Thursday, 27 July 2023

Percutian percuma ditaja Super Upline Shaklee

Beberapa kali menang cabutan bertuah anjuran Euphoria Group dan T.E.A.M family. Dan antaranya yang tidak boleh dilupakan ialah hadiah pakej percutian. 

Sudah dua kali saya menang percutian Shaklee. Keduanya di taja oleh super upline saya Master Norita. Ini sebuah hadiah penghargaan daripada Master dan bukan yang pihak syarikat Shaklee taja ya. 

Percutian Shaklee pertama itu pada tahun 2015. Saya menang dua tiket penerbangan ke Kuala Lumpur dan bermalam di hotel lima bintang, Melia KL untuk 3 hari 2 malam. Beserta duit poket sejumlah wang yang saya tidak ingat berapa jumlah nya. 

Masa ni saya mengandungkan anak kedua dan Nazran baru saja berumur 2 tahun ketika itu. Kami manfaatkan cuti kami ke sini untuk berjumpa dengan sahabat saya ketika saya menuntut di kolej swasta dulu. 
Shopping mall berdepanan hotel kami

Mereka juga merangkap seperti keluarga saya sendiri. Dapat juga melepaskan rindu pada mereka masa itu. 

Banyak tempat kami pergi masa tu. Kami ada juga pergi ke I-City di Shah Alam dan berjalan sekitarnya bersama abang ipar (abang kepada suami). 

Hari terakhir di hotel sebelum kami turun sarapan. 
Paling tidak dilupakan sebenarnya stay di hotel lima bintang yang serba mewah itu. Tidak pernah terjangka dek akal hatta mimpi pun untuk menginjak kan kaki ke hotel mahal ni. 

Selama kami disana, kami sentiasa ternanti untuk bersarapan di bawah setiap pagi. Alhamdulillah atas rezeki ini Ya Allah. 

Percutian Shaklee kedua pula pun dari Nenda Master Norita. Kalini a bit different tidak semewah yang 8 tahun dahulu. Tapi untungnya dapat juga saya bawa anak saya 3 orang untuk bersenang lenang di hotel. 

Kami dikehendaki memilih tempat percutian dan Master perlu book kan hotel sahaja di tempat yang kami pilih. Jadi, setelah beberapa kali tukar tarikh dan tukar hotel, akhirnya dapat juga bilik yang paling comfy dan cozy.

Percutian ini dimenangi bukan saja-saja ya tapi kerana usaha yang mungkin Allah nak bayar di dunia. Justeru saya bersyukur yang amat atas berkat usaha dan tidak putus asa sekali sekala merasa juga worth tawakkal. Alhamdulillah. 

Percutian pertama diberi kerana efektif Supervisor 3 bulan berturut-turut. Percutian kedua saya menang lucky draw daripada salah sebuah contest pembelian yang di anjurkan oleh Nenda Shaklee saya Master Norita. 
 
Jom bercuti bersama Shaklee ! Berminat untuk menyertai saya? Boleh tekan link pada nama saya di bawah untuk menghubungi saya.


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tips travel for beginner


Wah bukan main lagi kan sekarang, perintah berkurung pun sudah lama berlalu jadi ramai yang sudah lama simpan duit poket untuk bersiar-siar tu buka topeng masing-masing untuk terus terokai dunia luar. 

Melancong ke negara asing boleh menjadi pengembaraan yang menarik untuk yang baru menjinakkan diri travel ke luar negara. Saya sendiri pun teringin juga ke luar negara suatu hari nanti. 
Jadi simpan sini sebagai tips dan rujukan untuk saya jika ada rezeki nanti. 

Berikut ialah beberapa tips travel untuk membantu anda memanfaatkan sepenuhnya pengalaman perjalanan antarabangsa anda: 

Pilih destinasi beginner-friendly: 


Pilih negara yang dikenali sebagai mengalu-alukan pelancong dan mempunyai infrastruktur yang baik untuk pelancong. Negara atau tempat berbahasa Inggeris yang mempunyai industri pelancongan yang ketara selalunya merupakan titik permulaan yang baik. 

Selidik destinasi anda: 


Ketahui tentang budaya, adat resam dan tradisi negara yang bakal anda lawati. Memahami perkara asas yang boleh dan tidak boleh dilakukan akan membantu anda menunjukkan rasa hormat kepada penduduk tempatan dan mengelakkan kesilapan budaya yang tidak disengajakan. 

Semak nasihat perjalanan dan keperluan kemasukan: 


Sebelum anda pergi, semak sebarang nasihat perjalanan atau amaran yang dikeluarkan oleh kerajaan anda tentang negara destinasi. Juga, pastikan anda mempunyai visa, pasport dan dokumen lain yang diperlukan untuk masuk.

Ketahui beberapa frasa tempatan: 


Walaupun bahasa Inggeris dituturkan secara meluas di banyak tempat, mempelajari beberapa frasa asas dalam bahasa tempatan boleh membantu dalam membina hubungan dengan penduduk tempatan dan menjadikan pengalaman perjalanan anda lebih lancar.

Maklumkan kepada bank dan pembawa telefon anda: Beritahu bank anda tentang rancangan perjalanan anda untuk mengelakkan sebarang isu menggunakan kad kredit/debit anda di luar negara. Juga, semak dengan pembawa telefon anda mengenai rancangan international roaming atau pertimbangkan untuk mendapatkan kad SIM tempatan. 

Pek dengan bijak: 


Pek mengikut cuaca dan norma budaya destinasi. Jangan lupa perkara penting seperti penyesuai perjalanan, caj telefon dan suplemen yang diperlukan. 

Pastikan dokumen penting selamat: 


Buat salinan digital pasport, visa, insurans perjalanan dan dokumen penting anda yang lain. Simpan dalam cloud account yang selamat atau e-melkannya kepada diri sendiri sebagai sandaran.

Stay healthy throughout your vacation with Shaklee travel set 

shaklee travel set
Kekal sihat dan aktif sepanjang perjalanan anda


shaklee travel set
Bantu tidur lena dan cukup rehat semasa travel dan kekal fresh setiap hari

shaklee travel set
Mulakan hari dengan minuman cinch untuk kekal bertenaga 






"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Sunday, 16 July 2023

Tips for Online Business

Kebanyakan suri rumah menjana pendapatan melalui bisnes atas talian. Saya sendiri memulakan perniagaan melalui online menggunakan medium Facebook dan Instagram. Secara langsungnya, lebih mudah juga melalui WhatsApp di mana pelanggan kita adalah yang di antara kenalan dan sahabat. 

Entri kali ini saya ingin berkongsi tips yang saya dapat hasil dari bahan bacaan saya baru-baru ini. Tips bisnes atas talian melalui blog. 

Kita semua sedia tahu, blog juga satu medium carian di mana ianya memudahkan kita mencari maklumat melalui google. Blog juga salah satu cara untuk kita meluaskan bisnes secara atas talian. 

Di sini, saya kumpulkan hasil carian dan bacaan saya iaitu tips menjalankan perniagaan secara atas talian melalui blog. 


Tips Online Business #1 Reka Bentuk yang Moden dan Menarik 


First of all, pilih reka bentuk yang moden yang mencerminkan identiti jenama anda. Gunakan skema warna yang konsisten, fon yang mudah dibaca dan susun atur yang teratur. Elakkan unsur visual yang berlebihan yang mungkin mengalih perhatian pelawat daripada mesej utama.

Tips Online Business #2 Mobile-Friendly


Dengan peningkatan penggunaan peranti mudah alih, adalah penting untuk mempunyai laman web  yang membolehkan pembaca menyesuaikan diri dengan pelbagai saiz skrin. Ini memastikan tapak web anda kelihatan dan berfungsi dengan baik pada telefon pintar, tablet dan desktop.

Tips Online Business #3 About Page


Sertakan halaman "mengenai kami" yang direka dengan baik untuk memperkenalkan perniagaan, misi dan juga teamates anda. Ini boleh membantu mewujudkan hubungan yang lebih kukuh dengan pelawat.

Tips Online Business #4 Testimoni dan Ulasan


Paparkan testimoni dan ulasan positif daripada pelanggan yang berpuas hati untuk membina kepercayaan dan mempamerkan nilai produk atau perkhidmatan anda. Ini adalah penting untuk menarik minat mereka pelawat baru di laman web anda. 

Tips Online Business #5  Regular Updates and Maintenance  


Pastikan tapak web anda dikemas kini dengan maklumat, produk atau promosi terkini. Sentiasa semak pautan dan pastikan semua ciri berfungsi dengan betul.

Tips Online Business #6 High-Quality Content


Last but not least, tips ini adalah aspek utama supaya jenama kita dikenali ediakan kandungan yang berharga dan menarik di tapak web anda, seperti catatan blog, video atau grafik maklumat. 

Pemasaran kandungan boleh membantu menarik dan mengekalkan pelanggan, meningkatkan SEO dan mewujudkan kepakaran anda dalam industri anda.

Apabila anda menghasilkan kandungan berharga secara konsisten, anda menarik bakal pelanggan ke tapak web atau saluran media sosial anda. 

Dengan menangani masalah sakit mereka, menjawab soalan mereka, atau menyediakan penyelesaian kepada masalah mereka, anda menetapkan diri anda sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai.

Apabila pelanggan mencari nilai dalam kandungan anda, mereka lebih berkemungkinan untuk kembali untuk mendapatkan lebih banyak, sekali gus meningkatkan pengekalan pelanggan.

Get Ready to be Born into Online Marketing 

Jadi anda sudah bersedia untuk memperkenalkan brand anda di khalayak ramai? Jika sudah bersedia teruskan dan jangan teragak-agak. Anda tahu apa yang anda lakukan. 

Saya juga boleh guide anda dalam online business tanpa bergerak ke sana sini. Cuma di hujung jari sahaja anda boleh menjana pendapatan yang tidak disangka-sangka. Saya sedia untuk dihubungi. 

Sekiranya berminat dengan Shaklee atau berminat untuk menyertai saya sebagai rakan kongsi dalam perniagaan Shaklee, besar tapak tangan nyiru kami tadahkan. Boleh klik saja pada nama saya di bawah untuk terus hubungi saya melalui WhatsApp. 


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 15 July 2023

Senangnya hati bekerja dari rumah

Seawal usia saya 35 tahun nekad untuk meninggalkan zaman kerjaya atas perubahan tujuan hidup dan ingin fokus pada keluarga.

Our own rules and regulations

Bekerja dari rumah semestinya kita tidak terikat pada undang-undang tidak seperti bekerja dengan majikan. 

Punctual working hours yang perlu di turuti. Dateline kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang tertentu. Hari cuti yang terhad.

Semua ini kadang-kadang membuatkan kita rasa tidak sempat untuk menghela nafas atas kesibukan di tempat kerja. 

Tambahan lagi, saya di usia sebegini mudah stres dan kadang tidak terkawal membuatkan saya hilang fokus. Seterusnya, tidak mampu perform dalam assigned task. 

Flexibility

Semestinya di rumah saya bebas untuk melakukan sesuatu kerja mengikut keselesaan dan emosi. 

Lagipun, mudah untuk saya mengurus masa bila perlunya saya di dapur, bila lagi perlu bersama anak menyiapkan kerja sekolah. 

Setelah 2 tahun menjadi suri rumah, saya berniaga kecil-kecilan, saya teruskan Shaklee saya walaupun jadual harian saya sangat pack. 

Walaupun begitu setelah anak-anak semua ke sekolah saya ada "me time" dimana ianya terapi untuk saya boleh teruskan tugas harian saya 

Selesai masak, bergegas lagi mengambil anak sekolah. Begitulah harian saya sepanjang weekdays. 

Weekend pula, saya ada tugas lain yang menunggu. Walau kadang tersasar jauh dari landasan jadual saya tetap cuba untuk disiplin kan diri saya untuk terus buat seperyi kebiasaan. 

Comfort with eager

Disebabkan saya suri rumah yang bekerja dari rumah, saya isi kan masa saya dengan perkara yang betul² saya ingin lakukan. 

Selesanya, saya dengan perasaan yang membuak² mahu mencuba sesuatu atau melakukan sesuatu tanpa ada yang boleh menghalang. 

Itulah besarnya harapan saya atas segala sesuatu untuk Allah swt handle the rest on behalf of me. Doa, Usaha dan Tawakkal. 

Senangnya hati saya despite of all housechores to be done, saya tidak mudah stres dan kurang lah sakit² kepala, tidak mudah sakit² pinggang seperti yang sering saya alami semasa masih bekerja dahulu.

Kerja dari rumah buat kita awet muda juga. Kesihatan pun terjaga dan kita pun makan makanan homecooked yang bukan sahaja terjaga kebersihan nya tapi juga lebih sihat dan selamat  InshaAllah. 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”