Wednesday 8 October 2014

Tekanan Darah Tinggi - Punca Sebenar

"Tekanan Darah Tinggi BUKAN Disebabkan oleh Kolesterol yang Lebih! Punca Sebenarnya Adalah Pengoksidaan Kolesterol pada dinding Arteri Darah..."

Selama ini kita kerap dengar pesakit Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi) kata bahawa doktor nasihat mereka supaya kurangkan makanan berlemak atau berkolesterol tinggi. Tetapi para doktor tidak pernah bagitahu bagaimana kolesterol itu menyebabkan tekanan darah tinggi dan bagaimana untuk "reverse" atau kembalikan keadaan kesihatan badan.

Ramai pesakit hipertensi sudah menjadi "Beg Ubat" yang perlu telan berpuluh biji pil-pil ubat kimia yang dikatakan boleh mengawal tekanan darah tinggi. Mereka "dipaksa" untuk mengambil ubat-ubat itu buat selama-lamanya kerana sejurus selepas mereka berhenti ambil ubat itu, tekanan darah akan melambung naik lagi.

Apa yang lebih menyedihkan adalah bilangan atau 'dosage' ubat mengawal tekanan darah tinggi yang perlu diambil itu cuma akan semakin bertambah dari tahun ke setahun. Apa logiknya? Bukankah ubat-ubat tersebut sepatutnya mengembalikan kesihatan kita? Kenapa makin makan, makin teruk keadaannya?

Kisah Hidup Pesakit Tekanan Darah Tinggi Di Klinik ABC...

Pesakit Tekanan Darah Tinggi: "Doktor, kenapa bacaan tekanan darah saya masih tinggi walaupun saya jaga permakanan saya dan sudah habis makan ubat-ubat yang Doktor bagi tu?"

Doktor: "Ohhh... Anda perlu faham bahawa Tekanan Darah Tinggi ini tidak boleh disembuhkan dan ia merupakan suatu penyakit yang anda terpaksa hidup bersama buat selama-lamanya. Ubat-ubat yang saya bagi tu cuma untuk mengawal keadaan anda sahaja."

Pesakit Tekanan Darah Tinggi: "Maksud Doktor adalah saya terpaksa jumpa Doktor setiap bulan untuk mendapatkan ubat-ubat pengawal tu?"

Doktor: "Yah betul. Anda mesti datang ke sini untuk uji bacaan tekanan darah anda dan ambil ubat anda"

Pesakit Tekanan Darah Tinggi: "Apa!? Maksudnya setiap bulan saya terpaksa datang untuk dapatkan ubat atau suntikan yang mahal tu sungguhpun ia terbukti tidak boleh menyembuhkan masalah tekanan darah tinggi saya?"

Doktor: "Mmm... Nampaknya ia merupakan satu-satunya pilihan yang ada pada kamu."

Pesakit Tekanan Darah Tinggi: "... ... ..."

Akar Umbi Tekanan Darah Tinggi...

Masalah tekanan darah tinggi yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas. Tekanan Darah Tinggi BUKAN satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah menjadi semakin tercemar dengan macam-macan bahan yang terkandung dalam makanan zaman moden ini.

Kalau tekanan darah tinggi itu merupakan satu penyakit seperti selesama atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga anda. Hakikatnya, tekanan darah tinggi TIDAK menjangkit! Tekanan darah tinggi bukan disebabkan oleh virus atau bakteria! Jadi, apakah fungsi ubat-ubat hipertensi yang doktor bagi itu?

Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit tekanan darah tinggi:

Diuretic - Ubat jenis ini merangsang buah pinggang supaya meningkatkan pembuangan air kencing. Tujuannya adalah untuk kurangkan kandungan cecair di dalam darah dan dengan itu rendahkan tekanan darah.

Vasodilator - Ubat jenis ini merangsang dinding kapilari darah supaya menjadi relaks dan lentur untuk menambah ruang saluran darah.

Alpha Blocker - Ubat jenis ini mengelakkan dinding saluran darah daripada menjadi tegang.

ACEs Inhibitor - Ubat jenis ini memberhentikan penghasilan hormon yang merangsang saluran darah menjadi tegang.

Untuk tujuan pengawalan semasa tekanan darah anda menjadi tinggi, andamemang perlu ambil ubat-ubat tersebut untuk kurangkan tekanan darah, tetapi anda tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat tersebut buat selama-lamanya. Ini adalah kerana ubat-ubat kimia tersebut mungkin menimbulkan kesan-kesan sampingan yang jarang diberitahu. Antara kesan-kesan sampingan yang disebabkan oleh ubat-ubat hipertensi adalah:

Memori Lemah - Anda perasan tidak? Sejak anda mula mengambil ubat-ubat hipertensi, daya ingatan anda semakin merosot. Anda kerap lupa dimana anda letak kunci kereta atau perkara-perkara yang baru berlaku tidak lama.

Letih dan lesu - Ramai pesakit hipertensi kerap rasa letih dan lesu, mereka rasa tiada "Ohhm...!" untuk melaksanakan kegiatan harian. Malah, terdapat juga orang rasa kekuatan batin merosot dan kerap alami sakit kepala.

Emotional - Anda sendiri mungkin tidak perasan tentang perubahan ini. Sila tanya ahli keluarga yang telah lama hidup bersama anda, adakah anda telah menjadi senang marah dan 'moody' sejak kebelakangan ini.

Jadi, lain kali sebelum anda terima sebarang ubat atau suntikan daripada doktor, anda patut tanya pada beliau, apakah kesan sampingan ubat tersebut jika diambil berterusan buat jangka masa yang panjang? Adakah bahan-bahan kimia di dalam pil-pil ubat itu akan menyebabkan kegagalan buah pinggang jika kerap digunakan? Kenapa 'dosage' ubat tersebut menjadi semakin tinggi dan kenapa tekanan darah TIDAK nampaknya berkurangan pun? Sila minta beliau bagi jawapan yang jujur dan ikhlas, ia merupakan hak asasi anda untuk ketahui kebenarannya.

Peringkat - peringkat Perkembangan Tekanan Darah Tinggi...


Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar. Rintangan ini akan memaksa jantung untuk pam lebih kuat lagi yang menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.

Gout Thick Blood

Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.


Gout Tired Sleepy
Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. 


Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas kualiti hidup seks anda.
Gout Erectile Dysfunction
Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain

Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.

tekanan darah tinggi
Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau mungkin buta.
mata kabur
Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.
Gout Kidney Failed
Peringkat Ke-7: Peringkat Terakhir...
Strok & Serangan Sakit Jantung

Apa yang paling menakutkan mengenai Strok dan Serangan Jantung adalah ia boleh serang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia menyerang, ia mungkin kali pertama, ia juga mungkin kali terakhir...

Gout Game Over


Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Terjadi?

Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di dalam dinding saluran darah. Untuk proses pembentukan plak kolesterol berlaku, DUA keadaan perlu wujud:

1.) Agen Pengoksidaan
2.) LDL (Low Density Lipoprotein) - Kolesterol Jahat

Pembentukan plak-plak tersebut adalah berpunca daripada prosespengoksidaan kolesterol yang meresap masuk ke dalam dinding saluran darah. Apabila pemecahan plak berlaku, serangan sakit jantung atau strok akan terjadi.

Pengelakan daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi mungkin boleh mengurangkan pembentukan plak baru, tetapi ia tidak boleh menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. Tambahan lagi, badan anda sendiri tetap akan menghasilkan kolesterol LDL walaupun anda menjadi 100% vegetarian.

JANGAN tunggu sampai saluran sudah sempit baru bertindak. Operasi pembedahan seperti Balloon dan By-Pass cuma merupakan rawatan kecemasan yang sementara. Plak-plak baru akan terbentuk dan anda tidak tahu bila serangan seterusnya akan berlaku. Bukan setiap kali pun begitu nasib baik..


"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE.

Dapatkan produk Shaklee berserta konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”