Monday 3 April 2023

Doa Cepat Mustajab


Alhamdulillah. Malam ini sudah pun memasuki 13 Ramadhan 1444H. Tidak sedar rasanya 2 minggu sudah umat Islam berpuasa. Seperti tidak puas rasanya untuk memenuhi waktu kita dengan ibadah dan berdoa. 

Malam ini saya ingin berkongsi satu doa yang telah dikongsi oleh nenda Shaklee saya semasa saya join kelas beberapa hari yang lalu. Menurut nenda Shaklee saya, beliau mendengar doa ini daripada Ustazah Hafizah Musa yang boleh di amal baca pada bila-bila masa sahaja dan seberapa banyak kita mahu. Cumanya, ada beberapa waktu dan ketika di mana doa kita dibukakan ijabah nya. 

Sesuai dengan tajuk saya pada entri kali ini, saya ingin kongsikan : 

6 WAKTU PALING MUSTAJAB UNTUK BERDOA

1. WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH


Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak”
(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).

Disebabkan itulah, semasa mendengar laungan azan, duduklah di atas sejadah berdoa sambil kita menunggu iqamah dilaungkan. 

2. SEMASA HUJAN TURUN


Apabila hujan turun membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering. Waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.

Rasulullah s.a.w bersabda “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)


3. DUA WAKTU PADA HARI JUMAAT


Hari Jumaat adalah hari yang istimewa di sisi Allah.

Rasulullah SAW pernah membicarakan tentang hari Jumaat dalam sebuah hadis sahih di mana Baginda bersabda:

“Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (dimakbulkan), maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Selain itu, satu lagi waktu yang patut dianggap mustajab oleh para ulama’ adalah ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai.

Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan solat Jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “Ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai solat Jumaat”.(Hadis Riwayat Muslim)

Maka, jangan lah kita sia-siakan hari Jumaat berlalu begitu sahaja tanpa kita berdoa. 

4. SEPERTIGA MALAM TERAKHIR


Apabila sepertiga terakhir malam, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda,

“Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hal tersebut dapat pula dilihat dari keterangan yang disampaikan Abu Hurairah yang menyampaikan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Artinya: “Rabb kita tabaroka wa ta’ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: ‘Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Kuampuni’.” (HR. Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758).

Artikel ini telah tayang di BangkaPos.com dengan judul Doa Mustajab di Sepertiga Malam, Diijabahinya Doa dan Diberi Setiap yang Diminta Dibaca Usai Tahajud, https://bangka.tribunnews.com/2021/10/25/doa-mustajab-di-sepertiga-malam-diijabahinya-doa-dan-diberi-setiap-yang-diminta-dibaca-usai-tahajud.

Doa di saat tahajjud umpama panah yang tepat mengenai sasarannya. - Imam As Syafie

5. HARI ARAFAH PADA MUSIM HAJI


Sesiapa yang sampai ke sini sememangnya bertuahlah kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah Al Mukarramah lebih-lebih lagi pada musim haji.

Sabda Rasulullah SAW “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).

6. KETIKA WAKTU SAHUR DAN BERBUKA PUASA


Disamping waktu terakhir sepertiga malam, waktu sahur juga tergolong dalam waktu mustajab itu. Oleh itu banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat fardhu Subuh. Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu lagi waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya. MashaALLAH.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” 
(Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Berdoalah dengan matlamat yang jelas dan spesifik. Semoga semua amalan kita yang berterusan dapat diterima di sisi Allah dan dapat mempersiapkan diri kembali bertemu denganNya dengan timbangan amal yang cukup. Semoga kita semua tidak berputus asa untuk terus istiqamah berdoa kepada yang Maha Kuasa Allah SWT. 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”