Monday 27 October 2014

Tips Ceburkan Diri MLM Network Marketing

Jika anda inginkan extra income, dan ingin melibatkan diri dalam MLM (Network Marketing), ada beberapa perkara yg perlua anda titik beratkan.

Pertama, pastikan anda mulakan dengan modal yang kecil. Selalunya ini dipanggil sebagai Yuran Pendaftaran untuk anda layak dipanggil Distributor. Modal besar berpuluh-puluh ribu tu cuba elakkan.

Kedua, pastikan Syarikat yang anda pilih itu adalah syarikat yang bagus, telah lama beroperasi dan establish.

Ketiga, pastikan produk yang dipasarkan adalah produk yang dapat menambah nilai kehidupan seseoarang dan sentiasa mendapat permintaan, bukan bermusim.

Keempat, sistem perniagaan yang patuh syariah.. bukan sistem piramid, bukan sistem cepat kaya. Kekayaan tidak akan datang bergolek, kena usaha baru la terasa manisnya setiap sen yang diperolehi.

Kelima, pastikan anda memilih mentor yang dapat membawa anda bersama-samanya ke puncak kejayaan. Mentor yang komited dan bersungguh-sungguh, yang sentiasa memegang tangan anda pada setiap masa, yang tunjukkan jalan ketika sesat. Bisnes hebat tetapi jika memilih mentor yang salah tidak akan membawa anda ke mana-mana.

Setiap apa yang kita lakukan carilah SEBAB agar kita terus bersungguh-sungguh. Sedetik kita leka ingatlah kembali SEBAB itu agar kita terus melangkah.

Hidup ini adalah hasil daripada pilihan-pilihan yang kita pilih. Maka corakkanlah ia dengan warna-warna yang indah. Jadikan kesusahan, kesukaran masa lampau sebagai sebab untuk melonjak lebih tinggi... jadikan ia sebagai satu azimat supaya kita tidak mudah kalah dan berputus asa.

Tiada siapa yang boleh mengubah nasib diri melainkan diri anda sendiri.

Kenali Warna Air Kencing Anda

Pelik dengan warna air kencing? Sudah berabad doktor mengkaji perubahan warna air kencing dan kaitannya dengan penyakit. Air kencing yang keladak menunjukkan kemungkinan ada jangkitan kepada saluran air kencing dan air kencing yang berbau 'manis' menunjukkan kemungkinan ada diabetes.

Buah pinggang menghasilkan air kencing untuk membuang air, bahan kumuh dan toksin berlebihan dalam badan, juga bahan kumuh berlebihan dalam darah. Air kencing boleh 'memberitahu' apa yang kita minum, apa yang kita makan, ubat apa yang kita makan dan penyakit apa yang kita ada. Warna air kencing sangat penting untuk menentukan semua itu.


Warna Air Kencing Oren

Sebab

1. Dehidrasi.
Bila anda kurang minum air, air kencing anda akan jadi pekat dan bertukar menjadi oren atau kuning gelap.

2. Makanan
Lobak Merah, Jus Lobak Merah boleh menyebabkan air kencing bertukar menjadi oren. Jika anda makan banyak lobak merah atau minum banyak jus lobak merah, karoten dalam lobak akan menyebabkan air kencing, tapak tangan dan kaki menjadi oren. Makanan dan pill yang mempunyai Vitamin C yang tinggi juga menyebabkan air kencing berwarna oren.

3. Ubat
Sesetengah ubat seperti coumadin, antibiotics, laxatives danchemotherapeutic drugs boleh menyebabkan air kencing berwarna kuning.Vitamin B Compleks juga menyebabkan air kencing berwarna kuning gelap atau oren.

Apa yang perlu dibuat.
Jika air kencing bertukar warna bukan sebab makanan dan ubat, nampaknyaanda kena minum air yang cukup. Minum lebih air dan ia meningkatkan kesihatan badan anda secara keseluruhan. Warna air kencing disebabkan ubat adalah tidak bahaya, tetapi jika air kencing menjadi oren disebabkan anda makan lobak yang banyak, anda harus untuk kurangkan pengambilannya.


Air Kencing Berkeladak dan Keruh

Sebab

1. Jangkitan Kencing
Jika anda mempunyai jangkitan kencing, bakteria dan sel imun dalam air kencing akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi keruh. Jangkitan saluran kencing adalah biasa dikalangan wanita dan biasanya menyebabkan rasa sakit dan kerap buang air kencing.

2. Kegagalan Buah Pinggang
Protein yang terdapat dalam air kencing menyebabkan ia bertukar keruh. Ia adalah tanda kegagalan buah pinggang.


3. Jangkitan secara umum
Apabila anda sakit dan mengalami jangkitan bakteria, sel imun dan bakteriaakan mengeruhkan air kencing.

Apa yang perlu dibuat.
Kepada wanita yang pernah mengalami jangkitan saluran kencing pasti tahu simptom-simptomnya. Cara paling cepat untuk mengubatinya adalah denganrawatan antibiotik. Jika anda tidak demam dan sakit, anda perlu buat analysis air kencing dan ujian darah untuk mengenalpasti adalah kegagalan buah pinggang yang menyebabkan air kencing anda keruh. 


Air Kencing Biru atau Hijau

Sebab

1. Makanan
Asparagus boleh menyebabkan air kencing menjadi hijau dan berbau pelik. Warna biru mungkin terhasil dari pewarna makanan dalam makanan. 

2. Ubat. 
Sesetengah multivitamin, ubat tahan muntah, ubat tahan sakit dan ubat-ubat lain akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi biru

3. Familial hypercalcemia
Familial hypercalcemia adalah penyakit kanak-kanak yang jarang berlaku yang biasanya menyebabkan air kencing menjadi biru

Apa yang perlu dibuat
Warna air kencing ini tidak menunjukkan apa-apa bahaya kecuali Familial hypercalcemia.


Air Kencing Coklat Gelap

Sebab

1. Sayur
Jika anda makan beberapa jenis makanan seperti sayur rhubarb atau favor beans, air kencing anda mungkin bertukar warna menjadi coklat gelap.

2. Ubat
Antibiotik, ubat anti-malaria, penenang otot dan laxative seperti Senna boleh menyebabkan air kencing berubah warna menjadi coklat gelap.

3. Kegagalan fungsi buah pinggang dan hati.
Air kencing berwarna coklat gelap mungkin tanda kegagalan buah pinggang atau hati. Kedua-dua penyakit liver cirrhosis dan acute viral hepatitis boleh menyebabkan air kencing menjadi coklat gelap. Kegagalan buah pinggang yang kronik seperti acute glomerulonephritis di mana buah pinggang tidak boleh membuang cecair dan badan kumuh berlebihan dari darah akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi coklat gelap.

Apa yang perlu dilakukan. 
Jika masalah ini bukan disebabkan makanan atau ubat, anda disarankan untuk berjumpa doktor jika air kencing bertukar warna menjadi coklat gelap. Kegagalan buah pinggang dan hati yang kronik perlukan rawatan segera. 


Air Kencing Tiada Warna atau Pucat

Sebab

1. Terlebih minum air atau kafein
Jika air kencing anda tiada warna, anda mungkin minum banyak air atau anda minum air yang mengandungi diuretics seperti kafein

2. Diuretics
Ubat yang mengandungi diuretics mungkin menyebabkan air kencing tiada warna kerana ia menggesa badan membuang air berlebihan dalam badan

3. Kegagalan buah pinggang
Air kencing tiada warna mungkin disebabkan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik kerana ia tidak boleh memekatkan air kencing. 

Apa yang perlu dilakukan.
Anda boleh mengurangkan minum air atau pengambilan kafein. Tetapi jika air kencing tiada warna adalah bukan disebabkan minum air banyak atau ubat, anda perlu membuat uji kaji buah pinggang supaya dapat mengesan buah pinggang berfungsi dengan baik atau tidak.


Air Kencing Berwarna Merah atau Pink

Sebab

1. Buah-buahan atau sayur-sayuran
Banyak berry dan sayur berwarna warni seperti red beets boleh menyebabkan air kencing bertukar menjadi merah atau pink

2. Ubat
Laxatives dan ubat antipsychotics boleh menukarkan warna air kencing menjadi merah

3. Keracunan bahan logam berat
Logam kronik atau keracunan merkuri menghasilkan pigmen merah yang akan dikumuh kepada air kencing.

4. Darah
Walaupun beberapa titis darah, ia boleh menyebabkan air kencing menjadi merah. Senaman berat, jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau batu karang, barah pundi kencing dan barah buah pinggang boleh menyebabkan ada darah dalam air kencing.

Apa yang perlu dilakukan.
Anda perlu berjumpa doktor jika air kencing anda berwarna merah bukan disebabkan ubat atau makanan.

Shaklee Effect: Analisis Perbelanjaan Gaji

Pada pagi hari gaji memanglah seronok & excited, tapi tiba juga masa untuk bayar hutang2, bila buat analisis 55% daripada gaji sudah hilang. Bukan hilang apa, mana bayar bil bulanan lagi, mana bayar loan lagi, instalment lagi.... Sabar sajalah bah.. Duit skrg kalau di tangan mengalir macam air sungai.. Sebab itu harus waspada dlm penggunaan wang & harta kita. Nanti kita digelar orang membazir pula., jadi member 'syaitan' pulak kan. Nau'zubillahi min zalik.

Apa lagi kita boleh buat selain mencari pendapatan sampingan.. biar tidak banyak yang penting ia dapat meringankan sedikit demi sedikit. Tidak kira wanita berkerjaya ataupun suri rumah, kalau dapat ringankan beban suami kan, mesti dia lagi suka. Mesti suami pun senang kalau kita yg suri rumah hulur kan wang pada suami. Apatah lagi, kalau kita bagi lagi pada ibu bapa kita. Wahh, mesti mereka sangat bangga, anak saya yg suri rumah sepanjang masa dapat bagi saya wang belanja. 

Yalah, dunia zaman sekarang ini serba serbi wang. Gerak sikit wang. Walaupun terkadang terlebih belanja juga, kita kena cepat cover balik supaya kita boleh menyimpan. Jaminan masa hadapan itu kan penting. Memanglah kita tidak tahu umur kita panjang atau tidak, masa depan itu wujud atau tidak tapi yg penting masa depan adalah masa yg mungkin juga kita hadapi nanti. 

Saya buat Shaklee pun bukan semata mahukan income. Pada mulanya, saya cuma ingin kan kesihatan saja juga tapi sebab lama kelamaan saya sharing pada kenalan dan sahabat tidak sangka mendapat sambutan dan akhirnya saya dapat juga pendapatan pertama hasil dari usaha budak baru belajar. Syukur juga. Selain daripada gaji, kita dapat juga pendapatan sampingan. In shaa Allah.

Sambil sihat & cantik bersama Shaklee, kita juga mampu menjana pendapatan daripada Shaklee.

Anda berminat untuk join group saya 'Prevention is better than cure'
Boleh hubungi Asda 013-6507465