Friday 24 February 2023

Tahap 1: Happy memory spend with classmates 3B



Sengaja ummi buat satu entri khas untuk abg Nazran. Last bergelar murid Tahap 1, bakal berdepan dengan pembelajaran yang lebih mencabar.

11 Februari 2023

Tempoh hari semasa hari pendaftaran, saya juga diberi Laporan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dan semua ibu bapa juga perlu mengisi borang pinjaman buku teks. Saya punyalah terkejut dalam senarai buku ada juga buku teks Sejarah lagi mengejutkan ada juga Teknologi Maklumat dan buku cerita lebih kurang termasuk subjek Sastera la tu kan? Allah !! Darjah 4 sudah belajar itu semua? Struggle betul kanak-kanak sekarang kan. Terlebih advance. Semoga abg boleh cope semua mata pelajaran nanti. Buat yang terbaik ya abg!


Selesai di kelas abg, pergi pula kelas kakak Nashwa. Banyaknya buku perlu dibawa pulang. Berhempas pulas la kita membalut mana yang tidak berapa kemas tu. 

Tahun ini ketiga-tiga permata ummi bersekolah. Adik Nayla bakal bersekolah juga pada bulan Mac ini. Ummi tidak minta banyak tapi sangat berharap pengorbanan untuk melihat kamu membesar di depan mata ini menjanjikan yang terbaik buat anak-anak. Membentuk mereka memang bukan suatu perkara mudah. Sesungguhnya 10 tahun bergelar ibu, ummi masih dalam proses untuk menjadi seorang yang betul-betul sabar. 

Semoga Allah berikan kita rezeki yang banyak untuk bekalkan vitamin Shaklee untuk mereka semua tanpa henti!