Showing posts with label Rumah Bersih. Show all posts
Showing posts with label Rumah Bersih. Show all posts

Thursday, 28 July 2016

Tips Kediaman Bersih

Tips Mudah dan Mesra Alam: 
Supaya Kediaman Bersih dan Bebas dari Seranggan dan Binatang .

Sejak kebelakangan ini saya tidak selesa dengan kehadiran serangga dan binatang yang berlegar dan berkeliaran di rumah saya terutamanya di dapur dan tandas. Oleh sebab itu, saya pun buatlah research. Semua saya tanya dengan pakcik Google ni. Jadi saya rumuskan pengalaman dan hasil bacaan saya dalam entri ini. 

Bukan apa, saya ini ibu yang berkerjaya yang mempunyai masa yang sangat terhad untuk membersihkan rumah. Hujung minggu pun kadang tidak berkesempatan dan masa terisi dengan menguruskan harta dunia akhirat saya yang dua orang tu. Tambah lagi boss merangkap suami saya nah sudah tiga orang yang diuruskan. Hahaha. 

Tambahan lagi, kalau boleh saya memang sangat2 tekankan supaya memilih produk yang selamat supaya persekitaran saya tidak terdedah dengan racun atau apa-apa bahan yang boleh menjejaskan kesihatan si kecil saya yang menginjak ke 9 bulan. 

1. Basic H Pembersih Organik Shaklee 

Saya sangat mencadangkan setiap rumah ada Basic H ini. Terbukti mudah untuk membersihkan kediaman tanpa bahan toksik dan aerosol. Highly recommended lah katakan. Basic H sudah bersama saya selama 3 tahun dan setiap botol sangat2 jimat. Kadang lebih 6 bulan baru habis sebotol. Kategori MESTI BELI bah ini. Bukan rugi pun kalau mencuba. 

Biasanya saya campurkan beberapa titisan Basic H ini dengan air paip dan sembur pada semua tempat yang saya ingin bersihkan. Lantai rumah, pintu peti sejuk, atas meja makan, dapur gas, sinki dapur, keliling mesih basuh, mangkuk tandas, cermin tingkap even mencuci puting dan botol susu anak pun saya guna Basic H. Sabun serba guna yang sangat selamat!!!

Semburan ini berkesan untuk mengelakkan semut merah daripada datang pada bahagian semburan. Kalau boleh lap kering selepas menyembur pada tempat itu. 

2. Penyembur Serai Wangi 

Penyembur ini selamat dan tidak mengandungi racun yang ada pada penyembur racun serangga yang lain. Penyembur ini mampu untuk membunuh dan menghalau semut, lipas, nyamuk, tikus dan lalat. Jom kita try! 

3. Halau cicak

Google punya Google banyak yang share cara halau cicak dengan kulit telur ayam. Terserahlah macam mana mahu digayakan kulit telur tu yang penting bersihkan dahulu selepas itu pecah2kan dan letak pada bekas pada tempat2 laluan cicak ini. Ada ayng cakap tabur saja atas lantai tapi susah pula mahu bersihkan nanti. Saya benci betul cicak ni tau. Apa tidak, saya baru tinggalkan rumah seminggu, sana sini saya nampak tahi cicak. Aduhaiii, terpaksa berhati2 nanti terpijak batal pula wudhu’. Sabar sajalah. Padahal rumah bersih juga tapi cicak ni datang juga. 

Balik rumah kena try ni nanti. Jom sama-sama try. Siapa yang sudah try tu share la di sini ya!

4. Elak nyamuk dengan limau nipis dan bunga cengkih 

Ini paling lah mahu dicuba. Apa tidaknya, sejak akhir2 ini malam saja mesti hujan. Wah bertepuk tampar saya dengan nyamuk kalau saya masak di dapur. Dalam bilik mandi apatah lagi di tandas jangan cakaplah kan. Dahsyat betul! Mengigit pedas lagi tuh. 

Potong limau nipis dan cacakkan saja bunga cengkih tu di atas limau nipis tu. Letak pada bahagian atas almari, tepi tingkap, atas para-para almari untuk mengelakkan nyamuk masuk ke dalam rumah. Janganlah malas mencuba ya! Lagipun cara ini paling murah, mudah dan selamat kan. 

5. Tabur serbuk kunyit pada askar semut atau lubang semut.

Saya pun tidak tahu keberkesanan tips ini. Saya pun baru mahu mencuba balik rumah nanti. Almaklumlah rumah saya rumah papan saja jadi rasanya lubang semut itu banyak di lantai rumah.

Tidak semena-mena juga saya nampak barisan semut di dinding bilik tidur atas siling rumah ke lantai rumah. Jauh perjalanan semut ni tau. Kalau dia tidak menganggu tidak juga apa tapi tempat tidur atas tilam saya pun ada. Punya kuat deria semut ni kan? Tambahan lagi, saya menyusukan anak saya jadi susu ibu pun salah satu perangsang semut2 ini datang berhijrah ke atas tilam saya. Tapi takkanlah saya mahu tabur kunyit atas tilam saya kan? Errmmm….

6. Air kapur sirih menghalau anai-anai 

Anai-anai pun ada di rumah saya ya. Runsing betul saya fikirkan segala macam serangga dan binatang di rumah saya ini bah. Aduhaiii, kaji punya kaji yang saya boleh cuba ialah tabur garam kasar di sarang anai-anai ini. Tapi ada yang kata kurang berkesan.

Jadi kalau garam tidak berkesan, kita cuba lah kapur sirih. Air bancuhan kapur sirih pula bersifat panas dan mampu menghakis kulit anai-anai yang nipis dan lembut. Caranya cuma sembur saja di sarang anai-anai di mana saja sarang ini di celah kayu. 

Sekian dulu perkongsian untuk hari ini. Saya akan sentiasa berkongsi dengan anda. Jumpa di tips lain di entri yang baru di masa akan datang ya.

Sunday, 18 January 2015

Shaklee Labuan: Minum Air Bersih dengan Get Clean Water Pitcher

Risiko Meminum Air Tercemar



Air adalah sumber yang sangat penting untuk kehidupan kita seharian. Bagi saya, lagi boleh survive kalau tiada bekalan elektrik tapi kalau tiada bekalan air apa-apa pun yg kita buat tidak dapat dilakukan. Keperluan semulajadi ini adalah yang harus kita titik beratkan. Selagi kita boleh mengelaknya, kita haruslah menjaga kebersihan sumber air kita. 


Oleh disebabkan itu, kami di Shaklee mempunyai penyelesaian masalah kita yang mampu memenuhi keperluan air bersih untuk kita minum setiap hari. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 19 December 2014

Basic H - Pembersih Serbaguna Shaklee

Pembersih Botol Susu Anak -  Basic H Shaklee


Walaupun namanya Basic H, ia bukanlah se'basic' kegunaannya.. Hehe.. Ia mempunyai kebolehan yang pelbagai. Botol basic H yang ada di rumah hari ini pun bukannya baru dibeli tapi sejak 6 bulan yang lepas lagi. 

Pagi tadi saya bergegas membasuh botol susu Nazran, terus rendam bancuhan 2 titis Basic H.. Confirm bersih. Nampak buih?? Bukan sabun biasa ya.. Minta maaf.. Ini bukan sabun tapi luar biasa. Mampu membersih seluruh rumah, bau nya juga mampu menghalau lipas, semut, dan serangga lain. Bukan itu saja boleh digunakan untuk membersih dapur gas yang penuh dengan minyak sana sini. 

Tambahan lagi, ia mampu membersih bekas dakwat pen. Ini saya sudah cuba. Aritu biarkan laptop berbuka saja dan saya tertidur, Nazran saya biarkan bermain cukup sebentar, saya perasan laptop habis dengan conteng pen merah. Aduhaii, bila dia conteng pun saya tidak tahu, apa lagi saya basahkan kain dengan sedikit Basic H Shaklee, nahh hilang... Bestkan...

Bukan itu saja, saya juga cuci mainan Nazran dengan Basic H. Entah aritu saya saja mahu mencubalah, sebab saya tengok patung ikan Nazran kotor penuh hitam2, sayang saya tidak sempat ambil gambar 'sebelum'. Selepas itu, saya cakap dengan mak saya, mama cuba rendam dengan Basic H Shaklee tu baru campur air... Wah, hasilnya luar biasa... Ada tu patung ikan Nazran di rumah, saya belum sempat ambil gambar lagi semalam. Tidak apa.. Nanti saya update lagi ya..

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Sunday, 14 December 2014

Pencuci Ajaib - Basic H Shaklee



Demontrasi Basic H Shaklee

Ajaibnya Shaklee terbukti juga apabila saya nampak dengan mata kepala saya sendiri bahawa sayur yang telah layu dan direndam air yang dititiskan beberapa titik Basic H, sayur itu degar semula. Impressive!!



Apa yang saya dapat pengetahuan hari ini Basic H Shaklee mengandungi coconut extrak dan sisa vitamin Shaklee yang tidak diguna semasa pemprosesan vitamin berlaku. 

Saya rasa ramai yang tahu kelapa itu pencuci darah juga sebab itu kita disarankan meminum air kelapa muda seminggu sekali untuk buang panas dalam, untuk cuci segala sistem dalam badan kita ini. Banyak lagi manfaat air kelapa muda ini sebenarnya. Kalau google, mesti dapat banyak ilmu.


Tapikan sebab Basic H - Pencuci Serbaguna Shaklee ini mampu juga menyegarkan sayur yang telah layu. Mampu juga membersih secara sempurna di sekitar rumah. Sangat berguna seisi rumah dan jimat hingga 6 bulan ke atas jika digunakan sebagai pembersih rumah, tandas, dapur dan persekitaran sekeliling. Kalau tidak percaya mesti cubalah. Baru nampak buktinya..


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 3 December 2014

Get Clean Water Pitcher Shaklee

Ia menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!


• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Dapatkan Air Bersih dengan Shaklee Pitcher

Penapis Air Shaklee Istimewa

Cuba kita bayangkan air yang diminum setiap hari mengandungi bendasing halus, berbau dan masih ada klorin masuk ke esofagus setiap kali kita minum. Segala macam bendasing itu akan masuk ke tubuh kita. Siapakah yang akan tapis atau filter benda-benda pelik tu? Dah tentulah buah pinggang kita kan? Itu baru sehari. Kalau hari-hari, bertahun, berpuluh tahun mcm mana? Cuba kita bayangkan. Adakah buah pinggang kita dapat menampung beban ini? Tentulah boleh rosak buah pinggang kita. Adakah kita sedar kepentingan air bersih selama ini? Justeru itu marilah kita mengurangkan bebanan buah pinggang kita dengan minum air yang bersih setiap hari.

Bagaimanakah kita nak dapat air bersih? Memang diakui air di Malaysia ini telah diproses sebelum disalurkan ke rumah penduduk untuk digunakan. Tapi siapa boleh jamin air paip di rumah kita tu betul-betul bersih dan tidak tercemar. Terutamanya di kawasan Lembah Klang. Masalah air bersih masih gagal ditangani oleh pihak berkuasa. Masih wujud lagi air berlumpur, kotor, berbau dan sebagainya. Walaupun air itu dimasak dengan suhu mendidih sekalipun ia masih tidak dapat menghapuskan pelbagai kekotoran bendasing ini. Kalau tak percaya cuba perhatikan air yg telah dimasak dibiarkan selama beberapa jam. Kita akan dapat perhati mendapan kekotoran bendasing terkumpul di dasar jag atau botol.

Justeru itu Shaklee memperkenalkan Get Clean Water Pitcher untuk membantu kita minum air bersih setiap hari. Tak perlu menghabiskan duit beribu-ribu untuk dapatkan water filter. Get Clean Water Pitcher adalah water filter terbaik di Malaysia. Hanya sekadar rm tiga angka di bawah rm1k kita sudah boleh mendapatkan water filter di rumah kita sekaligus dapat menikmati air yang bersih setiap masa.

Tepuk dada tanyalah selera. Mahu yang mahal atau murah tapi berkualiti sebagai water filter terbaik di Malaysia. Mengapa membayar lebih jika sekiranya yang berpatutan setanding dengan penapis air yang mahal.

Kenapa saya memilih Get Clean Water Pitcher ini?

>>Mudah digunakan...tak perlu nak bersusah payah pasang ke singki...

>>Hanya tuangkan saja air ke dalam jag, dan tak perlu tunggu lama air sudah boleh terus diminum

>>Kualiti air yang jernih dan rasa yang sedap...sama seperti penapis air yang mahal dipasaran.

>>Tak Perlu susah payah mencuci filter...kerana setiap 303 liter (80gelen) air hanya perlu tukar filternya sahaja..senang keja..kalau filter lain kena basuh kalau dah nampak kekuningan...sungguh malaskan!!!

>>Mudah dibawa kemana-mana...balik kampung, jalan-jalan, berkelah dll.. dijamin seisi keluarga dapat minum air bersih...so, tak perlu lagi beli air mineral...buang duit & mencemarkan alam sekitar dgn botol-botol plastik mineral itu.

>>Dan yang penting sekali... HARGA MAMPU MILIK!! kini semua orang boleh memiliki penapis air dengan harga yang sangat murah dan tidak perlu bersusah-payah lagi masak air, atau pergi ke kedai-kedai yang menyediakan tempat penapis air itu...atau menghabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata nak memiliki air yang bersih..
Jimat duit bukan....yang penting semua dapat manfaatnya...tiada lagi air karat dirumah..tiada lagi risiko meminum plumbum berat & apa2 jenis kotoran lain...

Jom kita kenal lebih dekat lagi dengan Get Clean Water Pitcher Shaklee ni.

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean Water Pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

~Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
~Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
~Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
~Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
~Yang penting dapat menjaga kesihatan buah pinggang kita.

Kelebihan dan Keistimewaan Get Clean Water Pitcher


>>Hanya beberapa sen bagi seliter air

>>Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak

>>Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik

>>Ringan dan mudah dibawa

>>Menjimatkan kos dan tak perlu dimasak

>>Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

>>Menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 29 November 2014

Penangan Hebat Basic H Shaklee

shaklee labuan

Sekaligus Beli Dua Basic H Shaklee

Penangan hebat Basic H Shaklee yang memang hebat dan berkesan. Tambahan lagi sangat selamat. Tiada bahan kimia. Basic H Shaklee diperbuat daripada sisa vitamin yang mana sisa vitamin ini melalui beberapa proses dan akhirnya ia menjadi liquid/cecair yang mampu membersihkan seluruh rumah, lantai, meja, dapur, sinki, tandas. Ia juga boleh di campur dengan air dan letak pada botol penyembur seterusnya boleh digunakan untuk menyembur lipas, semut, kotoran melekit, besi yang karat dan macam2 lagi.

Saya sudah mencubanya, anda bila lagi?

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 17 November 2014

Basic H & Chewable Vitamin C

Shaklee: Hadiah buat Keluarga

Percaya atau tidak, produk Shaklee juga mengeratkan sillaturrahim kita dengan keluarga yang jauh atau saudara yang jauh di mata. Minggu lepas saya online shopping dan hantar langsung ke Melaka sebagai hadiah buat mereka di sana. Keluarga sebelah suami saya. Awal bulan hari tu, mama mentua saya balik dari sana dan mereka kirim banyak baju buat Nazran, anak saya. Saya sangat menghargainya, jadi saya berniat untuk hadiahkan mereka Basic H, pembersih rumah dan buat anak buah saya yang tiga orang tu saya bagi Vitamin C kids.

Alhamdulillah, mereka sangat happy walaupun terpaksa collect barang sendiri dari CityLink. Sudahlah servis lambat, lepas tu hantar baru call, kenapa tidak call semasa menghantar. Marah juga biras saya tu. Tapi apa2 pun mereka mendoakan saya berjaya dalam perniagaan Shaklee ini. In shaa Allah.
basic H


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 12 November 2014

Basic H - Sentiasa Dekat di Hati

Bersih Rumah dengan Basic H

Saya ini kan kalau di ikutkan hati saya memang setiap hari akan guna Basic H. Kalau apa2 tumpah pada tilam, lantai atau atas meja, mesti juga saya sembur Basic H. Kalau ada semut atas meja makan atau lipas saya tetap juga sembur Basic H. Yang paling lucu juga bagi saya, ada anak lipas sedang berjalan atas lantai dapur dan saya semburkan dia air Basic H dalam 10 saat saya tengok lipas tu mati tidak bergerak. Waaahh, sangat saya tidak percaya. Bila malam saya bangun untuk pergi toilet, saya tengok lagi, mayat lipas tu masih juga disitu. Basic H mampu membunuh lipas. Tanpa aerosol atau pun bahan kimia. Katakan tidak pada lipas!!

Kamu tahukan, kalau adanya lipas ni bererti kawasan kita tidak berapa bersih. Lipas ni sangat bahaya juga tau. Tapi kalau rumah papan memang tidak lari dengan lipas. Sabar ja kan...
Basic H

Jangan risau ya, Basic H ini sangat selamat. Tidak mempunyai bahan kimia langsung bah. Ia juga mempunyai kepekatan yang tinggi. Dengan hanya setitik dua pun boleh di bancuh untuk menjadi air semburan sebanyak 300ml.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 6 October 2014

Dish Wash Concentrate


Selamat malam semua...Haaa, ini mau cerita pasal kelmarin.. Macam biasalah, saya ni pengguna Shaklee yang tegar. Sebelum ini, saya pun macam anda semua, beli sabun serbuk di kedai supermarket berdekatan, sabun basuh pinggan apatah lagi sabun cuci mangkuk tandas.

Ok. Saya dapat gift bag dari Shaklee semasa 'Chinese New Year' Celebration pada bulan Februari yg lepas. Salah satu produk saya dapat ialah Dish Wash Concentrate. Saya baru buka pagi kelmarin, pagi raya. Hehe... Saya ingat mau jual tapi fikir2 better saya guna sendiri.


Petang kelmarin adalah masak2 untuk raya haji lah katakan... Jadi, semua tulang ayam saya kumpul satu pinggan semasa membasuh pinggan menggunakan Dish Wash Concentrate. Lepas habis semua basuh2, saya macam biasalah saya lap dengan sabun seluruh singki tu.. Semua orang mesti buat bila dia selesai membasuh pinggan di singki kan..

Pagi tadi tengok singki macam ada yg pelik jak.. Tulang ayam tu di situ juga tanpa ada semut menyerang... Aikk peliknya... Haaa, bekas gula yang diletak atas meja pun langsung tidak bersentuh semut... Pelik betul.. Kalau sebelum ini, aduhaaiii, kejap saja ditinggal, confirm semut datang... Geram betul... Nasib malam sebelumnya saya sembur semua dengan campuran air Basic H tu. Tiada sudah semut mengelilingi.. Bestnyaa!!! Syukur Alhamdulillah dengan Shaklee produk, semua kerja jadi mudah dan jimatlah masa... Allah.. Syukur sangat..

Pastikan anda mempunyai 1 botol Dish Wash Concentrate di rumah anda sekarang!!!

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE.

Dapatkan produk Shaklee berserta konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Sunday, 5 October 2014

Basic-H, Pencuci Organik Shaklee

Basic H adalah untuk pelbagai pekerjaan isi rumah
*Kepekatan yang tinggi – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air menjadi pembersih berkuasa tetapi lembut dan halus pada kulit.
*Pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran,gris, dan kotoran dari permukaan mana-mana boleh dbasuh didalam dan diluar. Cairkan mengikut arahan pada botol
*Tiada bilas, tiada sisa, formula bebas coretan, tanpa toksik
*Asli dan semulajadi
*Surfaktan biodegrasi


Perbezaan Shaklee
Selamat
-Tidak bertoksik
-Tanpa gas beracun
-Tanpa bahan kimia berbahaya
-Tanpa bahan pewangi
-lembut pada tangan
-PH seimbang
-Tanpa klorin


Mesra Alam
-Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
-Biorosot
-Tanpa fosfat
-Bungkusan yang boleh kitar semula
-Tanpa bahan pewarna
-Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


Cara mengguna:
1-Cara termudah masukkan dalam 10 titik dalam botol spray shaklee atau mana2 botol spray, penuhkan air dan gunalah untuk cuci meja, dapur, cermin dan apa saja permukaan.
2- Mop lantai dengan titikkan dalam 10-15 titis makin kering makin bersih dan selamat kalau ada baby yang kutip-kutip makanan di lantai.
3- Basuh mangkuk tandas dan sebagainya semua titikkan beberapa titik sahaja, berus dan akan kelihatan bersih bersinar dan tahan lebih lama.
4- Cuba sendiri keatas apa sahaja cucian dan seribu guna boleh tahan sehingga 6 bulan, Pastikan setiap rumah ada sebotol Basic-H.
Kelebihan: melarutkan minyak dengan mudah, kebanyakan kotoran adalah oil base, kain pengelap/mop dsb cuma perlu di bilas saja sudah bersih dan lalat, lipas dan semut tidak akan datang sebab tidak suka bau dia, padahal lembut sahaja.

Contoh kegunaan Basic H Shaklee

• Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia.
• Mencuci dan membersih ikan, ayam, daging, makanan laut daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak).
• Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dan etc.
• Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dan etc.
• Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan.
• Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan etc.
• Mengasah pisau.
• Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan etc.
• Menghapuskan kutu di atas kepala.
• Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas.
• Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan etc.
• Demam panas (sebelum berjumpa doktor).
• Sakit gigi.
• Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit).
• Ulser dan mulut berbau.
• Penyubur tanaman dan penggembur tanah.
• Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan etc.


"Prevention is better than cure" 
Jom sihat dan cantik dengan Shaklee

Dapatkan produk Shaklee berserta konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Basic H Testimoni

Salam Aidil Adha buat semua sahabat dan rakan2 muslimin dan muslimat...

Mesti semua sibuk bersihkan rumah kan kelmarin untuk sambut hari raya hari ini... Saya mau share pasal Basic H ni.. Kelmarin anak saya bagi kucing makan 'teddy bear biscuit', tapikan kucing tu biarkan saja biskut sampailah di hurung semut merah. Saya cuba lah sembur campuran air Basic H tu, cuba2 saja, sebab Basic H kan produk pembersih rumah, manalah tahu kan.. Sembur sepanjang laluan semut hingga ke dinding rumah... 5 minit kemudian semut tu semua mati tidak bergerak.. Wahh best pulak kan.. Kalau macam ni Ridsect di rumah tidak perlu guna lah kan.. Hehe..

Rumah saya ni memang banyak semut, cepat ja semut menyerang, kadang ayam goreng yang di tutup tudung saji pun diserang, mahu2 lada tumbuk pun semut suka.. Pelik betul.. Sakit hati pun ada dengan semut ni.. Hishhh..

Selalunya orang di rumah saya ni, termasuklah mak saya suka betul guna Ridsect penyembur tu, kalau mau sembur terpaksa bawa Nazran jauh2 dulu, yalah kita tidak mahulah dia terkena semburan tu kan.

Minggu lepas saya sembur semua campuran air Basic H tu, letak 2,3 titis ke tempat semburan tu lepas tu isi air paip, then saya sembur ke semua bahagian tong sampah, bawah dapur, atas meja... Syukur esok harinya saya balik kerja, tiada lagi semut berjalan2 di tepi tong sampah, malam2 bangun buat susu Nazran, tiada sudah nampak lipas lalu2 di atas meja.. Fuhh... Lega sangat2..

Pagi tadi bersihkan bahagian dapur gas, sembur saja lepas tu lap dengan kain, mudah betul minyak di tepi2 dapur gas tu tertanggal. Mudahnya kerja kita kan... Best betul.. Tidak perlu buat kerja berulang2 dengan ada Basic H ni, selama ni saya guna sebagai sabun mop lantai saja. Lepas ni, haaa, multi purpose Basic H mesti beli lagi lepas habis nanti. Botol pertama yang dibeli awal tahun ni pun masih ada separuh lagi.. Sangat jimat...

Rumah bersih dan selamat dengan Shaklee..

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 2 October 2014

Shaklee Effect: Oprah dedicates her Going Green special to Shaklee

"GOING GREEN"  
^^ Click to watch video

Siapa yg tidak kenal Roger Barnett? Hehe.. Alah, google saja pun senang, You all can see millions of picture of him.
shaklee labuan

Hari ini kita cerita pasal anak Roger Barnett yg sulong, dia punyai asthma yg teruk.. Orang Labuan biasa panggil "ampus".. Asthma dia memang teruk sampai Roger Barnett berbelanja banyak untuk sembuhkan penyakit anak dia ni. Sampailah ke satu hari, kata2 seorang doktor buat dia sedar bahawa persekitaran pun kita kena jaga bersih. 

Finally, Roger Barnett mencuba Shaklee "Basic H" produk, dimana, produk ini mampu membersihkan seluruh rumah kita, dia boleh jadi pembersih lantai, boleh juga pencuci botol bayi, boleh juga pembersih cermin tingkap. Sebab apa? Ia langsung tidak mempunyai sebarang jenis toksin atau racun pun di dalam kandungan. Tidak mempunyai bau juga. 

Saya ada 1 botol dirumah.. Sy beli awal tahun ini. Masih ada separuh lagi.. Jimat betul.. Mama saya buat pencuci lantai rumah. Dengan kuantiti yg sedikit sahaja boleh menghasilkan buih yang banyak dan membersihkan seluruh lantai rumah.

Untuk pengetahuan semua, Basic H cuma salah satu produk "Shaklee Get Clean Home", ada banyak lagi produk dalam set ini.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”