Sunday 8 May 2016

Tips Elak Keracunan Makanan

Setiap tahun kes keracunan makanan semakin meningkat dan ada juga yang sehingga perlu untuk pantauan rawatan hospital dan ada juga kes sehingga boleh membawa maut.

Setelah di kaji,kebanyakan kes kes ini berlaku disebabkan oleh bahan makanan yang tidak di simpan dengan betul yang sehingga boleh menyebabkan jangkitan silang pada badan manusia.
Oleh itu dengan tips yang di berikan berdasarkan Akta CDC ia boleh mengurangkan anda daripada terkena jangkitan keracunan makanan yang teruk.

Jom kita kongsikan manfaat maklumat ini kepada rakan rakan dan keluarga anda

1. Pastikan cuci tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan masakan anda

2. Jauhkan diri anda dari kawasan dapur jika badan anda tidak sihat

3. Pastikan peti sejuk anda sentiasa bersih

4. Pastikan pintu sejuk sentiasa bertutup dan suhu kekal 0-4 darjah celcius

5. Asingkan talam pemotong sayur/buahan dengan ikan/daging utk mgelakkan sebarang bakteria yg tercampur aduk

6. Elakkan pengambilan makanan yang beberapa hari di panaskan semula kerana ini membolehkan pembiakan parasite yang sesuai selesa tinggal di dalam perut manusia

7. Wanita hamil, kanak-kanak dan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah daya ketahanan yang lemah seboleh-bolehnya elakkan makanan yang tidak di masak

8. Pastikan makanan bayi atau frozen ebm di simpan di dalam peti sejuk yang bersuhu 0 hingga 4 darjah celcius