Thursday 9 February 2023

Tanpa sengaja: INTERMITTENT FASTING

Saya rasa mesti ramai yang amalkan diet intermittent fasting kan? Saya sendiri tanpa sedar terbuat intermittent fasting ni sejak 3 tahun yang lalu. 

Pada tahun 2021, masa tu saya di tahun terakhir career life saya. Saya masa tu mahu berjimat, iyalah kan sudah plan mau end career life, then decide hantar notis pada bos hjung bulan Oktober. Sepanjang tahun itu, memang masih berbelah bagi lagi antara berhenti kerja kah tidak. Jadi fikiran automatik agak terganggu dan selera makan pun mula berkurang. Maka, dengan itu, tanpa sengaja saya terbuat intermittent fasting. 

Kalau tahun sebelum itu, memang berat saya mencecah juga 63kg. Rutin harian saya, pagi mesti beli sarapan. Paling tidak pun mesti makan kuih atau nasi lemak. Then, tengahari mesti keluar lunch dengan colleague. Officemate lagi yang memang pemurah dengan makanan. Berat pun menjadi-jadi. Sebab itulah saya mahu buat intermittent fasting ni. 

Selama work from home masa Covid19 dulu, lagilah saya sibuk dengan kerja sekolah anak-anak waktu pagi lepas itu sambung lagi di dapur. Selesai masak untuk lunch, barulah saya dapat duduk dan makan. Baru tersedar. Eh! Yalah terbuat intermittent fasting lagi. 

Terus terang sejak gempa Covid19, fokus kerja saya memang kelaut dan itu juga salah satu sebab saya perlu berhenti kerja demi anak-anak saya. Dan, bermula dari itulah saya selalu amalkan intermittent fasting. Dapat juga saya berjimat cermat dengan duit belanja, saya tidak beli sarapan dan saya cuma makan semasa lunch. Kadang join budak office lunch. Kadang saya bekal dari rumah. Jimat kan! 

Selalunya memang kesibukan melanda jadi memang intermittent fasting sudah pun sinonim dalam harian saya. Kadang, saya sudah pun selesai dinner pukul 8 mlm lagi then next meal saya ialah masa lunch esoknya. Ha, kira dalam 15 jam juga saya berpuasa. Fuh ! Memang tak sedar weii.. Viral juga rakan FB masa tu kan sebut IF. Saya pun apa ba IF ni kan. Saya pun google saya nampak gambar ni :- 


Betul lah selama ni, saya ter'intermittent fasting' tanpa sengaja terikut pula jadual ni 16 jam berpuasa, 8 jam makan. Hehe. 

Intermittent fasting
Malam tadi, masaklah best sikit sebab kali ini betul plan baik punya mahu buat intermittent fasting. Sayur labu rebus, ulam raja bersama lada tumbuk, ikan bilis asam dan sup ayam. Fuh! Terangkat jugalah kan. Haha! 

Walau bagaimanapun, saya kadang diserang gastrik juga sebenarnya. Maklumlah mak mak ni kalau lambat sikit makan atau termakan banyak hari sebelum nya atau pun kadang terlebih makan yang berminyak mula lah gastrik tu menyerang.  Jadi, on off jugak lah intermittent fasting saya ni.  Saya satu saja penawar gastrik saya. OsteNutrix. Magnesium yang ada dlm OsteNutrix boleh membantu mengurangkan gejala gastrik ni. Gastrik saya mild saja. So memang best amalkan OsteNutrix setiap hari mesti telan.  

Pagi tadi jenguk berat saya haha 58kg. Boleh lah, ada jugak turun berat kan. Setahun dah jadi suri rumah, pandai lari juga intermittent fasting saya. Paling ketara rajin berpuasa dan buat intermittent fasting pada tahun 2020 dan 2021 tu lah. Jom sama-sama buat intermittent fasting, ataupun terus puasa sehari sebagai persediaan untuk puasa Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
SID 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthCare 
Instagram: asda_healthcare 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”