Showing posts with label Buasir. Show all posts
Showing posts with label Buasir. Show all posts

Friday, 14 August 2015

Buasir dan Gejala-nya: Hemorrhoids/Piles

Apakah Penyakit Buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran dan di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Jenis-jenis Buasir

1) Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum.Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi proses meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.

Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2) Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memeri dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya..

Buasir ialah benjelon yang wujud di selaput lendir rektum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca terjadinya buasir terutamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.

Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan.

Mengapa buasir terjadi?

Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.

Perlukah saya berjumpa dengan doktor?

Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:

Berumur 40 tahun ke atas.
Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara yang mengalami kanser usus.
Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan/atau sembelit.
Kurang berat badan tanpa sebab tertentu.

Apa yang boleh saya lakukan?

Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:

>> Elakkan sembelit

Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
Lakukan senaman setiap hari.
Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.

>> Mengurangkan kesakitan
Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.

Jika ingin mendapatkan produk Shaklee untuk menentang masalah buasir ini boleh lah klik sini > Set Buasir Shaklee

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 19 November 2014

Pengedar Shaklee Pertama di Malaysia: Istimewa OsteMatrix

Atasi sembelit dengan OsteMatrix


Sejak minggu lepas, saya makan OsteMatrix dengan masalah belakang saya selalu sakit-sakit dan berangin. Mahu tidak mahu, saya mesti makan OsteMatrix sebab tu saya beli lebih khas untuk saya makan. Apa yang saya perasan, setiap kali saya makan sebelum tidur, esok paginya saya akan membuang. Dengan lancar. Fuh legaa juga. Memang akan setiap kali macam tu sehinggalah kelmarin malam saya terlupa telan OsteMatrix, dan pagi bangun pun saya tidak membuang sampailah malam ini, saya baru terasa ingin membuang. Sekali lagi saya mengalami sembelit. Aduhaaiii, saya tidak boleh ketinggalan makan OsteMatrix. 

Saya ini memang sering mengalami sembelit. Sengsara juga bah kalau sembelit ni, tambahan lagi orang macam saya ni dalam sehari mesti membuang. Memang lah bagus kan, sekali dalam sehari mesti membuang. Tapi kalau ngam kena sembelit. Allahuakbar!! Sakit woo...

Selain daripada itu, OsteMatrix memang terkenal dengan fungsinya membantu merehatkan otot kita pada malam hari, sebab tu kita kena makan sebelum tidur. Jadi kita akan mudah tertidur tanpa berasa kejang dan sakit2 sendi kita. Memang OsteMatrix sangat istimewa!!!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 17 September 2014

Set Penawar Buasir Shaklee

SHAKLEE MAMPU MENAWAR BUASIR


Apa itu BUASIR?


BUASIR adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Ia akan menyebabkan luka apabila ada najis keras yang bergesel dengan BUASIR.

BUASIR YANG MENYAKITKAN

Siapa yang selalu kena BUASIR ni?

• Sesiapa yang melakukan pemaksaan yang terlalu kuat (bahasa mudah-meneran) ketika membuang air besar

• Sesiapa yang duduk pada mangkuk tandas untuk jangka masa yang terlalu panjang .

• Sesiapa yang mempunyai masalah cirit birit atau sembelit yang kerap dan ketara

• Sesiapa yang berkait rapat dengan kegemukan atau obesiti

• Wanita mengandung - Ini kerana janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir

• Wanita selepas melahirkan bayi - Wanita dalam pantang mungkin juga terdedah dengan BUASIR kerana ada sesetengah mereka ini tidak menjaga pemakanan mereka semasa tempoh berpantang

Terdapat juga kemungkinan bagi seseorang itu mewarisi genetik masalah buasir daripada ibubapa. Kebarangkalian untuk seseorang itu mendapat masalah buasir akan bertambah seiring dengan penambahan usia. Otot-otot yang menyokong saluran darah sekitar dubur akan menjadi semakin lemah apabila seseorang itu menjadi tua.

Seksa kan kalau dah kena buasir ni.. nk membuang pun rasa takut je. Ada yang sampai berdarah2. Buasir ni Sering berlaku ketika ibu2 dalam berpantang.. ada yang terus kena hinggalah saat berpantang tu habis..

Kami tawarkan supplement shaklee khas utk penghidap buasir!!

♥♥Set buasir♥♥


★Omega guard - baik untuk sendi dan otot. Omega bantu utk kecutkn otot yg membengkak akibat tekanan otot dubur ketika membuang air besar.

★Ostematrix - bantu kurangkn sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan ketika alami luka di bhgian dubur

★Zinc complex- pengambilan zinc complex adalah amat di sarankn pd pesakit buasir yg alami najis berdarah ketika membuang air besar. Zinc complex dpt membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dgn lebih cpt.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 

Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”