasa income 4 angka  itu walaupun baru tiga kali. Tapi saya rasa sangat bersyukur. Usaha itu berbaloi. Doa kita pasti termakbul satu hari nanti. In shaa Allah. Kamu tidak akan menyesal. Mari kita bantu lebih ramai orang sihat bersama Shaklee. Pasti tidak rugi. Apabila orang sihat, kita bahagia, bila kita bahagia, kita akan rasa lebih sihat. In shaa Allah.

Come join us. Success with us. 
If interested to join member, boleh call saya.

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 27 September 2014

Tahun Baru Alaf Baru

Salam subuh semua.. dengan cuaca hujan ni, semua tentu masih lena di buai mimpi kan. Godaan utk saya juga, lepas solat tadi kira-kira mahu juga baring lagi, eh tidak apa lah, sementara anak masih tidur ni, korbankan lah masa tidur dulu, selesai melipat pamplet dan mengecop, buka lappy. Lappy saya ni pun sudah lama dari 2008 lagi. Lappy banyak berjasa pd saya masa student life dulu, dan hingga sekarang masih lagi berjasa pada saya. Pernah juga ALLAH tarik balik lappy ni, rosak entah apa masalah, sy bagi tunang (skrg sudah suami) sy di Shah Alam, minta tolong dia hantar repair, sampai Labuan speaker dia tidak bunyi langsung. Alahai... tapi tidak apa lah bah, boleh pasang external speaker. Sampai sekarang masih lagi bisu dan kadang2 boot menu pandai appear n suddenly shutting down. Tapi jarang jadi macam tu. Walau bagaimanapun, perkara tu tidak menghalang sy utk mencari rezeki. Hehe... Syukur alhamdulillah, saya sayang sangat dengan lappy saya ni.

Hehe.. Cerita jasa lappy bah pulak. Sambil2 tu berfacebook lah. Awal pagi lagi dapat message, dia mahu ESP minta bawa pegi ofis isnin nanti. Wah sold out suda ESP saya ni. Mesti restok cepat-cepat. Syukur alhamdulillah atas sokongan semua.

Sedar tidak sedar, sebulan saja lagi masuk tahun baru. Semoga kita semua dikurniakan rahmat dan diberkati Allah sepanjang tahun hadapan. Semoga yg jauh didekatkan, semoga yg sempit diluaskan, semoga yg sukar dpermudahkan, semoga rezeki bertambah2 dan dikurniakan kesihatan yg lebih baik dengan ibadah yg lebih baik. In shaa Allah.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”