Friday 3 October 2014

ESP - Buy 6 Free 1 Combo

Energizing Soy Protein..
Oct 2014 - Beli 6 Percuma 1 (Harga RM900)
*Jimat RM150
*Free join Shaklee as member
*Bonus cash RM36++


ESP membantu saya bekerja dengan lebih bertenaga. Kalau minum semasa sarapan pagi, sepanjang hari tidak mengantuk, walaupun selepas makan tengahari. Memang selalu lah begitu kan, lepas makan saja lembik, malas mahu buat kerja. Nah, minum ESP untuk tenaga yg berpanjangan.

ESP pun bagus kalau mahu kasi cantik kulit. Sepanjang saya minum ESP lah kan, kalau sehari dua tidak minum mesti jerawat kecil2 mudah tumbuh. Saya ni lagi kalau ada jerawat, adoiihaii amai bah tangan mengacau. Apa tidak hitam2 lah di muka. Bah sudah minum ESP ni, hitam2 bekas jerawat tu cepat kabur lah..Inda brpa kelihatan bah.

ESP pun mengenyangkan jua bah..Bah, kalau mcm saya ni mahu jua maintain berat bdn kan.. Kalau boleh inda mau lah mcecah 60kg tu...Hehe, so minum ESP berat badan sy spnjang stahun ni ada dari 55kg-59kg.. Hehe... So inda mau tertinggal minum ESP nanti slera makan time tengahari tu tinggi. Makan itu makan ini. Kalau minum ESP pagi, karang mkn tghr rasa kenyang ja. So ambil nasi pun ckit.

Lagi??? Saya nampak perbezaan pun bila minum ESP luka pembedahan saya jarang lah rasa ngilu2. Walaupun sudah setahun, pandai juga rasa sakit bah. Pernah saya ponteng ESP lebih sbulan.. Aduhaiii.. tidak boleh 'tidak' minum lah, rasa ngilu tu mudah datang.. dan kita boleh terasa ngilunya tu.. yalah kadang2 rasa juga ngilu, tapi bila tidak peduli skjap dia hilang lah. Tapi lain kalau tidak minum.. boleh perasan rasa ngilu di spnjang luka pembedahan tu. Consume lah ESP untuk kesihatan sendiri...

Dan lagi hampir terlupa, saya bebas dari derita gastrik dengan migrain.. Yaa!!! Punya best, saya dulu masa student selalu betul dapat gastrik. Tambah2 lagi migrain. Bila sudah kerja dua benda ni masih lagi jadi teman baik saya. Kalau gastrik tu jarang2 lah..Tapi kalau migrain, Allah saja yang tahu.. Balik dari kerja terdampar atas tilam sebab sakit kepala yang amat. Ada juga lah migrain, tapi jarang betul sudah, migrain pun selalu kalau cuaca yang panas.

Jomlah kita berESP..
Bulan lepas saya berjaya jual 10 tong ESP.. Macam tidak percaya kan...
Tapi saya balik2 kira senarai order customer saya tu.. Betul ada 10 tong, 9 sudah hantar, 1 lagi belum berhantar.

Siapa tidak mahu cuba sangatlah rugi..
Tapi ada juga org tertentu tidak boleh minum ESP ya..Boleh dapatkan khidmat nasihat dari saya dulu ya..
Call/whatsapp/sms
Asda 0136507465

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Dugaan Mematangkan Kita

Dugaan di pagi Jumaat, memang lah kita tidak harus menyalahkan pihak lain. Cuma mama saya bukanlah seorang yang pandai membaca. Tapi sekurang-kurangnya pihak Baitulmal boleh menghubungi direct pada penerima bantuan, bukan hanya menghantar pesanan ringkas. Tidak semua penerima bantuan baitulmal pandai membaca. Sesungguhnya hidup kita ni macam roda, kadang kita di atas kadang kita berada di bawah..

Saya datang dari keluarga yang berlatar belakang kan orang susah. Saya dari dulu belajar susah, sekarang ada rasa senang sikit sebab sudah bekerja, punya pendapatan sendiri berkat dari usaha pengajian hingga menara gading. Impian saya ingin memijakkan kaki, menuntut ilmu di UiTM akhirnya berjaya juga.

Saya juga bersyukur sangat2 diberi peluang untuk menuntut ilmu di salah satu sekolah agama dulu. Pada masa itu, pendapatan bapa yang tetap mampu menanggung pembelajaran sekolah saya, sekolah rendah kebangsaan pada sesi pagi dan sekolah agama pada sesi petang. Syukur sangat2 sampai sekarang, mampu mengadu pada Allah, boleh turunkan ilmu pada anak-anak saya juga.

Yang kesiannya, adik beradik yang lain selepas saya, tidak dapat untuk dihantar belajar agama atas kewangan bapa yang tidak mengizinkan. Mereka berempat tidak ada kesempatan untuk menuntut ilmu agama. Pendapatan bapa sudah tidak tetap pada masa itu, tambah2 lagi masa itu tempat bapa bekerja ada 'retrenchment worker', so bapa pun dibuang kerja lah.

Tahun demi tahun, pada masa itu saya masih menuntut di UiTM dan pulang Labuan untuk menjalani Latihan Praktikal. Syukur juga, Allah mempermudahkan urusan saya, cuma ada sebuah audit firm tersenarai untuk pilihan sebagai tempat 'Latihan Praktikal'. Excited betul mahu sambut raya bersama keluarga pada masa itu. Yalah, hampir 4 tahun saya belajar di Semenanjung, saya tidak pernah berpeluang berhari raya bersama-sama keluarga di Labuan.Tapi cuma seminggu berada di Labuan, kami terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Bapa saya pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami pada 20 May 2009.

Allah mempermudahkan hidup saya, saya ada seorang pakcik (adik seibu kepada arwah bapa) yang tinggal di Melaka, jadi selama saya tidak pulang ke Labuan, saya tinggal bersama mereka lah. Boleh juga saya simpan duit untuk beli tiket balik sekali dalam setahun. Syukur juga pinjaman MARA saya setiap bulan masuk akaun. Jika ada lebih, saya kirim ke Labuan untuk adik2. Bayangkan saya belajar jauh dari keluarga, yang jauh memerlukan wang untuk sewa rumah, belanja makan lagi, mana kalau mau jalan2 tambang bas lagi, beli2 barang lagi. Tapi saya dapat menyimpan setiap bulan dan mengirim duit sekali sekala.

Sekarang saya buat Shaklee sebagai side income, sebab saya tahu, saya perlu ubah nasib hidup mama saya, adik2 saya, keluarga saya. Saya mahu suami saya bangga dengan kebolehan saya. Saya mahu buktikan pada semua yg usaha saya tidak sia-sia. Saya akan buat impian saya jadi kenyataan. Saya tahu, kalau kita cuma mengharapkan gaji sahaja tidak cukup. Lagi2 saya ini suka menyimpan duit sebelum berbelanja. Memang belanja tidak cukup lah. Ada lebih pun kalau ada work overtime. Itupun susah hati bila bekerja lebih masa, yalah rindu Nazran di rumah. Lagi2 masa puasa, wah sungkai pun d ofis. Sabar sajalah kan.

Saya tahu duit bukan boleh bawa mati. Tapi sekurang2nya wang ini akan mengubah masa depan saya kepada yg lebih cerah. Dari pendapatan sampingan ini, saya juga dapat bersedekah pada orang lain. Kunci kekayaan itu kan 'bersedekah'. Kalau kita banyak memberi pasti kita juga banyak menerima. In shaa Allah. Saya tidak mahu menyusahkan mama saya turun naik baitulmal untuk memohon bantuan kewangan bulanan. Biarlah, saya akan anggap ini sebagai dugaan dalam hidup kami.

"Bukan senang kalau mahu senang"

Vivix Pertama

2 October 2014. 

Tarikh ini adalah tarikh bersejarah saya. Saya berjaya jual Vivix untuk pertama kali. Hanya untuk beberapa minit sharing di dalam office saya berjaya convincekan my colleague untuk beli Vivix untuk mama dia. Mama dia ada masalah diabetes. Lagi, sekarang langsung tidak boleh kencing, hanya mampu buang air besar sahaja. Setiap bulan her mom have appointment dengan doktor untuk mencuci kidney dia. Her mom memang ada masalah diabetes lama dulu. Kesian bila dengar dulu.

7Oct14 - Received & Unpack Vivix

Kelmarin petang tu, saya cakap sama dia mau share something, saya bagitahu dia pasal Vivix Shaklee bertindak terus ke DNA kita, sebab tu orang yg ada tumor boleh sihat dan bebas dari cancer. Suddenly, dia cakap "bolehlah saya beli satu" terus dia mau bayar cash time tu jugak. Terkejut dan terkesima bila tengok kan semangat betul dia mahu membantu mama nya. I'll know one day you will know, you are not making wrong decision and you will glad to have this as your choice.

Syukurlah, semoga Vivix mampu membantu mamanya, kalau tidak mampu menyembuh sekaligus pun tapi sekurang2nya mampu mengurangkan masalah dan derita penyakit mama dia. Thank you for the support!! May ALLAH bless you and your family, my friend. Hopefully this will help you. Thank GOD that I can help you.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”