Tuesday 18 November 2014

Shaklee Labuan: Health & Wellness Talk - Diabetes

Diabetes Talk - Cegah & Kawal Kencing Manis 


Meriah pula rasanya talk malam ni. Walaupun kanak2 bising tapi kami tetap khusyuk mendengar pakar nutrisi, Tracy Yong bercakap di depan. Banyak ilmu yang saya dapat malam ini. Wah betul2 ilmu yang sangat berguna. Bukan hanya pada saya, tapi anda yang berada di luar sana. Tidak kiralah anda tidak mempunyai masalah kencing manis tapi sekurang2nya ini bukan alasan untuk anda tidak mempedulikan penyakit ini.

Tambahan lagi, minggu lepas saya tengok berita mengatakan hari itu adalah Hari Diabetes Sedunia. Pesakit Diabetes akan meningkat dalam kadar DUA KALI GANDA berbanding tahun lepas. Tahukah anda?? Amalan pemakanan yg tidak sihat & persekitaran alam sekarang ini membuat kita cenderung utk mendapat penyakit kronik seperti DIABETES. Dalam berita pun mengatakan PESAKIT KENCING MANIS KRONIK cenderung mghadapi masalah sakit jantung, buta penglihatan dan kehilangan anggota badan.

Masih tidak percaya?? Dalam waktu yg singkat sahaja anda akan merana kerana tidak mahu merawat atau tidak ambil kisah pkara ini. Jgn terhantuk baru nak terngadah. Jangan juga terlalu bgantung pd ubat. Ubat dari hospital memang kena makan tapi anda pasti memerlukan suplemen juga.

Semasa talk tadi pun, Tracy ada sebut kaki adalah tempat pertama yang akan diserang. Kaki yang hitam itu adalah kerana kekurangan oksigen. Kaki yang berlubang2 tu disebabkan bakteria memakan anggota badan kita. Kalau dibiarkan lama, kaki akan diambutasi untuk mengelakkan bakteri merebak ke bahagian badan yang lain. Anda ingin membiarkan kaki anda dipotong? Atau anda ingin kehilangan daya penglihatan? Atau anda ingin terus-terusan melakukan Dialisis Buah Pinggang?

Pernah dengar "Dialisis". Dialisis ini adalah proses untuk membersihkan buah pinggang yang disebabkan penyakit kencing manis ini. Jika diabetes tidak dirawat dengan cepat. Penyakit ini akan merosakkan buah pinggang kita dan ia tidak mampu berfungsi seperti biasa. Proses Dialisis ini biasanya akan dilakukan 3 kali dalam seminggu akan mengambil masa dalam 3 hingga 4 jam sekali.

Bayangkan lah kalau kita cuci buah pinggang kita segala khasiat dan zat makanan semua pun tercuci sekali. Cuba fikirkan apa lagi vitamin yang tinggal di dalam badan kita selepas itu. Sebab itu selepas proses ini pesakit diabetes akan merasa loya, pening dan muntah. Dan disebabkan itu juga, banyak vitamin yang perlu dimakan kerana tiada apa2 yang tinggal selepas mencuci buah pinggang tu.

Sengsara juga kan. Macam2 lagi lah kesan lain. Walaupun ini penyakit keturunan, tapi kita mampu mencegahnya sebelum terkena. In shaa Allah. Prevention is better than cure.

                                       




Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Fibroid & Puncanya

Fibroids adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. 

Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umur empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.

Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. 

Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. 

Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. 

Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisanendometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. 

Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. 

Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.

Mengapa Tumbuh Fibroid?


Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. 

Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. 

Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. 

Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid.

Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.

Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon


Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. 

Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. 

Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. 

Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. 

Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.

Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

"Prevention is better than cure"
Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Shaklee ON LIVE: President of Shaklee Malaysia

Program MyKasih Foundation "Care for Our Children"

Mr Victor Lim, President of Shaklee Malaysia said

"A big thank to Bernama TV for having me on their TV show this morning.

I'm delighted that I'm given an opportunity to share about the Shaklee cares for children CSR project. The 3 objectives we want to achieve in this project. 

1. To create the awareness of healthy children require sufficient of nutrients especially during their growing age. That is the time their body form organs and all the bodily system to support their growth. 

2. To create awareness that many children out there are hungry. They don't have food and nutrient to support their lives. That will affect their growth and they might become very weak adult one day.

3. It gives a great opportunity for Shaklee families to participate in this very meaningful CSR project to help the needy in Malaysia.

Mealshake is an answer for our kids. It provided 19 types of vitamins and minerals. 9 types of essential amino acid and fibre and it tastes really good. It's our responsibility to continuously promote this supplement to all the people surrounding us.

Special thank to all the Shaklee families for watching the Bernama TV interview this morning."



Walaupun internet slow dan tersekat2 saya setia mendengar Presiden Shaklee Malaysia bercakap. Memang best sangat... Proud to be a part of Shaklee Families. Semoga program ini berjalan lancar untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik. In sha Allah..

"Prevention is better than cure"
Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”