Thursday 28 July 2016

Tips Kediaman Bersih

Tips Mudah dan Mesra Alam: 
Supaya Kediaman Bersih dan Bebas dari Seranggan dan Binatang .

Sejak kebelakangan ini saya tidak selesa dengan kehadiran serangga dan binatang yang berlegar dan berkeliaran di rumah saya terutamanya di dapur dan tandas. Oleh sebab itu, saya pun buatlah research. Semua saya tanya dengan pakcik Google ni. Jadi saya rumuskan pengalaman dan hasil bacaan saya dalam entri ini. 

Bukan apa, saya ini ibu yang berkerjaya yang mempunyai masa yang sangat terhad untuk membersihkan rumah. Hujung minggu pun kadang tidak berkesempatan dan masa terisi dengan menguruskan harta dunia akhirat saya yang dua orang tu. Tambah lagi boss merangkap suami saya nah sudah tiga orang yang diuruskan. Hahaha. 

Tambahan lagi, kalau boleh saya memang sangat2 tekankan supaya memilih produk yang selamat supaya persekitaran saya tidak terdedah dengan racun atau apa-apa bahan yang boleh menjejaskan kesihatan si kecil saya yang menginjak ke 9 bulan. 

1. Basic H Pembersih Organik Shaklee 

Saya sangat mencadangkan setiap rumah ada Basic H ini. Terbukti mudah untuk membersihkan kediaman tanpa bahan toksik dan aerosol. Highly recommended lah katakan. Basic H sudah bersama saya selama 3 tahun dan setiap botol sangat2 jimat. Kadang lebih 6 bulan baru habis sebotol. Kategori MESTI BELI bah ini. Bukan rugi pun kalau mencuba. 

Biasanya saya campurkan beberapa titisan Basic H ini dengan air paip dan sembur pada semua tempat yang saya ingin bersihkan. Lantai rumah, pintu peti sejuk, atas meja makan, dapur gas, sinki dapur, keliling mesih basuh, mangkuk tandas, cermin tingkap even mencuci puting dan botol susu anak pun saya guna Basic H. Sabun serba guna yang sangat selamat!!!

Semburan ini berkesan untuk mengelakkan semut merah daripada datang pada bahagian semburan. Kalau boleh lap kering selepas menyembur pada tempat itu. 

2. Penyembur Serai Wangi 

Penyembur ini selamat dan tidak mengandungi racun yang ada pada penyembur racun serangga yang lain. Penyembur ini mampu untuk membunuh dan menghalau semut, lipas, nyamuk, tikus dan lalat. Jom kita try! 

3. Halau cicak

Google punya Google banyak yang share cara halau cicak dengan kulit telur ayam. Terserahlah macam mana mahu digayakan kulit telur tu yang penting bersihkan dahulu selepas itu pecah2kan dan letak pada bekas pada tempat2 laluan cicak ini. Ada ayng cakap tabur saja atas lantai tapi susah pula mahu bersihkan nanti. Saya benci betul cicak ni tau. Apa tidak, saya baru tinggalkan rumah seminggu, sana sini saya nampak tahi cicak. Aduhaiii, terpaksa berhati2 nanti terpijak batal pula wudhu’. Sabar sajalah. Padahal rumah bersih juga tapi cicak ni datang juga. 

Balik rumah kena try ni nanti. Jom sama-sama try. Siapa yang sudah try tu share la di sini ya!

4. Elak nyamuk dengan limau nipis dan bunga cengkih 

Ini paling lah mahu dicuba. Apa tidaknya, sejak akhir2 ini malam saja mesti hujan. Wah bertepuk tampar saya dengan nyamuk kalau saya masak di dapur. Dalam bilik mandi apatah lagi di tandas jangan cakaplah kan. Dahsyat betul! Mengigit pedas lagi tuh. 

Potong limau nipis dan cacakkan saja bunga cengkih tu di atas limau nipis tu. Letak pada bahagian atas almari, tepi tingkap, atas para-para almari untuk mengelakkan nyamuk masuk ke dalam rumah. Janganlah malas mencuba ya! Lagipun cara ini paling murah, mudah dan selamat kan. 

5. Tabur serbuk kunyit pada askar semut atau lubang semut.

Saya pun tidak tahu keberkesanan tips ini. Saya pun baru mahu mencuba balik rumah nanti. Almaklumlah rumah saya rumah papan saja jadi rasanya lubang semut itu banyak di lantai rumah.

Tidak semena-mena juga saya nampak barisan semut di dinding bilik tidur atas siling rumah ke lantai rumah. Jauh perjalanan semut ni tau. Kalau dia tidak menganggu tidak juga apa tapi tempat tidur atas tilam saya pun ada. Punya kuat deria semut ni kan? Tambahan lagi, saya menyusukan anak saya jadi susu ibu pun salah satu perangsang semut2 ini datang berhijrah ke atas tilam saya. Tapi takkanlah saya mahu tabur kunyit atas tilam saya kan? Errmmm….

6. Air kapur sirih menghalau anai-anai 

Anai-anai pun ada di rumah saya ya. Runsing betul saya fikirkan segala macam serangga dan binatang di rumah saya ini bah. Aduhaiii, kaji punya kaji yang saya boleh cuba ialah tabur garam kasar di sarang anai-anai ini. Tapi ada yang kata kurang berkesan.

Jadi kalau garam tidak berkesan, kita cuba lah kapur sirih. Air bancuhan kapur sirih pula bersifat panas dan mampu menghakis kulit anai-anai yang nipis dan lembut. Caranya cuma sembur saja di sarang anai-anai di mana saja sarang ini di celah kayu. 

Sekian dulu perkongsian untuk hari ini. Saya akan sentiasa berkongsi dengan anda. Jumpa di tips lain di entri yang baru di masa akan datang ya.