Saturday, 21 March 2015

Shaklee Labuan: Extra Surprise From Super Upline


Surpriseeee!!!! Tiket penerbangan LBU-KUL-LBU dan tempahan hotel 5 bintang untuk 2 malam.

Sebenarnya saya pun tidak sangka sekali dengan hotel sponsor. Patutlah Master Norita booking kan flight ke Kuala Lumpur 17 April then balik Labuan 19 April. Sebelum tahu betul2 saya ada terbaca juga dalam whatsapp group leader yang dia sebut dengan saya pasal flight ticket, mulanya buat tak tahu jer sebab tidak faham dia cakap pasal apa. Rupa2nya saya seorang saja yang layak untuk dapat sponsor ni sebab saya dapat maintain leader tanpa top up UV transfer.

Februari 2015 - Maintain sendiri bukan susah tapi usaha mesti cekal. Lagipun saya buat sendiri tanpa bantuan downline saya yang kebanyakan pun hanya pengguna sahaja. Hanya seorang saja downline yang ada UV pada masa itu. Itupun sikit saja dia boleh contribute pada saya sebagai upline nya. Apa yang pasti dan saya paling ingat bulan Februari yang lepas, setiap hari saya ada buat COD Labuan. Tambahan lagi, saya buat pembelian lebih 3 kali pada bulan tersebut. Di situ saya sedar, usaha dan tawakal adalah penting seiring untuk mendapat rezeki yang sangat berbaloi.

No pain, no gain

Tidak boleh disangkal lagi sekiranya kita ingin berjaya banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan. Kerana itu, apa saja pengorbanan kita perlu lakukan demi ganjaran yang berlipat kali ganda. Kalau kita malas dan tidak mahu berkorban maka kita mati usaha. Waktu rehat, wang ringgit, tenaga terutamanya segalanya kita perlu korbankan demi untuk berjaya. Tiada yang datang bergolek sendiri tanpa usaha yang cekal. Saya manusia biasa saja, saya mengaku kita ada jatuh bangun dalam mencapai apa jua keinginan kita dalam hidup.

Jatuh bangun sekalipun kita mesti ingat juga di mana jalan untuk kita kecap bahagia yang selesa. Saya pasti semua yang berada di luar sana mesti tiada yang mahukan hidup yang "biarlah susah kah senangkah yang penting teruskan perjalanan hidup". Hidup kita harus membangun dari semasa ke semasa tergantung pada kepuasan hati kita lah kan.

Tambah lagi saya ini, isteri bekerjaya, saya pasti satu hari nanti saya juga teringin untuk berhenti kerja dan ingin tumpukan sepenuh masa pada rumah dan anak-anak. Saya tahu saya memegang segulung ijazah untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi suatu hari nanti. Atau juga saya mahu buka firma akauntan nanti. Apa yang pasti saya teruskan part time Shaklee saya seperti biasa. Usaha pun mahu lebih sikit. Mana tahu suatu hari nanti layak dapat CAR BONUS dari Shaklee kan. Tiada yang mustahil tu.

Ya, saya dalam position Supervisor ini pun sudah lebih 2 tahun, tiada peningkatan pun. Juga beberapa kali jatuh tapi berjaya bangkit kembali setiap kali sudah jatuh. Syukurlah juga mampu bangun sendiri. Saya pun sudah pekak dengan motivasi dan nasihat dari upline saya. Apa yang pasti, dari Shaklee ini juga saya merasa income yang besar dengan cuma 'part time'. Saya juga merasa melancong ke Kuala Lumpur untuk dua hari. Saya sedar saya perlu dapatkan lebih untuk keluarga dan ibu saya. Saya juga mahu peroleh lebih daripada ini. Saya juga ingin membantu orang lain hidup sihat seperti saya. Saya juga mahu pergi ke luar negara. Saya juga mahu membawa mama saya umrah percuma. Saya juga mahu belanjakan duit tanpa had. In sha Allah.