Friday, 24 February 2023

Tahap 1: Happy memory spend with classmates 3B



Sengaja ummi buat satu entri khas untuk abg Nazran. Last bergelar murid Tahap 1, bakal berdepan dengan pembelajaran yang lebih mencabar.

11 Februari 2023

Tempoh hari semasa hari pendaftaran, saya juga diberi Laporan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dan semua ibu bapa juga perlu mengisi borang pinjaman buku teks. Saya punyalah terkejut dalam senarai buku ada juga buku teks Sejarah lagi mengejutkan ada juga Teknologi Maklumat dan buku cerita lebih kurang termasuk subjek Sastera la tu kan? Allah !! Darjah 4 sudah belajar itu semua? Struggle betul kanak-kanak sekarang kan. Terlebih advance. Semoga abg boleh cope semua mata pelajaran nanti. Buat yang terbaik ya abg!


Selesai di kelas abg, pergi pula kelas kakak Nashwa. Banyaknya buku perlu dibawa pulang. Berhempas pulas la kita membalut mana yang tidak berapa kemas tu. 

Tahun ini ketiga-tiga permata ummi bersekolah. Adik Nayla bakal bersekolah juga pada bulan Mac ini. Ummi tidak minta banyak tapi sangat berharap pengorbanan untuk melihat kamu membesar di depan mata ini menjanjikan yang terbaik buat anak-anak. Membentuk mereka memang bukan suatu perkara mudah. Sesungguhnya 10 tahun bergelar ibu, ummi masih dalam proses untuk menjadi seorang yang betul-betul sabar. 

Semoga Allah berikan kita rezeki yang banyak untuk bekalkan vitamin Shaklee untuk mereka semua tanpa henti! 

Thursday, 23 February 2023

Herb-Lax Shaklee: Cuci Usus Terbaik

Selama saya bersama Shaklee, ini lah kali pertama saya betul-betul tertarik untuk makan Herb-Lax. Sebelum ini, saya bagi adik saya saja untuk makan sebab badan dia agak besar dan lebih berat badan. Tambahan lagi, saya jarang sembelit sebab saya amalkan OsteNutrix kan yang memang membantu saya membuang setiap hari. 

Ada pula dalam kotak stok saya, jadi saya terpanggil untuk makan sendiri. Saya rasa saya buka botol Herb-Lax itu lebih 4 bulan yang lalu, saya pun bila exact date saya buka dan dua malam yang lalu saya tengok tinggal beberapa biji saja lagi. 


Herb-Lax ni kan terkenal dengan nama lain nya iaitu 'julab semulajadi' yang mengandungi daun senna yang juga merupakan makanan sunnah nabi, saya pun tertarik. Oh ya? Jadi saya pun rasa teruja untuk mencuba.  

Saya masih ingat lagi, masa dulu pernah attend kelas nutrisi kalau boleh makan Herb-Lax ni untuk consume pertama kali, digalakkan untuk amalkan 4 hari berturut-turut. Saya pun makanlah seperti yang di cadangkan dan sehinggalah ke hari ini saya makan Herb-Lax bila perlu sahaja. 

Mahu dijadikan cerita panjang jadi pendek, memang puas membuang selepas makan Herb-Lax ni, biasanya kalau saya ambil OsteNutrix sahaja saya akan membuang sekali saja pada waktu pagi. Tapi bila ambil Herb-Lax fuh kesan dia berganda. Betul betul dia cuci usus saya! 

Saya kalau rasa tiba-tiba dalam sehari itu, terlebih makan yang berminyak mulalah muka saya pun berminyak atau tiba-tiba teringin makan junk food la pulak, atau kadang rasa macam tidak puas membuang malam tu mesti kena telan Herb-Lax. 

Herb-Lax ni dia bantu proses penghadaman yang lancar jadi tidak lah makanan yang kita makan tu duduk lama dalam usus kan? Memang rasa hebat bila lepas membuang. Rasa lah jugak perut tu kempis. Haha! Siapa yang belum makan tu mesti cuba keberkesanan Herb-Lax ni.


"Prevention is Better Than Cure" 
Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 22 February 2023

Kenapa SUPLEMEN penting?

Kenapa kita perlukan SUPLEMEN? 
Jawapannya Zaman SEKARANG: 

Zaman serba mahu cepat, zaman di mana kebanyakan amalkan daya hidup yang tidak sihat dan zaman yang sangat moden

Pertama sekali, terserah orang mahu cakap apa promote pung pang sebab kita jual suplemen. Ya! Memang saya jual suplemen sebab saya mahu orang lain turut hidup sihat seperti saya dan keluarga saya. 

TAPI cuba renungkan ramai berlumba-lumba - pangkat, duit, sehinggakan kita jadi hamba pada dunia. Abaikan ibadah/ solat yang paling utama pun tinggal apa lagi makan dan tidur pun tidak tentu. 

Tiba-tiba satu hari badan kita penat tambah lagi tidak sihat terbaring lesu. Disebabkan semua mahu cepat, kita mula tidak sedar bahawa kita amalkan gaya hidup yang tidak sihat. Contohnya: 

why supplement is important?

  • terlalu sibuk sehinggakan tidak cukup tidur, banyak perkara mahu dibuat, kejar dateline, overtime tiada masa healing dengan keluarga dan kawan-kawan, saya tidak cakap orang lain ya ini masa saya sewaktu masih berkarier dulu; 
  • sering makan fast food tiada masa dan tenaga untuk memasak, kelaparan betul sudah jadi mau cepat pergi ja KFC, pergi McDonalds, tiada masa pergi mall untuk beli makanan yang sihat tidak suka beli buah, paling teruk malas potong buah dan paling dahsyat tidak suka makan sayur; 
  • suka minum berkafein, rajin pergi starbucks, lepak old town sebab suka minum yang sedap-sedap, ketagih kafein, walapun mahal sanggup juga jadi regular customer setiap minggu;
  • persekitaran kita yang terdedah dengan asap rokok dan radikal bebas, minyak untuk menggoreng makanan diguna berkali-kali, sabun mandi, minyak wangi even berus gigi kita ada juga komponen radikal bebas; 


Zaman serba canggih dan moden, suplemen ialah salah satu cara yang sangat pantas untuk kita amalkan hidup yang sihat, dia macam kita makan buahan dan sayuran juga tapi berbentuk serbuk/tablet atau caplet tinggal sedia air untuk telan saja. Suplemen dihasilkan dengan kerja keras saintis untuk melakukan R&D (Research & Development) dalam memproses sesuatu suplemen. Bukan toko jamu  

Suplemen atau nama lain nya ialah 'makanan tambahan' yang kita makan selain makanan harian yang kita makan contoh nasi, ayam, ikan, sayur. Suplemen ini untuk mencukupkan nutrisi keperluan dalam badan kita. Inilah peluang untuk kita betulkan cara hidup kita. 

Apa guna ilmu ribuan saintis kalau kita tidak mahu merasa nikmat nya sekarang? Mereka sudah bekerja keras untuk menghasilkan produk yang bermutu supaya kita manusia di dunia ini dapat memanfaatkan nya. 

Apa guna ALLAH ciptakan segala bentuk buah, sayuran, makanan sunnah tapi kita tidak mahu amalkan? 

Tepuk dada, tanya hati, belahlah jantung untuk kita tahu bagaimana tahap kesihatan kita sebenarnya pada saat ini. 


"Prevention is Better Than Cure" 
Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

Monday, 20 February 2023

Testimoni Aszda

Saya sudah mencuba produk Shaklee lebih 10 jenis, bukan sahaja produk nutrisi tapi juga produk kecantikan Shaklee.

Ramai yang berjumpa dengan saya, mereka kata "banyak juga kamu makan arr".. Apa yg perlu dirisaukan? Ini bukan ubat, ini makanan tambahan (supplement), kita cukupkan apa yang kurang. Shaklee adalah vitamin, bukan ubat ya.. Tapi yang penting kena minum air yang banyak.

Shaklee ada di mana-mana.

Tambahan lagi, sekarang ini ramai sangat yang peminum tegar nescafe, teh, dan minuman yang mengandungi kafein. Ingin saya tekankan di sini, bukan tidak boleh minum atau makan yang berkafein tapi kalau boleh kurangkan. Lagi, jangan telan atau minum vitamin bersama-sama minuman yg berkafein ini. Kalau kita mahu sihat, "alah bisa, tegal biasa". Kalau mahu sihat dan cantik, perlukan pengorbanan terutamanya wang ringgit, masa, dan juga kegemaran.

Ini antara tertimoni daripada diri saya sendiri. Saya mahu hidup sihat, saya pasti kamu yang di luar sana tu pun pasti mahu juga sihat. Let me help you to live healthier.



"Prevention is Better Than Cure" 
Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Sunday, 19 February 2023

Duta Shaklee: Nazran terima anugerah

 
Pada petang yang indah 16 Februari yang lalu, balik sahaja Nazran dari sekolah memberi khabar gembira. Di tangan nya Nazran memegang sijil anugerah kehadiran terbaik dan wang tunai RM10.

Syukur Ya Rabbul Jalil !

Sesungguhnya rintihan seorang ibu untuk melihat juga anaknya menerima anugerah di dengar Maha Penyayang. Walaupun tidak sehebat anak-anak yang lain mendapat tempat dalam kelas tapi ini sudah lebih dari mencukupi.

Syukur atas izin Allah SWT, Nazran jarang jatuh sakit dengan berbekalkan vitamin Shaklee setiap hari.

Sesungguhnya inilah kejayaan sebenar di mana pengorbanan saya terbayar secara tunai. Bukan wang ringgit tapi ketenangan dalam meniti hari-hari saya sebagai seorang ibu yang mengharapkan anak nya sentiasa sihat dan ceria.

Kadang, ada juga sekali dua dia demam tapi sekejap sahaja tidak sampai pun sehari. Mungkin, faktor cuaca dan fizikal nya kepenatan. Cuma, ralat sedikit mendengar nya bercerita yang dia ditolak semasa menuruni tangga sekolah petang itu. Koyak seluar nya yang baru pertama kali dipakai dan ada secalit darah disitu. Tersentuh hatiku.

Walau bagaimanapun, Nazran juga kuat minum air putih. Memang saya selalu pesan supaya jangan lupa minum air yang banyak. Nazran bersekolah pagi dan petang memang penat. Saya yang tengok dia pun penat apatah lagi dia yang mengalami nya sendiri.

Harini, kami solat maghrib bersama. Nazran lah imamnya. Selepas solat, saya pesan supaya usai solat jangan terus bangun berdiri, kita mesti rajin berzikir setiap kali setelah habis solat dan saya ajarkan zikir yang basic untuk dia amalkan. Ayatul Kursi juga jangan dilupa. Dan akhir sekali, jangan lupa berdoa, minta pada ALLAH supaya hidup kita diberkati, supaya kita cemerlang dalam pelajaran.

Nazran salah seorang peserta dalam Program Berkhatan anjuran USIA (United Sabah Islamic Association), sebuah badan NGO yang diadakan pada minggu depan dan seramai 50 orang kanak-kanak yang tersenarai sebagai peserta. Percuma. 

Jadi, saya pesan bila sudah berkhatan nanti, Nazran mesti rajin solat, tidak boleh tunggu ummi ingatkan untuk solat, besar nanti bila ummi sudah tiada abang sudah tahu semuanya dan akan ingat sendiri sampai bila-bila. Dia menangis dan saya pun turut menangis. Semoga jadi anak yang baik ya anakku bila besar nanti. Semoga Nazran tidak tergolong di kalangan orang-orang yang sesat. Aminnnn Ya ALLAH!


"Prevention is Better Than Cure" 
Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 17 February 2023

Shaklee Labuan: Pemenang Projek Blog Mega Shaklee

Dua minggu yang lalu, serta merta mendapat renjatan semangat untuk membuat blog posting setiap hari. Tanpa malu, share link blog hampir kesemua group whatsapp yg saya ada.
Berkat sabar dengan dugaan yang ada dan doa daripada ibunda ku, saya terpilih menjadi salah seorang pemenang Vivix dalam Projek Mega Blog Siri 1 kalini. Alhamdulillah! Tidak sangka nama kedua disebut sebagai pemenang oleh moderator projek, Master Salwa Zeyn. 

Hadiah Projek Mega Blog

Terima kasih buat Master Norita, nenek Shaklee saya yang menaja sepenuhnya projek ini. Hampir semua peserta pulang dengan hadiah best yang berupa produk Shaklee. Syukur pada Allah rezeki yang tercurah dan sifat pemurah, Master Norita sanggup berbelanja besar untuk kami semua naik bersama-sama. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.  

Tidak lupa juga, terima kasih yang tidak berbelah bagi buat upline saya Master Siti Aisah yang menjadi penyuntik semangat sepanjang projek ini berlangsung. Beliau bersungguh-sungguh dalam projek ini untuk menaikkan nama saya dan rakan seperjuangan yang lain.

Master Siti Aisah menerima hadiah drpd Master Hj Hussain, bapa mentua kepada Master Norita.

Saya sangat menghargai kerana beliau mahu tunaikan permintaan saya untuk mewakilkan saya untuk mengambil hadiah Vivix saya semasa program yang berlangsung di Shaklee HQ. Terima kasih buat mentor-mentor ku sekalian. Semoga suatu hari nanti, saya dapat membalas jasa kalian dengan kejayaan yang sebenar. InshaALLAH! One fine day atas izin yg MAHA BESAR.

Terima kasih juga pada semua peserta dan rakan-rakan yang sudi lawat blog saya dan tinggalkan komen di blog posting saya. Terima kasih yang memberi kerjasama untuk dapatkan link masing-masing. Saya amat menghargainya. Semoga kamu semua di dalam rahmat Allah!

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
Shaklee ID 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthCare (Shaklee)
Instagram: asda_healthcare (Shaklee)
Facebook: Cake Batique Ummi (Kek Batik Asda)
Instagram: cakebatique.ummi (Kek Batik Asda)

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 16 February 2023

Inspired Sharing: Anak Bukan Penghalang Bisnes

Tidak! Saya akui pernah memberi alasan anak. Tapi tidak pernah sekali terdetik dalam fikiran dan hati mereka adalah beban. Mereka cuma priority list yang perlu saya penuhi terdahulu. 

Pada tahun 2015, buktinya saya boleh maintain Supervisor dimana saya baru melahirkan anak kedua saya. Saya kerja keras semasa mengandungkan dia. Memang buat semua tanpa henti. Solat Dhuha, Al Waqiah, selawat nabi, masha ALLAH sekali sekala bangun bertahajjud. Tapi, oleh kerana lalai nya dunia dan kerja hakiki dan teguran oleh majikan, saya mula tidak istiqomah semua itu. 

Perlahan-lahan ALLAH tarik ribuan bonus, downline come and go dan segala macam dugaan lagi yang boleh dikatakan excuses. 

Nayladina 
Dua malam yang lalu, tertampar dengan kisah dua orang Master Shaklee yang mempunyai 8 org anak dan keduanya di uji dengan anak ke 4 mempunyai masalah kesihatan. Seorang Master anaknya autisme, sorang lagi lahir saja jantung berlubang. Allahu! Sungguh tidak saya dapat bayangkan kalau saya di tempat mereka. 

Dugaan saya cuma sebutir pasir di sebuah pantai luas kalau dibandingkan dengan dugaan kedua-dua Master itu tadi. Ya! Saya pasti semuanya tidak ada yang mustahil kerana Allah SWT itu ada. Saya sudah pun alami sebahagian besar nikmat yang sama yang mereka temukan suatu ketika dahulu. Memang tiada yang mustahil. 

Inspired betul malam tu dengar perkongsian daripada orang orang hebat yang telah dipilih Allah SWT untuk berjaya. Mendengar kisah bermacam dugaan dan cabaran yg sgt tidak terbayang dek akal mcm mana klu aku yg bdepan dgn situasi yg sama. Allah! Mungkin aku tidak kuat. Tapi setelah diduga uncounted times, mereka boleh kenapa kita tidak?

"Kejayaan memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan yg paling hebat adalah menentang musuh dalam diri kita sendiri. Perjuangan perlukan ketabahan. Ketabahan itu memerlukan keyakinan pada Allah. Keyakinan menentukan kejayaan"
Sambil mendengar sharing kedua-dua Master, saya melipat kain sambil mencatat input yang diberi. Habis saja kelas pandang ke belakang, puteri bongsu saya Nayladina sudah pun tertidur kerana menunggu umminya yang khusyuk mendengar LIVE sharing.  

Jom fight UMRAH ditaja oleh Shaklee sepenuhnya. InshaALLAH !!

Semoga ALLAH mendengar. 
Semoga aku sabar untuk menjentik pengalaman yang di impikan itu. 
Ya ALLAH Rabbul Jalil kuatkan kudrat ku. Ya ALLAH tunjukkan aku jalan untuk aku turut menikmati saat manis itu bersama ahli keluargaku yang lain. Walaupun mungkin juga dalam masa 3 tahun lagi atau 7 tahun lagi. Kau tunjukkanlah aku jalan. 
Ya ALLAH kurniakan aku semangat untuk terus berjuang tanpa aku menoleh ke belakang lagi. 
Ya ALLAH buktikanlah ini adalah pilihan yang paling tepat dalam aku memperbaiki diri ku kepadaMU. Aminnn ya rabbal alaminnn....


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda & keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
Shaklee ID 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”