Friday, 28 November 2014

Jana Pendapatan Secara Sambilan

Gaji sahaja tidak cukup!!

Pagi ini check gaji sudah masuk. Yes!! Alhamdulillah. Tapi setiap kali gaji saya bukannya terlalu excited pun bah. Sebab apa, saya banyak komitmen untuk bayar sana bayar sini. Gaji memang lah beribu tapi kalau sudah bayar2 tinggal 30% saja tinggal untuk diri saya sendiri.

Saya ini sebenarnya seorang penjimat. Sangat cermat. Bukan mahu memuji diri sendiri, tapi ini betul sebab apa2 saya perlu keluarkan belanja saya akan fikir adakah ini untuk masa depan? Adakah ini satu keperluan dan bukan satu kemahuan. Need vs Want is different okay? Sebab itu saya ni kalau orang mahu cakap kedekut kah apakah, pedulilah. Ini memang diri saya.

Saya tidak akan melabur duit saya semata-mata untuk harta dunia. Apatah lagi yang kosnya makan beratus ringgit. Bagi saya itu adalah pembaziran. Saya memang tidak suka! Tapi terkadang saya beralah saja demi kepuasan sesetengah pihak. Allah itu MAHA ADIL.

Tambahan lagi, harta benda kita ini bukan mahu makan sendiri. Bagi saya perlu untuk kita bahagi sedikit duit atau rezeki kita buat mereka yang lebih memerlukan. Infaq pada ibu sendiri pun dinamakan sedekah. Jika kita mahukan kekayaan, perbanyakkanlah sedekah. Ikhlaskan hati. In sha Allah, rezeki itu akan berbalik pada kita dengan dua kali ganda lipat. Allah itu MAHA PEMURAH. Kalau kita pemurah, tidak mustahil rezeki kita pun murah. Amiiinnn ya rabbal alamin.

Saya buat Shaklee ni pun, saya tidak mahu bebankan suami saya. Saya akui, saya banyak kemahuan. Yalah, seorang wanita kan. Tapi saya ni beli pun bila perlu. Beli pun bila saya sudah fikir masak2. Barang kemahuan saya sendiri, saya tidak akan minta daripada suami saya lepas saya ada income daripada Shaklee ini. Walaupun tidak banyak saya berpuas hati, sedikit sebanyak mampu cover untuk simpanan masa depan kami anak beranak. Ini pun bukan untuk saya tapi buat anak2 saya juga. Keluarga saya.

Saya tidak mahu bebankan suami saya dengan macam2 belanja. Cukuplah makan pakai kami anak beranak saya guna pendapatannya. Tapi segala apa saya mahu, saya sendiri akan tanggung sendiri. Walaupun baki gaji saya tidak cukup setiap bulan, saya puas hati sebab saya tidak punya banyak kemahuan setiap bulan. Cuma kadang dalam setahun tu mesti ada juga lah saya rasa membeli yang tidak perlu. Tapi itu untuk merasa dua tiga kali dalam setahun jak. Kata orang mahu lepaskan kempunan jak.

Saya juga tidak mahu kalau orang lain suka ungkit2 perbelanjaan saya. Ke mana duit saya pergi. Saya paling tidak suka. Jawapannya adalah semua dalam buku akaun simpanan saya. So please jangan kata saya lokek. Saya bekerja dan dapat gaji hasil titik peluh saya juga. Jadi biarlah saya tentukan apa yang perlu saya buat untuk duit tu. Anda semua pun boleh menyimpan sebenarnya. Sangatlah boleh. Tiada istilah tidak cukup bajet. RM10 pun menyimpan bah. Jadi kita tidak rugi di masa depan nanti. Jangan menyesal suatu hari nanti apabila kamu sedar keputusan kamu suatu ketika dulu adalah salah.

Pendapatan dari Shaklee setiap bulan pun berkat daripada usaha saya. Saya pun jual tidaklah mahal dan masih menepati syarat dan undang2 Shaklee. Yalah, niat saya hanya untuk membantu orang lain hidup sihat. Kalau anda rasa mahal dan memilih untuk mahu memiliki vitamin Shaklee, itu adalah pilihan kamu.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂