Monday, 3 April 2023

Doa Cepat Mustajab


Alhamdulillah. Malam ini sudah pun memasuki 13 Ramadhan 1444H. Tidak sedar rasanya 2 minggu sudah umat Islam berpuasa. Seperti tidak puas rasanya untuk memenuhi waktu kita dengan ibadah dan berdoa. 

Malam ini saya ingin berkongsi satu doa yang telah dikongsi oleh nenda Shaklee saya semasa saya join kelas beberapa hari yang lalu. Menurut nenda Shaklee saya, beliau mendengar doa ini daripada Ustazah Hafizah Musa yang boleh di amal baca pada bila-bila masa sahaja dan seberapa banyak kita mahu. Cumanya, ada beberapa waktu dan ketika di mana doa kita dibukakan ijabah nya. 

Sesuai dengan tajuk saya pada entri kali ini, saya ingin kongsikan : 

6 WAKTU PALING MUSTAJAB UNTUK BERDOA

1. WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH


Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak”
(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).

Disebabkan itulah, semasa mendengar laungan azan, duduklah di atas sejadah berdoa sambil kita menunggu iqamah dilaungkan. 

2. SEMASA HUJAN TURUN


Apabila hujan turun membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering. Waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.

Rasulullah s.a.w bersabda “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)


3. DUA WAKTU PADA HARI JUMAAT


Hari Jumaat adalah hari yang istimewa di sisi Allah.

Rasulullah SAW pernah membicarakan tentang hari Jumaat dalam sebuah hadis sahih di mana Baginda bersabda:

“Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (dimakbulkan), maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Selain itu, satu lagi waktu yang patut dianggap mustajab oleh para ulama’ adalah ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai.

Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan solat Jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “Ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai solat Jumaat”.(Hadis Riwayat Muslim)

Maka, jangan lah kita sia-siakan hari Jumaat berlalu begitu sahaja tanpa kita berdoa. 

4. SEPERTIGA MALAM TERAKHIR


Apabila sepertiga terakhir malam, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda,

“Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hal tersebut dapat pula dilihat dari keterangan yang disampaikan Abu Hurairah yang menyampaikan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Artinya: “Rabb kita tabaroka wa ta’ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: ‘Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Kuampuni’.” (HR. Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758).

Artikel ini telah tayang di BangkaPos.com dengan judul Doa Mustajab di Sepertiga Malam, Diijabahinya Doa dan Diberi Setiap yang Diminta Dibaca Usai Tahajud, https://bangka.tribunnews.com/2021/10/25/doa-mustajab-di-sepertiga-malam-diijabahinya-doa-dan-diberi-setiap-yang-diminta-dibaca-usai-tahajud.

Doa di saat tahajjud umpama panah yang tepat mengenai sasarannya. - Imam As Syafie

5. HARI ARAFAH PADA MUSIM HAJI


Sesiapa yang sampai ke sini sememangnya bertuahlah kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah Al Mukarramah lebih-lebih lagi pada musim haji.

Sabda Rasulullah SAW “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).

6. KETIKA WAKTU SAHUR DAN BERBUKA PUASA


Disamping waktu terakhir sepertiga malam, waktu sahur juga tergolong dalam waktu mustajab itu. Oleh itu banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat fardhu Subuh. Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu lagi waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya. MashaALLAH.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” 
(Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Berdoalah dengan matlamat yang jelas dan spesifik. Semoga semua amalan kita yang berterusan dapat diterima di sisi Allah dan dapat mempersiapkan diri kembali bertemu denganNya dengan timbangan amal yang cukup. Semoga kita semua tidak berputus asa untuk terus istiqamah berdoa kepada yang Maha Kuasa Allah SWT. 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 1 April 2023

Tragedi 20 Mei 2009 (Part 2)

Merawat dan menjaga mama di HQE


Mama shaklee
Detik terakam beberapa tahun sebelum tragedi menimpa keluarga kami.

Kisah mama yang perlu di bawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE). 

Hari itu kami duduk di Hospital Labuan untuk menunggu mama dibawa pergi ke HQE. Saya pun pada ketika itu mengalami beberapa kecederaan kecil pada banyak bahagian muka dan badan saya. Belakang telinga saya bengkak, di pinggang saya sedikit cedera, lutut juga luka kerana serpihan cermin pecah terbenam di situ. Jadinya, kami sepakat supaya saya pula tinggal bersama dengan 3 orang adik yang lain. Mama ditemani adik lelaki saya, Azmie menaiki ambulans untuk dibawa ke sana bersama beberapa petugas kesihatan.

Sehari kemudian, adik memberi perkhabaran mama tidak boleh ditemani muhrim lelaki. Perlu juga perempuan yang bersama menjaga di wad untuk keselesaan pesakit lain juga. Jadinya pergilah saya menaiki feri ekspress masa tu direct ke pelabuhan Jesselton.  
Setibanya di sana, seseorang telah menjemput aku tapi ermm aku tidak mahu menyebut namanya di sini kerana aku tidak menganggap nya keluarga lagi setelah apa yang dia lakukan pada kami beradik ketika mama terlantar di hospital. Aku tidak mahu cerita dalam apa yang pasti perbuatan nya meninggal kan kesan parut luka di belakang adikku dan luka yang dalam di lubuk hatiku. Aku tidak mahu ingat langsung perkara itu tapi itulah kepahitan dalam untuk kami berdua ketika berada di sana. 

Apa yang pasti, beberapa hari saya di sana, mama di bawa pindah beberapa kali ke wad lain, dan perlu menjalani pembedahan pembetulan rahang. Ketika kemalangan berlaku, muka atau lebih tepat dagu mama terhentak di bahagian belakang seat hadapan. Jadinya, gigi nya banyak tercabut dan rahang gigi nya yang bahagian bawah sudah tidak betul atau boleh kata lari alignment. So terpaksa pasang besi di bahagian dalam gigi bersambung pada tulang pipi mama. 

Semasa mama dibedah, aku sendiri menunggu di luar bilik bedah, resah gelisah tiada siapa yang boleh dibawa berbicara bersama. Adikku sudah aku suruh dia pulang ke Labuan untuk menjaga adik lain yang masih sekolah masa tu. 

Dan aku pun tidak ingat macam mana kami kembali ke Labuan selepas mama betul dibenarkan pulang masa tu. Yang pasti, kami naik teksi ke pelabuhan dan terus ke Labuan menaiki Feri Ekspres. Itu sahaja. Aku tidak ingat pada ketika itu mungkin aku mencari tempat kami duduk berehat lama untuk menunggu Feri Ekspres tu tiba. Supaya mama boleh duduk berehat sementara menunggu. 

Banyak momen yang terakam cumanya semuanya sudah bercampur aduk dengan ingatan yang lain nya. Pastinya mama untuk beberapa tahun tidak dapat tidur lena dan setiap kali cuaca sejuk dan musim hujan mama rasa ngilu pada besi yang di pasang di pipinya. Mama kurus sangat pada waktu itu. Makan pun sangat susah dan boleh makan bubur saja. 

Apabila di ingat semuanya, mama yang sudah mula sihat berniat untuk mula bekerja lagi. Saya dan adik-adik semua masih belajar lagi. Dan mama kerja sapu sampah di Skuadron Tentera Udara masa tu sehinggalah saya pulang selepas tamat Ijazah. Mencari kerja dan minta mama berhenti kerja selepas itu. 

Ya Allah bersyukurnya kami sekarang tidak sesusah keadaan dulu. Alhamdulillah atas izin Allah, berkat sabar yang banyak, berkat doa mama, kami sudah mampu untuk belikan mama rumah yang lebih selesa sekarang. Pengalaman dulu sangat mengajar kami untuk selalu bersyukur. Terima kasih Allah! 


Thursday, 30 March 2023

Idea Menu Sahur Yang Sihat Tutup Mata pun Boleh Buat


Zaman sekarang semakin hebat, semakin canggih teknologinya. Kalau boleh semuanya mau cepat dan jimat masa. Maka ramai yang cenderung mengamalkan pengambilan pelbagai makanan fast food, frozen food dan junk food atau apa saja makanan bergoreng, makanan minuman manis mahupun berlemak. 

Tahukah ANDA? 

Penyakit Kronik Menyebabkan Kematian PraMatang


Pengambilan makanan yang tidak sihat secara berterusan akan menyebabkan keradangan pada sel kita. 

Semakin banyak makan unhealthy food, semakin banyak keradangan berlaku pada sel badan kita. Seterusnya mencetuskan pelbagai penyakit yang kronik.

PENYAKIT kronik (turut dikenali sebagai penyakit tidak berjangkit) seperti penyakit jantung, kencing manis (diabetes mellitus), tekanan darah tinggi (hipertensi), penyakit mental termasuk kanser menyumbang kepada 47 peratus daripada keseluruhan beban penyakit dunia. Sebanyak 60 peratus daripadanya menjadi keseluruhan punca kematian.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), 80 peratus daripada keseluruhan kematian akibat daripada penyakit-penyakit kronik berlaku dalam negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Daripada jumlah tersebut, 50 peratus kematian berlaku secara pramatang dalam kalangan mereka yang berusia di bawah 70 tahun. Di Malaysia, penyakit-penyakit kronik telah lama menjadi satu cabaran dan beban untuk negara.

Seawal tahun 2000, laporan pertama Kajian Kecederaan dan Beban Penyakit Rakyat Malaysia telahpun melaporkan bahawa penyakit jantung dan penyakit serebrovaskular sebagai dua punca kematian utama untuk kedua-dua jantina.

Selang dua tahun, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula mengeluarkan statistik yang menunjukkan bahawa sekitar 71 peratus daripada keseluruhan kematian di Malaysia disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit.
Lebih teruk lagi pada bulan puasa, kerana perut yang menjerit minta diisi, nafsu makan yang menggelegak, mata yang rambang melihat juadah makanan di bazar, kita dengan kuasa membeli mulalah beraksi. 

Maka itu, saya ambil peluang kali ini untuk berkongsi ilmu daripada hasil bacaan saya dalam beberapa hari ini. Saya sebenarnya sangat susah untuk menentukan menu sahur setiap pagi. Malam sebelum tidur mesti berpusing ligat otak saya fikir apa mau di masak. Nantikan kalau tanya encik suami, selalunya memang akan tidak sependapat. Saya tidak suka berlebih-lebihan kerana kita tidak mampu untuk makan semua pada awal pagi subuh tu kan. Saya suka ala kadar saja tapi kan memandangkan ada juga perut orang lain yang perlu saya kenyangkan maka saya pun mengalah juga dan cuba turutkan saja apa yang dia mahu. 

Sebenarnya, time bulan puasa inilah peluang kita untuk memaksimum kan kesihatan kita supaya sel di badan kita lebih cergas dan mampu melakukan proses pembersihan sel. 

Menu Sahur Ringkas 


Saya pernah terbaca dalam Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad manfaat pengambilan oat semasa bersahur dan berbuka.  Saya tertarik dengan satu resepi yang sangat ringkas tutup mata then siap! Resepi itu ialah 'overnight oat'. 

Penyediaan overnight oat ini bukan saja menjimatkan masa malah menjimatkan belanja juga. Bahan-bahan nya tidak banyak pun. Apa lagi jom kita tengok resepi:- 

Buah-buahan: 1 biji epal (ikut selera anda)
buah sihat

3 hingga 5 sudu makan Oats
2 sudu teh Chia seeds
Aneka kacang (biji labu, kuaci, kismis ikut selera anda)
1 stgh cawan Susu Badam
2 sudu yogurt (apa pun jenis yogurt ikut selera anda)
2 sudu makan madu 

Cara-caranya: 
madu
Pertama sekali, potong epal secara dadu dan ketepikan. 
Gabungkan oat, kekacang dan chia seed di dalam satu bekas. Gaul sebati. 
Masukkan yogurt, madu dan epal yang potong dadu tadi ke dalam gabungan oat. 
Kemudian, tuangkan susu badam. Gaulkan sehingga rata. 
Tuang ke dalam bekas kaca yang bertutup dan sejukkan selama beberapa jam di dalam chiller. 

Penyediaan Overnight Oat ni kenalah dibuat malam sebelum tidur then masa sahur kita tinggal buka mulut utk makan saja. Sebab itulah saya cakap tutup mata pun boleh buat sebab kita biarkan sewaktu kita melelapkan mata. Tapi betul lah menu ni pun sangat ringkas kan? 

Khasiat daripada bahan² OVERNIGHT OAT


oatmeal sedap
Oat adalah sumber serat pemakanan yang hebat, terutamanya beta-glukan, yang telah terbukti menurunkan paras kolesterol LDL (buruk) dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Oat juga kaya dengan antioksidan dan mengandungi beberapa vitamin dan mineral penting, seperti besi, magnesium, dan zink.

Biji chia juga merupakan sumber serat yang baik dan mengandungi asid lemak omega-3 yang menyihatkan jantung, yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan jantung. 

Biji chia juga kaya dengan antioksidan dan beberapa mineral penting, seperti kalsium, magnesium, dan fosforus.

Menggabungkan oat dan biji chia dalam hidangan atau snek boleh memberikan gabungan nutrien dan manfaat kesihatan yang kuat. 

Pastikan anda minum banyak air semasa makan chia seeds, kerana ia boleh menyerap cecair dan boleh menyebabkan ketidakselesaan penghadaman jika anda tidak terhidrat dengan betul.

Dalam menu saya tadi, saya juga menyebut kekacang.  Kacang ialah makanan padat nutrien yang menawarkan pelbagai vitamin, mineral dan nutrien lain yang bermanfaat.  Berikut adalah beberapa nutrien utama yang disediakan oleh pelbagai jenis kacang:
kekacang


 Badam: Badam adalah sumber vitamin E, magnesium, dan serat yang baik.

 Walnut: Walnut adalah sumber yang kaya dengan asid lemak omega-3, yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan jantung.

 Gajus: Gajus adalah sumber protein, serat, dan beberapa mineral penting yang baik, seperti magnesium, zink dan besi.  

 Pistachio: Pistachio adalah sumber protein, serat, dan beberapa mineral penting yang baik, seperti copper dan mangan. 

 Kacang Brazil: Kacang Brazil adalah sumber yang kaya dengan selenium, mineral yang penting untuk fungsi tiroid dan kesihatan sistem imun. 

 Pecan: Pecan adalah sumber serat, protein, dan beberapa mineral penting, seperti zink dan magnesium.  Ia juga mengandungi lemak tak jenuh tunggal dan tak tepu yang sihat.

Secara keseluruhannya, menggabungkan pelbagai jenis kacang ke dalam diet anda boleh memberikan pelbagai nutrien penting dan manfaat kesihatan.  Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil kira daily intake, kerana kacang juga tinggi kalori dan boleh menyumbang kepada penambahan berat badan jika dimakan secara berlebihan. 

Selain itu boleh juga ditambah sedikit sunflower seeds dan pumpkin seeds, ikut selera anda. 

Manfaat Sunflower Seeds

 Biji bunga matahari adalah sumber yang baik bagi beberapa mineral yang penting untuk kesihatan tulang, termasuk magnesium, copper dan zink.

 Biji bunga matahari juga boleh membantu mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan risiko diabetes jenis 2.

Manfaat Pumpkin Seeds

 Biji labu adalah sumber zink yang baik, yang penting untuk fungsi sistem imun.  Zink juga membantu menyokong kulit yang sihat dan penyembuhan luka.

Ha! Best kan. Mari sama-sama kita cuba resepi yang sihat, sedap dan super ringkas ini tutup mata pun boleh siap. Penyediaan yang sangat menjimatkan masa tidak sampai pun 10 minit. 

Sahur: Tambah Tenaga dan Kenyang 

Rahsia puasa yang lebih bertenaga dan rasa kenyang yang lama boleh juga bancuh ESP dan Cinch. Shake saja dengan susu segar atau apa jenis susu confirm senang dan sedap. Boleh jadikan gabungan minuman protein ini sebagai set puasa shaklee kalian juga. Sekarang kan serba mahu cepat dan pantas. Lainlah zaman nenek moyang kita, belum pun wujud makanan teknologi canggih. Zaman Rasulullah SAW pula tiada farmasi. Sebab itulah kenapa kita perlukan suplemen sebagai top up nutrisi diet seimbang kita. 

Sebenarnya masa zaman nabi dulu telah pun perkenalkan 16 super foods yang perlu diamalkan untuk sihat. Super foods Rasulullah SAW ni saya akan share kan di entri yang lain ya. Stay tuned! 


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya
Feel free to contact me, Asdayanty 
Your Shaklee friend
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 27 March 2023

Vitamin C-Bagaimana Ia Bertindak

Kesinambungan entri kelmarin. 

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam banyak proses biologi dalam badan. 


Berikut adalah langkah-langkah yang terlibat dalam bagaimana vitamin C bertindak balas dalam badan kita: 

Penyerapan


Vitamin C diserap dalam usus kecil dan diangkut melalui aliran darah ke sel dan tisu badan. 

Penggunaan


Setelah berada di dalam sel, vitamin C digunakan dalam beberapa cara. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen, protein yang penting untuk kesihatan tisu penghubung seperti kulit, tulang, dan saluran darah. Vitamin C juga terlibat dalam metabolisme neurotransmitter, iaitu bahan kimia yang menghantar isyarat antara sel saraf. 

Aktiviti antioksidan


Vitamin C ialah antioksidan yang kuat, yang bermaksud ia membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas. Radikal bebas dihasilkan hasil daripada proses metabolisme normal dalam badan, serta pendedahan kepada toksin persekitaran seperti pencemaran dan asap rokok. Vitamin C meneutralkan radikal bebas dengan menderma elektron kepada mereka, yang membantu mencegah kerosakan pada sel dan tisu. Sokongan sistem imun: Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam sistem imun. Ia merangsang pengeluaran sel darah putih, meningkatkan pengeluaran antibodi, dan meningkatkan pengeluaran interferon, yang membantu mengaktifkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan.

Perkumuhan

Sebarang lebihan vitamin C yang tidak digunakan oleh badan akan dikumuhkan dalam air kencing. Oleh kerana vitamin C adalah larut air, ia tidak disimpan di dalam badan dan perlu diisi semula secara berkala melalui sumber pemakanan atau suplemen. 

Secara keseluruhan, vitamin C ialah nutrien penting yang memainkan banyak peranan penting dalam badan, termasuk pengeluaran kolagen, aktiviti antioksidan, sokongan sistem imun, dan metabolisme neurotransmitter. Adalah penting untuk memastikan pengambilan vitamin C yang mencukupi untuk menyokong fungsi ini dan mengekalkan kesihatan yang optimum.

"Prevention is Better Than Cure"
Jom sihat dan cantik bersama saya
Asdayanty
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673
YouTube: RH AszdaYanty
Facebook: Asda HealthJourney
Instagram: asda_healthjourney
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi


“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Bagaimana Vitamin C Melindungi Tubuh Badan

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah nutrien penting yang memainkan peranan penting dalam sistem imun. Ia adalah antioksidan kuat yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas.

how vitamin c can protect our body


Berikut adalah beberapa cara di mana vitamin C sangat membantu meningkatkan sistem imun badan:

Merangsang Pengeluaran SEL DARAH PUTIH


Vitamin C membantu merangsang pengeluaran sel darah putih, yang merupakan bahagian penting dalam sistem imun. Sel darah putih membantu melawan jangkitan dan penyakit.

Sel darah putih, juga dikenali sebagai leukosit, adalah komponen penting dalam sistem imun. Mereka membantu untuk mempertahankan tubuh daripada jangkitan dan penyakit dengan mengenal pasti dan memusnahkan patogen berbahaya seperti bakteria, virus, dan kulat. 

Vitamin C dikenali untuk merangsang pengeluaran dan aktiviti sel darah putih, terutamanya neutrofil, limfosit, dan fagosit. Sel-sel ini bertanggungjawab untuk mengesan dan menyerang penceroboh asing di dalam badan. 

Neutrofil adalah jenis sel darah putih yang paling banyak dan merupakan tindak balas pertama kepada jangkitan. Vitamin C inilah yang meningkatkan keupayaan mereka untuk berhijrah ke tapak jangkitan dan menghasilkan sebatian toksik yang membunuh bakteria. 

Limfosit pula satu lagi jenis sel darah putih yang memainkan peranan penting dalam sistem imun. Ia mengenal pasti dan memusnahkan virus dan sel kanser. Vitamin C perlu untuk meningkatkan aktiviti limfosit ini. 

Fagosit adalah sejenis sel darah putih yang menelan dan mencerna penceroboh asing. Vitamin C jugalah yang meningkatkan aktiviti fagosit supaya dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk menelan dan memusnahkan patogen berbahaya.

Meningkatkan pengeluaran ANTIBODI



Antibodi, juga dikenali sebagai imunoglobulin, adalah protein yang dihasilkan oleh sistem imun sebagai tindak balas kepada jangkitan. Ia membantu mengenal pasti dan meneutralkan patogen berbahaya seperti bakteria dan virus. 

Vitamin C telah terbukti meningkatkan pengeluaran antibodi dengan merangsang aktiviti sel B, iaitu sejenis sel darah putih yang menghasilkan antibodi. Sel B diaktifkan apabila ia bersentuhan dengan penceroboh asing seperti virus atau bakteria. Ia kemudiannya menghasilkan antibodi yang khusus untuk penceroboh itu, yang membantu meneutralkannya dan menghalangnya daripada menyebabkan kemudaratan selanjutnya. 

Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan antibodi dengan menyokong pertumbuhan dan pembezaan sel B.  Selain itu, vitamin C juga meningkatkan fungsi antibodi dengan meningkatkan keupayaan mereka untuk mengikat dan meneutralkan patogen berbahaya. 

Vitamin C membantu mengekalkan struktur molekul antibodi, supaya ia berfungsi dengan sangat baik. Secara keseluruhan, dengan meningkatkan pengeluaran dan fungsi antibodi, vitamin C memainkan peranan penting dalam keupayaan sistem imun untuk mengenal pasti dan meneutralkan patogen berbahaya. Ini membantu mencegah jangkitan dan mengurangkan penyakit menjadi lebih teruk.

Merangsang INTERFERON


Interferon adalah protein yang dihasilkan oleh sistem imun sebagai tindak balas kepada jangkitan virus dan jenis patogen lain. Mereka memainkan peranan penting dalam mengaktifkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan. 

Interferon berfungsi dengan mencetuskan pengeluaran sel sistem imun yang lain, seperti sel pembunuh semulajadi dan sel T, yang membantu memusnahkan sel yang dijangkiti dan mencegah penyebaran jangkitan. 

Kajian mendapati bahawa vitamin C boleh merangsang pengeluaran interferon dalam pelbagai sel sistem imun, termasuk sel pembunuh semulajadi. Kajian ini juga membuktikan bahawa vitamin C boleh meningkatkan pengeluaran interferon sehingga 3 kali ganda dalam sel sistem imun. 

Interferon berfungsi dengan mengikat kepada reseptor tertentu pada permukaan sel sistem imun, yang mencetuskan satu siri laluan isyarat yang mengaktifkan tindak balas imun. Vitamin C jugalah meningkatkan proses isyarat ini dengan meningkatkan ekspresi reseptor interferon pada sel sistem imun. 

Secara keseluruhan, dengan meningkatkan pengeluaran dan fungsi interferon, vitamin C memainkan peranan penting dalam mengaktifkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan.

Mengurangkan KERADANGAN


Keradangan adalah proses semula jadi yang berlaku di dalam badan sebagai tindak balas kepada kecederaan, jangkitan, atau jenis kerosakan lain. Walaupun keradangan akut adalah bahagian penting dalam proses penyembuhan, keradangan kronik boleh menyebabkan kerosakan tisu dan menjejaskan keupayaan sistem imun untuk melawan jangkitan. 

Vitamin C terkenal dengan sifat anti-radangnya, yang membantu mengurangkan keradangan dalam badan. Ia berfungsi sebagai pak guard yang menghalang pengeluaran sitokin pro-radang, iaitu molekul yang menggalakkan keradangan dalam badan. Dengan mengurangkan pengeluaran sitokin ini, vitamin C boleh mencegah keradangan kronik daripada terus berkembang dan merebak. 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa vitamin C boleh mengurangkan keradangan dalam pelbagai keadaan, termasuk asma, rheumatoid arthritis, dan penyakit kardiovaskular. 

Dalam satu kajian, peserta yang mengambil suplemen vitamin C selama empat minggu mempunyai tahap protein C-reaktif yang jauh lebih rendah, penanda keradangan dalam badan, berbanding mereka yang tidak mengambil vitamin ini. 



"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Sunday, 26 March 2023

Vitamin C Bukan Hanya Untuk CANTIK

Saya tahu ramai yang kenal vitamin C sekadar untuk cantik. Fitrah manusia kan memang mau cantik
saja kan! Yang artis cucuk tang sana cocok tang sini itu vitamin C la tu. Lagipun, ia memang diakui perlu untuk membentuk kolagen dalam badan kita dan badan kita tidak dapat menghasilkan sendiri Vitamin C jadinya kita kena makan makanan yang tinggi kandungan Vitamin C atau pun lagi senang telan terus Shaklee Sustained Release Vita-C Plus.

Selain mengekalkan kulit yang sihat dan mencegah penuaan, Vitamin C juga memberi pelbagai manfaat kesihatan. Ia bukan sahaja penting untuk kecantikan bahh. Jadi untuk buka mata kamurang semua, mari dengar cerita saya kenapa Vitamin C penting bukan hanya untuk mahu cantik

Meningkatkan fungsi imun:


Sistem imun ialah rangkaian sel, tisu dan organ yang kompleks yang bekerjasama untuk mempertahankan tubuh daripada penceroboh berbahaya seperti virus, bakteria dan patogen lain. Vitamin C memainkan peranan penting dalam menyokong fungsi imun dengan merangsang pengeluaran sel darah putih, meningkatkan pengeluaran antibodi, dan meningkatkan pengeluaran interferon.

Sel darah putih, juga dikenali sebagai leukosit, adalah bahagian penting dalam sistem imun. Mereka membantu mengenal pasti dan memusnahkan penceroboh asing dengan menelan mereka, menghasilkan antibodi, dan melepaskan bahan kimia yang boleh membunuh atau melumpuhkan mereka. Vitamin C membantu merangsang pengeluaran sel darah putih, yang boleh meningkatkan tindak balas imun dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan.

Antibodi membantu meneutralkan patogen berbahaya seperti bakteria dan virus dengan mengikatnya dan menghalangnya daripada memasuki atau merosakkan sel. Vitamin C telah ditunjukkan untuk meningkatkan pengeluaran antibodi, yang boleh meningkatkan keupayaan tubuh untuk mengenali dan melawan jangkitan.

Interferon adalah protein yang dihasilkan oleh sistem imun sebagai tindak balas kepada jangkitan virus. Mereka membantu mengaktifkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan virus. Vitamin C telah terbukti meningkatkan pengeluaran interferon untuk menghalang virus merebak menjadi lebih teruk

Mengurangkan risiko penyakit kronik:


Vitamin C ialah antioksidan kuat yang membantu meneutralkan radikal bebas, iaitu molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan membawa kepada penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan diabetes.

Vitamin C ialah antioksidan kuat yang membantu melindungi sel dan tisu daripada kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas ialah molekul tidak stabil yang dihasilkan semasa proses metabolisme normal dalam badan serta pendedahan kepada toksin persekitaran seperti pencemaran udara dan asap rokok.

Apabila radikal bebas terkumpul di dalam badan, ia boleh merosakkan sel, DNA, dan molekul lain, yang boleh membawa kepada penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan diabetes. Antioksidan seperti vitamin C membantu meneutralkan radikal bebas dengan menderma elektron dan menstabilkannya, dengan itu mengurangkan keupayaannya untuk menyebabkan kerosakan.

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang mencukupi boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik tertentu. Sebagai contoh, meta-analisis 29 kajian mendapati bahawa pengambilan vitamin C yang lebih tinggi dikaitkan dengan risiko penyakit jantung yang lebih rendah, dengan setiap peningkatan 20 mg dalam pengambilan vitamin C harian dikaitkan dengan pengurangan 9% dalam risiko penyakit jantung.

Satu lagi kajian mendapati bahawa pengambilan vitamin C yang lebih tinggi dikaitkan dengan risiko kanser paru-paru yang lebih rendah, terutamanya dalam kalangan perokok semasa. Disebabkan itulah, perokok perlu menggandakan pengambilan vitamin c berbanding mereka yang tidak merokok.

Begitu juga, semakan terhadap 9 kajian mendapati bahawa pengambilan vitamin C yang lebih tinggi dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk menghidap diabetes jenis 2. Oleh kerana itu, Vitamin C juga merupakan salah satu produk penting dalam Set Diabetes Shaklee

Secara keseluruhan, dengan meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan kerosakan oksidatif, vitamin C memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan diabetes.

Memperbaiki kesihatan kardiovaskular:


Vitamin C membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan keradangan pada arteri dan meningkatkan aliran darah, yang kesemuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Salah satu cara vitamin C membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular adalah dengan menurunkan tekanan darah. Tekanan darah tinggi adalah faktor risiko utama untuk penyakit kardiovaskular, dan kajian telah menunjukkan bahawa suplemen vitamin C boleh membantu menurunkan tekanan darah pada penghidap hipertensi.

Selain menurunkan tekanan darah, vitamin C juga membantu mengurangkan keradangan pada arteri. Keradangan pada arteri boleh menyebabkan pembentukan plak, yang boleh menyempitkan arteri dan meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Vitamin C membantu mengurangkan keradangan dalam arteri dengan meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan tekanan oksidatif.

Akhir sekali, vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dengan menyokong pengeluaran nitrik oksida, molekul yang membantu melebarkan saluran darah dan meningkatkan aliran darah.

Kajian telah menunjukkan bahawa suplemen vitamin C boleh meningkatkan aliran darah pada orang yang mempunyai penyakit arteri periferal, keadaan di mana arteri di kaki menjadi sempit dan mengurangkan aliran darah ke kaki.

Kesimpulannya, dengan mengurangkan keradangan dalam arteri, dan meningkatkan aliran darah, vitamin C memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Menyokong fungsi otak:


Vitamin C terlibat dalam penghasilan neurotransmitter, iaitu bahan kimia yang membantu menghantar isyarat di dalam otak. Kajian telah menunjukkan bahawa vitamin C boleh meningkatkan fungsi kognitif dan mengurangkan risiko penurunan kognitif yang berkaitan dengan usia.

Vitamin C terlibat dalam penghasilan neurotransmitter, iaitu bahan kimia yang membantu menghantar isyarat di dalam otak. Khususnya, vitamin C terlibat dalam pengeluaran dopamin, norepinephrine, dan serotonin, yang kesemuanya adalah neurotransmitter penting yang memainkan peranan dalam mood, kognisi, dan tingkah laku.

Dalam satu kajian, penyelidik mendapati bahawa peserta warga emas yang mengambil suplemen vitamin C dos tinggi menunjukkan peningkatan yang ketara dalam fungsi kognitif berbanding mereka yang mengambil plasebo.

Kajian lain juga mendapati hubungan antara vitamin C dan fungsi kognitif. Sebagai contoh, kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nutrient mendapati bahawa pengambilan vitamin C dikaitkan dengan fungsi kognitif yang lebih baik pada orang dewasa yang lebih tua.

Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa pengambilan vitamin C yang lebih tinggi dikaitkan dengan prestasi ingatan yang lebih baik pada orang dewasa pertengahan umur dan lebih tua.

Secara keseluruhannya, vitamin C memainkan peranan penting dalam menyokong fungsi otak dan boleh membantu mengurangkan risiko penurunan kognitif yang berkaitan dengan usia.

Meningkatkan penyerapan zat besi:


Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan, yang boleh membantu mencegah anemia kekurangan zat besi.

Zat besi adalah mineral penting yang memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah dan pengangkutan oksigen ke seluruh badan. Zat besi didapati dalam kedua-dua makanan berasaskan tumbuhan dan haiwan, tetapi badan menyerap zat besi daripada makanan berasaskan haiwan dengan lebih mudah berbanding makanan berasaskan tumbuhan.

Vitamin C boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan dengan menukarkan zat besi bukan heme, iaitu bentuk zat besi yang terdapat dalam makanan berasaskan tumbuhan, kepada bentuk yang lebih mudah diserap. Vitamin C melakukan ini dengan mengurangkan zat besi dalam bentuk bukan heme kepada bentuk yang lebih mudah diserap, membolehkan ia diserap dengan lebih cekap oleh badan.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan makanan kaya vitamin C bersama dengan makanan berasaskan tumbuhan yang kaya dengan zat besi boleh meningkatkan penyerapan zat besi. Sebagai contoh, satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa mengambil jus oren bersama-sama dengan makanan yang kaya dengan zat besi bukan heme meningkatkan penyerapan zat besi sehingga 6 kali ganda berbanding dengan mengambil air dengan makanan. Jadi yang tidak makan sayur tu jangan malas makan Vitamin C ya!

Iron deficiency anemia ialah sejenis anemia biasa yang berlaku apabila badan tidak mempunyai cukup zat besi untuk menghasilkan jumlah sel darah merah yang mencukupi. Ini boleh menyebabkan gejala seperti keletihan, kelemahan, dan sesak nafas. Dengan meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan, vitamin C boleh membantu mencegah anemia kekurangan zat besi dan memastikan badan mempunyai zat besi yang mencukupi untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. 

SR Vita-C Plus Shaklee - Sumber Vitamin C terbaik 

 




"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

B-Complex Untuk Kurus

Lazimnya, B-Complex dikaitkan dengan penambah selera makan. Tapi sebenarnya tidak semestinya, vitamin ini bertindak bergantung kepada tubuh badan seseorang. 

B-Complex saya maksudkan ialah keluaran Shaklee yang dirumus khas menggabungkan 8 jenis vitamin B. Sebelum saya pergi lebih dalam, saya terangkan terlebih dahulu 8 jenis vitamin yang terdapat di dalam B-Complex Shaklee ini serta fungsinya iaitu: 
  1. Vitamin B1 (Tiamine) - berfungsi untuk membantu tubuh mengubah makanan menjadi energi.  Ia juga berperanan dalam metabolisme karbohidrat dan membantu mengatur kadar gula dalam darah. Kekurangan tiamin dapat menyebabkan berbagai masalah kesehatan seperti berkurangnya daya ingat, kelelahan, gangguan pencernaan, dan berbagai masalah saraf.

  2. Vitamin B2 (Riboflavin) - membantu dalam metabolisme lemak, protein, dan karbohidrat, serta membantu dalam pertumbuhan dan pembahagian sel  riboflavin juga penting untuk kesehatan kulit, mata, dan sistem saraf. Vitamin B2 berperan dalam produksi sel darah merah, memelihara fungsi tiroid yang sehat, serta membantu sistem pencernaan untuk bekerja dengan baik. Kekurangan riboflavin dapat menyebabkan berbagai masalah kesehatan seperti anemia, masalah kulit, kelelahan, dan gangguan pada sistem pencernaan.

  3. Vitamin B3 (Niasin) - membantu dalam pembentukan hormon dan melancarkan sistem penghadaman. Ia juga berperanan dalam produksi sel-sel penting dalam tubuh, membantu menjaga kesehatan jantung, meningkatkan kadar kolesterol baik, dan juga anti-radang. Kekurangan niasin dapat menyebabkan berbagai masalah kesehatan seperti masalah kulit, gangguan pencernaan, masalah saraf, serta menyebabkan penyakit pelagra yang dapat menyebabkan kulit mengelupas

  4. Vitamin B5 (Asid Pantotenik) - penting dalam pembentukan hormon dan kolesterol yang sihat, serta menjaga kesehatan sistem saraf. Vitamin B5 berperan dalam pembentukan dan pemecahan lemak dalam tubuh, memperbaiki jaringan tubuh yang rosak, dan membantu dalam produksi sel-sel darah merah dan putih. Kekurangan asid pantotenatik ini jarang terjadi pada manusia, tetapi ia boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti kelelahan, mual, dan masalah kulit.

  5. Vitamin B6 (Piridoksin) - Vitamin ini berperanan dalam membentuk neurotransmitter seperti serotonin dan norepinefrin yang penting untuk menjaga keseimbangan emosi (healthy mood). Piridoksin juga menggalakan permbentukan hormon melatonin. Melatonin adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di dalam otak. Hormon ini memainkan peranan dalam mengawal kitaran tidur-bangun dan membantu mengawal irama sirkadian badan (circadian rythm-body clock). Pengeluaran melatonin dicetuskan oleh kegelapan dan berkurangan apabila terdedah kepada cahaya. Melatonin juga mempunyai kesan antioksidan dan boleh membantu mengawal sistem imun. Kerana kesannya pada irama sirkadian dan tidur, melatonin juga boleh digunakan sebagai bantuan tidur atau untuk merawat gangguan tidur seperti insomnia

  6. Vitamin B7 (Biotin) - membantu dalam metabolisme lemak, karbohidrat, dan protein, serta membantu dalam pertumbuhan sel.  produksi asid lemak dan membantu dalam pemecahan protein dan karbohidrat. Biotin juga penting dalam membentuk insulin yang membantu mengatur kadar gula dalam darah. Kekurangan biotin jarang terjadi, tetapi jika kekurangan Biotin akan menyebabkan masalah kesihatan seperti botak kerana rambut gugur, kelemahan otot, dan gangguan pada sistem saraf.

  7. Vitamin B9 (Asid Folik) -  menggalakkan pembentukan DNA dan RNA yang membantu dalam perkembangan janin yang sihat dan sistem saraf yang sihat. Pengambilan asid folic setiap hari bagi ibu mengandung boleh mencegah cacat lahir pada bayi. Asid folik juga penting untuk membantu menurunkan risiko terjadinya penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser.

  8. Vitamin B12 (Kobalamin) - menyokong fungsi asid folik dan asid amino dalam tubuh dan membantu dalam produksi sel darah putih yang mana boleh mengelakkan kita terkena penyakit anemia 

Mengapa B-Complex Penting Untuk Kurus? 


Sepertimana fungsi semua jenis Vitamin B di atas dapatlah kita simpulkan mengapa kita perlukan B-Complex untuk kuruskan badan. Kita boleh lihat beberapa jenis vitamin B berfungsi untuk menukarkan gula dalam darah menjadi tenaga. Secara tidak langsung ini juga penyebab B-Complex juga perlu dalam Set Kurus Shaklee. 

Selain itu juga, seperti saya jelaskan di atas, Biotin penting untuk meningkatkan metabolisme lemak, karbohidrat dan juga protein dan ini akan membuatkan badan kita lebih bertenaga dimana Biotin berfungsi sebagai koenzim, yang bermaksud ia membantu enzim dalam badan berfungsi dengan baik. 

Secara ringkasnya, Biotin terlibat dalam penukaran lemak dan karbohidrat kepada tenaga, dan dalam penguraian protein kepada asid amino. Dalam metabolisme lemak, biotin membantu mengaktifkan enzim yang memecahkan asid lemak kepada bentuk tenaga yang boleh digunakan. Jadinya semua makanan yang mengandungi lemak, karbohidrat dan protein akan di uraikan menjadi tenaga so dia tidak stay as it is. Sekiranya kita bertenaga kita akan lebih aktif bergerak dan ini seterusnya akan membantu kita dalam proses menurunkan berat badan. 

Dan, suka saya highlight kan emosi kita juga sebenarnya mempengaruhi cara pemakanan harian kita. Saya tidak tahu orang lain, tapi apa yang saya perasan kalau saya stress atau pun sakit kepala saya mesti cari minuman yang manis (ShareTea-tinggi gula) dan makanan yang terlalu pedas (SamYang-mi segera yang mempunyai tinggi kandungan preservatives). Kemungkinan besar saya ni kekurangan Piridoksin asyik rasa stress saja kan. Jadi kalau kita makan B-Complex ni tentunya kita cukup bekalan Vitamin B6 ini so kuranglah stress kuranglah makan makanan yang tidak sihat, gitew! Seterusnya boleh lah kita kuruskan badan! Setuju ? 

Secara keseluruhannya, B-Complex Shaklee sangat membantu dalam misi kuruskan badan ni. Berbanding produk keluaran lain, ada yang tidak menggabungkan ke lapan-lapan jenis vitamin B yang penting untuk badan kita. InshaaALLAH. Kalau ambil Set Kurus Shaklee pun lebih baik sebenarnya. Siapa yang berminat tu bolehlah roger2 saya bah. Kalau mahu kurus jangan segan bertanya ya nanti tersalah membuat pilihan kan rugi tu. 

#blogmegashaklee #iconicprojectblog #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleelabuan
 
"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”