Sunday 30 November 2014

Pengedar UTAMA SHAKLEE: Alfalfa is My Best Friend


shaklee labuan

Hari ini mau sharing tentang kawan karib saya sampai bila2 ni iaitu Alfalfa Complex. Setiap kali mau habis mesti top up untuk bekalan saya setiap hari. Alfalfa ini memang best fren saya kerana Alfalfa lah membantu saya menyelesaikan masalah keputihan saya. Sampai sekarang saya tidak lagi mengalami masalah ini. Kalau dahulunya memang teruk. Sampai saya sangat malu dan kurang keyakinan diri. Sampai saya fikirkan dengan masalah saya ini, bolehkah saya mengandung. Sangat risau masa itu. Walaupun tidak pasti ada kaitan kah hamil tu dengan masalah keputihan. Sehingga lah saya mengandung pun saya mengalami masalah yang sama dan doktor bagi saya ubat. Haaa, bukan dimakan pulak tu. Eeeee, tidak mau lagi pakai ubat ini... Sampai bila2 tidak mahu!!!

Sekarang alhamdulillah sangat membantu. Harian saya berlalu dengan sangat selesa. Syukur sangat2. Saya pun tidak mahu lagi masalah ini. Selamat tinggal keputihan. Terima kasih sangat2 ya Allah kerana memberi petunjuk untuk sihat bersama Shaklee...

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Selfie Perjalanan Pulang

pengedar shaklee kota kinabalu

Spek Mata Baru


Puas kelmarin petang berjalan Membakut-Papar-Shaklee KK- Centre Point-KK Plaza-Membakut. Inilah hasilnya shopping anak beranak. 

Ini pun baru pandang dari depan. Belum tengok di bonet kereta lagi. Hehe. Bukan selalu. Saya pun jarang sekali shopping sakan. Ada duit Shaklee saya gunalah, tidak payah minta2 daripada suami. Duit sendiri kan ada.. So tidak perlu risau kalau ada yang diingini dan diperlukan. Rembat saja lepas berfikir masak2. Hehe.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday 29 November 2014

Master-To-Be vs Roger Barnett

master labuan


Duta Shaklee Saya: Nazran


Ketaksuban saya mengambil gambar hero saya a.k.a Master-to-be Nazran bersama Roger Barnett saya tidak dengar nama saya dipanggil oleh servis kaunter. Hehe. 

Hero saya yang memang consumer Shaklee saya paling hebat. Duta Shaklee yang paling menakjubkan. Yalah, sehingga sekarang dia membesar dengan sihat dan sangat pintar. Dia juga penghibur saya, bila saya makan, bila kita minum, bila kita berbaring, teman bermain bola, suka main dengan kucing, dia juga ada caranya tersendiri kalau dia ada inginkan sesuatu. Sangat pintar anak ummi ni. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Journey to Shaklee KK

shaklee kota kinabalushaklee kota kinabalu

I Am Here, Shaklee Kota Kinabalu.


Selepas menghadiri jemputan walimah rakan sepejabat saya, kami teruskan lagi perjalanan untuk pergi Shaklee di Cawangan Kota Kinabalu. Kalau tidak sejam di sini memang tidak sah! Nazran suka sangat di sini. Saya tunggu giliran, selepas kaunter servis key in dan kira barulah dia panggil saya. Hehe.. Ramai betul yang order bah.. Jadi biasalah... Tidak mahu lepaskan peluang beginilah jadinya.

Saya pun tidak lepaskan peluang untuk meminum air hasil daripada Get Clean Water Pitcher. Jug air yang mempunyai tapisan air sendiri di dalamnya dan tidak perlu wayar2 lagi, boleh bawa ke mana2 pun. Memang sangat best! Air nya sangat bersih. 

Apa-apa pun saya sangat gembira hari ini. Penat bercampur dengan gembira, excited dan bersyukur sangat Allah swt izinkan saya untuk pergi ke sana seperti yang dirancangkan. Semua pun dapat seperti yang diingini kecuali Receipt Book. Nasib stok banyak. Special nya hari ini Shaklee tutup pukul 9 malam semata2 menunggu mereka yang mahu buat closing.

Terima kasih pada encik suami yang membawa dan juga berpenat lelah memandu dan menunggu sehingga selesai urusan. Walaupun dia tidak mahu naik ke Shaklee tapi tidak apa, pengorbanannya sangat luar biasa. TQ so much abang..  

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Penangan Hebat Basic H Shaklee

shaklee labuan

Sekaligus Beli Dua Basic H Shaklee

Penangan hebat Basic H Shaklee yang memang hebat dan berkesan. Tambahan lagi sangat selamat. Tiada bahan kimia. Basic H Shaklee diperbuat daripada sisa vitamin yang mana sisa vitamin ini melalui beberapa proses dan akhirnya ia menjadi liquid/cecair yang mampu membersihkan seluruh rumah, lantai, meja, dapur, sinki, tandas. Ia juga boleh di campur dengan air dan letak pada botol penyembur seterusnya boleh digunakan untuk menyembur lipas, semut, kotoran melekit, besi yang karat dan macam2 lagi.

Saya sudah mencubanya, anda bila lagi?

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday 28 November 2014

Shaklee Wherever U Will Go


A Must Bring Item

Petang semalam lagi sudah siap kan barang2 untuk di bawa ke kampung. Lepas saja balik dari kerja semua barang main sumbat saja. Nasib juga tidak tertinggal pelengkap hidup saya for everyday. Hehe. 

Purifying Shampoo - Mengurangkan kelemumur

  • Menyucikan rambut dan kulit kepala
  • Melegakan gatal pada kepala
  • Bau yang alam semulajadi & warna yang jernih
  • Sangat jimat sebab shampu ini sudah hampir 1 bulan, di guna bersama encik husband

Gentle Deep Foaming Cleanser - Pembersih dan pencuci muka

  • Mencucikan dan membersih muka dengan sempurna
  • Menganjalkan kulit
  • Sangat jimat kerana hanya di gunakan sebesar kacang hijau 
  • Mempercepatkan parut muka saya kering
Sangat2 best!!! Tergoda sangat dengan dua produk ini. Terima kasih Shaklee...

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

“Saya Tidak Mahu Tulang Belakang Anak Saya Ditebuk!” – Dr. Alya Hamzah

Pengenalan
Respon di atas kadang kala kedengaran di hospital tempatan apabila doktor yang merawat seorang kanak – kanak mengemukakan cadangan kepada ibubapa atau penjaga mengenai keperluan untuk mendapatkan sampel air tulang belakang. Walaupun kemodenan telah meresapi segenap aspek kehidupan masyarakat kita, namun sesetengah persepsi agak sukar diubah mengenai sesuatu perkara. Antaranya adalah prosedur mengambil air tulang belakang atau ‘lumbar puncture’ (LP). Adalah diharap dengan artikel ini, persoalan dan kekeliruan tentang prosedur tersebut dapat terlerai.

Apakah air tulang belakang?
Sebelum kita mengupas subjek ini, mari kita mengenali dahulu anatomi badan yang terbabit.
Otak dan saraf tunjang  merupakan organ yang ‘tersimpan’ dalam susunan yang sangat rapi. Kedua duanya diselaputi sejenis tisu yang dipanggil ‘meninges’. Otak terletak di dalam struktur  tengkorak yag utuh. Saraf tunjang pula, rangkaian tisu yang bermula daripada bahagian bawah otak, mengunjur kearah bawah badan di dalam perlindungan tulang belakang yang dekenali sebagai tulang vertebra (vertebrae).Tulang belakang atau tulang vertebra ini agak unik kerana ia tidak bersambung seperti sebatang tiang contohnya, namun ia berupa ‘bongkah – bongkah’ kecil yang tersusun rapi di atas satu sama lain. Tulang tulang vertebra ini bersambung antara satu sama lain dengan struktur yang dikenali sebagai ‘spinal disc’ yang memainkan peranan menyerap sebarang impak dalam manusia menjalani aktiviti kehidupan seharian.

Otak dan saraf tunjang ini sentiasa dibasahi cecair yang dikenali sebagai air tulang belakang atau ‘Cerebrospinal Fluid ‘ (CSF).  Air tulang belakang atau CSF dihasilkan di dalam otak sepanjang masa. CSF yang dihasilkan melalui sistem saluran khas di dalam otak turun membasahi  rangkaian saraf tunjang. Air yang terkumpul di bahagian bawah di sekitar saraf tunjang tersebut akan diresap kembali untuk dikembalikan kepada otak di mana  proses penghasilan CSF ini bermula lagi. Antara fungsi CSF adalah melindungi otak dan saraf tunjang  daripada hentakan kepada dinding tengkorak dan juga tulang vertebra yang keras.

Apakah prosedur ini sebenarnya?
Prosedur ‘lumbar puncture’ merupakan proses untuk mendapat akses kepada CSF atau ruang dimana tersimpannya cecair tersebut. Setelah akses ini diperolehi, pelbagai tujuan dapat dicapai bergantung kepada situasi klinikal yang dihadapi. Seperti yang diterangkan di atas, bahagian otak dan saraf tunjang tersimpan dalam keadaan yang sangat rapi. Ia adalah sangat sukar bagi doktor yang merawat untuk melakukan evaluasi terhadap sistem saraf tersebut apabila seseorang pesakit disyaki menghadapi sebarang masalah berkaitan. Kelebihan memperolehi akses kepada CSF atau ‘ruang’ itu tadi , doktor dapat menjalankan evaluasi dan siasatan yang lebih terperinci agar diagnosis yang tepat dan rawatan yang paling sesuai dapat diberikan.
tulang belakang

Mengapakah prosedur in dilakukan?
Dalam pesakit kanak kanak, antara indikasi utama utntuk melakukan LP adalah apabila anak itu disyaki menghidapi radang otak akibat draipada jangkitan. Ini kerana ujian lain seperti sampel darah dan ujian ‘scan’ pada otak sahaja tidak memadai untuk mencapai diagnosis yang tepat.
Tambahan pula, kadang kala kanak-kanak yang menghidapi jangkitan otak tidak menunjukkan tanda- tanda ‘klasik’ atau biasa jangkitan tersebut. Ini menyukarkan para doktor untuk membuat diagnosis.
Dengan adanya CSF, analisis terperinci dapat dibuat agar rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah tepat dan terbaik. Sekiranya sampel ini tidak diperolehi, rawatan akan diteruskan juga mengikut ‘bukti-bukti’ klinikal yang sedia ada. Namun, kehadiran organisma yang menyebabkan jangkitan tidak akan dapat dibuktikan. Kesukaran akan timbul sekiranya kanak- kanak tersebut tidak menunjukkan tindak balas yang baik terhadap rawatan awal. Ini akan merumitkan rawatan seterusnya kerana doktor tidak mempunyai ‘bukti’ utuh untuk memandukan pelan rawatan ke atas pesakit.
‘Lumbar puncture’ juga boleh dilakukan untuk memberi ubat – ubatan ataupun untuk mengurangkan tekanan  di dalam ruang otak dalam kes- kes terpilih.

Bagaimanakah prosedur ini dijalankan?
Prosedur ini selalunya memakan masa dalam 20 hingga 30 minit. Bergantung kepada keaadan pesakit, ubat pelali mungkin diberi ataupun tidak. Tiada persiapan khas yang diperlukan untuk pesakit. Prosedur ini dilakukan dalam keadaan steril dan menggunakan sebatang jarum khas.
Sebelum itu, ubat untuk mengurangkan sakit akan diberikan dalam bentuk krim pada kawasan tulang belakang. Ubat tahan sakit berbentuk suntikan kadang kala diberikan bergantung kepada usia dan keadaan klinikal. Doktor akan memilih kawasan yang hendak dicucuk iaitu di antara tulang-tulang vertebra dan di kawasan yang jauh daripada rangkaian saraf tunjang. Jarum ini kemudiannya  dimasukkan ke kawasan yang telah dipilih. Air tulang belakang akan keluar melalui jarum dan dikumpul untuk analisis. Hanya beberapa titis shaja yang diperlukan untuk analisa.
Setelah itu , jarum akan dikeluarkan dan kawasan tersebut akan ditutupi dengan ‘pressure dressing’ untuk beberapa ketika untuk memastikam tiada pendarahan atau pembocoran air tulang belakang.

Apakah komplikasi yang boleh berlaku?
Dalam kanak-kanak yang didapati sesuai untuk menjalani prosedur LP, komplikasi yang boleh terjadi adalah perasaan sakit dibahagian yang dicucuk untuk beberapa jam. Ada juga sesetengah anak -anak yang akan mengadu pening kepala tetapi kedua-dua keadaan ini adalah sementara dan pesakit akan dinasihatkan untuk baring atau berehat untuk beberapa jam dan juga untuk meningkatkan pengambilan air.
Oleh kerana tempat dimana jarum tersebut dimasukkan adalah jauh daripada saraf tunjang, isu pesakit menjadi lumpuh tidak timbul. Tulang belakang atau vertebra juga tidak dicederakan memandangkan  kawasan yang dicucuk adalah ‘ruang’ di antara tulang tersebut.
Air tulang belakang yang diambil akan ‘diganti’ semula oleh otak kerana seperti yang diterangkan, proses penghasilan CSF adalah suatu proses yang berterusan.
Komplikasi lain yang  boleh timbul adalah radang atau jangkitan di kawasan yang dicucuk tetapi ini sangat jarang berlaku kerana prosedur in dilakukan dalam keadaan steril oleh doktor yang terlatih.

Adakah prosedur in selamat ?
Dalam kes-kes yang telah ditentukan sesuai oleh Doktor yang merawat, prosedur LP adalah satu prosedur yang selamat. LP sangat  penting dalam membantu penyiasatan penyakit berkaitan dengan otak dan saraf tunjang serta penyakit-penyakit tertentu yang lain. Adalah normal untuk ibu bapa merasa risau apabila doktor mengesyorkan prosedur tersebut dan staf yang terlbat seharusnya sensitif dengan perasan ibubapa. Namun kedua-dua pihak ibubapa dan doktor yang merawat bolehlah saling berbincang agar sebarang keraguan dan persoalan dapat ditangani dengan cara yang terbaik.

Dr. Alya Hamzah merupakan pegawai perubatan paediatrik yang kini bertugas di Sabah. Beliau amat mementingkan pendidikan pesakit dan keluarga pesakit dalam memastikan rawatan yang diberikan adalah optimum. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Jana Pendapatan Secara Sambilan

Gaji sahaja tidak cukup!!

Pagi ini check gaji sudah masuk. Yes!! Alhamdulillah. Tapi setiap kali gaji saya bukannya terlalu excited pun bah. Sebab apa, saya banyak komitmen untuk bayar sana bayar sini. Gaji memang lah beribu tapi kalau sudah bayar2 tinggal 30% saja tinggal untuk diri saya sendiri.

Saya ini sebenarnya seorang penjimat. Sangat cermat. Bukan mahu memuji diri sendiri, tapi ini betul sebab apa2 saya perlu keluarkan belanja saya akan fikir adakah ini untuk masa depan? Adakah ini satu keperluan dan bukan satu kemahuan. Need vs Want is different okay? Sebab itu saya ni kalau orang mahu cakap kedekut kah apakah, pedulilah. Ini memang diri saya.

Saya tidak akan melabur duit saya semata-mata untuk harta dunia. Apatah lagi yang kosnya makan beratus ringgit. Bagi saya itu adalah pembaziran. Saya memang tidak suka! Tapi terkadang saya beralah saja demi kepuasan sesetengah pihak. Allah itu MAHA ADIL.

Tambahan lagi, harta benda kita ini bukan mahu makan sendiri. Bagi saya perlu untuk kita bahagi sedikit duit atau rezeki kita buat mereka yang lebih memerlukan. Infaq pada ibu sendiri pun dinamakan sedekah. Jika kita mahukan kekayaan, perbanyakkanlah sedekah. Ikhlaskan hati. In sha Allah, rezeki itu akan berbalik pada kita dengan dua kali ganda lipat. Allah itu MAHA PEMURAH. Kalau kita pemurah, tidak mustahil rezeki kita pun murah. Amiiinnn ya rabbal alamin.

Saya buat Shaklee ni pun, saya tidak mahu bebankan suami saya. Saya akui, saya banyak kemahuan. Yalah, seorang wanita kan. Tapi saya ni beli pun bila perlu. Beli pun bila saya sudah fikir masak2. Barang kemahuan saya sendiri, saya tidak akan minta daripada suami saya lepas saya ada income daripada Shaklee ini. Walaupun tidak banyak saya berpuas hati, sedikit sebanyak mampu cover untuk simpanan masa depan kami anak beranak. Ini pun bukan untuk saya tapi buat anak2 saya juga. Keluarga saya.

Saya tidak mahu bebankan suami saya dengan macam2 belanja. Cukuplah makan pakai kami anak beranak saya guna pendapatannya. Tapi segala apa saya mahu, saya sendiri akan tanggung sendiri. Walaupun baki gaji saya tidak cukup setiap bulan, saya puas hati sebab saya tidak punya banyak kemahuan setiap bulan. Cuma kadang dalam setahun tu mesti ada juga lah saya rasa membeli yang tidak perlu. Tapi itu untuk merasa dua tiga kali dalam setahun jak. Kata orang mahu lepaskan kempunan jak.

Saya juga tidak mahu kalau orang lain suka ungkit2 perbelanjaan saya. Ke mana duit saya pergi. Saya paling tidak suka. Jawapannya adalah semua dalam buku akaun simpanan saya. So please jangan kata saya lokek. Saya bekerja dan dapat gaji hasil titik peluh saya juga. Jadi biarlah saya tentukan apa yang perlu saya buat untuk duit tu. Anda semua pun boleh menyimpan sebenarnya. Sangatlah boleh. Tiada istilah tidak cukup bajet. RM10 pun menyimpan bah. Jadi kita tidak rugi di masa depan nanti. Jangan menyesal suatu hari nanti apabila kamu sedar keputusan kamu suatu ketika dulu adalah salah.

Pendapatan dari Shaklee setiap bulan pun berkat daripada usaha saya. Saya pun jual tidaklah mahal dan masih menepati syarat dan undang2 Shaklee. Yalah, niat saya hanya untuk membantu orang lain hidup sihat. Kalau anda rasa mahal dan memilih untuk mahu memiliki vitamin Shaklee, itu adalah pilihan kamu.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Welcome to My Shaklee Family

Lagi - Potential Shaklee Family Member 


Alhamdulillah berkat rezeki hari ini. Gaji sudah dapat dan saya dapat dua berita baik. Satu, kawan yang cakap mahu masuk member hari Sabtu lepas, hari ini dia confirm sudah. So malam nanti pergi jumpa dialah untuk memberi sedikit penjelasan.

Dua, seorang aunty dia whatsapp dan inbox saya di facebook dan bagitahu dia berminat untuk jadi. Dia tanya saya ni pengedar yang sah ka, kalau pengedar biasa saya boleh daftar dari kamu ka. Dia tanya juga masuk member ada berapa cara dan bagaimana. Terus saya call dia untuk terangkan lebih dalam lagi. So dia memang berminat lah. Dia berasal dari Bintulu Sarawak, tapi dia sudah lama di Labuan. Jadi saya berjanji dengan dia untuk berjumpa tengahari esok untuk dengar lebih penjelasan. Yang bestnya dia pun kata mahu pergi KK Sabtu ni, so sy plan dengan dia untuk pergi Shaklee KK Branch sama2. 


JOM join ahli Shaklee untuk dapatkan harga jimat untuk amalkan gaya hidup yang sihat melalui produk Shaklee. 

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday 27 November 2014

Pengedar Shaklee UTAMA di Labuan: Free Keahlian


Bertambah lagi Keluarga Shaklee Saya


Tadi baru balik dari rumah kawan suami saya, yang juga seorang customer saya. Dia pernah beli set resdung dari saya dan belikan Lecithin buat isteri dia. Sabtu yang lepas dia whatsapp saya mau jadi ahli Shaklee. So saya explain dia briefly tentang cara2 masuk member. Dan hari ini dia sudah confirm untuk jadi ahli selepas bincang dengan beloved wife. 

Selepas proses pemilihan produk, saya bagi mereka tandatangan borang permohonan dan Protection Data Act form. Sampai sahaja dirumah, selesai makan malam, saya duduk untuk mengisi borang bagi pihak mereka. Sedang khusyuk isi borang, putus pula bekalan letrik. Sudahlah guruh dan kilat sabung menyabung di luar. Bergegar rumah rasanya. Nazran pun asyik terbangun2. Hehe.

Kan best kalau suami isteri join member. Sebab jimat lah kan. Kalau tidak, pasangan pun kena bayar yuran ahli. Memang best kalau spouse joining bukan rugi pun bah. Jadi nanti bila satu hari nanti kita berjaya, kita akan bersama2 pasangan kita berada di pentas untuk mengambil anugerah. Wahh.. Kan best tu. 

Saya pun sudah dapat pin Supervisor. Disebabkan saya join ahli bersama suami, saya dapat dua pin. Supervisor Pin. Best woo.. Untung kan. Walaupun stakat Pin tapi bagi saya itu suatu recognition dalam kejayaan saya dalam Shaklee. Tidak apa, saya ada 6 lagi level untuk di kejar. Semoga Allah permudahkan. 

Tambahan lagi, saya excited sangat sebab apa, dia mau masuk ahli secara free. Ala, yang cara 2 tu. Beli produk dengan 200uv (Pembelian dalam RM650 ke atas). Fuhh, kejutan bagi saya. Excited nya saya. Syukur alhamdulillah.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Shaklee: Vitamin Wajib Sebelum Tidur


OsteMatrix adalah pilihan saya sejak sebulan yang lalu. Saya perlukan kalsium kerana saya sering lewat tidur malam, duduk lama depan laptop. Itupun tunggu hero saya tidur dulu lah. Sebab tu saya baring bersama then bangun duduk dalam tempoh masa yang lama. Sampai sy puas hati untuk hari tu. Kalau terlalu mengantuk saja saya akn update ala kadar dan sharing di facebook. Mana yang sempat. Kalau belakang sudah terlalu sakit, saya baring dan post update melalui handphone sajalah. 

Memang betul pepatah ini dulu, bukan pepatah lah lebih kepada kata nasihat. Wanita yang sedang mengandung perlukan lebih kalsium kerana kalsium ini diperlukan oleh kedua ibu dan anak dalam kandungan. Kalau kita kurang sumber kalsium dalam badan, boleh rasa semasa mengandung contohnya pengalaman saya sendiri gigi saya sakit, saya sudah tidak ingat berapa hari tapi lebih dalam 3 hari macam tu lah. Gigi sakit yang ngilu, setiap malam saya tidak dapat tidur, yang macam berdesing dan macam mahu cabut gigi tu pun ada. Bukan itu sahaja, setiap pagi gusi akan berdarah semasa memberus gigi. Haaa, siapa yang sering menghadapi masalah ini confirm kamu kurang kalsium.

Saya sangat perasan sejak saya makan OsteMatrix memang saya sudah tiada masalah sakit belakang. Sangat jelas lagi terang saya tidak lagi minta suami saya urut, tidak minta picit belakang dan bahu lagi. Hehe. So kita tidak perlu lah susahkan suami atau adik atau mak saya untuk minta picit.

Kesan sampingan kurang kalsium ini kamu tidak akan nampak sekarang, atau dalam masa dua tiga tahun kah, tidakkk... Tapi akan rasa masa tua nanti. Memanglah sakit tua tu ada... Tapi mencegah itu kan lebih baik... Ini adalah kesan jangka masa panjang. Kalau tidak mahu telan OsteMatrix, minum lah susu rendah lemak setiap hari minimum 3 gelas sehari.

Vitamin E itu pula supaya segala regangan kulit di badan, kaki, punggung, betis, perut semua pudar dan seterusnya hilang. Saya sendiri tidak senang tengok badan saya ini. Yalah, ini kan pengorbanan seorang ibu kesan mengandung dan melahirkan. Ini memang perkara biasa buat ibu mengandung kerana kulit mereka akan tertarik sebab badan mengembang dari lah muka sampai lah ke kaki. Bila mengecil semua tu nanti akan meninggalkan regangan kulit tu. Saya harap ini dapat membantu saya dalam masalah regangan kulit.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Hipertensi: Gejala & Rawatan

set darah tinggi shaklee

Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.

TEKANAN DARAH


Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75.

Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
Tekanan Darah Abnormal

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.

Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:

~Penyakit buah pinggang
~Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
~Faktor keturunan
~Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Tanda & gejala

  • Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
  • Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.

Komplikasi


Komplikasi- komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

Peningkatan mendadak tekanan darah boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-

1. Jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan
kematian
2. Pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
3. Buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
4. Mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya
dalam mata
5. Otak- strok/angin ahmar

Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

RAWATAN


Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara rawatan tanpa ubatan & ubatan
1. Anda perlu mengubah cara hidup seperti
2. Kurangkan pengambilan garam
3. Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
4. Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan
pemakanan
5. Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
6. Hindari stress

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

Penyakit Kencing Tikus



Sejak kebelakangan ini, kes kencing tikus ini terlalu biasa di dengar tambah2 lagi di Kolej Matrikulasi Labuan. Tambah2 lagi adik saya pun sedang belajar di sana. My only sister. Oleh disebabkan kes begini merisaukan saya. Saya pun buatlah kajian, carilah bahan2 untuk mengetahui lebih dalam tentang Penyakit Kencing Tikus ini. 

Penyakit Kencing Tikus (Leptospirosis)


Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.

• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.

• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

• Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

Gejala :

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).

2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.

3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)

4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes). Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.

5. Radang selaput mata.

6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Tanda dan ujian makmal
1. Ujian sel darah putih (WBC).

2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.

3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.

4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.

5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).

6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.

7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.

8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.

9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Harapan(Expectations)(prognosis)

Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:

• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.

• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).

• Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).

• Kegagalan fungsi hati.

• Kegagalan fungsi buah pinggang

Boleh membawa maut sekiranya kritikal!!

Rawatan 

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan 

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday 26 November 2014

Kenali Ubat Anda: Semasa Mengandung

Kenali ubat anda semasa mengandung. Pastikan ia selamat. Beritahu kepada pihak berkenaan yang anda mengandung sebab apa yg di ambil akan memberi kesan kepada bayi

bagaimana nak pastikan selamat atau tidak?

dalam perubatan ada merujuk kepada index dalam perubatan

a,b,c,d,e,f

akan diberi pada kajian /ujian terhadap binatang spt kategori a adalah boleh

kajian yg tidak ada kesan wanita hamil type b kena berhati hati

type c kena berhati hati cth antibiotics pun ada diberi amaran pada label yg mana if pregnancy should refer to the doctor dan sebagainya

sperti multivitamin /supplement adalah selamat bg wanita hamil

kena berhati hati memilih produk kesihatan di luar yang pasti mesti ada kajian yang selamat dan semulajadi

Ataupun anda berminat dengan set vitamin Shaklee khas untuk mommy-to-be boleh berhubung dengan saya.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Shaklee Labuan: Power of Sharing

Rezeki Ada Di Mana Sahaja Anda Berada


Tengahari tadi selesai solat saya berjumpa dengan senior manager saya. Dia seorang staf baru di pejabat kami sekarang ini. Seperti yang dijanjikan, kami ingin teruskan discussion untuk siapkan audit completion memo. 

Mahu dijadikan cerita, semasa berdiskusi, handphone saya ringing and the discussion was interruped for a while. It was a called from a brother, also known as my customer, a friend of my husband. Dia call sebab mau repeat order ESP dengan Lecithin. Dia request pillbox yang baru dan dia juga mahu shaker Shaklee. After a short conversation on call ended, senior manager saya interested to know what am I selling. So I reply, supplement. Food supplement. Dia pun tanya lagi boleh reduce fat. Saya cakap lah "of course". 

Sebenarnya dia seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang audit but he knew only a bit regarding how to stay healthy. Then, dia cakap he is having very bad flu and took a long time to recover. His immune system not strong enough I think. So secara spontan nya, I was saying "you want me to offer you vitamin C?". Terus dia tanya how much and how big is it. Saya cakaplah, I bring it for you. Surprisingly, saya memang ada bawa ready stock pagi tadi bersama dengan saya untuk ke ofis. Manalah tahu kan dapat COD petang tu direct kalau ada orang mahu. Nasib baik ada bawa, terus dia kata "do you have it now with you" I said ya.. Terus saya ambilkan SR Vitamin C di tempat saya. Dia pun tidak faham apa tu 'Sustained Release". Kind of funny. Terus dia bayar saya.

Actually dia dulu consume original honey. But he said too risky because too expensive. 1 botol sebesar SR Vit C dia cakap cost you RM500++.. Wahhh... Terkejut saya dengar tu. Tidak pernah tahu original honey semahal itu. Hehe... After a while ago, dia terbaca flyers yang saya bagi pada dia. Soalan yang bertanya tentang nutrisi yang diperlukan dalam sehari. Kebanyakan jawapan pun dia said "no.''

What I am saying is rezeki ada di mana2 walaupun menolak dan menghalang. Saya pasti lebih ramai lagi yang di luar sana yang mahu inginkan jaminan kehidupan yang sihat.. Walau macam mana rintangan sekalipun, saya tempuhi juga dengan kekuatan hati. Apa pun dugaan yang kita hadapi pasti tersembunyi hikmah di sebaliknya. Sabar itu besar ganjarannya.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Shaklee: Where We Can Learn Something

Kalau ada kemahuan, di situ ada jalan


Setelah sekian lama tidak mengupdate blog pada waktu malam. Sang hero sebenarnya tidak berapa sihat. Setelah sekian lama dia tidak pernah sakit, dua hari lepas dia diserang selesema, syukur tidak demam dan badan dia tidaklah panas merisaukan. Hidung tersumbat membuatkan dia rasa tidak selesa dan sukar bernafas. Menyusu pun dia tidak mahu. Sangat cerewet. Kesian dia. Sejak dua hari lepas, tidur lambat bersengkang untuk memujuk si hero yang asyik menangis tidak selesa dan tidak mahu tidur. 

Syukur malam ini diberi kelapangan, suami pun keluar rumah so saya boleh duduk bersembang dengan teman setia saya, yang sentiasa sudi menunggu saya mengisi ruang iaitu blog saya. Si hero saya juga sudah pun tidur lepas makan ubat tadi. 

Semalam pergi kelas saya cuma dapat dengar separuh daripada ilmu yang disampaikan. Apa2 pun terima kasih kepada tulang belakang saya dalam Shaklee atas tunjuk ajar dan tips yang diberikan. Bawalah si hero ke klinik. Lama tidak jenguk klinik. Syukur alhamdulillah. Sejak umur Nazran setahun, he fit to consume Meal Shake and Omega Guard. So since 1 year old, he never get sick until now.

Sesungguhnya sampai kapan pun, we are still in learning process. Walaupun umur kita meningkat, kita masih lagi perlu bertanya. Pepatah melayu, "tidak bertanya sesat di jalan." Jadi tidak perlu malu bertanya. Hari ini saja pun saya banyak belajar. Learning from those well-experienced. Apa pun saya lakukan, apa pun saya hadapi semua atas izin Allah s.w.t. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Apa itu GASTRIK??

Gastrik/ Gastritis


Gastritis adalah istilah umum yang menjelaskan mana-mana keradangan pada lapisan dinding perut. Kebanyakan pesakit gastrik akan merasa sakit perut, ia mungkin disertai dengan rasa loya dan muntah-muntah.

Bagi kes-kes gastritis yang ringan, ubat bukan preskripsi (yang boleh beli sendiri dari farmasi) mungkin berkesan. Susu Jenis Magnesia, seperti Maalox, adalah sejenis anti-asid. Seperti namanya, bahan aktifnya adalah magnesium. Ubat gastrik ini biasanya dianggap selamat dan berkesan dalam melegakan sakit akibat daripada gastritis. Walaup bagaimana pun, ia bukanlah satu penyelesaian jangka panjang. Jika masalah anda berterusan, anda perlu berjumpa doktor.

Kesan sampingan yang paling biasa bagi pengambilan susu Magnesia adalah cirit-birit. Jika anda mengalami cirit-birit selepas mengambil produk ini, anda boleh cuba guna anti-asid lain. Kesan sampingan yang lebih teruk daripada itu jarang berlaku, tetapi mungkin berlaku, jika anda mengalami sebarang kesan sampingan yang luar biasa ketika mengambil susu Mangnesia, sila berjumpa dengan doktor anda dengan segera.


Susu Magnesia telah membantu pesakit gastrik memperolehi kelegaan dari sakit perut yang disebabkan oleh gastrik, tetapi ia tidak sesuai untuk semua pesakit. Jika anda rasa anda menghidap gastritis, langkah pertama yang paling bijak adalah untuk berjumpa doktor. Doktor boleh mengenal pasti sama ada ia merupakan gastritis atau satu masalah kesihatan yang lebih serius yang menyebabkan sakit perut tersebut. Kalau ia merupakan gastrik, doktor akan mencadangkan ubat gastrik yang paling sesuai untuk anda.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Atasi Gastrik anda dengan Shaklee

Selamat tinggal GASTRIK


shaklee labuan

Sejak kebelakangan ini ramainya bertanya tentang gastrik. Tahukah anda gastrik juga mampu meragut nyawa kita. Walaupun sebenarnya kita nampak ringan tapi kalau ia tidak dirawat dari awal anda akan menyesal seumur hidup. Gastrik boleh menyerang bila-bila masa saja. Tidak kira siang ka malam. Siapa pun boleh diserang gastrik. Kalau anda amalkan masa pemakanan yang tidak tentu dalam seminggu dua, anda bakal menghadapi masalah gastrik.

Sedangkan saya pun yang sentiasa amalkan masa pemakanan yang tetap, ada juga gastrik menyerang. Yalah saya pun pernah ada gastrik sejak jadi pelajar dulu. Setiap hari kena bertarung dengan gastrik. Kalau perut berangin dan rasa ada asid, jangan sesekali minum air berkarbonat lagi. Waahhh, itu berdasarkan pengalaman saya sendiri lah. Tetapkan lah masa pemakanan anda.

Jika perut rasa tidak selesa atau pun sering rasa senak walau sebenarnya tidak kenyang, jangan sesekali minum susu. Susu mempunyai kandungan asid yang tinggi. Saya bercakap pun kerana ilmu hasil dari bacaan dan pengalaman sendiri. In shaa Allah sharing ini akan membantu anda yang mempunyai masalah gastrik.

Set GASTRIK Shaklee

Energizing Soy Protein (ESP)

+ Memberi rasa kenyang yang lama. Sebab apa ESP penting sebab mereka yang sering gastrik ini kan mempunyai waktu makan yang berlainan setiap hari sebab itu diserang mereka gastrik. Waktu makan yang tidak tentu dalam harian kita. Jadi ESP ini akan lebih membantu anda rasa kenyang so kalau lewat makan pun tidak apa dengan syarat anda ada masa untuk membancuh ESP semasa waktu makan anda.

OsteMatrix

+ Ia adalah sumber kalsium buat mereka yang ada gastrik. OsteMatrix mengandungi magnesium yang sangat penting untuk mereka yang ada gastrik. Magnesium ini akan membantu anda meneutralkan gastrik yang ada dalam perut anda
+ Ia juga membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit dan masalah cirit birit. Cirit birit akan dihadapi mereka yang mempunyai gastrik tapi masih lagi mahu makanan yang pedas. Tolong elakkan makan yang pedas2 ya.

Peppermint Ginger Plus

+ Membantu anda untuk membuang angin. Haaaa, ini best. Kalau angin berkumpul di dalam perut ia akan menyebabkan gastrik dan seterusnya suakr untuk kita membuang angin. Halia yang terkandung di dalam Peppermint Ginger ini sangat membantu. Cubalah kalau tidak percaya.

Apa apa pun untuk dapatkan kesan yang lebih baik saya cadangkan anda ambil ketiga2 produk ini, apatah mereka yang memang mempunyai gastrik yang teruk. Aduuiii, korban sedikit duit anda untuk kesihatan diri sendiri.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday 25 November 2014

Pengedar Shaklee UTAMA Labuan: Dugaan Demi Dugaan

Tawakal Tangga Kejayaan


Usai solat asar petang kelmarin, saya dapat tahu yang bos tempat saya kerja sebagai Auditor ni tidak mahu kalau urusan bisnes sendiri dan pengeposan barang tidak boleh menggunakan alamat pejabat. Saya rasa down sangat. Hati saya rasa sedih sangat. Niat saya cuma membantu orang supaya hidup sihat. Saya tiada niat yang baik, saya tidak penting kan keuntungan juga. Motif dan tujuan utama saya ingin membantu orang sihat semata-mata. Walau bos menghalang, saya ada jalan saya sendiri.

Saya mencari akal juga untuk mengubah alamat surat menyurat saya di dalam rekod Shaklee. Sang suami pun memberikan alasan susah kalau pos barang ke pejabat tempat dia kerja. Jadi saya tiada cara lain, saya call GDex, yang bestnya mereka sudah mengenali saya dengan mendengar nama sahaja. Jadi mudah untuk saya berurusan dengan mereka. Jadi hari ini saya hubungi mereka untuk tidak menghantar apa2 kotak daripada Shaklee ke pejabat saya lagi.

Yalah, pejabat tu bos yang punya, mungkin saya tiada hak untuk menggunakan alamat tempat kerja saya sebagai urusan bisnes saya. Bos memang nampak supporting, tapi bila keadaan sudah tidak mengizinkan saya berserah. Syukurlah semuanya dipermudahkan. Allah s.w.t sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar. in sha Allah.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Budak Cerewet Sukakan Meal Shake


"I Love Meal Shake" by Nazran


Hari ini hero saya menangis saja. Dia rasa tidak selesa sejak kelmarin dia selesema. Hidung tersumbat. Sekali bagi dia tengok Meal Shake dia diam dengan sendirinya. Dia pun bagi isyarat minta kita tolong buka penutup Meal Shake tu. Habis comot mulut dia kesian. 

Walau bagaimana cara sekalipun, dia akan selalu begini. Bila dia menangis saja pun, bagi ja dia tengok Meal Shake ni dia akan tenang. Dia ni tidak lah memilih makan cuma dia mudah menolak walaupun baru beberapa kali di suap. Sebab itu, saya beri dia Meal Shake supaya dia dapat sumber vitamin dan mineral yang mencukupi. Nasib dia sukakan Meal Shake. Sangat suka!!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Sinus di Hadapan Telinga: Adakah Perlu Dibedah? – Dr. Ahmad Nordin

ENT/TELINGA, HIDUNG & TEKAK, HEALTH EDUCATION

November 19, 2014 

Kita kadangkala ada melihat bukaan kecil di hadapan telinga. Ini digelar sinus preauricular (bermaksud: pre-sebelum, auricular-telinga). Sinus ialah sebarang saluran di bawah kulit dengan satu pembukaan di kukit. Harap anda tidak keliru dengan sinus hidung. Biasanya, ia tidak mendatang sebarang bahaya. Tetapi di kalangan kecil, ia boleh menjadi bengkak, merah & sakit. Saya akan menerangkan perihal penyakit ini.

Telinga kita terbentuk dari beberapa bonjolan kecil semasa pembentukan janin. Bonjolan ini akan berlingkar menjadi bulatan dan menjadi cuping telinga. Bila wujud satu ruang kosong antara bonjolan ini, satu lubang akan terbentuk di luar dan terdapat saluran kecil yang terbentuk di bawah kulit tersebut. Ia biasa kelihatan di bahagian hadapan telinga, tetapi antara golongan kecil ia boleh terjadi di mana sahaja bahagian telinga luar.

Wanita ini mempunyai sinus preauricular di kedua belah telinga. Tetapi hanya sebelah sahaja yang mrngalami jangkitan berulang.

Imej 1: Sinus preauricular kiri, tiada jangkitan.

Anda dapat perhatikan lekukan kecil di hadapan telinga kiri, ini tidak menunjukkan sebarang jangkitan.

Imej 2: Sinus preauricular kanan dengan tanda jangkitan & parut lama, tetapi tiada jangkitan ketika ini.

Anda dapat perhatikan parut dan kemerahan di hadapan sinus preauricular telinga kanan, di mana di bawah kulit ini terdapat bisul dan nanah sebelum ini (sebahagiannya dilitupi oleh plaster dalam gambar ini). Saya akan menunjukkan bagaimana kami mengeluarkan saluran tersebut. Pembedahan boleh dijalankan secara bius setempat atau bius am.

Imej 3: Kawasan pembedahan dicuci & dilitupi oleh kain. Bebola kapas diletakkan di dalam salur telinga untuk menghindari cecair mengalir ke dalam salur telinga.

Kawasan pembedahan dibersihkan dengan iodin dan dialas untuk mengekalkan kawasan steril.

Imej 4: Saluran tersebut dibesarkan oleh sejenis besi tumpul untuk memudahkan kemasukkan pewarna nanti.

Imej 5: Suntikan pewarna biru ke dalam saluran preauricular sinus.

Kami biasanya memilh pewarna metilin biru (methylene blue) untuk disuntik ke dalam sinus. Ini untuk mengesan selaput saluran. Sekiranya terdapat kebocoran, warna biru akan kelihatan.

Imej 6: Kulit disuntik dengan ubat ‘marcaine adrenaline’.

Suntikan ubat bius setempat dengan adrenaline ialah untuk mengurangkan sakit pasca pembedahan dan untuk mengurangkan perdarahan semasa pembedahan.

Belahan di kulit dibentuk di sekeliling lekukan tersebut dan potongan dipanjangkan ke bawah mengikut arah saluran di bawah kulit. Diseksi dilakukan mengikut saluran sehingga penghujung salur. Prosedur ini mengambil masa lebih kurang 30 minit. Perlu diingatkan bahawa saluran tersebut mesti dipotong dengan lengkap. Jika tidak, penyakit ini boleh berulang.

Imej 7: Saluran tersebut dibedah dengan menggunakan ‘artery forcep’ di tangan kanan sementara ditarik dengan tangan kiri menggunakan ‘Allis forcep’.

Imej 8: Rupa saluran yang telah dibedah. Lekukan pada kulit kelihatan di bahagian atas spesimen.

Perdarahan dihentikan, kawasan pembedahan dicuci dengan air suling steril dan kulit dijahit semula. Jahitan boleh dilakukan di bawah kulit tanpa dibuka semula. Di sini, kami menggunakan benang Nylon yang akan dibuka dalam 7 hari.

Imej 9: lima jahitan nylon digunakan semasa kes ini.

Akhirnya, balutan digunakan dan akan dibuka hari seterusnya.

Imej 10: Balutan diletakkan untuk menyerap darah dan bendalir dari tempat jahitan.

Rawatan susulan akan dilakukan dalam beberapa minggu selepas ini. Ada segolongan kecil memerlukan pembedahan semula sekiranya jangkitan berulang. Kadangkala jangkitan yang teruk ada pembentukan nanah. Kami sedaya upaya mengelakkan dari memotong kulit untuk mengeluarkan nanah kerana parut akan terjadi dan mengakibatkan pembedahan di atas susah dilakukan. Pengeluaran nanah dengan jarum lebih sesuai pada ketika ini.

(Penghargaan: Saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pesakit, ibubapa dan kakitangan yang memberi kebenaran mengambil gambar mereka bagi tujuan pendidikan kesihatan bagi pihak awam)

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Ahmad Nordin, seorang pakar ENT yang bertugas di sebuah hospital di Sabah. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Rujukan:
Outcome of Patients Presenting With Preauricular Sinus in a Tertiary Centre – A Five Year Experience
I P Tang, MD, S Shashinder, MS (ORL-H&N), S Kuljit, MS (ORL-H&N), K G Gopala, FRCS
Med J Malaysia Vol 62 No 1 March 2007