Tuesday, 14 February 2023

Set Kurus Shaklee: Cara Diet Yg Paling Mantap

Sebagai mukaddimah, set kurus Shaklee yang bakal saya perkenalkan kali ini, bukanlah set bajet yang selalu kita semua dengar, bukan juga satu produk yang cikai-cikai [kalau nya orang kebanyakan "bukan kaleng kaleng" cewah, haha].

Kesinambungan bagi entry saya sebelum ini, berkenaan intermittent fasting (IF), cara yang betul dan tepat untuk dapatkan IF yang sihat kita perlu ada nutrisi yang cukup supaya semua sel-sel, otot dan organ dalaman kita dapat bekerja dengan lancar. Meaning to say, set kurus Shaklee ini sangat penting supaya intermittent fasting kita lebih berkesan dan yang paling best kita boleh kurus secara sihat. Best kah sangat best? 

Set Kurus Shaklee: Hello New You Set + Vivix 

"Hello New You Set" terdiri daripada: 
  • Cinch Shake
  • Lecithin
  • Omega Guard
  • Herb-Lax
First and foremost, saya suka untuk mendahulukan set kurus Shaklee ini dengan sesuatu yang boleh bantu kita membuang dan membersih barulah badan kita boleh terima segala nutrisi yang lain nya secara optimum. Sesuatu itu ialah Herb-Lax

"Kamu adalah apa yang kamu makan". Pernah dengar frasa ini? Minggu lepas baru saja saya close sales
dengan seorang customer, menhadapi masalah penghadaman dan susah membuang jadi badan pun tidak selesa dan rasa tidak puas membuang. Menariknya, dalam Herb-Lax itu sendiri mengandungi daun senna yang juga merupakan makan sunnah nabi. Jadi terbukti diakui selamat dari zaman Rasulullah lagi. Disebabkan oleh lumrah dalam hidup kita memang suka makan, gather makan, menonton tv pun makan, depan PC pun makan. Segalanya makan! Jadi, Herb-Lax ini bukan sahaja membantu kita membuang dengan lancar tapi juga dia membersihkan dinding usus kita daripada 'molekul-molekul' yang kotor dalam kata lain toksik dalam perut tu lah.  Say goodbye to "kotoran"dalam perut tu ha barulah perut kita slowly akan kempis. Tapi, dengan syarat mesti amalkan set kurus Shaklee bukan nya Herb-Lax sahaja ya. Bak kata seorang customer saya, kalau beli daun senna mau kena rebus lagi. Lambat! 


Next set kurus Shaklee, jom cerita pasal Cinch Shake. Cinch ini sebenarnya ada 3 flavor ya! Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. Cinch ini terkenal dengan perkataan "meal replacement" maksudnya menggantikan nasi, lauk pauk dan sayur yang kita makan hari-hari tu. Bahan utama yang ada dalam Cinch ini ialah "leucine" bukan "lysine" ya dia dua benda yang berbeza walaupun bunyi dan sebutan lebih kurang sama.

Leucine secara ringkasnya mengurangkan selera makan tapi lysine ini adalah yang menggalakan kita makan lagi dan lagi. Lysine ni selalunya ada pada mana-mana vitamin untuk kanak-kanak yang untuk tingkatkan selera makan mereka. Bezakan ? 

Lebih dalam lagi, leucine ialah golongan seangkatan asid amino yang berfungsi dalam badan kita untuk membentuk PROTEIN. Protein ini sangatlah terpentingnya dalam badan kita sebab ianya umpama batu bata yang membina sebuah bangunan yang mana protein itulah batu bata nya manakala badan kita ialah bangunan itu tadi. Nampak kah tidak kepentingan protein ni? Sebab itu ini bukan set kurus Shaklee yang biasa-biasa ya. Kita ada complete nutrisi barulah kurus dengan selamat. 

Leucine ini juga mampu menyerap makanan dan bergerak terus ke tisu-tisu otot untuk bertindak sebagai isyarat dalam proses sintesis protein. Disebabkan oleh protein itu terbentuk, kita akan lebih mudah rasa kenyang dan badan kita bertenaga dalam masa yang sama. Ianya berbeza dengan karbohidrat yang ada pada nasi, kalau kita terambil lebih karbohidrat dia akan jadi gula dalam badan kita. Bila jadi gula tu yang badan kita akan mudah penat selepas buat kerja. Tenaga itu ada tapi tidak long lasting. Kita nak tenaga yang berpanjangan kan? Jadi sebaiknya makan lebih protein berbanding karbohidrat. Senang cerita minum Cinch lah kan. Senang 5 minit saja bancuh, shake shake then siap boleh minum. Wah! Sedap pula tu. Set kurus Shaklee memang awesome!

Tambah lagi best, kalau makan Lecithin. Lecithin ini main purpose dia ialah untuk membakar lemak. Famous sebenarnya Lecithin ni bah! Famous sebab dikatakan mampu untuk memecahkan lemak dalam badan kita. Lecithin dikenali sebagai 'pengemulsi semulajadi' yang mana ia memberi kesan melekat pada lemak dan menyebabkan lemak terapung dalam darah at the same time mencegah lemak itu melekat pada dinding membran. Jadi kuranglah lemak-lemak dalam badan kita kan? Nama pun ada perkataan 'thin' kan. Jadi Lecithin ialah wajib dalam Set Kurus Shaklee. 

Seterusnya, dalam Set Kurus Shaklee ada Omega Guard. Kita sudah buang dan bersih, ada sudah meal replacement yang mengenyangkan then ada pula yang bantu bakar dan pecahkan lemak, ha yang ini pula kata kunci nya kolesterol dan jantung. Tapi kan sebenarnya, kalau cerita Omega Guard sampai lusa pun tidak habis weh. Banyak betul ni manfaat dia bah. Kalau tidak share kan macam rugi betul pula. Hebatnya Omega Guard ni sebab ia terhasil daripada 3 kali penyulingan ya. Terbukti kebersihan dan tiada kandungan merkuri dan sangat selamat untuk semua golongan. 

Saya sebut kolesterol tadi sebab Omega Guard ini juga menyingkirkan kolesterol jahat yang ada pada salur darah kita. Ia juga menambah kolesterol baik dalam badan kita sebab itu untuk misi kuruskan badan kena kurangkan kolesterol jahat dalam badan dahulu barulah berkesan jika diamalkan bersama set kurus Shaklee yg lain.  


Dalam satu kajian yang dijalankan penyelidik dari Liverpool John Moores University, England mendapati, pengambilan minyak ikan dalam hidangan kita sebanyak dua kali seminggu membantu meningkatkan ketahanan tubuh. Maksudnya, badan kita mampu mencegah serangan bakteria dan virus daripada terjangkit. Yalah kan! Sebab itu Omega Guard mesti ada dalam Set Kurus Shaklee, buat apa kurus kalau kita sikit-sikit jatuh sakit. Siapa yang mahu flu and fever ? Confirm lah bah tiada orang mahu kan.

Tambahan lagi, sebab nama dia pun ada Omega Guard. "Guard" disini maksudnya protection kepada "ibu" dalam badan kita iaitu: JANTUNG. Jantung kita ni perlukan Omega-3 yang ada dalam Omega Guard supaya boleh mengekalkan degupan jantung yang sihat supaya bacaan nadi kita itu konsisten sepanjang masa. Walaupun segala anggota badan kita sudah tidak mampu bergerak tetapi selama jantung berdetak selagi itu kita masih hidup. Cewah! Macam lagu pulak. 

Tapi dengan Omega Guard, bukan setakat otak cerdas, jantung sihat tapi juga membantu supaya sendi kita kuat. Bagaimana ini terjadi? Disebabkan omega ni pun bertindak sebagai minyak pelincir, darah kita yang terdiri daripada omega-3 itu tadi akan mengalir dengan lancar dari atas (otak) sampai lah ke bawah bahagian badan (kaki) kita jadi sebab itu lah sendi kita cukup bekalan nutrisi. Macam aircraft la dia terbang tanpa langgar awan. Smooth saja. Kalau pernah rasa kebas-kebas kaki atau tangan tu sebab darah tidak lancar lah tu. Ha itu buktinya kurang Omega Guard dalam diet harian. So sangatlah penting Omega Guard dalam Set Kurus Shaklee ni ya. 

Orang kata save the best for last. Last but not least ya! The number one Shaklee product is Botanical Beverage Mix - Vivix. Sebab apa saya mahu tekan kan Vivix juga dalam Set Kurus Shaklee? Overall produk, Vivix lah juga yang sangat membantu kita elak daripada penyakit 3 serangkai. Paling best sekali polifenol yg ada pada Vivix memberi effect anti-angiogenesis. Effect anti angiogenesis ini ialah apabila badan kita memotong menghancurkan salur darah yang ada pada sel-sel tak normal termasuklah kanser, tumor dan juga lemak. Lemak ini ada salur darah tau, jadi polifenol yang ada dalam Vivix ni akan bantu cut-off salur darah tu terus. Direct buang salur darah yang ada lemak tu tadi. 

Lagi tambah berganda gila bestnya kan! Fuh saya menulis pun jadi excited. Polifenol yang ada pada Vivix tu ada anti-diabetic effect yang bagi kita warning jangan craving gula. Di samping itu, otak kita ni boleh dikata 'otak akhir zaman' bila mana untuk sampai signal kenyang tu ke otak kita mengambil masa 20 minit juga weh. Lama tuh. Saya kalau 20 minit tu banyak benda sudah di telan. Sebab itu Rasulullah SAW pesan "berhenti sebelum kenyang" so dengan ada anti-diabetic effect ni, adanya brain protective material bila mana otak kita cepat pick-up dan dalam keadaan yang normal supaya maklumat dari badan kita pantas laju sampai ke minda kita. Gila best kan! 

Saya suka pun Shaklee ni sebab mudah sangat tidak perlu ambil masa lama untuk penyediaan. Sudah pun tersedia depan mata tinggal telan. Senang main telan saja tidak perlu masak la itula inila janji sediakan air untuk telan. Pantas dan efektif pulak tu. Lengkap set kurus Shaklee kita dengan kesihatan yang ditahap paling mantap. Set ini bukan sahaja untuk kurus tapi promotes overall health. All-in-one set. Set ni pun boleh diamalkan untuk kulit cantik dan sistem dalaman luaran di tahap yang paling menawan.

Secara keseluruhannya, untuk memiliki Set kurus Shaklee pastinya kita cuma perlu sediakan wang ringgit saja. Ya bukan semua orang mampu tapi sakit itu lebih mahal harganya bila dibandingkan Set Kurus Shaklee ini! Bila orang kata eh kau mampu juga beli kereta kan tapi tidak mampu untuk labur sikit demi badan kita yang lebih lama kita boleh pakai ni. Senang ceritalah kan, kereta tu harga dia puluh ribu tapi kita mampu untuk miliki. Entah 10 tahun boleh kah tidak kereta tu berkhidmat untuk kita kan. Kalau badan sihat dan larat boleh lagi lah bawa kereta itu tapi kalau badan kita tidak kuat pun tidak guna juga kereta tu kan? Samalah kepentingan nya disini. Tepuk dada tanya selera. You gain a big thing, you sacrifice a minor thing. Duit boleh dicari selagi kita mampu, InshaAllah. Tapi nikmatilah hidup kita selagi masih diberi peluang. Live life to the fullest! 

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda & keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
Shaklee ID 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 13 February 2023

Shaklee Labuan: Kelas Return to Allah

Di samping kedai Shaklee kecil saya, saya pun buka kelas mengaji di rumah. Saat itu bermula ketika rakan saya iaitu downline Shaklee saya merangkap seorang adik memujuk untuk mengajar dia mengaji. Jadi saya bermula sejak 15 Januari 2022. Seminggu sahaja lagi saya tamat kan career life saya. 

Syukur alhamdulillah ! 

Asbab ingin berkongsi ilmu, saat ini saya mempunyai lebih ramai anak murid. Walaupun, people come and go, saya tetap menerima anak murid baru. Saya pula suka buat video, rajin juga edit video. Last last banyak juga video anak murid saya kongsikan di Channel YouTube saya. 


Semoga Allah SWT memberkati usaha kecil saya ini untuk membuatkan ramai orang lagi pentingnya ilmu Al-Quran ini sebagai bekalan kita bukan sahaja di dunia malahan di akhirat lebih-lebih lagi.

Semoga anak-anak kecil yang comel ini semuanya termasuklah yang pernah menjadi anak murid saya mendapat rahmat dan sentiasa dilindungi Allah SWT kemana saja mereka pergi. Semoga semua ilmu yang dicurahkan bermanfaat untuk mereka kelak. Amiinn ya rabbal alamin.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
Shaklee ID 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthCare (Shaklee)
Instagram: asda_healthcare (Shaklee)
Facebook: Cake Batique Ummi (Kek Batik Asda)
Instagram: cakebatique.ummi (Kek Batik Asda)

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Kek Batik Labuan: A Journey Start

Sepatutnya entry ini ditulis pada Ogos tahun lalu.

Sejak saya berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa memang banyak saya habiskan masa dengan urusan anak sekolah, masak memasak, dan ada sekali sekala jadi driver hantar adik saya pergi kerja. Nikmat yang mungkin sukar untuk diperoleh ialah duduk lama atas sejadah. Ya! Berhenti kerja ialah jalan yang terbaik untuk saya buat semua ini. 

Walau bagaimanapun, punca utama ialah untuk lebih kan masa bersama anak-anak tapi saya akui di rumah pun sukar saya fokus sepenuhnya dengan anak-anak. Saya mencuba sehabis baik walaupun memang tidak mampu dari segi emosi tambah lagi fizikal. 

Ianya bukan mudah! Setahun duduk rumah tapi saya jarang "duduk" kebanyakan masa memang tidak cukup bagi saya. Kadang, bernafas pun tidak sempat. Actually, lebih struggle berbanding pergi bekerja di pejabat kerana expected income should be received on time tapi tidak di rumah.

It is start with my sister, she suggested I join Kelas PJJ Kek Batik. Saya pun sebenarnya memang sudah lama juga suka buat kek batik ni. Bila-bila rasa mood tu datang, saya beli lah bahan-bahan. Then, dari situ passionate dan hobbies saya pun mula berbisnes kek batik berbekalkan ilmu resepi yang dikongsi dalam Kelas PJJ sejak Ogos. Sedikit demi sedikit income saya dapat, saya kumpul menjadi modal saya untuk tahun ini. Alhamdulillah. Walaupun tidak banyak tetapi sales on January 2023 proved that I can do it. InshaALLAH ! 

Di samping kek batik, kedai Shaklee saya tetap berjalan walau jarang dapat close sales tapi buat masa ini ALHAMDULILLAH. 

InshaALLAH next entry mahu story lebih lanjut tentang kek batik saya. 


Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Cake Batique Ummi (Kek Batik Asda)
Instagram: cakebatique.ummi (Kek Batik Asda)


Saturday, 11 February 2023

Intermittent Fasting (IF): Manfaat

Apabila kita amalkan diet Intermittent Fasting (IF) bukan sahaja menurunkan berat badan tapi juga badan kita akan lebih sihat dan mengelakkan kita dari terkena risiko penyakit kencing manis dan kanser. 

Oleh disebabkan cara intermittent fasting ini kita masih boleh minum air sepanjang berpuasa cuma tidak mengambil makanan berat dalam tempoh tertentu sahaja, jadi kita akan lebih cenderung untuk minum lebih banyak air. Macam saya juga, saya buat 16/8 jadi biasanya akan skip breakfast tapi saya memang akan lebih rasa haus di waktu pagi. Jadi, air dalam badan itu tadi bekerja untuk membersihkan sel kita dan membuang toksik daripada badan kita melaui air kencing.  

Tambahan lagi, sepanjang kita ber'intermittent fasting' badan kita akan mengurangkan paras insulin dan dengan itu hormon pertumbuhan (human growth hormone) akan meningkat seterusnya sel-sel dalam badan kita juga mula memproses pembaikan selular dan molekul yang penting. Best jugak kan. 

Dalam pada itu, intermittent fasting juga dikatakan berpuasa pada jangka masa yang pendek yang boleh menaikkan kadar metabolisme badan. Ini disebakan apa yang kita makan akan bertukar menjadi tenaga dan seterusnya akan membakar kalori dalam badan. 

Walau bagaimanapun, setelah berpuasa kita juga cenderung untuk makan yang tinggi kandungan gula dan berkemungkinan akan mengambil portion makanan yang banyak. Jadi berhati-hati ya. Jangan sampai Intermittent Fasting kita tu sia-sia pulak. Berpadalah dalam pemakanan sebab "kamu adalah yang kamu makan"

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda & keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
Shaklee ID 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 10 February 2023

Shaklee Labuan: Moment when your tears fall

Selama hampir 10 thn bersama Shaklee.
 
Jatuh dan bangun yg tidak terkira. Alhamdulillah !! Masih kuat semangat dan tidak pernah berputus asa walau hampir rebah sekali dua.
 
Walaubagaimana sekalipun, sy tidak pernah stop mengamalkan Shaklee. Syukur walaupun jarang2 dpt close sales, org tetap tahu saya pengedar Shaklee dan surprisingly mereka lebih selesa bertanya apa2 tentang Shaklee dgn saya.
 
Harini tidak mahu cerita tentang produk Shaklee. Tapi saja ingin berkongsi saya pernah rasa income 4 angka daripada Shaklee 7 tahun yg lalu. Masa tu sy baru deliver anak kedua saya.
 
Ya! EMPAT ANGKA CASH BONUS PER MONTH

Mesti ada orang kata:
"elehhh 4 angka saja bukan banyak mana, ada orang dapat 6 angka pun kan bonus shaklee"
"eh dia cerita ni nak membangga diri la tu"

Ya! Jumlah itu tidak banyak tapi sangat bermakna bagi saya. Even, waktu dan saat ini apabila di imbau kembali, saya rasa macam sebuah mimpi dan rasa tidak percaya tapi bila buka balik file saya semua bonus statement masih tersimpan rapi. Juga pernah sekali membayar cukai yang besar pd LHDN masa itu.
 
Allahuakbar!! Rupa2nya saya memang boleh!!

Tapikan, wa cakap lu... bukan mudah waktu itu, bukan mahu membangga diri, tapi kerana yakin dan percaya pada Allah dan apa-apa mesti minta tolong dari Allah, itu nasihat dan pesanan dari super upline saya masa tu, memang ikut sebiji-biji. Merasa juga kejayaan itu walaupun cuma sekejap.
 
Saat ini, mungkin saya jatuh dan tidak berada di ambang BONUS 4 ANGKA tu, tapi saya yakin waktu ini saya sedang meraih kejayaan di mana saya sudah pun bantu ramai orang untuk sama-sama menikmati kesihatan yang memang mahal harganya. 


Nama kami suami isteri terpampang dalam majalah "Shaklee Today 2016". Mungkin orang kata benda ni kecik punya hal. Tapi saya kata "this is very unforgettable moment in my life that make my tears fall every time I look at this"

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
SID 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthCare 
Instagram: asda_healthcare 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 9 February 2023

Tanpa sengaja: INTERMITTENT FASTING

Saya rasa mesti ramai yang amalkan diet intermittent fasting kan? Saya sendiri tanpa sedar terbuat intermittent fasting ni sejak 3 tahun yang lalu. 

Pada tahun 2021, masa tu saya di tahun terakhir career life saya. Saya masa tu mahu berjimat, iyalah kan sudah plan mau end career life, then decide hantar notis pada bos hjung bulan Oktober. Sepanjang tahun itu, memang masih berbelah bagi lagi antara berhenti kerja kah tidak. Jadi fikiran automatik agak terganggu dan selera makan pun mula berkurang. Maka, dengan itu, tanpa sengaja saya terbuat intermittent fasting. 

Kalau tahun sebelum itu, memang berat saya mencecah juga 63kg. Rutin harian saya, pagi mesti beli sarapan. Paling tidak pun mesti makan kuih atau nasi lemak. Then, tengahari mesti keluar lunch dengan colleague. Officemate lagi yang memang pemurah dengan makanan. Berat pun menjadi-jadi. Sebab itulah saya mahu buat intermittent fasting ni. 

Selama work from home masa Covid19 dulu, lagilah saya sibuk dengan kerja sekolah anak-anak waktu pagi lepas itu sambung lagi di dapur. Selesai masak untuk lunch, barulah saya dapat duduk dan makan. Baru tersedar. Eh! Yalah terbuat intermittent fasting lagi. 

Terus terang sejak gempa Covid19, fokus kerja saya memang kelaut dan itu juga salah satu sebab saya perlu berhenti kerja demi anak-anak saya. Dan, bermula dari itulah saya selalu amalkan intermittent fasting. Dapat juga saya berjimat cermat dengan duit belanja, saya tidak beli sarapan dan saya cuma makan semasa lunch. Kadang join budak office lunch. Kadang saya bekal dari rumah. Jimat kan! 

Selalunya memang kesibukan melanda jadi memang intermittent fasting sudah pun sinonim dalam harian saya. Kadang, saya sudah pun selesai dinner pukul 8 mlm lagi then next meal saya ialah masa lunch esoknya. Ha, kira dalam 15 jam juga saya berpuasa. Fuh ! Memang tak sedar weii.. Viral juga rakan FB masa tu kan sebut IF. Saya pun apa ba IF ni kan. Saya pun google saya nampak gambar ni :- 


Betul lah selama ni, saya ter'intermittent fasting' tanpa sengaja terikut pula jadual ni 16 jam berpuasa, 8 jam makan. Hehe. 

Intermittent fasting
Malam tadi, masaklah best sikit sebab kali ini betul plan baik punya mahu buat intermittent fasting. Sayur labu rebus, ulam raja bersama lada tumbuk, ikan bilis asam dan sup ayam. Fuh! Terangkat jugalah kan. Haha! 

Walau bagaimanapun, saya kadang diserang gastrik juga sebenarnya. Maklumlah mak mak ni kalau lambat sikit makan atau termakan banyak hari sebelum nya atau pun kadang terlebih makan yang berminyak mula lah gastrik tu menyerang.  Jadi, on off jugak lah intermittent fasting saya ni.  Saya satu saja penawar gastrik saya. OsteNutrix. Magnesium yang ada dlm OsteNutrix boleh membantu mengurangkan gejala gastrik ni. Gastrik saya mild saja. So memang best amalkan OsteNutrix setiap hari mesti telan.  

Pagi tadi jenguk berat saya haha 58kg. Boleh lah, ada jugak turun berat kan. Setahun dah jadi suri rumah, pandai lari juga intermittent fasting saya. Paling ketara rajin berpuasa dan buat intermittent fasting pada tahun 2020 dan 2021 tu lah. Jom sama-sama buat intermittent fasting, ataupun terus puasa sehari sebagai persediaan untuk puasa Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
SID 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthCare 
Instagram: asda_healthcare 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 8 February 2023

Shaklee Labuan: We choose a healthier life with Shaklee

Terus terang bukan mudah untuk maintain consume Shaklee. Kalau setakat OsteNutrix utk saya sebulan memang cukup. Tapi untuk anak-anak ni sebenarnya besar juga belanja demi kesihatan mereka.

Tapi Alhamdulillah!! Sentiasa diberi kecukupan. Mungkin ada juga rakan-rakan diluar sana pernah tertanya setahun si Asda ni tidak kerja dia boleh pula beli Shaklee ni bukan murah. Yes! Dari segi harga memang mahal tapi lebih susah hati lagi kalau anak-anak tidak sihat. Hati galau tidak tenang. Tidur pun tidak lena dengar tangisan dan rengekan. Saya fikir satu saja, duit wang ringgit kita boleh cari biar mahal sekalipun tetap saya perlu buat pengorbanan demi memantapkan lagi kesihatan anak-anak saya. 

Saya tidak paksa orang untuk membeli pun, tapi saya mahu orang lain rasa apa yang saya rasa. Tenang. Lega. Syukur. Asbab Shaklee, Allah SWT beri kami kesihatan. 

Anak-anak saya syukur lah tidak pernah bermalam di wad gara-gara demam ka batuk ka. Mereka memang kuat! Lagi yang si kecik tu. Huhai, semua ba dia makan. Omega Guard tu dia kunyah macam tiada apa-apa. 
Lagi belikan Chewable Vita C pun dia suka makan macam gula-gula. Alamak. Abg kakak memang tidak berapa suka pun dua benda ni. Kalau Vitalea Kids dengan Hero Kiddo. Ha yang tu cepat. Semua berebut jangan cakap lah. Syukur la nak, ada juga rezeki ummi bagi kamu rasa semua jenis Vitamin Shaklee yang ada. 

Mak saya. Tidak boleh tidak mesti kena makan OsteNutrix setiap malam. Saya pun begitu. It is a must sebenarnya. Bukan sebab kita bergantung pada dia. Tapi, kandungan yang ada dalam OsteNutrix tu mungkin dalam sehari kita ada ambil sedikit atau langsung tidak ada sumber yang terdapat dalam tablet Oste tu. Kita makan untuk mencukupkan suggested pengambilan harian yang perlu dalam badan kita. 

Yang diperlukan dalam badan kita untuk mencukupkan supaya dapat tidur yang lebih lena, boleh membuang dengan selesa, otot boleh berehat semasa tidur jadi itulah esok nya bangun tidur memang akan rasa sangat best. Sangat berbeza. Pastinya lebih sihat. Nanti saya share kandungan yang ada di dlm OsteNutrix tu ya. Stay tuned next post !


#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
SID 1071673 
Facebook: Asda HealthCare 
Instagram: asda_healthcare 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”